Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, November 30, 2012

coklat dah sampai !!

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Lega ... Bungkusan coklat yang di hantar telah selamat sampai ke destinasi
kenduri coklat lah kome kan hari ni....

so puan belog pun tengah makan coklat jugak ini..
coklat Almond Gold.. sedap tau !!!
 ni gupe Almond London yang nisah tengah makan....



dalamnye ada almondsssssssss




(^_^) monolog cermin hati >> ada siapa-siapa nak order, nisah bukak untuk order ye.

tapi perlu jelas, setiap total price coklat akan di tax 30% tau dari kastam. 
jika berminat bole email kat nisah >> nisahidham@yahoo.com
atau YM >> nisahidham
atau fB >> nisah idham
atau skype >> nisah idham
ini bukan blog jual coklat !! hahahha saje nak belikan je.. (tolong jangan salah faham)




Thursday, November 29, 2012

sibuklah konon !!

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

dear you all....
sudah tengok pic di atas ??
agak-agak tu apa?
bil bayar hutang ?
list order ??

baiklah, tak payah lah banyak soal kan..
jawapannya, nisah jugak yang kena bagi tahu kan ??

baik lah sayang sayang semua..
di atas tu, adalah senarai coklat yang telah di order oleh budak-budak HQ..
huh !! mentang-mentang lah aku duk kat Langkawi ni, sakan deme mengorderkan ??
maklumlah, skang kan dah 29.11.2012. gaji pun dah masuk gaji puan rumah pun dah surut jugak ni... . masa ni lah pun mereka nak menyopping coklat kan, kalau nak beli coklat - coklat ni kat atas kat daerah-daerah luar mesti lah tak jumpe, tak jumpe tu satu hal.. yang kedua halnya. Dah jumpe, mahal pula harganya. 
mangkor jugak lah nak membayo nye kan ?? ye dak ??

jadi, mereka pun dah memang bijak. antar je lah order list kat nisah..
laju aje mereka send kat nisah...

tapi tu lah dia, sekarangkan.. musim cuti sekolah..
ramai pelancong, ramai yang datang bercuti. mereka jugak di antara orang-orang yang takkan nak lepaskan peluang untuk beli coklat .
ada yang sanggup habis beratus-ratus semata-mata nak membeli coklat je, 
itu normal lah, datang pun sesekali, masa ni lah pun nak habiskan duit..

dan di sebabkan itulah , banyak jugak jenis coklat yang nisah cari semalam "out of stock"

jenuh pusing-pusing, cari coklat.. rata-rata semua sudah kehabisan...
kesian budak HQ kenalah tunggu ye bila stock ada baru boleh order lagi tau

pagi tadi. sibuk nisah ke Jetty, sebab nak bayar cukai coklat ni..
Kastam pun nak jugak keuntungannya kan ??
biasa kalau nak pos, coklat ni kena tax 30% dari jumlah harga coklat. tapi kastam ni tak lah kejam sangat pun. Pandai-pandailah tawar menawar, mesti boleh kurang punya.
macam tadi nisah sepatutnya kena tax rm42.00, tawar-tawar dapatlah rm20.00..
okaylah kan?? 

tapi, perlui di ingat. Tax ni akan dikenakan cume pada yang bawak keluar menggunakan perkhidmatan pos je, kalau by hand.. lalu je.. dorang tak amik kisah sangat pun..
nak-nak time balik hari raya, lagi lah mereka bermalasan di kaunter tu,..
kekadang dorang tak scan pun beg, berkali2 jugaklah kami lalu tak kena scan..
(mungkin sebab muka kami muka baik kot, tu pasal dorang tak kisah)
perasan di situ.

jadi, dah penat menaip. nisah simpulkan jelah stori nisah ye.
kesimpulannya : pagi tadi nisah sibuk mengerjakan hal-hal coklat.
dah masuk opis, sibuk dengan hal-hal opis..
jadi >> masa nak berBW memang tak berapa nak cukup.
kalau ada ruang nanti nisah terjah blog kalian ye..
pastinye nisah akan tinggalkan jejak gajah nisah ni tau !!


(^_^) monolog cermin hati >> lai lai lai, mau ordar cok0lat ka?? 




Wednesday, November 28, 2012

tanpa kata 28.11.2012





(^_^) monolog cermin hati >> friends <<

i LOve U Alls...
sincerely :




Tuesday, November 27, 2012

Sebarang Bentuk Pertolongan

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

mesti sudah baca tajuk entri di atas bukan ??
adakah anda merasa bahawa saya mahukan pertolongan dari kewangan atau derma ??
atau saya perlukan pertolongan dari segi kewangan atau meminjam duit ??
jawabannya adalah "TIDAK"
TIDAK, saya tidak mahu derma, saya tidak mahu duit.
tetapi saya mahukan idea atau ajaran dari kalian semua..

ya, ajarilah saya untuk menghilangkan "CONTENT WARNING" di atas. 
sesungguhnya saya tidak suka. kerana ia telah melambatkan masa saya untuk membuka BLOG SAYA SENDIRI
tolonglah, bagaimanakah harus saya buang kan "CONTENT WARNING" dari blog saya???

