Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, August 29, 2011

syawal dan mereka

Salam sahabat2 blog nisah..

sebentar tadi, telah isytihar bahawa esok adalah hari raye... yeay yeay... esok raye..
Alhamdulillah kali ini nisah berkesempatan beraya dengan keluarga nisah di ipoh, sangat lah gembiranye (^_^)..
dan pagi tadi nisah juga dapat bejalan-jalan di kawasan ipoh, erm.. kami berempat ke pasar mini ah yim, then kami ke pekan jelapang.. huh sesak gila jalan kat sini.. kemana sahaja kami pergi mesti jalan sesak.. ramai jugak warga ipoh pulang untuk berhari raya di kampung masing2...

apabila kami sampai ke ipoh.. hilanglah rindu untuk bertemu bonda tercinta, dan adik beradik yang tersayang.. terlepas rindu pada anak-anak buah yang sentiasa menceriakan jiwa...

 my dear kazim haidar
 my dear athirah
 my dear nizam haikal
 a littlle haikal & athirah
 luvly sista
 happy family
 little baby born 10/11/2010
 wif niece & nephew
 haikal.. oppss kazim???
my bonda....

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 24

Salam Sahabat2..

semoga di Ramadhan 24, anda semua masih sihat dan masih menjalankan ibadah puasa dengan lancar.. semestinya apabila memasuki fasa terakhir di bulan Ramadhan, kehadiran ke pejabat hanya sekadar mengisi ruang punch kad atau tak mahu bos marah.. tapi bila dah sampai ofis.. yang tinggal cume semangat untuk raya, kerja2 kat ofis pon mulalah hanya melihat sahaja.. kalo atas meja ada 3 file,, tapi yang sentuh cume 1 file je.. file2 lain.. (tunggu pas raya je laaa yeeee) (^_^)

persiapan raya semakin memeningkan, budget pon dah hampir lari.. maklumlah kadang2 kite membeli berdasarkan cantik dimata.. ye la.. raya kan sekali setaun.. ye tak?

gerai2 pon makin banyak.. masing2 buat promotion.. masing2 ade potongan diskaun sehingga 70%.. kebiasaanya diskaun ni di buat oleh penjual baju.. ye la kalo taun ni x abis.. taun depan dah pesen lain plak... yang susah nk turun harga yelah, penjual biskut.. dorang tak kisah.. raye aidilfitri tak abis, raya haji kan ade.. hehehhe so raya haji nnti buat la biskut ye, tak pon g tempah.. jangan beli yg dh siap takut xpired..

semalam nisah dan suami ke bazar ramadhan.. mala pulak nk masak.. cadang nk beli nasi kandar wawasan.. tapi dah abis pulak.. so kami pon beli nasi ayam dan nasi beriani.. huhu sedapppp tambah pulak dengan chicken wings, popia, karipap.. memang membuka selera.. tetapi bazar di langkawi ni memang berbeza dari tempat nisah.. biasanye, di ujung2 ramadhan ni, dah tak ramai org membeli.. atau org menjual.. maklumlah masing2 sibuk nak beraya.. nak buat persiapan terakhir.. tetapi di langkawi.. penjual dan pembeli masih meriah.. masih penuh.. hehhe penduduk langkawi memang rajin mencari rezeki..

semoga keseronokan berpuasa di langkawi ni, nisah masih berpeluang sekali lagi... (^_^) InsyaAllah..

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan 16

Salam semua sahabat-sahabat..

dalam kita tidak sedar ari  ni dah masuk ramadhan yang ke 16, cepatnya masa berlalu.. tak lama lagi kita akan menyambut puasa.. dan apabila ramadhan 16 telah muncul, maka banyaklah masjid-masjid yang semakin kurang safnya.. terutama saf-saf wanita, maklumlah masa-masa macamni, ibu-ibu sedang sibuk untuk membuat biskut raya, sibuk menguruskan persiapan raya.. sehingga sudah tidak berkesempatan untuk hadir ke masjid bagi menunaikan solat sunat terawih.. bagi kaum-kaum bapa pulak, sudah malas dan letih untuk hadir ke masjid.. erm maklumlah makin hari makin sedap para ibu memasak.. makan sehingga kenyang, lepas tu dah tak larat nak bawak perut ke masjid.. di masjid plak.. kalau pada awalnya rakaat yang ke 21 masih ramai menunaikannya.. tapi apabila dah masuk ramadhan ke 16, ramai plak yang habiskan sekadar 11 rakaat je... hal-hal ni berlaku di semua masjid.. para imam pula, suara dah serak-serak basah... hehehhe inilah gelagat setiap tahun yang dapat nisah lihat.. dan kadang-kadang nisah juga terdorong di antara orang-orang yang malas ke masjid untuk menunaikan ibadah ini.. 

terfikir dalam minda ini, mengapa semua ini terjadi?? Hari Raya hanya sekadar menyambut kedatangan Syawal dan meraikan sesudah bulan Ramadhan, namun hangat Ramadhan hanya terasa pada awal sahaja, apabila dah masuk ke tengah bulan.. bahang Syawal semakin terasa sehingga lupa pada ibadah di Bulan Ramadhan, sedangkan ibadah di bulan Ramadhan lebih besar pahalanya... Kita sibuk mencari baju-baju raya, sibuk membuat biskut raya, sibuk mencari perabot2 raya.. sehingga kita lupa mencari kehadiran Lailatul Qadar....

