Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, September 28, 2012

Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki

jumpe lagi sebuah artikel, so happy nak sharing kat korang sume..
 kan kite sering dengar, banyak perkara yang perempuan cakap .. mesti ada maksud bersembunyi.. bahasa yang terang nye.. konon nak "cover" la... suke nak bagi hint hint je.. pastu suke nak bagi si lelaki tu berteka teki, lebih kurang macam malu malu tapi mahu jugak la kan..
kan kan kan betoi tak?? tetapi lain caranye lelaki ni.. dorang ni kalo bercakap mmg xde cover2 .. direct je, no corner2, no junction junction.. straight jeee...
kat bawah ni, beberapa ayat yang tak tersembunyi dari lelaki...


 ini antara 10 Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki cakap dan makna tersiratnya…

(1) Ayat maut lelaki : Okeylah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.


(2)  Ayat maut lelaki Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

(3) Ayat maut lelaki Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

(4) Ayat maut lelaki eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.

(5) Ayat maut lelaki Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.


(6) Ayat maut lelaki Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.

(7) Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.

(8) Ayat maut lelaki Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.

(9) Ayat maut lelaki Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih

(10) Ayat maut lelaki Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..



(^_^) monolog cermin hati >> lelaki memang x suke nk cover, kadang kadang kite pon confius jgk gan ayat dorang ni, pernah rase tak macam tu?


Thursday, September 27, 2012

Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki

adik adik, kakak kakak.. kawan kawan yang nisah sayangi..
sempat tak korang jenguk tajuk entry hari ni??
kalo sempat tu, terima kasih la ye.. mana yang x sempat tu..
meh sini nisah ulangkan "Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki"
walaupun bunyi tajuk ni tajuk macam best je.. tapi pastinye entry bawah ni bukan hasil dari buah idea dari nisah,.. entry ni nisah copy paste dari sebuah laman web hasil dari pembacaan nisah malam tadi...
nisah tertarik untuk tajuk ni, sbb kadang-kadang selalu nak menunding jari kan,.
so, untuk pembacaan kali ni, nisah nak sharing with u all semua 
yuppp sharing is caring, caring is loving, loving is everything..
ahaksssss everything???? yup everything is comes from love... 
right me if im wrong... because of my love, this entry just for my lovely readers....
enjoy reading!!!



Perihal Lelaki #1

“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”

Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!
Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!
Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.
Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.
Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

Perihal Lelaki #2

“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.
Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.
Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…
“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.
MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”


Perihal Lelaki #3

Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

Perihal Lelaki #4

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…
Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…


Perihal Lelaki #5

“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.
Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,
“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”
Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…
Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…


(^_^) monolog cermin hati >> maka sedarlah wahai wanita dan diri I sendiri, jagalah pasangan anda baik-baik.. hehehhe.. pesanan buat diri sendiri.. okey any objection??? 


Wednesday, September 26, 2012




(^_^) monolog cermin hati >> .......


Tuesday, September 25, 2012

dan rasa itu..

mencintai kamu
menanti kamu
mengharap kamu
mengingati kamu 
membayangi kamu
merindui kamu

pelbagai persoalan
beribu pertanyaan
tanpa jawaban
tercipta impian
melakari angan-angan

adakala ketawa
adakala duka
ada masa terguris
ada masa terhiris

terasing, di manja, di belai
di beri perhatian.. semuanya ada masa..


sesekali terasa dimiliki
sesekali terasa dilepaskan
sesekali terasa di perlukan
sesekali terasa ditolak tepi

semua rasa tercipta, bersama denganmu
bukan milikku, bukan milikmu
aku tidak minta, tapi sesekali mengharap
aku tidak layak, tapi sesekali menanti



(^_^) monolog cermin hati >> bila dia bisa membuat kita tersenyum, ketawa dan menangis


bile badan penuh gan angin

pagi pagi je.. masuk je ofiss.. terbukak mata nisah besar-besar dan bulat bulat..
OH TUHAN!! apakah yang berlaku ????
my lovely meja macam tong sampah!!. yes. ayat yang paling manis adalah TONG SAMPAH.
kalau nak gune ayat yang tak berapa nak elok sangat adalah TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
memang tak sekolah tau!! 

even I know that I la satu2 Dara Pingitan dalam opis tu..
jadi lelaki-lelaki yang bukan idaman ni janganlah nak ambik kesempatan atas kelembutan I ni tau!!
I pon tau jugak rase nak marah, nak geram.. nak ketuk2 kepala orang.. tapi yang selalu rase nak tampar laju-laju je, boleh tak??? boleh tak??

