Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, March 31, 2012

sedang menanti lagi

6.20pm, ummi mengintai ke arah meoww.. 
ummi nampak seolah-olah meooww sedang menjilat sesuatu pastikannya
.. sebab takut nanti kehadiran ummi menganggu meooww..
jadi ummi tidak pasti keadaan meooww sekarang..

6.30pm, walid kata, dia terdengar suara baby meoww ..
tetapi suara itu tidak berulang.. masih dalam kemungkinan....

saat kelahiran akan berlaku setiap satu jam
maknanya, seekor anak dilahirkan.. ia mengambil masa 1 jam untuk untuk kelahiran kedua.,,,

6.40pm sedang menanti sehingga meooww keluar dari kotak...




waktunya mungkin hampir tiba..


sabtu, 31hb. Mac, 2012~5.45pm
keadaan meoww makin gelisah.. seharian dia tak tido.. tidak seperti hari2 selalu..
hari ini meooww tak mau duduk diam.. dia hanya duduk dalam 2 minit,
lepas tu die berubah tempat, tu lah seharian meooww lakukan dari pagi tadi..
tetapi jam 5.45 ptg.. nafas meooww semakin kencang.. perutnya nampak berombak..
suara meooww kini bertukar menjadi keras..
darah juga telah keluar .. di mana meooww duduk pasti meninggalkan darah..
adakah ini tanda2 besar meoww nak bersalin?
seharian beliau seolah menahan kesakitan...
difikiran ummi hanya memikirkan tentang waktu kelahiran `
adakah ia sudah hampir untuk meoowww bersalin?

dalam keadaan yang resah, keadaan meooww yang tak tentu hala.. seolah semuanya bagai tak kena..
perlahan2 ummi usap kepalanya... ummi berdoa semoga Allah kurangkan kesakitan meooww, semoga Allah permudahkan urusan meooww, kerana  meoww sekadar kucing yang tidak tahu mengadu kesakitan, tidak boleh meluahkan rasa sakit melalui kata-kata.....

dalam keadaan yang sangat kasihan terhadap meooww
ummi menelefon Pet Clinic dengan berniat mahu membawa meoowww bersalin di clinic, tetapi pet clinic tutup dan akan di buka pada hari Isnin depan..

ummi tiada pilihan, selain terpaksa membiarkan meooww bersalin sendiri di rumah kami..

tempat meooww untk bersalin telah ummi siapkan..
di saat entry ini ditaip.. meooww kini berada didalam tempat yang telah ummi sediakan..
ummi letak kotak tu di bawah tangga, sengaja ummi letakkan di tempat yg tersorok
supaya meooww tidak rasa terganggu ...

setelah 10 minit berlalu, meoowww masih berada di situ..
masih didalam kotak.. yang mana kebiasaanya jika meooww ke kotak itu hanya sekadar utk mencakar sahaja, tetapi petang ini.. meooww seolah2 mahu kekal berada didalam kotak itu.. meooww tidak bersuara lagi.. mungkinkah dia kini sedang menanti saat-saat itu..

20 minit telah berlalu... keresahan semakin membungkam jiwa ummi 
ummi cuma mahukan semuanya selamat..




Thursday, March 29, 2012

makan2 sempena besday

happy besday to my dear enche hubby Mohd Idham Bin Hj Khamis, semoga beliau sentiasa di rahmati Allah, di murahkan rezeki dan berbahagialah sentiasa..

muke orang aambut hari jadi, nampak  benor sangat tak ikhlas nak bergambo tau!!
tawu la.. mike tu tak suke bergambor.. cer senyum tu bior ikhlas.....

sempena hari jadi beliau, kami menyambut berdua sahaja, sekadar makan-makan sahaja..
cukup lah.. tidak perlu buat besar2 kan, kami telah berkesempatan menyambut di

<>
<>

fair cafe~western, arabic & indian cuisins.. macam-macam adoooo

menu
pilihan enche hubby ~ Biriyani Kambing.. kambing ada didalam kelompok nasi

pilihan si owner blog - Biriyani Ayam.. ayam jugak didalam kelompok nasi

haaaaa nak tengok gupe si kambing & si ayam?
ini lah gupenye setelah nisah asingkan daripada nasi..

 haaa tengok, segedabak tulang kambing die bagi..
bile makan ni, cde dah nak pakai sudu garpu, pakai tangan je senang nak mengegetnye hehehe

air pilihan kami ~ Lemon Ice Tea & Fresh Watermelon Juice.. memang pure.. minum air tembikai gupe makan tembikai jeeee


orang sibuk makan, saye sibuk bergambar...



