Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, February 29, 2012

grrrrr........ (geram)


dalam nisah duk sibuk sibuk memupuk sikap sabar..
sabar sabar sabar.. terhambur jugak perasaan yang rase cam nak makan orang je.. pagi tadi..
dengan pelbagai report yang perlu di settlekan hari ini .. 29hb Februari (end Month) semestinya banyak report yang perlu di update dan di emailkan kepada BA & PIC yang sepatutnya.. jari ini tak sempat nak menggerakkan mouse ke folder yang sepatutnya, tangan ini menggapai satu surat (kerja yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin) sebab orang yang layak menandatangani Sebarang dokumen mahu balik ke kL esok malam.. maknanya .. nisah ada masa 6 jam sahaja untuk menyiapkan sebarang dokumen yang perlu beliau tandatangan (6 jam, bunyi macam lambat lagi kan.. tapi sebenarnya kalau duk fikir yg mana asasnya pon tak tahu, 6 hari pun rase kejap), tapi masalah pertama telah timbul..

1) bagaimanakah cara yang boleh di lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut..
2) apakah dokumen-dokumen yang perlu di lampirkan untuk beliau tandatangan
(soalan ini saye tujukan kepada Technician kat sini, dengan harapan beliau boleh bg jawapan yang sepatutnya) sebab selama ini, urusan-urusan macamni my x-bos yg settlekan.. serius memang tak tahu hujung pangkal.. tapi ape yang menggeramkan saye, bile soalan itu di ajukan kpd technician tu, dengan gaya selambanya . dia marah-marah client tu sebab menimbulkan masalah ni secara suka-suka..bebelan & rungutan salih berganti, sambil tangan beliau leka menaip screen hand phone (main game).. ade ke patut??
bagi saya, tak perlu la nak marah client tu, sebab dia ada hak untuk melakukan masalah tersebut.. lagipun ia bukanlah masalah besar, cume saye tak tahu bagaimana mahu selesaikan. bile dah dapat jalan untuk menyelesaikannya, so masalah sebesar manapun boleh settle punye.. betul tak??
berkali-kali tanye, rungutan beliau masih kedengaran, kepanasan hati  mulai terasa.. penting sangatkan game anda sehingga anda hanya tahu menghamburkan rungutan je sehingga tiada jawapan untuk selesaikan masalah ni, (dah la beberapa borang yg dia anta, die leave blank je ~ sepatutnye bukan ke die kena isi then only pass to me for record?, tu xpe lah kan.. sy bole tolong.. sebab die "sibuk" sangat kan..)..

mulalah perasaan kegeraman meresap dalam perasaan wanita setabah saye ni (huahuahua perasan pulak!!!!!!!!) , akhirnya keputusan di ambil oleh saye sendiri, iaitu CALL BRANCH LAIN untuk mendapat jawapan & penyelesaian yang sepatutnya.. hah!! masa sy tengah bercakap gan MSE tu, tahu pulak si Techniacian bangun dan duk tercangak depan saye.. (tanda tak puas hati sebb call MSE tu, takut sy ckp bukan-bukan la tu) hah tahu pon die stop main game, masa-masa tu jugak die bagi jawapan yg saye nak (macam terlambat je), pastu sibuk nak melemparkan perkataan yang kononya "saye ni kalut & tak sabar"!!!!!!  BEB!!! saye byk keje, byk menda yg nak kena settlekan hari ni sebelum kul 6pm.. TAHU TAK?????
mesti la kena kalut, kalau masalah ni settle cepat, cepatla tangan saye gapai kerja lain.. ni dari kul 9am ke 11am mengadap masalah yg sama je, tak ke buang masa??
kan bagus kalau bagitahu cara nak settle cepat2, cepat settle, cepat prepare, cepatla saye nak buat keje lain.. sebab lepas awak kuar ofis tu, awk g duk kedai kopi, melepak2, saye jugak duk depan PC ni terkebil2 bijik mata nak siapkan keje2 lain, pastu siap tinggalkan pesanan, call sana, call sini suh buat confirmation.. ateee kalau sy yang kena cal sana cal sini, ambik masa saye, keje saye bile nak siap? kang bile PIC & BA cal bising2 saye nak jawap macamana? awak ade fikir tak? bile saye start "tarik muka" dah die kate saye "celaka".. huh!!!! patut ke?? ikutkan hati geram ni, sungguh nak hentak2 kepala die dengan puncher ni tau.. tapi.. lebih baik saye diam menahan marah~~~ nasib baik saye bukan jenis marah berpanjangan, boleh jugak sy gelak dalam muncung2 tu, nasib baik sye marah tak terhambur kata-kata kesat, kalau tak dah lama die dapat dengar "kata-kata indah" dari mulut saye ni!!!!!!