Peringatan buat diri nisah serta sahabat-sahabat yang di sayangi..
Ramadhan ini hadir sekali di dalam setahun, bayangkanlah jika kita mampu mengaut pahala di bulan ini pada tahun ini, adakah tahun depan kita berkesempatan?? mungkin di antara kita sempat untuk menemui Ramadhan sekali lagi, dan ada juga yang sudah tidak sampai ke Ramadhan itu lagi, tidakkah kita rugi??? Sementara Allah memberi kita peluang untuk menikmati Ramadhan kali ini, isilah peluang yang Allah anugerahkan kepada kita, sebelum ia terlambat, selagi ia berkesempatan.

Allahualam..

Sunday, August 14, 2011

ketenangan

Salam sahabat-sahabat, selalu nisah terdengar atau ada di antara sahabat-sahabat nisah yang mengeluh, mengatakan bahawa hidupnya seperti tiada ketenangan... adakala nisah terdiam membisu kerana tidak dapat memberi jawaban yang sewajarnya.. namun kadang-kadang nisah berpesan kepada mereka, bahawa carilah ketenangan itu di dalam solat yang kusyuk, InsyaAllah pasti kita akan terjumpa.. namun seringkali juga nisah di datangi soalan ini berkali-kali.. selepas bebeberapa perkara yang nisah fikirkan.. apakah penulisan yang perlu nisah huraikan dan kongsikan bersama anda.. maka penulisan ini terhasil dari sudut pandangan nisah sendiri.. bagaimana dengan anda?? terpulanglah.. 



Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.


Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentu tidak sama dengan seorang yang yakin bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik. Allah tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Allah bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Allah Yang Maha Esa.Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Allah ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Allah, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!' Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram. Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu? kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.Seseorang yang melihat Allah dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman: Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman! (Surah Al Fath: Ayat 4). Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal.Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Wednesday, August 3, 2011

Dalil dari Al-Quran tentang Kiamat


Salam sahabat-sahabat, nisah terbaca tentang dalil hari kiamat ni kat sebuah blog, jadi nisah terfikir.. jika nisah dapat kongsikan dengan anda semua sebagai pembacaan umum yang mungkin menjadi teladan dan peringatan buat kita yang selalu terleka. Selamat Membaca!!!
Dalil dari Al-Quran tentang Kiamat
“Sesungguhnya hari kiamat akan datang yang tidak diragukan lagi, namun kebanyakan manusia tidak beriman”. (Al-Mukmin : Ayat 40)
“Dan sesungguhnya kiamat pasti terjadi, yang tiada keraguan atasnya. Dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang-orang yang ada dala kubur” (Al-Hajji : Ayat 7)
“Demi, sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi kedatangannya, (ialah) orang-orang yang merugikan diri sendiri, dimana mereka tidak mau beriman” (Al-An’am : Ayat 12)
Hadith Rasulullah SAW tentang kiamat
Daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.”
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).
Nabi Muhammad SAW bertanya pada para sahabat: “Apa yang sedang kalian perbincangkan? Para sahabat menjawab : Kami sedang membicarakan hari kiamat. Kemudian Nabi bersabda : Kiamat tidak akan terjadi sebelum kelihatan 10 macam tanda :
(1) Ad-Dukhon, asap atau kabut
(2) Dajjal
(3) Dabbaah
(4) Matahari terbit dari barat
(5) Turunnya Isa al masih
(6) Ya’juj Ma’juj
(7) Gerhana di timur
(8) Gerhana di barat
(9) Gerhana di wilayah arab
(10) Api menyala di Yaman menghalau umat manusia ke mahsyar.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Dari Khuzaifah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga dunia dikuasai oleh Luka’ bin Luka‘ (orang yang tidak tahu asal-keturunannya, yang buruk akhlaknya dan yang bodoh bebal)
(Hadith Riwayat Tirmizi dan Imam Ahmad)
Sabda Rasulullah s.a.w; “Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan.”
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
“Saat akhir tidak akan tiba hingga mereka (orang orang jahat) berbuat zina di jalan-jalan (tempat lalu lintas umum).”
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban dan Bazzar).
Dari Ibnu Mas’ud r.a. dari Nabi SAW sabdanya:
Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)
(Hadith Riwayat Muslim dan Imam Ahmad)
“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.”
(Hadith Riwayat Muslim)

benarkah bahagia??

Salam kepada sahabat-sahabat, sedang nisah duk terfikir.. apakah bahan yang boleh nisah kongsikan bersama gan anda sempena Ramadhan ke tiga ini. erm.. rasenye x nak la bercite tentang ramadhan.. so kat sini nisah nak kongsikan kisah di bawah ni. semoga ia menjadi ilmu yang berguna untuk nisah dan anda semua. selamat membaca (^_^). ini berdasarkan pengalaman yang pernah nisah dan sahabat-sahabat nisah lalui. mungkin di antara kita pernah melaluinya. adakah ini jawaban yang kita cari?

Semua manusia hidup berusaha mencari bahagia. Berkejar-kejar mencari bahagia.Tetapi semakin dikejar bahagia itu, makin menghilang. Kenapa?

Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, hilangnya bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya yang berkait rapat dengan kemewahan dunia sehingga melupakan kebahagiaan di akhirat.


Mereka yang terlibat dengan arak, sengketa rumah tangga, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.


Apakah Ujian hidup punca hilang bahagia?


Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!


Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

surat untuk jiwa~~

Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan
roh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "


Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".

Follow by Email