asyik asyik gambar makanan je, haruslah di selitkan muke comot owner blog ni
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............. (^_^)


dan setelah setengah jam berlalu... inilah hasilnya >>>>>> tengok kami makan licin tauuuu


 wajah kami yang sangat ceria bila sudah kenyang. erkkkkkkkkkkkkkk Alhamdulillah...

enche hubby, dah kenyang sibuk gan henpon die, bini kat dpn mata tak di beleknye.. muahahhahahaa
dalam kami bergembira, ada juga yang tak dapat ikot kami menyertai hidangan Arabian ni..
siannnn dieeeeeeee kena duk umah...
nak tau sape???



ini lah budah demok yang kami tinggalkan kat rumah, bagi makan Whiskies ajeeee
uhuk uhuk.. cian anak ummi kena tinggal yeeeeee

tapi kami tetap bawak balik sesuatu untuk di nikmati bersama si budak demok ni..
kami bawak balik kek chumel..
Blackforest Cake...
sambil2 kami makan, kami suap meoowww, laju je dia makan, sedap & die suke kot..
okey sayang, nanti besday meooww ummi beli kek ni ye..
kite celebrate tau!!!!
tak pon kite tunggu gaji walid, kite suh die banje pulak..


** maaf, cerita nisah 2-3 menjak ni asyik pasal makan je kan.. maklumlah.. kami nak ke mana kat langkawi ni, kami makan aje la.. kalao ikutkan makan-makan..
confirm mau muntah kome nengok sumenye..
banyak sangat makannya..
tu lah pasal badan kami berdua, demok demok belako!!!




Wednesday, March 28, 2012

hari tanpa kata

haruslah mesti ada sepatah dua kata~~~




sepetang di Pantai Chenang, 26.03.2012 sesudah hujan yang lebat.. benarlah.. usah merungut tatkala hujan membasahi ke bumi, kerana Allah menyediakan pelangi nan indah untuk kita tatapi... (^_^)




Tuesday, March 27, 2012

Laksa Power~Langkawi

Laksa Power adalah sebuah gerai lori pik up yang menjual Laksa, gerai ni agak terkenal bagi penduduk setempat yang mana dengan keenakan dan kepekatan kuah laksa tersebut membuat penduduk tempatan sangat menggemari untuk menjamu selera di kawasan ini, ia juga menjadi tempat favorite para pelancong & rakyat negara malaysia untuk merasai keenakan laksa tersebut... selain dari laksa , gerai ini juga terkenal dengan keenakan CENDOL yang mana cendol ini berisi pulut kuning berperisa jagung... hilang segala dahaga tatkala kesejukan cendol itu meresap ke kerongkong membuat yang dahaga kini menjadi segar.. kemanisan yang biasa-biasa sahaja amat sesuai yang mempunyai penyakit seperti kencing manis..

Berlatar belakangkan pantai, yang mana pengunjung dapat menyaksikan sunset.. tidak dapat digambarkan betapa indahnya suasana disitu sambil menghayati kesedapan laksa dan sekaligus dapat melihat pemandangan sunset, dengan deruan ombak yang sesekali menghempas pantai, deru angin yang membawa kedinginan sanubari . cukup menggambarkan lokasi yang mereka pilih ini sangatlah tepat. Jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari kesibukan bandar, gerai ini bertempat di pinggiran bandar .. jika berkesempatan menikmati sunset itu, kita akan dapat melihat para pengunjung akan mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan itu .. pastinye photoshoot itu berlaku sewaktu matahari  itu ingin membenamkan dirinya...  

gerai ini berada di antara pantai chenang dan padang matsirat.. agak sukar untuk memberi peta dari pekan kuah menuju ke kedai ini, namun bagi sesiapa yang ingin ke kedai ini, bertanyalah pada penduduk setempat, pasti mereka dapat menunjuk arah jalan, tidaklah mudah dah tidaklah susah untuk menuju ke lokasi ini. Selain kedai ini berlatar belakangkan pantai, kedai ini juga berdekatan dengan lapangan terbang langkawi, sesekali akan kedengaran bunyi enjin kapal terbang untuk berlepas dan mendarat.. jika bernasib baik.. kite akan dapat melihat para-para nelayan yang pulang dari menangkap ikan.. dengan kedudukan yang jauh dari kedai tersebut, namun kelibat nelayan itu masih dapat di lihat, adakala juga penduduk setempat akan menunggu nelayan2 tersebut pulang, dan mereka adalah orang pertama yang akan memborong ikan-ikan yang segar itu, harga? pasti lah sangat murah, kerana harga terus dari laut (^_^)..