Tuesday, February 28, 2012

Mendidik Sabar


Kadang-kadang rasa geram dan marah itu mudah keluar dari diri.

Terutama bila berhadapan dengan orang yang menjengkelkan, orang yang susah di bawa berunding dan orang yang mempunyai agenda tersendiri. nisah rasa jika nisah marah, meletup dan sebagainya ia adalah justified.

nisah mahu marah. Sebab nisah geram.
Bila masalah datang disebabkan jemputan orang. Bila masalah datang disebabkan orang yang bebal. Tetapi, bila nisah sedar yang sebenarnya bersabar menahan marah itu adalah mudah.
nisah cuba menarik nafas dan memendam perasaan marah itu. Biarlah Allah uji sabar kita dengan marah, dari Allah uji sabar kita dengan kesengsaraan. Sabar dengan marah dan sabar dengan kesengsaraan, yang mana lebih mudah? Yang mana satu ujian pilihan anda jika diberi pilihan?

Ya Allah, Kau pandulah hatiku ini dan kuatkanlah kesabaran Ku. Mungkin aku terpaksa mengetap gigi atau duduk atau mengambil beberapa minit untuk memujuk hati ini, tapi berikanlah aku kesabaran dalam mengawal marah. Janganlah Kau uji aku dengan kesengsaraan atau dengan ujian yang tidak mampu aku tanggung. Kita perlu sabar dalam hidup. Dan Allah akan melatih kita untuk sabar. Jika anda tidak boleh sabar dengan marah, Allah mungkin menguji anda sabar dengan kesengsaraan pula.

“Andai melupakan dapat mendidik sebuah kesabaran, maka lupakanlah, andai berjauhan dapat mendidik sebuah kesabaran, maka jauhilah dan andai melaksanakan kecintaan pada sebuah kebencian berupaya mendidik kesabaran, maka bercintalah.”

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Jika dengan bersabar mampu menjernihkan keadaan, maka sabarlah. Jika dengan tidak marah dapat menghulurkan sebuah kemaafan, maka janganlah marah. Jika dengan memaafkan, mampu membuat dia tersenyum, maka maafkanlah. Jika dengan senyuman mampu meyakinkan ukhuwah dan kasih sayang, maka senyumlah.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Al-Imran : 200).

Jika dengan berdiam diri mampu mendidik sebuah kesabaran,
maka diamlah biarpun mengambil masa berpuluh tahun untuk kamu memencilkan diri.



itulah die pepatah..


"sayang isteri tinggal-tinggalkan,
sayang anak tangan-tangankan"
(pepatah orang tua-tua dahulu)

erm.. sebagai seorang anak, memang dah pernah di tangan2kan hahha dari usia 5 tahun sampai la 17 tahun.. (itu tandanya saye ni budak notty), bukan salah ibu menangankan saye, tapi salah saye yang notty & degil, BTW thanks my Mom, coz pernah menangankan saye oleh kerana tangan itulah saye telah menjadi sebaik sekarang hehehe (ye, kehangatan tangan seorang emak, takkan pernah padam sehingga ke akhir usia)..

