Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, April 30, 2012

1hb. Mei, 2014

Alhamdulillah hari Public Holiday for Labour Day kembali lagi tahun ini, terasa diri di hargai bila ada hari2 seperti ini di adakan, sekurang-kurangnya adalah hari yang menghargai perkerja seperti kita (^_^)

sebenarnya, kami Suami isteri telah merancang untuk Island Hoping besok, utk mengisi hari cuti kami, tapi memandangkan cuaca di Langkawi buat masa ini sangat membimbangkan dengan kehadiran Hujan & Kilat.. itu membuatkan kami membatalkan sahaja niat kami..

ada juga plan lain yang kami rancangkan, namun masih berkira-kira samada rancangan ini harus di jayakan atau hanya sekadar perancangan..

namun dalam pemikiran nisah telah merancang untuk menyediakan Makanan Tengahari dengan Menu Ketam Masak Cili, berkelip-kelip mata nisah melihat resepi2 kat internet.. huhu berpinor jugak ler bijik mata awak ni weyyy, segala macam resepi terkeluor..

harap2 esok ada semangat untuk masak Ketam ni..
ni sume gara-gara my dear sis Salina Sasliza

3 weeks ago kot. my sis ni masakla ketam masak cili and siap tagged nisah lagi kat FB tau!!!
haishhhh geram pulak tengok menunya.. terliur dan berselera..
jadi nisah pon nak merancang untuk buat menu yang sama jugak
erkk mungkin jugak dari resepi yang lain kan....
original homemade Nisah Idham...

heheh jadi ke tak?
tunggu je la entry kan datang ye... (^_^)

(^_^) monolog cermin hati >>"sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun"

 "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya"

 "seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang di fardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk Syurga dari mana-mana pintu ia suka"

Wednesday, April 25, 2012

hari tanpa kata

(^_^) monolog cermin hati >> Ya Allah, Engkau kekalkanlah ikatan hati-hati kami demi memburu radhaMu... Aminn Aminn Ya Rabbana Al Amin..






Tuesday, April 24, 2012

sarcastic~~

orang kate, sesekali orang yang mulut puaka ni harus berjumpa dengan mulut puaka jugak, supaya dia sedar bahawa die berpuaka selama ni..
ape nak buat, bekerja & duk sebumbung gan orang-orang yg macam ni, bile bercakap.. hanya yang keluar bahasa-bahasa sarcastic, kite yang mendengar ni memang sakit hati la kan.. sebab kite ni tak bodoh sangatkan.. kalau nak bercakap tu, cakap la terang-terang, tidak perlu nak memerli ni..
memang lah bahasa perli lagi mudah orang faham
"sape yang tak faham bile lepas kena perli??" semua org akan faham..
tapi kalau buat diri nisah ni, lebih baik lah kamu maki2 ke, tengking2 ke, daripada kamu memerli.. sebab bile memerli ni hati saye sangatlah sakit..
sakitnye rasa macam nak bagi penendang je kat mulut kamu tu..
serius, kite memang boleh ketawa bile kamu perli, tapi sebenarnya dalam hati tercipta sebuah perasaan iaitu "BENCI", of course lah kite tidak berhak untuk membenci orang.. tapi saye manusia yang kadang2 memang sensitif.. tak suke nak dengar ayat perli, berterus terang kan lebih baik??

jelas dan nyata, hati & telinga pon tak sakit sangat kan..


(^_^) monolog cermin hati >> bile bercakap, kamu jer rase betoi.. macam kamu je lah yang pandai. kalau kamu ni pandai sangat, nape jadi KULI je??

Sunday, April 22, 2012

Perkatan Lazim yANG Sering digunakan oleh Kaum Wanita

FINE >> Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


(^_^) monolog cermin hati >> Saidina Umar Berkata: "Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati, seperti mana dia sangat berjhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqawa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya."