dan jika anda berkesempatan berkunjung ke langkawi, haruslah anda mencuba laksa power tersebut.. dan sebenarnya.. sepanjang jalan menuju Gerai Laksa Power itu, kita juga akan mendapati beberapa Gerai yang menjual makanan yang sama..
terpulanglah kepada anda, untuk memilih gerai yang mana, kerana lain gerainya, lain pula rasanya (^_^)




Monday, March 26, 2012

rumah bonda


sewaktu entry ini di taip oleh si comot owner blog..
suasana di bumi Langkawi basah di timpa dek air 
hujan yang lebat mengalir.. membawa diri mengingati sesuatu..

RUMAH BONDA.. rumah bonda yang telah ku tinggalkan jejak di sana.. 
rumah bonda yang terlalu banyak kenangan & pengalaman yang telah mendewasakanku..
rumah bonda yang ada bahagia, cinta, kasih sayang, kemarahan, suka duka... segalanya..

rumah bonda.. dan selepas hujan pun berhenti
terdengarlah suara katak menemani mimpi sepanjang malam..
walaupun telinga ini sakit, namun mata masih mampu tertutup rapat..
kini, tidak lagi aku dengar nyanyian katak ..
mengalir perasaan rindu yang mencengkam perasaan..
rumah bonda..

rumah bonda, usang.. namun tetap berseri..

rumah bonda, setiap kali kaki ini melangkah, di segenap sudut ada cinta & kasih sayang
rumah bonda.....

Rumah Bonda......
rumah bonda.. yang ada ketikanya hingar bingar dek suara bonda yang melemparkan kemarahan..
namun itulah suara kasih sayang Bonda..

duhai Rumah Bonda yang telah banyak berjasa..
telah aku tinggalkanmu, demi kerana seorang lelaki bernama Suami..
rumah bonda.. walaupun hati ini berat & rapuh untuk meninggalkanmu..
rumah bonda, ku berpaling melihat mu.. ku lihat wajah sayu bonda ku
terukir senyuman dibibir bonda, namun ku tahu.. pasti bonda tidak sanggup berpisah
namun hati Bonda terlalu teguh, sekadar menangis di dalam hati..
tangan ini terus melambai, sehingga kelibat bonda hilang di mata..
pertemuan sesingkat itu.. telah aku sematkan dalam jiwa
entah bertemu kembali atau tidak..
Rumah Bonda sentiasa diingatan..








Friday, March 23, 2012

mana nak sama si kucing belang

masuk-masuk je keje,
pagi pagi lagi dah kena perli..
yang nisah pulak tak perasan orang perli kite
ingatkan cerita yang betoi2 terjadi..

kawan: malam tadi nisah tgk tak berita orang ilang anak?
nisah: ade ke? tak pasan la.. kan ke budak 15tahun dh jumpe.. yg die g lari umah bopren die kan..
kawan: bukan, bukan yg tu.. anak die kuar umah tak bgtahu, kuar macam tu je..
nisah: oo ye ke, sian mak die risaukan anaknye entah kuar ke mana, lama ke anak die keluar?
kawan: adalah dekata sejam lebih
nisah: lorr ye ke.. sian kuarge die, then mak die dh cari anak tu?
kawan: dah cari tapi tak jumpe....
nisah : xpe la mlm ni nisah tgk berita, nak tahu jugak ape jadi kat budak tu..

kami pon buat keje masing2..
tiba-tiba kawan tu pon menyanyi2..

dua tiga kucing berlari..
mana nak sama si kucing belang..
kemana saja kucing ni pergi
habis semua kucari di ceruk longkang...

bla bla bla....
ade la liriknye lagi.. tapi dh tak ingat..
masa ni nisah dh tahu, die macam perli nisah.. sambil sambil nyanyi die tgk nisah & ketawa memanjang..

pastu die berenti nyanyi pastu die ckp, sian ummi dia. satu taman dah cari anak die, tapi masih tak jumpe..
(die cakap berulang2..)
lama-lama baru nisah tersedar dia sedang bercakap tentang status nisah di FB



erkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, status macam ni pon jadi bahan ketawa.. sedey betoi!!!!
tapi, sedap jugak sume lirik2 lagu dia.. macam pantun je..
cuma tak sempat nak ingat..
kalau di susun2 boleh jadi sebuah pantun atau sebaris lagu tu... (^_^)