tetapi, sebagai seorang isteri, saye jugak sering ditinggalkan ..
bukan setakat semalaman, sehari dua, berminggu tapi pernah jugak berbulan...
kalau dulu, bile kena tinggalkan, Ipoh destinasi pertama saye jejak.. (mase tu saye jadi suri rumah selama setahun), memang  banyaklah sangat masa kan, tapi skang.. setelah kembali bekerja, lagi2 jauh merantau dalam kepulauan, ia sangat sukar untuk satang Ipoh seperti ketika dahulu.. 

minggu lepas dah kena tinggal 2hari 1malam, minggu ni pon kena tinggal jugak 2hari 2malam,
ermm nak buat macamana kan, nak ikut.. kena keje.. lagi2 my bos resigned, so kena la duk diam2 kat opis tu, kena la sabar jugak kena tinggalkan macamni, nak mencari sesuap nasi, 
sungguh, untuk berjaya perlukan pengorbanan, sementara tengah muda.. usahalah selagi boleh ye... tapi sekarang nisah tak sunyi lagi..
seperti yang semua orang tahu, nisah dah ada Meooww, jadi dah tak sunyi lagi, ada kawan nak main guleng-guleng, ada kawan nak gomoi-gomoi.. Ye, saye tak sunyi lagi..

enche suami, lain kali outstation puan isteri nak ikut ye.. 

peneman ummi setiap masa

anak ummi lena, ummi bangun pon dia tak sedar

tinggallah kami berdua bersama ...




no idea..


semua orang tawu, sampai satu masa kite memang xde idea nak memasak sebagai hidangan di hujung minggu (ini cerita ahad lepas punya), penyakit ini sangat di bimbangkan, kerana ia boleh mengundang sikap "masak je kat kedai" pastu bila duk depan menu & melihat pelbagai jenis masakan , mula la berdialog sendiri "alaa nak beli ape ni, makanan sama je" .. erm apepun ia tetap sukar untk membuat pilihan..

memandangkan encik hubby ada sedikit masalah tentang "kekurangan darah" oleh itu dia perlu makan, makanan yang menambahkan darah, oleh yg demikian.. kerang adalah makanan utama yang perlu di berikan kpd beliau, :) ternyata beliau sangat berminat dengan Kerang tersebut, setiap minggu kami akan membeli sekilo kerang untuk menjadi santapan hidangan hujung minggu kami.. errr walaupun saya byk darah, sy juga perlu makan kerang (sebab malas nak masak menu lain hehehhe)

kerang, apalagi nak buat dengan kerang ni? BAKAR? (selalu dah), REBUS? (pun sama), tapi untuk ahad yang lepas nisah telah buat Kerang Masak Lemak.. ngeh ngeh, bila resepi ini di ajukan kpd encik suami, beliau dengan riang rianya bersetuju dgn menu tersebut :) tidak sia-sia dengan cadangan tu, walaupun kite sedia maklum . spesis ni hanya biasa didapati dalam menu Siput Masak Lemak je kan yang orang selalu buat... walaupun ia mcm tak berapa ada orang buat je kan menu ni, tapi nisah tetap gagahkan jugak memasaknya.. Ada I Kesah?? yang penting I suke tau!!!.. dan kisah Kerang Masak Lemak ini berakhir di sini, pada sesiapa yang suke sangat makan kerang, ape kate anda buat Menu ni, sedap!!!!!!!!!!!!!.. tak rugi & tak sia2..



 Hasil Kerang Masak Lemak, habis satu mangkuk kerang & kuah lemaknya enche hubby hirup..