nak bekerja tu biarlah berhemah sket.. kalo pun nak campak keje kat I, tolonglah susun file2 tu elok atas meja, tak payah la nak letak macam susun silang kata..
tunggang langgang... lintang pukang..
kalao badan tak hangin pon ..
kalau ini macam selalu, bukan kata hangin kus kus.. hangin ribut taufan pon bole menyerang ...

enche bos & enche technician.
please. sila buat meja saye seperti meja. bukan TONG SAMPAH.
oleh yang demikian, dengan ini..
saya dengan beraninye menyuarakan cadangan yang bernas, yang mane dah berkali2 sy rase fikirkan patut saye bagitau adalah....

"to whom it may concern.. for the future, please put all urgent files on my tray. Coz i'm not prefer if my table like rubbish. thanks, i seek your cooperation."

BOS & TECHNICIAN:  ...... without words.



  • (^_^) monolog cermin hati >> hah puas hati, lain kali jangan sangka air yang tenang takde boye yeeee



Monday, September 24, 2012

biar mimpi sampai ke bintang

yang jauh di mata itu..
akan sentiasa dekat di hati ini...
dalam mana mata tidak melihat kamu...
dalam diri ini sentiasa mengingati nya..
kesibukan seharian ini
tidak memberi peluang untuk berhenti merindui kamu..

saat ketika mata ini ingin melayarkan malam..
'ingin mimpi indah bersama mu..
mencipta angan-angan denganmu..
entah bila segalanya akan menjadi kenyataan..

biar mimpi sampai ke bintang...
kamu kan selalu sebahagian dari hidup ini...




(^_^) monolog cermin hati >> biar mimpi sampai ke bintang..


Sunday, September 23, 2012

Happy Sunday

happy sunday for everybody...
macamana hari weekend korang sume..
best tak? best tak? best takkkkk?????

plan?? 
picnic? shopping? gym? dating?? orrr window shopping aje??
for me, no plan yet.. yang pasti selepas publish kan entry ni..
nisah nak basuh kain, yang dah bekepuk dlm bakul tu..
pastu nak mandikan anak2 yang dah seminggu tak mandi.
opsss seminggu tak mandi.. ye la.. mane ummi nak mandikan sume hari2..
patah pinggang mak ni tau!!!

ni satu hal.. aritu nak mandikan 4 anak je.. tup tup.. kena tambah lagi empat anak...
aiyarrkkkkk!!!! dah la nak mandikan dorang kena bertawaf dalam bilik mandi...
tercangkung cangkung ummi tau nak mandikan anak-anak semua...
alahaiiiiiii ummi jugak yang nak kena settlekan sume...
okeh, pas mandikan anak2.. nak masak plak..
pas masak???? 
ummi nak tido.. tak pon nak ajak enche hubby window shopping..

window shopping je ye, sbb kena simpan duit...
duti nak beli kasut kat zalora & kain ela...
lame betoi tak bershopping kasut & kain ni tau.. 
bulan ni, list shopping telah di siapkan..
cume tinggal hari gaji je...
counting the days.....

jadi kawan2 sume, mana yang plan nak shopping ke, picnic ke..
hati hati ye...
jaga diri tau..
 bubye.. tata titi tutu



(^_^) monolog cermin hati >> berat hati nak melangkah hari esok, esok adalah ISNIN..  nape ade hari ISNIN??? TIDAKKKKKKKKKKKK


Saturday, September 22, 2012

22/08/2012 - 22/09/2012


pagi-pagi sabtu ni , kami nak layan jiwa..
cuaca mendung kan.. sejuk je.. tak panas sangat kan..
perasaan pun macam tak seterik matahari.
erkk ade ke hati seterik matahari??
ahh entahlah, i punye sastera ni dah tak berapa nak betoi.. (^_~)
for those yang pandai sastera ni tolong-tolong la perbetoikan ye....

hari ni > Blog ni > entry ni
nisah publishkan khas buat cinta hati ..
ahakksssss sape cinta hati???
shhhhhh adala.. rahsia.. tak boleh cite secara terbuka..
kisah dalaman.. mana bole share-share banyak2 kan...
(POYO JE KAN?????) >> eh sejak bile plak aku gunekan ayat POYO ni??

dah!! dah !! lupekan pasal sejak bile cakap ayat POYO ni..
ni nak start dah cite jiwa-jiwa ni....

ehem ehem...