Thursday, March 22, 2012

gaji isteri hak suami ke?

ada sape sape yang tahu tentang gaji seorang isteri??

erm citenye macam ni...
sebagai seorang anak yang kerjanya biasa2 je,..
nisah adalah bantu mak nisah di ipoh, dgn memberi sedikit wang belanja kepada beliau..
(ini bukan berniat nak menunjuk) sebab nisah sangat pasti ramai di antara kita
akan memberi wang saku kepada mak setiap bulan..
(maklumlah mak nisah dah tak bekerja, sebagai anak-anak kitelah yang kena bantu sekadar termampu)
tetapi hal ini seolah tidak disenangi oleh seorang kawan nisah..
dia telah mempertikaikan tentang pemberian itu
beliau bagitahu, emak nisah bukan tanggungan nisah, jadi nisah tidak perlu menghantar duit kepada emak sendiri, tetapi nisah harus mengirimkan duit kepada ibu mertua nisah kerana ibu mertua nisah adalah tanggungan nisah..

bila die berkata-kata macam tu, nisah diam seketika dan berfikir..
1) emak bukan tanggungan aku?
betul, mak bukan tanggungan aku, sebab aku anak perempuan, anak lelaki lah harus menjaga mak
tetapi, emak aku tak da anak lelaki, ketiga-tiga kami semua perempuan.. mak juga tiada suami..
jadi siapa yg harus menanggung dia? menanggung diri sendiri?
mampukah emak? sedangkan beliau kini telah mencecah usia 64 tahun. dia sudah tua, sudah tidak berdaya mencari rezeki, salahkah kami adik beradik menghulurkan duit belanja kepada emak? berdosakah?

2) ibu mertua adalah tanggungan nisah?
benarkah? setahu nisah dengan ilmu yang tidak seberapa ini..
ibu mertua bukan tanggungan nisah, sebab nisah perempuan, yang harus menanggung ibu mertua adalah suami nisah, sebab suami nisah ANAK LELAKI kepada IBU MERTUA nisah...
tetapi, buat sementara ini, IBU MERTUA nisah masih ada suami..
sekarang tanggungan kepada siapa? suami nisah atau SUAMI IBU MERTUA nisah?

haishhhhhhh .....

dan kawan nisah berkata lagi, nisah bagi duit dekat mak nisah itu, ada tak nisah minta izin dekat suami?
tahu tak, haram & berdosa seorang isteri memberi duit kepada emak sekiranya suami tidak izinkan...

erkkkkkkkkkkkk sekali lagi nisah terdiam & bermonolog sendiri..
Ya ALlah kurangnya ilmu aku dalam beragama ni, sbb aku tak tahu pun yg aku berdosa dgn suami aku..
sebab nisah akui, nisah tidak pernah minta izin suami nisah untuk memberi wang kepada mak.. nisah cume beritahu suami tentang jumlahnya sahaja....
kalaulah benar nisah berdosa, selama ini bertahun2 nisah berkahwin nisah menanggung dosa sebb tidak minta izin suami untuk berikan wang kepada mak? besarnya dosa.. terkesima sebentar...

namun.... seperkara hal yang nisah faham.....

duit yang nisah berikan kepada emak setiap bulan adalah duit titik peluh nisah sendiri..
nisah bekerja.. setiap bulan nisah dapat gaji.. dengan gaji yang nisah dapat tu lah nisah kirimkan kepada emak yang berada di Ipoh, haruskah nisah minta izin kepada suami nisah sedangkan itu duit nisah? duit dari titik peluh nisah sendiri... lainlah kalau nisah guna duit suami , barulah nisah kena minta izin dekat suami...
sekali lagi, nisah terfikir....

dan nisah teringat tentang sesuatu dan cuba mengaitkan dgn isu ini..
HARAM seorang suami memakan duit isteri walau satu sen pun yang die guna, jika duit itu tidak mendapat kebenaran dari si isteri tersebut, GAJI ISTERI adalah hak mutlaq si ISTERI.. dan sekiranya si ISTERI tidak mengizinkan suaminya menggunakan duit tersebut maka jatuh haram ke atas duit itu...
SUAMI TIDAK LAYAK meminta-minta duit isteri..

oleh yang demikian, perlukah si isteri meminta izin kepada suami untuk menggunakan wang tersebut?
sedangkan wang itu bukanlah digunakan untuk melakukan maksiat atau melakukan hal-hal dosa besar..
si isteri hanya ingin membantu emaknya sahaja, adakah ia berdosa??