THANKS HUBBY COZ SUDI HABISKAN SEMUANYA :)



adakah meooww???

adakah meooww sudah mula preggy???
inilah soalan yang nak ummi tanyakan pada meoww, malah setiap kali ummi membelai meoww soalan tu la yang ummi selalu tanya, tapi seperti biasa lah, tiada sebarang jawapan yang ummi dapat melainkan jelingan manja beliau.. Tapi kenapa Persoalan ni ummi sedang fikirkan??
sebabnya, seminggu terdekat ni ummi terperasan Perut Meooww agar besar (kembung) luar biasa, pada awalnya ummi ingat, ia cuma faktor "kekenyangan", maklumlah Meoww ni suke makan, asal bukak mata je makan, bukak mata je makan, die bukan kira waktu ape, pukul berapa, suka-suka hati je die nak makan, kalo kite tengah tido, & bile die tengok pinggan die kosong, pasti die akan datang dekat ummi sambil mengeoww2 sampai la ummi bangun, dan isi semula makanan Meooww.. tetapi semakin hari semakin ummi tengok perut meooww makin membulat, adakah dia sedang mengandung? kalau mengandung, berapakah usia kandungan meoww, seingat ummi.. dah  empat (4) minggu meoww meninggalkan tabiat "mencari boifren".. erm.. kalau betoi Meooww preggy, eeee sangat teruja ummi nak tunggu kelahiran cucu pertama ummi, tetapi walau macamanapun ummi kena pastikan samada Meooww betul2 preggy atau tidak, seperti biasa.. ummi dengan rajinnya mencari fakta tentang kehamilan Meooww, pada sesiapa yang mahu share.. jom kite baca sama-sama ye...


ini cerita: Ciri Ciri Kucing Hamil

Kehamilan kucing mungkin merupakan salah satu hal yang ditunggu-tunggu pemilik kucing. Bagaimana cara mengetahui seekor kucing hamil atau tidak ? berikut adalah penjelasan mengenai beberapa ciri kucing yang hamil.

Sangat sekali untuk selalu mencatat tarikh kucing kesayangan anda "kahwin". Dari tarikh kahwin ini kita dapat mengira waktu kelahiran kucing, sehingga kita dapat menyiapkan diri untuk menerima tambahan kucing.
lihat juga : kalkulator kelahiran, untuk mengira/menanggarkan waktu kelahiran kucing. Kucing yang hamil dapat mengalami perubahan fizikal dan tingkah laku.

PERUBAHAN FIZIKAL

Bahagian perut mulai membesar
Perut Kucing yang hamil mula terlihat membesar pada umur kehamilan 5 minggu. Bahagian perut ini akan terus membesar hingga mendekati saat kelahiran.

Puting susu memerah dan membesar (pink)
Salah satu tanda yang cukup signifikan adalah berubahnya puting susu. Pada kucing hamil, puting susu sedikit membengkak dan warnanya berubah kemerahan (pink)

Keluar susu
Air susu mulai diproses dan mampu dikeluarkan sekitar 3-2 minggu akhir masa kehamilan. Jadi bila puting susu dipicit dengan lembut dan dapat lihat ada cairan susu, kelahiran akan terjadi sekitar 2-3 minggu lagi. Bulu sekitar puting susu menipis
adakah perut ini menandakan Meooww sedang preggy? walaupun ciri-ciri di atas tiada secara fizikal meooww melainkan "bersemangat nak makan".. (tak pasti & ????? )







PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Muntah-muntah
Pada beberapa kejadian (jarang) kucing hamil juga muntah-muntah, seperti manusia pada awal kehamilan. Segera menghubungi doktor veterinar (doktor haiwan) untuk meminta nasihat & rawatan selanjutnya.

Berhentinya sikap Berahi secara tiba-tiba
Sikap berahi (siklus estrus) kucing tergantung berbagai hal, salah satunya adalah musim. Setelah dikahwinkan, berahi kucing berhenti secara tiba-tiba dan tidak mahu kahwin lagi, kemungkinan besar kehamilan terjadi.

Peningkatan nafsu makan
Kucing yang hamil menunjukkan peningkatan nafsu makan. Tentunya peningkatan nafsu makan ini bertujuan memberikan nutrisi yang cukup bagi perkembangan ibu dan janinnya.