(^_^) monolog cermin hati >> Your prompt attention and cooperation in this matter is highly appreciated. Thank you. Sincerely, nisah idham.



terima pada mereka yang banyak membantu (^_~)





nisah dah tukar setting tu, harap-harap ia berhasil

thanks semua, jasa anda hanya Allah je dapat membantu.


latest update 

baik lah peeja cayunk.. demi kasih sayang akak pada awak, akak senaraikan nama awak kat dalam list ni ye. sebab awak kan TOP COMMENTAR akak. nanti tolong tinggalkan komen banyak2 lagi ye. dah cukup 83 komen awak, akak kirim kat awak cokelat DAIM ye ngeh ngeh ngeh
niat awak sangat lah akak hargai.. terima kasih banyak banyak kerana sudi membantu akak yang naif ni (akak senyum sampai ke telinga)

Seperti Hangatnya Mentari Yang Menyinar ..

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

inilah tajuk .. panjang berjela jela kan...
memandangkan tajuk pun dah panjang bebenor,
makanya entry nye mesti lah panjang jugak ye...
korang tak kisah kan baca panjang2 kan ??

kalau ambil kisah, xpe. berehat seketika bersama kit kat.
dah habis kit kat tu, sambung baca balik ye ??

boleh di situ ??


Cinta. Mungkin sebuah perkataan agung yang sering membuat seseorang rebah di hadapannya. Segala teori dan argumentasi yang dilontarkan akan lenyap begitu sahaja bila kita sendiri yang mengalami hebatnya rasa cinta itu mempengaruhi diri kita.

Mungkin sukar difahami bagi orang yang tidak bercinta. Bagaimana rasa cinta itu menjelma, waktu untuk menunggu yang dicintai walau kita sedang dalam tugasan yang banyak, dan pelbagai pengorbanan yang sanggup dibuat demi melihat kebahagian orang tersayang.

Merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari. Kita selalu merasa kehangatan itu akan terus menyirami diri. Setiap pagi menanti mentari, tidak pernah terfikir akan turun hujan atau badai kerana kita percaya semua itu pasti akan berlalu dan mentari akan kembali, menghangati hujung kaki dan tangan yang sedikit membeku. Mentari ada di sana, dan dia pasti setia.

Kadangkala kita lupa, matahari yang hidup dan mengisi hidup itu adalah hamba dari Penguasa kehidupan, kehidupan kita, kehidupan matahari. Satu masa nanti matahari harus pergi, walau ia tak pernah meminta, walau pinta tak pernah kita ucapkan.

Jadi, ia akan pergi, walau apa pun yang terjadi. Kerana ini adalah kehendak-Nya. Segala yang ada di dunia ini tidak pernah abadi, kerana ia akan pergi. Selamanya, bukan sementara. Inilah dunia. Suka atau tidak, kita hanya boleh menerima.

Mungkin kita ingin memprotes, ingin berteriak; betapa tak adilnya!

Tetapi kita cuma akan dijawab oleh dinding batu yang bisu, atau lolongan anjing dari kejauhan yang mengejek. Mungkin kita kecewa dan ingin mengakhiri hidup. Mungkin kita ingin memukul, tetapi cuma hanya dapat memukul angin. Sekarang cuba lihat, apakah itu mengubah apa – apa pun? Tiada yang berubah kecuali semakin dalamnya rasa sakit itu.

Kerana kita cuma hamba, Kita hanya makhluk! Kita hanya boleh menelan kepahitan yang kita ciptakan sendiri.

Mungkin yang perlu kita jawab; Mengapa kita melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia? Padahal kita tahu tak ada yang abadi di dunia ini. Mengapa?

Allah menciptakan cinta di antara manusia. Dia yang paling hebat, paling tahu bagaimana cinta itu, bagaimana mencintai, bagaimana dicintai. Kenapa kita begitu syok, merasa paling mencintai, merasa paling dicintai, merasa memiliki segalanya dengan cinta.

Padahal cinta itu cuma dari manusia, untuk manusia. Dan suatu hari, cinta itu akan hilang. Tak berbekas, tak berjejak. Hanya cinta yang begitukah yang kita inginkan?

Kenapa kita tak mencuba meraih matahari cinta Allah, yang tidak pernah tenggelam dan tak pernah lenyap. Tidak pernah usang, tidak hancur, dan tidak akan pernah sia-sia. Mencintai Allah? Terlalu abstrak, terlalu aneh.

Masa? Itu kerana kita tak pernah merasa dekat, tak pernah berusaha mendekati-Nya. Allah menjadi asing kerana kita meletakkan Allah sebagai sesuatu yang berada di langit yang tinggi dan tak mungkinlah kita mencapainya. Jangankan mencintai, membayangkan untuk mendekatinya pun tidak mungkin.

Tahukah kamu, Dia menawarkan cinta-Nya untuk kita.

Hebatkan? Kita? Manusia yang hina dina yang berasal dari setitis sperma yang hina? Ditawarkan cinta dari pembuat cinta.

Kemudian kita menolak dan menjauhinya. Betapa bodohnya kita..