dedikasi buat cinta hati >>

hari ini 22/09/2012 bersamaan dengan hari SABTU, kalau kita tengok Kalendar bulan lepas, tarikh 22/08/2012 adalah hari RABU. cinta hati. awak ingat tak??

sebulan dah berlalu kan... maka sebulan tu la saya tak nampak awak...
rindu??? mestila saye rindu..
awak selalu tanye saye, saye rindu tak kat awak???
haishhhhh selalu awak tanya kan....
berkali-kali.. banyak kali.. tapi saye tak pernah rase jemu nak dengar..
sebab saye tak pernah jemu untuk mengingati awak..
apatah lagi untuk merindui awak...

setiaP baris perkataan yang pernah awak ucapkan
sentiasa bermain dalam fikiran saye...
sentiasa..

.........................................................................................

terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kisah hidup saye..
terima kasih kerana menjadi separuh dari hari saye..
terima kasih kerana selalu beri saye rase rajuk, tangis & tawa..
walaupun kadang-kadang ada luka & duka.. 

terima kasih.. saye tak mampu beri lebih, kerana saye juga tiada apa-apa..
saya juga tak tahu bagaimana perlu saya fizikalkan rasa "terima kasih" saya pada awak..




cinta hati, saya tidak akan penat 
tidak akan penat untuk menanti awak...
tidak akan penat....



(^_^) monolog cermin hati >> kadang-kadang lagu akan mewakili perasaan kite kan.. kan kan kan...


Friday, September 21, 2012

selamat berhujung minggu semua!!!

haaaa dah masuk petang jumaat>>
ni lah saat2 yang di nantikan
untuk bercuti..
nak penuhi aktiviti hujung minggu dengan anak-anak tercinta
suami tersayang.. mengisi masa dengan mengingati Cinta Hati 

kan.....

jari saye menari-nari kat keyboard ni..
idea berlumba-lumba nak berlari keluar dari minda ni..
tapi bila dah terlalu banyak.. dah tak tau mane satu nak kuarkan dulu..

kite mula dari sini >>>

okey, kite pun dah seminggu meninggalkan bulan syawal ni kan...
cepat masa berlalu..
hari-hari berlari pantas.. kadang-kadang kite mula tersedar yang kepantasan masa tu kadang-kadang buat kite macam tak sempat nak buat ape2..
ermm tu tandanya kite banyak buang masa ke??
kadang-kadang, kesibukan harian buat kite memang takkan tersedar yang hari dah berlalu..
yang pasti hari semalam takkan berulang..
setiap saat yang berdetik, setiap minit yang berdetak..
nisah sentiasa mengharapkan kebahagiaan sentiasa di sisi..

.......

kisah ke dua ---
nisah nak kongsikan kat korang beberapa saat terindah berhari raya aritu....

opssss dah terlambat ke?? alaaaaaa 
xmo la cakap terlambat.. sebab nisah masih terasa kehangatan berhari raye lagi..
hishhhh x sabar nak tunggu raya haji pulak (^_^)

hepp!!!! nak g mana tu??
entry ni x abis lagi...
saje nak taip panjang-panjang..
nak bagi korang sume baca panjang-panjang..
biar bulat-bulat sket mata korang tu kan...

hah!!!
meh sini!! meh sini !! jenguk koleksi gambar cinta dari kami>>








(^_^) monolog cermin hati >> FYI gambar ade banyak lagi.. tp tak sempat nak edit & upload.. next time kite jumpe lagi ye.. tata titi tutu 


tanpa status

sebuah ikatan
cinta terpahat
ada sayang
rindu yang bergelora..
jiwa bagai tak keruan..

bukan sahabat...
malah bukan teman biasa
tidak berkasih
tiada perisytiharaan.

..................

ada jalan,
lalui bersama
tanpa penghujung.
tanpa bernoktah

tanpa status hubungan
ada duka, luka, pahit, manis.. tawa & tangis..
fikiran melayang
melayan perasaan..

degup jantung berlari laju
saat suara bergetar di hujung telinga.

apakah ini??

bukan berkasihan..
tidak juga perkahwinan
bukan teman istimewa
bukan juga teman biasa

semuanya bagai berjalan tanpa haluan..

apakah ini????



(^_^) monolog cermin hati >> maafkan aku menyintai kamu yang bukan milik aku..


Thursday, September 20, 2012

Love U


i never thought i could love someone
as much as i LoVe U
you've given my LiFe meaning
You've made my dreaMs cOmE tRue....



(^_^) monolog cermin hati >> nO oNe LoVes me Like you Do


Follow by Email