Lebih lembut & mencari perhatian
Sebahagian kucing yang hamil mengalami perubahan tingkah laku seperti lebih tenang dan lembut. Selain itu mereka juga berusaha mencari perhatian lebih terhadap pemiliknya. Pada akhir masa kehamilan dapat di lihat beberapa tingkah laku seperti gelisah dan lebih suka berada di tempat hangat dan tertutup.



MEMASTIKAN KEHAMILAN KUCING
Doktor Veterinar dapat membantu memastikan kehamilan kucing. Orang yang berpengalaman dapat memastikan kehamilan dengan palpasi (perabaan) pada umur kehamilah 3-4 minggu.

Alat alat seperti USG (ultrasonografi) dan Rontgen (X ray) dapat dipergunakan untuk memastikan kehamilan. USG dapat memastikan kehamilan setelah kandungan berumur minimal minggu. Degupan jantung janin kucing baru boleh di rasa setelah berumur 3 minggu.



Monday, February 27, 2012

Meoww's Cage



both of us are planning to prepare for Hari Raya holidays are coming up (err I know, it's too early to be thinking). As you know, our family has been increased. Therefore, the preparation for Meooww should consider as well. As we will celebrate our constituency at our hometown  at Malacca & Perak, and will go on a ferry, we must find a way to Meooww can join us. Worry if the ferry does not allow us to bring pets. But the solution was found, the ferry does not matter if we bring Meoww ferry ride, but  with one condition, Meooww should be put in the cage (Alhamdulillah, was such a relief). The next planning is "Buying the Meoww's Cage". just now we have reviewed the cage that is suitable for traveling, but we have yet to buy. InsyaAllah, if there are things we will buy in the near future.

Dissatisfied ! Meoww Faces

**note** if there is an incorrect use of text, please correct it and give a comment



Sunday, February 26, 2012

blogger


antara blogger blogger yang nisah sentiasa nantikan entry terbaru adalah blogger ini barelysupermommy.com 
siapakah owner blog ini? mungkin ada diantara kita telah mengenali beliau.. mana yang tak tawu tu meh sini nisah kenalkan.. dan beliau adalah Dr Halina Mohd Yunos a.k.a Datin Halina dan isteri kepada Datuk Syeikh Muzaffar (Angkasawan Malaysia). Apa yang best kat blog ni? salah satunya, beliau sentiasa menceritakan perkembangan kehidupan seharian beliau.. of course la kan.. tu kan personal blog .. yang keduanya , penggunaan bahasa beliau.. dalam blog beliau menerapkan English Language.. erm tu yang buat nisah selalu nak baca sebab, sedikit sebanyak nisah belajar English dr beliau untyk nisah gunakan sebagai menatapkan bahasa nisah.. sebenarnya.. nisah bukan seorang yang pandai dalam berbahasa tapi sangat berminat untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian.. dulu, masa nisah keje sebelum berkerja di MBF Cards ni, English bukanlah bahasa yang wajib di guna pakai . tetapi setelah memasuki tempat keje baru MBF CARDS ni, penggunakan Bahasa Inggeris sangat-sangat di perlukan, boleh di katakan 95% English di gunakan dalam setiap urusan kami.. huh!! sangat berpeluh, oleh yang demikan.. improvement untuk menggunakan Bahasa itu perlu di tingkatkan,.

agak-agak kalau nisah mulakan penggunakan Bahasa Inggeris kat Blog ni, boleh tak? 
agak-agak ada tak yang sudi menegur kesilapan nisah & ada tak yang sudi membetulkan Bahasa tersebut ???



cinta


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. 



kata dari ~ "ketika cinta bertasbih.."


Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.



no title


untuk mengubah diri sendiri, tidak perlu melihat kesalahan orang lain.. 
untuk membetulkan sesuatu, perlu di betulkan bermula dengan diri sendiri..
hidup bukan untuk sentiasa mengkritik orang sekeliling
kritik lah diri apabila kita mamandang ke cermin..
untuk menegur orang bukan mudah.. jika sendiri tak betul!!!!


dia datang lagi!!!!


hari sabtu datang lagi!!!!
bermakna hari cuti kembali lagi, mengisi ruang hujung minggu kite dengan pelbagai aktiviti..
hari ini saye sangat gembira, sebab bercuti sakan.. bukak je mata tak fikir nask masak ape.. cume fikir..
"tekak ini mau makan nasi ayam periuk besar" terbayang-bayang ayam panggang & madu yg menggolek2 di depan mata.. terbayang-bayang pada air asam sebagai pencicah.. blurbbbb!!!! sangat LAPAR..
jadi tanpa melengahkan masa, cadangan itu terus di ajukan kepada encik suami..
dan ternyata, beliau sangat setuju dan tidak membantah dengan cadangan saye (^_^)
dan senyuman saye sangat melebar hingga ke telinga..
"ye, hari ini adalah hari cuti untuk memasak"
pada sesiapa yang pernah makan nasi ayam periuk besar ni, ia boleh di katakan sedap la jugak.. dan kedai nasi ayam ni ada beberapa cawangan, dan cawangan-canwangannya kebanyakan di kawasan utara, tapi ada la satu cawangan kedai ni MANJUNG, PERAK.. tapi, kalau tak silap di Ipoh, Perak.. takde kot restoran ni.. kalau nak bgtahu kesedapan nasi ayam ni, nisah bole bagi 4/5 la jugak, not so bad.. tapi yang pasti memang kenyang walau makan sepinggan.. sebenarnya, di langkawi ni ada 2 jenis nasi ayam yang di kenali oleh masyarakat setempat, yang menjadi pilihan orang-orang sini, yang lagi satu namanya Nasi Ayam Pak Ya, nasi ayam ni sedap, tapi ia takda pilihan ayam.. ia cuma menggunakan ayam goreng.. tapi ia tetap sedap.. malah ia agak murah sikit jika di bandingkan dengan nasi ayam periuk besar..

okey kat sini ada beberapa spesikfikasi sikit tentang nasi ayam periuk besar:-







1) NASI AYAM PANGGANG
Nasi yang berwarna putih mempunyai rasa yang menyelerakan. Manakala ketulan ayam berwarna merah disaluti dengan adunan rempah bersama cili. Nasi Ayam ini sesuai untuk pelanggan yang menggemari makanan pedas.
Nasi ayam ini dilengkapi Sup dan Air Asam dalam bekas berlainan.


2) NASI AYAM MADU
Nasi yang berwarna kuning mempunyai rasa yang tersendiri seakan-akan nasi minyak dan sungguh menyelerakan. Manakala ketulan ayam berwarna coklat kehitaman ini disaluti dengan madu asli dan sedikit rempah tradisional. Nasi Ayam ini sesuai untuk pelanggan yang menggemari makanan manis dan menikmati rasa kemanisan ayam yang sebenar.
Nasi ayam ini dilengkapi Sup dan Sos dalam bekas berlainan. 

note** seharusnya, entry ini di post semalam hehehhehe


Monday, February 20, 2012

cucur manis


cucur manis buat santapan petang pada hari ini,
seperti entry tadi, nisah cuti hari ni, jadi ada la sedikit masa untuk buat makan petang, kadang-kadang nak fikir pasal masak pon boleh buntu, no idea for menu :) otak pon blur blur pikir "nak masak ape ye??"

