Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, May 10, 2012

make me smile

thanks to whom it may concern >>
thanks make me smile..

for whole day, buat saye berada dalam dunia saya sendiri
buat saye sering membaca dan tersenyum sendiri...

make me blushing-blushing in the early morning..
make my day a beautiful day....
like butterflies yang cantik berterbangan 

You make me happy
You fill my world with hope
You’ve changed my life
In ways you’ll never know

You have a special way
Of making me feel
More valuable than I believe I am
Your soft and gentle smile
Speaks to my heart
As if you truly understand


(^_^) monolog cermin hati >> when something is on my mind or weighs heave on my heart, u always seem to know, what i want say, before i ever start...


Monday, May 7, 2012

dAn kini 29 tahun..

Alhamdulillah, setelah 29 tahun nisah mengisi ruang di bumi Allah yang luas ini, pelbagai perasaan & situasi pernah di lalui.. ada saat suka duka, ada saat jatuh & bangun .. adakala ketawa dan seringkali menitiskan airmata.. menjengah usia di penghujung 20 -an ini, nisah masih mencari ilmu bagi mengisi ruang kekosongan.. melihat diri yang begitu kerdil, mencari ilmu di setiap kali kaki berdetak & jantung berdegup.. seringkali melihat diri di cermin bisu, meneroka di setiap wajah.. terhambur perasaan kesal, kerana selama 29 tahun ini, terasa benar hidup ini seolah sekadar sia-sia.. masih terus melangkah, mencari diri sendiri... mencari Nur Ilahi yang hakiki, semoga Allah permudahkan segalanya.. Ujian datang pergi, memberi & menambahkan kekuatan diri.. saat airmata ini jatuh, dan dari airmata itu nisah kumpulkan kekuatan.... apa yang berlalu 29 tahun yang lepas, biarlha berlalu.. bumi ini luas, ilmu di dada masih menuntut haknya.. semoga diri ini semakin baik, dan bijak memilih haluan yang abadi...


(^_^) monolog cermin hati >> Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (surah Al - Imran, ayat 185)


Sunday, May 6, 2012

Kuih Belanda

bertahun tahun dari kecil sampai ke dewasa ini suke sangat makan biskut ni, kalau dulu hanya mampu beli yang timbang je, walaupon tak sedap (ermm biskut murah kan) namun, suke punya pasal sekilo pon boleh di habiskan.. dan sepanjang tempoh itu nisah tidak pernah tahu nama jenis biskut ini..

namun baru baru ini, nisah pergi beli biskut ni.. saje nak makan kudap kudap kat opis, baru nisah terperasan bahawa nama biskut ni adalah Kuih Belanda..

mana ghupe kuih belanda ni?

ni lah ghupenya

<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>

 




selamat berhujung minggu semua peluk erat

(^_^) monolog cermin hati >> mesti korang jugak selalu makan kan?

Saturday, May 5, 2012

penghibur lara


mereka menjelang 4 minggu
dah pandai berjalan, berlari.. membersihkan bulu masing2 & membantu membersihkan bulu adik beradik yang lain, dah pandai nak poo poo, yes ummi dah mula ajar poo poo kat dalam litter box, tapi mereka cume tau buang air je dalam litter box, kalao poo poo mesti ikut sempat dorang je.. ummi lah jadi tukang kutip & tukang mop tempat poo poo atoooiiiiiii!!!!!!!!!!!!

ummi jugak dah start memandikan mereka..
bagi wangi sket...
of course dorang tak suke, tapi ummi mandikan juga pelan2 supaya mereka tak takut air nanti...






kalau tido mesti berhimpi-himpit, tunggang langgang tidonya..



(^_^) monolog cermin hati >> mereka sekadar kucing peliharaan, namun keletahnya mencuit hati.. 

Friday, May 4, 2012

cinta untuk kamu


Selalu ku abadikan cinta ini untukmu membalutkan sepi yang kerap menyapu kelukaan hati…
mematri kasih hanya untukmu hingga di hujung waktu ajalmenjemputku
melalui langkah letihku namun, perjalanan ini panjang untuk kita tempuhi diatas pilar yang terjaga
bersama menyusuri hari dengan sulaman cinta penuh warna kasih mesra dalam suka ataupun duka kan menyelimut ruang-ruang keikhlasan dari kedalaman jiwa dan beralas tilam kesabaran dari ranting kalbumu…
bersimpuh kita dalam getar simpuh melafaz doa ke hadrat ilahi , bersyukur hingga hari esok datang menjelang…semoga cinta ini tak berhenti bersemi di atas lempung kesabaran 
tak bosan mengiring keikhlasan tak jua beranjak disaat itu, sekarang hingga hembusan nafas terakhir….
maka kini kupinta kepadamu wahai penilam cahaya kasihku….
‘Cintailah aku dengan segenap kesabaranmu dan keikhlasanmu demi meraih keredhaan yang hakiki...