Friday, April 20, 2012

kembali seperti biasa

Alhamdulillah.. 
Sakit itu sekadar ujianNya..
walaupun hanya bersisa sakitnya, namun masih mampu nisah menjalani hari ini seperti hari-hari biasa.. oleh yang demikian, nisah telah kembali bekerja seperti selalu..
ikutkan perasaan ingin sahaja bercuti lagi, namun apabila memikirkan tentang kerja-kerja di opis buat nisah rasa ingin pergi ke pejabat, memandangkan ada beberapa kerja & report perlu di selesaikan..

erm.. memang begitulah.. bila kite bekerja, jangan harap lah ada orang lain nak tolong buatkan kan..
jadi kena la berusaha sendiri buat bagi habis walopun terasa kaki  dengan tangan ni macam dah tak cukup nak gapai kerja-kerja yang ada.. tak cukup kerja-kerja yang ada, ada pulak yang sudi & berbesar hati datang menambahkan lagi kerja-kerja nisah ni walaupun dah sedia maklum nisah memang tak sempat nak buat kerja lain.. haishhh nak menolak tak sampai hati, nak terima badan naik longlai...


(^_^) monolog cermin hati >> "Tidak ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri" (Hadis Riwayat Al-Bukhari"

Sabda Rasulullah SAW : " Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam"






Penyejuk Mata ~ di Hari Jumaat 20.04.2012




(^_^) monolog cermin hati >> Riwayat Bukhari & Muslim. Imam At Tabrani meriwayatkan dan Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: "Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada didalam lindungan singgahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabiNya dan orang-orang yang suci."





Thursday, April 19, 2012

hari yang tak sihat

kawan-kawan nisah nak mengadu kat sini yang nisah tak sihat..
(elehhhh mengada je bunyinye kan..)

serius nisah tak sihat.. semalam.. perut nisah menusuk2 angin.. sesekali angin tu menyerang, rase macam orang bagi penumbuk jeeee, sakit, pastu nisah pon cal kakak, nak tanye die kalo sakit mcm ni ape ubatnya & ape puncanye???
kakak nisah kate, biasa minum air lemuju.. tapi kat Langkawi ni tak pernah pon nampak air lemuju..
then kakak nisah pon cadangkanlah sapu minyak angin..
alaaa kat opissss mana ade minyak angin?

okeylah, tunggu balik umah je la kan..
then kakak tanye.. makan ape sampai berangin badan tu?
nisah cakap lah, rasenye tak mkn ape2 pon...
then kakak pon sebut la nama-nama jenis makanan yang berangin..
dia kata ada tak makan ubi  ke, nangka ke?
hahahha baru nisah ingat nisah ada makan sukun goreng.. 
ye lahhh baru nisah sedar yang sukun tu sejenis makanan yang berangin....

percaya tak, dek disebabkan nisah perut nisah meragam semalam, nisah langsung tak makan apa2 pun..
tak rasa lapar langsung.. yang rasa cume sakit jeeeee, sampai balik umah pon tak makan ape2.. dah la rase sakit kat perut, kepala pulak pening2, dah rase cam bergegar je bangunan tu, nak rase muntah.. mmg rase nak tumbang jeee

dah dekat pukul 2pm smlm, nisah semakin tak tahan.. nisah pon turunlahhh nak cari minyak angin, alhamdulilah, ada minyak angin tu, nisah pon sapu lah kat perut supaya hilang sket..

bile jam dah masuk kul 5pm, rase sakit dah kurang.. tapi pening & nak rase muntah tu masih ada..
sampai ke umah, memang nisah tak masak pape la kan.. hubby pulak kate nak g umah kawan die sbb ada jamuan nak tgk baby baru, bile die nampak nisah terbaring je petang smlm, die kate nak cancel je.. ermm sian pulak.. then nisah ckp.. xpe lah kite g je..
kami pegi la.. dalam keadaan yang tak larat tu nisah gagahkan jugak la berjalan .. makan lah je makanan yang terhidang tanpa bernafsu.. sedeynya..

akhirnya, nisah ambil keputusan untuk bercuti hari ini...
tak masak pon bekalan utk hubby, nisah suh die beli je..

ni pon rase kurang sket sakit kepala.. harap2 nisah sihat la hari ni.. sebab esok kalo bole nak g keje..