TING TONG!!! CUCUR MANIS, antara makanan yang paling sedap my bOnda masak suatu ketika dahulu, sewaktu nisah masih anak-anak, ketika ayah mengalami keretakkan tulang, sewaktu kakak-kakak sedang tekun menghabiskan SPM & UPSR, jika diingat2 kembali, hanya airmata yang mampu menerangkan betapa kesusahan pernah menghimpit kami dulu :) , namun usaha Bonda membesarkan kami, sehingga kami tidak pernah berasa lapar walaupun makanan kami tidak seenak orang lain.. tiada istilah makanan bernama KFC, MC D, PIZZA HUT even ayam goreng di PASAR MALAM pun susah nak makan.. AYAM yang mentah pun susah nak beli.. teringat  pada Bonda di Ipoh, teringat pada zaman kami susah dulu, untuk mencari sesuap nasi, bonda sanggup bangun seawal 3pagi untuk buat nasi lemak, kuih muih.. tidur selewat 12 tengah malam, semasa anak-anak sedang lena di ulit mimpi, bonda baru merangkak naik ke katil utk tidur, tetapi waktu kami sedang lena, di saluti selimut bOnda sudah pun bangun untuk masuk ke dapur.... its really hard.. sewaktu kami susah dulu .. CUCUR MANIS sgt sedap apabila di makan waktu petang-petang, walaupun hari2 mak buat, ia tetap hidangan yang sedap 

kini, setelah 28 tahun (yg akn masuk 29 tahun nanti ), nisah masih mengingati cucur manis resepi bonda, walaupun nak buat tu tak susuh, bahannye pon bukanlah ape sangat. cume gune Tepung, Gula, Air (tu je).. tapi ia tetap pilihan nisah kemana sahaja nisah pergi.. malah adik2 ipar nisah pun suke makan, bile buat pun kena byk2, sebab kalau buat siket, dorang pakat berebut2 yang paling suke bila akan kedengaran dialog macam ni "pandai kak long buat cucur, sedap!!!!" (tu dialog adik ipar yang bongsu nisah) hahahhaha budak2 bagi apepon sedap.. kini ia menjadi hidangan kami suami isteri, uhuk uhuk, my hubby pun suke, selalu jugak die mintak cucur manis ni, buat hidangan kami waktu petang, pagi atau tengah malam .... (^_^)

okey, cite sedey sudah, cerita gembira pun sudah (sori sume, banyak pulak tercerita pasal sejarah nisah daripada tajuk sebenar.. oleh yang demikian, nisah nak kongsikan CUCUR MANIS version bOnda dengan anda semua, walaupun korang x dapat makan CUCUR MANIS nisah tetapi silalah tengok gambar-gambar yang sempat nisah snap ye (^_^)

setelah dibancuh, menanti minyak panas

awaiting CUCUR MANIS siap di masak

yes, is ready

jom makan (^_^)


isnin is coming (^_^)

isnin is come again!!! Alhamdulillah Syukran Yazilan, masih Allah panjangkan umur, masih mampu bernafas seperti biasa, melalui hari ini penuh bermakna.. Anda yang bekerja SELAMAT BEKERJA, bekerjalah dengan hati yang ikhlas, semoga Ibadah hari ini dapat di sempurnakan .. ada yang sakit, Semoga Allah sembuhkan sakit anda dengan cepat, mana yang study, belajarlah dengan bersungguh-sungguh semoga anda tidak menyesal akan datang, pada yang banyak appointment hari ni, pastikan persediaan anda teratur & menepati masa tau...  Amin..

Oleh yang dimikian, pada yang sengaja ambil cuti (macam saye) selamat bercuti.. selamat beristirehat tau..
apa tujuan nisah apply cuti? xde pape pon, saje nak amik cuti.. sebab tak tahu nak buat ape gan cuti tahun, tahun ni ada 17hari cuti.. erm memang takde plan ape2 untuk menghabiskan cuti, melainkan plan cuti raya nanti.. .. okey, di sebabkan banyak cuti last week nisah plan untuk take leave on today, cuti yang memang tak rancang tapi just ambik je la, duk umah lepak2 je .. walaupun duk umah, tak kemana-mana tapi enjoy tetap enjoy kan , Bainti Jannati .. anda setuju?? seorang wanita sangat suke duduk rumah, walaupun rumah takde pape pun.. :)

bile nisah plan nak ambik cuti, I told my office friend (he was a man a.k.a Technician at our office) which I take leave next Monday, then dia terus keluarkan dialog macam ni:- 