Islam itu mengajar untuk kita tahu bahawa Islam itu mudah, namun bukan ambil mudah..
biarlah kita tidak pandai, dari kita memandai-mandai...

dan hal ini nisah telah ajukan kepada suami nisah..
dia sekadar menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersutuju dengan pendapat kawan nisah..
lalu nisah bertanyaka kepada suami nisah,
adakah nisah berdosa? adakah benar dakwaan kawan  nisah itu?

lalu suami nisah memberitahu secara ringkasnya:
"seorang suami tiada hak untuk ambil tahu tentang kewangan isterinya selagi si isteri menggunakan wang itu dengan baik, dan jika si isteri menggunakan wang dengan cara yang salah, wajiblah suaminya memberi teguran dan nasihat tetapi bukan mengambil kesempatan dengan merampas duit hasil titik peluh isteri tersebut"

huuuuuuuuuuuuuuuuu selepas mendengar kata-kata suami nisah, nisah menarik nafas panjang..
kini nisah tahu, nisah tidak berdosa dengan suami nisah...

thanks enche hubby kerana memberi saya peluang berbakti kepada emak saya.......

dan sebenarnya... Islam tidak melarang isteri bekerja membantu suami bagi tujuan itu, namun tanggungjawab sebenar bagi menyara keluarga masih tetap di bahu suami dan isteri adalah sekadar membantu serta melengkapi keperluan keluarga yang tidak lengkap. Gaji isteri adalah hak milik mutlak isteri dan suami tidak mempunyai hak untuk meminta wang gaji isterinya itu.

Amaran Rasulullah SAW,
“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.” (Hadis Riwayat Muslim),

akan dayuslah seorang suami selagi mana dia meminta-minta duit isterinya
maka tiadalah dayus seorang suami itu, jika dia menerima duit isterinya selagi isteri itu memberi dengan ikhlas bagi membantu suaminya..

Islam itu mudah, kini hal-hal yang sulit telah menjadi mudah.. selagi hidup mempunyai sikap toleransi & ihsan..

kawan.. kamu harus faham.. di dalam sesebuah rumahtangga, banyak perkara yang harus dibincangkan.. bicara suami isteri, tidak akan difahami oleh orang sekeliling...

Firman Allah SWT [066:6] yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah at-Tahriim, ayat 6)

***bukankah tugas isteri bekerja sekarang untuk membantu suaminya?? jadi apa yang harus dimalukan seorang suami menerima duit iateri selagi isteri itu sejujurnya ikhlas menghulurkan duit tersebut? dayuskah?
DAYUS bagi lelaki yang ego & tak cukup ilmu!!!!!

Surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tiada memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran."




Wednesday, March 21, 2012

bicara manis (erkkk mood jiwang)

orang kate, lagu kadang-kadang dapat mencerminkan perasaan
hati kita yang tak mampu di luah..

oleh kerana itu, hari ini.. nisah mahu dendangkan kepada anda semua lagu ini..

dengarkanlah.......................


muahahhahah dah dengor..??
mood masih ke laut, tgh sibuk nak cari eroplen, nak g gapai awan ...

nak ikot tak???





Tuesday, March 20, 2012

entry yang melayan perasaan

memandangkan mood saye melayang entah ke mana..
maka entry hari ini tentang perasaan.. layan je lah ye...


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita


Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu. 




betapa tak pandainye..

orang kate kalau tak pandai , kena rajin pegi sekolah baru cepat pandai..
tapi saya dah habis sekolah..

err sebenarnya nak bagitahu..
saya dengan ini sangat teringin nak join contest..
tapi xmo la contest for parents, maklumlah saye belum menjadi ibubapa yang sebenarnya..
duk menumpang anak-anak orang jeee
(huwaaaaaaaa, statement belas kasihan) muahahhahha

tetapi, tak pandai & tak tahu nak join..
bila nampak contest sangat teruja nak join, tapi tiba-tiba berhenti pulak
sebab tak tahu nak mula dari mana..

kesiannya jadi orang yang tak pandai..

tetapi, ada mana-mana sifu yang sudi ajari saya???
(sambil mata blink blink minta simpati)
muahahhahahhaha

okey .. serius memang nak belajar & join sekali (^_^)





Follow by Email