(^_^) monolog cermin hati >> Jangan cari cinta manusia , ia penuh dengan penipuan, kekecewaan dan tidak kekal. Tapi carilah cinta Allah, tiada penipuan.. tidakkan pernah mengecewakan .. itulah cinta abadi.. Cinta yang di RedhaiNya...


Cinta Buat Emelda vs Bicara Hati

habis sudah kisah CINTA BUAT EMELDA.. happy ending.. puas hati tgk cite ni, tapi sayang tayangan setengah jam yang pertama nisah tidak nampak menonton kerana berada di luar.. so memang tak tahu lah macamana reaksi Aril Fatah setelah mendapati Emelda kuar rumah, juga tak tahu pulak result DNA Aril Fatah dan Dania, tetapi bernasib jugaklah kerana ada yang sudi memberi keizinan untuk ulang tayang di beberapa blog yang berkongsi cerita ni, dapat jugaklah nisah download atau watch Now!!!

tak sabar jugak nak tengok Isnin depan, apa pulak cerita yang telah di adaptasi dan bakal di tayangkan.. dengar2 macam AKU TERIMA NIKAHNYA, gandingan sekali lagi ADI PUTRA dan NORA DANISH..

satu lagi nisah sempat follow sebuah cerita ni yang bersiar di Astro Prima, sebuah adaptasi novel jugak.. Novel ni nisah pernah baca satu ketika dahulu, tapi frust sebab masa nisah baca novel nye sangat teruja untuk tahu apa yang bakal berlaku dalam hubungan Tengku Syahran & Zahlia, tetapi apabila di olah menjadi epilog drama, cerita DOWN, tidak seindah Novel yang nisah baca.. 
adakah sebab arahan & skrip yang tidak menarik atau nisah sendiri yang sudah bosan dgn keboringan cerita ni? nisah pon tak pasti.. apa yang nisah harpakan, setiap kali novel itu di adaptasikan, biarlah menjadi sebuah cerita yang menarik perhatian.. janganlah begitu ketara kakunya seperti Bicara Hati & Kasih Antara Kita....


(^_^) monolog cermin hati >> bila hati menjadi satu 

Ia Datang Lagi

Alhamdulillah Jumaat yang Barakah menjelma kembali..



1. “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

2. Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. .“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada ALLAH sesuatu kebaikan melainkan ALLAH memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan ALLAH melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

3. Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

4. Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa ALLAH akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh ALLAH pada hari Jumaat


5. Bermula khamis malam Jumaat, terdapat keistimewaan yang tertentu, antaranya ialah hari untuk umat Islam mempergandakan amal ibadah, berselawat atas Nabi, berdoa kerana di dalamnya ada satu waktu yang dikabulkan doanya, malah kita juga di galakkan untuk memenuhkan masa dengan perkara-perkara kebaikan dan ketaatan serta hindari dari melakukan maksiat. Sesungguhnya memuliakan perkara yang ALLAH muliakan nescaya ianya akan dimuliakan oleh ALLAH SWT.


6. Sama-samalah kita meraikan sepanjang hari Jumaat agar hari-hari yang lain jua dalam kebaikan. Sentiasa memperhatikan dan mennempatkan diri pada urusan dan perkara yang ALLAH dan RASUL cinta, moga kita sentiasa dalam pilihan yang terpilih olehNYA. WALLAHU’ALAM



(^_^) monolog cermin hati >>Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakanDaripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.) Riwayat Muslim)


Thursday, May 3, 2012

sedang mencuba~~




9 dari 10 wanita Malaysia sukakannya. Tunggu apa lagi?
sekarang giliran NISAH untuk cuba!!!
Aksi terbukti, sehingga 2 tona lebih cerah dalam 2 minggu

Milky Brightening Dew- bertindak sebagai Toner

Moisterizer

Scrub

Foam
haishhhh masih belum terbukti sebab baru 4 hari guna.. kena tunggu lagi 10 hari, baru boleh komen terbukti atau tidak..

kawan-kawan , kalau anda pengguna Garnier Light, sila share information dengan nisah yang baru nak mencuba ni.. tidak berharap untuk menjadi cerah seperti Lisa Surihani, tapi cume mahu hilangkan parut2 . pori hitam & kebersihan wajah... (^_^)


(^_^) monolog cermin hati >> berusaha ke arah lebih baik

Wednesday, May 2, 2012

Hari Tanpa Kata






(^_^) monolog cermin hati >>  Seorang sahabat Rasulullah bertanya "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah SAW: " Menyayangi setiap makhluk itu adalah berpahala.: (Riwayat Muslim)

Follow by Email