(^_^) monolog cermin hati >> "Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)






MiaDuniaku 1st Giveaway

thanks to mia duniaku kerana ajak join nisah GA yang ini..
teruja , happy sume perasaan ada..

jadi nisah dengan berbesar hatinya nak ajak kawan-kawan join & memberi support kepada Penganjur..
jom klik banner di bawah 


atau klik sahaja ~LINK INI untuk melihat hadiah2 yang menarik telah disediakan oleh pihak Penganjur.. oleh yang demikian, nisah berbesar hati nak ajak ch@ & kak ina untuk join GA ni...
(^_^)

(^_^) monolog cermin hati >> jom la ramai-ramai memeriahkan GA ni..




cerita pasal makan lagi

hari ahad yang lepas, kami tak kemana-mana jadi kena la jadi CHEF teriktiraf di dapur sendiri..

okeh, menu nye... simple.. sejenis lauk dan sejenis sayur, bukan malas.. tapi my hubby kate tak payah masak banyak2 jenis, masak sejenis je cukup....
wah!!!!!!!!! pucuk di cita ulam mendatang~~~~ 

kalau nak simple, meh sini tengok kesimpleannya tahap mana..


 bayam~nisah beli bayam, ni menu tak terancang sebab pegi kedai tadi ternampak bayam ni terus nisah beli, entah kenapa nisah dapati dekat area langkawi sangat susah nak cari bayam kaler merah yang macamni, kalau ada bayam merah pon, merahnye sket je.. kalao masak pun kaler jernih je, tak jadi kaler merah... macamni.. so dah nampak ni terus beli, nanti tak beli takut tak jumpa dah lepas ni kan..


macam biasa la bayam ni kalau nak masak kena la rendam dulu, bagi tertanggal semua-semua pasir yang melekat kat  batang & daun2nye..  tak basuh bersih bersih takut2 kang makan pasir pulak!!!


dah siap masak!! ni kalau kalau orang JAWA panggil MASAK BENING tapi kalau orang melayu kite akan sebut MASAK AIR, mana-mana nama pon tak kisah, asalkan makan & rasanye kan....
sebenarnya nisah tak berapa suke makan sayur ni, tapi memandangkan my enche hubby mempunyai masalah kekurangan darah sehingga 7, maka makanan yang dapat menambahkan darah haruslah diberikan kepada beliau, ini termasuklah daging, hati ayam (yg ni terpaksa potong kecik2 sebb die tak suke  makan hati ayam), telur kampung separuh masak, dan sebagainya lah.. asalkan darah die naik balik, kang tak naik tak pasal2 die terpengsan kat office pulak kan...


okeh menu simple yang kedua adalah...
hah memang tersangatlah simple, tidak dinafikan lagi~~




ayam masak goreng rempah..
ayam.. hehe yang ni memang my feberet..
wajib ada dalam senarai belian basah setiap minggu ye...


dalam keadaan tengahari rembang tu, saye sedang berlintang pukang menyiapkan makanan di dapur, namun my enche hubby tidak kurang jugak kesibukannya membantu menyapu halaman rumah yang penuh rumput setelah rumput umah kami di potong..


alahai enche hubby, orang menyapu waktu pagi-pagi or petang-petang tapi awak menyapu di tengahari rembang.. tak pelah .. asalkan TOLONG sudahhh I LOVE U so much...

bile dah makan tengahari, mestilah ada makan petang...
3 hari lepas kawan enche hubby bagi kami buah sukun, erk dah lima taun 
 saye tak makan sukun, alhamdulillah rezeki kami, jadi petang tu kami dapatlah makan SUKUN GORENG


kawan-kawan, cerita makan tamat di sini..
sekian terima kasih.
nanti kite cite pasal makan lagi ye... (^_^)

(^_^) monolog cermin hati >> Rasulullah SAW menyebutkan bahawa: Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).