dia : kenapa nisah nak ambik cuti?
me : saje nak ambik, tak tahu nak abiskan cuti tu
dia : dah tahu tak tahu nak kemana, baik datang kerja je
me : laaa apa salahnya nisah ambik cuti, lagipon report nisah dah siap
dia : mai la datang keje, rugi ja ambik cuti duk umah bukan buat apapun..
me : diam & senyum tanpa jawapan .... erkkkk

actually my friend, to take leave not only for vacation, many reasons we need to take leave..
womens, that true?? as a woman who called are wife or mother, we really need a lot of time at home with our husband & kids.. if u asked for a majority of women, what is the time required by women who work to spend time with family? kami akan bagitahu yang setiap cuti sabtu & ahad (weekend) memang tak cukup, kalo hari2 biasa, kami mempunyai lebih kurang 4 jam bersama suami & anak, itu bukanlah masa yang cukup untuk kami berkomunikasi, bergurau dengan mereka.. kami tiada masa untuk menemani suami hingga ke pagar setiap pagi, dan melambai mesra mereka, sebab kami akan keluar bersama-sama, kami tidak berpeluang, menanti suami & anak di pintu setiap kali mereka balik bekerja atau pulang dari sekolah.. sebab kami akan balik bersama-sama (silap-silap en suami & anak-anak yang tunggu kami di pintu), dengan keadaan kami sebagai wanita yang berkerja, perkara-perkara tersebut tak mampu kami lakukan setiap hari.. bukan tak mahu tetapi tuntutan kehidupan dan kehidupan yang menuntut kami berkerja untuk menambahkan pendapatan seisi keluarga buat kami bersama-sama keluar mencari rezeki, peluang untuk melambai di pintu sangatlah tipis..

sekurang-kurangnya kami bole melambai en suami & anak pergi ke pejabat & sekolah (xpela walaupun sehari je) sekurang-kurangnya kami bole masak sedap2, sebab banyak masa kalau nak compare gan hari biasa, kami masak yang simple2 je, tak pun masak dekat kedai kan...
sekurang-kurangnya.. kami melakukan aktiviti rumah dengan keadaan tenang, tidak seperti selalu yang kelam kabut, sekurang-kurangnya kami berpeluang menyediakan makan petang & menanti suami pulang, sekurang-kurangnya kami bole menyuap anak & bersembang aktiviti sekolah anak dengan lebih panjang, walaupun sehari, memang tidak mengcukupi, tapi sebenarnya ia cukup berbaloi.. walaupun sehari ia cukup mampu mengukir kenangan manis..

apa yang sangat di perlukan oleh seorang isteri? melainkan dapat menghabiskan masa bersama keluarga.. walaupun percutian seorang isteri hanya di letakkan di dalam rumah, tetapi cukup jika ia diisi dengan sebaiknya oleh kami bersama keluarga.. 
MASA, sesibuk mana pun  kami, sepenat mana pun kami.. hal-hal keluarga akn kami dahulukan kerana cinta & kasih sayang kami sangat kuat dan banyak untuk mereka (^_^) hati kami rapuh melihat anak tido tanpa belaian kami, tetapi dengan sehari ia mampu merawat kerinduan yang terpendam, walaupun sehari.. ia tetap memberi makna yang dalam 
jika kami di berikan pilihan waktu & hari bekerja .. ingin kami cadangkan supaya waktu bekerja adalah seperti berikut :-

waktu bekerja : 9.00 pagi - 4.00 ptg
hari bekerja : isnin hingga khamis

wanita.. anda setuju dengan cadangan waktu di atas? percayalah kalau kami di beri peluang untuk di beri waktu macam ni, nescaya kami tidak perlukan sangat cuti tahunan tapi perlukan cuti for vacation, sebab kalo duk umah lama-lama pon, kami bole jadi INCREDIBLE HUNK  hahahhahahah setuju semua wanita????


Follow by Email