Wednesday, April 18, 2012

hari tanpa kata




(^_^) monolog cermin hati >> yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta, yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita, yang terbaik buat kita tidak semestinya Allah SWT suka, belajarlah redha apa yang kita ada, itulah terbaik buat kita...  walaupun itu bukan yang kita suka, saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untuk kita sesuatu yang lebih berharga, Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi..





Tuesday, April 17, 2012

itulah dia~~

Kadang terasa penat dan serik nak menyayangi sesorang sampai tahap kite sayang dia sangat-sangat, sebab bile kite sayangkan die, kite curahkan kasih sayang sepenuh hati, berkongsi kisah suka dan duka, melayari hari2 yang gembira bersama.. namun kerana sedikit kata-kata yang terluka, terus hilang.. jauh dari sisi kite, sedangkan semasa hati kite terluka, kite masih berada disisi dia kerana tak mahu berpanjangan.. namun dia sebegitu mudah untuk  meninggalkan kite.. pelbagai soalan wujud dalam minda. Kenapa? Kenapa kasih sayang itu terlalu mudah diketepikan, die tinggalkan ?? atau kasih sayang itu tidak berharga lagi?

Kadang-kadang terfikir, tak mahu lagi kasih sayang itu, tak mahu sesiapa yang rapat dengan diri ini, cukup sekadar biasa-biasa, agar tidak kecewa,.. tapi kasih sayang anugerah Ilahi yang sangat berharga, sejauh mana kaki ini berlari, kasih sayang tetap bersemadi dalam jiwa. Tertanam tenggelam ke dasar hati.

Sehingga , luka yang ada kembali sembuh. Mengapa pada die kasih sayang itu terlalu murah? Tiada harga? Tidakkah tahu kasih padamu sangat dalam, sehingga diri ini mampu menangis saat kau berduka? Kesakitan yang kau lalui, terasa hampir dengan diri, sehingga diri ini berusaha mendapatkan apa yang kau mahu sehingga termampu? Bukankah itu di lakukan atas dasar kasih sayang kepadamu? Apakah kurang curahan kasih sayang ini? Sehingga kamu melupakan diri ini semudah ini.

Lembutkanlah hatimu, kerana diri ini masih ada kasih sayang yang tidak pernah bersisa..



(^_^) monolog cermin hati >>"Cintailah mereka dengan sederhana, boleh jadi engkau akan membencinya pada suatu ketika. Dan bencilah orang yang engkau benci dengan sederhana, boleh jadi engkau akan mengasihinya pada suatu ketika." (Hadis Riwayat At Termizi)

dalam hati tiada benci, namun yang ada cuma kasih sayang yang tidak akan berpenghujung~~






Festival Water Langkawi 2012

hari sabtu yang lepas kami bercadang untuk melihat Festival Air..
huhuhu 1st nak tengok sebenarnya.. tak tau lah apa yang ada..
jom kite tinjau2 gambar yang sempat nisah ambil..
here we go!!!!!
jom ke sini~~ Pantai Chenang


yeay yeay dah sampai

sebelum kite terjah pantai, haruslah menempekkan muka dulu ye..
CAKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ha meh sini!! sini!! kat sini la Festival ni di jalankan..
ramai orang yang hadir walaupun dah petang


konsert????
hasihhhh ni bukan konsert, ni Pertandingan Karaoke Battle of Rock
YEAY YEAYYYYYY

kan.... masih ramai kan..
ni adalah gerai-gerai yang menjalankan perniagaan

ramai jugak rakyat tempatan ambil bahagian untuk menambahkan pendapatan hujung minggu ni



macam-macam produk tempatan yang dapat di beli kat sini
barang dapur, buah buahan .. kering hingga basah..
makanan ringan pon adooooo


haaaa kambing golek pon ada.. ramai jugak yang beli tapi kami tak beli, kami lalu je hehhee


saye menempek lagi, sebelum balik 



kami pergi dah petang, so aktiviti banyak yang dah habis, sebenarnya tak tahu jadual aktiviti festival ni..
terlepas nak tengok semua aktivitinya... 




(^_^) monolog cermin hati >> mood sedey~~~~





Follow by Email