Kalau cinta seperti itu ditolak, cinta apa lagi yang kita harapkan?

Cinta yang membawa pada kekecewaan, rasa sakit, atau derita?

Cinta yang hanya mekar semusim, lalu luruh tak berbekas. Percayalah, cinta yang ditawarkan-Nya tak pernah layu atau luruh. CintaNya abadi, mekar selamanya.

Dan Dia akan memberi kita cinta dari manusia. Mentari itu terus di sana, bila – bila dan dimanapun kita ingin merasakan hangatnya. Kita mempunyai cinta dari Allah.



(^_^) monolog cermin hati >> adakah kita tiada niat membalas ketulusan cinta itu ??




SIMsimi


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

yuhuuu !! jalan-jalan tadi
cari kawan blogger baru..
tersangkut kat sini >> nyueyien <<

di blog beliau, die bercerita tentang sebuah permainan SIMSIMI.. 
nisah dah try main..
best jugak !! melayan robot berchatting..

pada siapa yang belum tahu tu, moh lah cuba.
semoga terhibur ye (^_~)

nak main secara online ??
klik kat bawah ni...




ada jugak, yang menggunakan Android & Blackberry, kalau nak link tu, bolehlah ke blog Miss Nyueyien ye.. nisah tak de pon henpon Android & BB, (^_~)




(^_^) monolog cermin hati >> bila dah xde kerja tu, bolehlah melayan dia.. macam macam soalan & karenah.. terhibur lah jugak..




Bila Saya Yang Telefon Abg Z

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)


mesti dah baca entry kat atas kan..
sape yang belum baca tu, sudilah kiranya anda baca. 
sebab?? entry yang ini adalah kesinambungan dari cerita semalam.


segala persoalan telah terjawab
tiada lagi gundah gulana di dalam jiwa..
semuanya kembali seperti biasa..
bersyukur pada yang Maha Esa
kerana ketenangan yang telah di berikanNya...

ME : >> call Abg Z on 21:20 PM...
Abg Z : Pick Up .. Assalamualaikum, Ye cik..
Me : Abg Z, abg Z dak ambik surat cik tu kat Giant ??
Abg Z : dah ambik dah, hahahahhaah tu bukan surat cik lah.. 
Me : then tu surat sape ??
Abg Z : tu surat Kak Cik, tadi abang jumpe Giant, 
Giant : Awi.. ni bukan surat adik ipar hang, ni surat bini hang la..
Me : muahahahha lor bukan surat cik ke ?? okay lah kalau bukan surat cik, nanti abg Z bg lah surat kat kak cik ye..
Abg Z:; ha okay okay, nnti abang bagi kat kak cik.
Me : thanks ye abg Z, Assalamualaikum....


akhirnya.. terungkai sebuah persoalan..
kenapa boleh silap ??
sebab, nama cik adalah NISAH
nama kak cik adalah NIZAH
hampir sama kan?? nama kami hampir serupa, beza Z & S sahaja..
sapa2 pun bole confius dengan nama kami.
confius ini telah berlaku dari kami kecik lagi..
bukan kata orang luar, sedara mara kadang2 salah panggil nama kami.

macamana wujudnya nama KAK CIK & CIK ??
jarak kami 6 tahun..
masa kak cik lahir, arwah ayah ingat kak cik lah anak terakhir ayah.. 
jadi arwah ayah panggil "adik kecil" .. lama lama sudah tukar jadi "adik kecik".. lama2 jadi "adik cik"

selepas enam tahun, mak lahirkan Me, masa tu arwah ayah dah konpius , sebab me lah sepatutnya di panggil adik..
so nak senangkan keadaan, arwah ayah upgrade kan panggilan tu..
ayah panggil kakak dengan nama "KAKAK KECIK" and me ?? mestilah "ADIK KECIK", tapi bunyinye macam panjang kan.. makanya ayah pendekkan nama kami jadi "Kak Cik & Cik"

tetapi, pengaruh panggilan "adik" untuk kak cik masih tidak mampu di hilangkan. buktinye ?? sehingga kini, kalau die bersembang dengan kakak sulung kami, dengan mak, atau dengan bibik.. die mesti bahasakan diri die "ADIK" manakala, bile beliau sembang gan me, baru lah die bahasakan diri die "KAK CIK"

>>> baik lah, terasa banyak pulak bercerita pasal keluarga kan, padahal korang bukannya nak tau kan, nisah jugak yang perasan nak bercerita bagai kan <<<

oleh yang demikian, semuanya telah selesai.. tiada lagi kerisauan..
ternyata, saye bebas dari sebarang saman/hutang piutang atau sebagainya yang berkenaan dengan surat tersebut... (^_~)


>> surat tadi memang dari PEJABAT LAWYER, tapi bukan surat saman. tu bukan surat hutang, tapi itu surat suh datang ambil geran rumah <<

(^_^) monolog cermin hati >> BIBIK >> adalah bahasa Jawa, yang mana dalam bahasa Melayu nye adalah MAK CIK (MAk SaudaRa).. walaupun kami Jawa yang tak berapa nak Jawa tu, tapi panggilan masih di kekalkan.. Cucu-CucU Emak, panggil emak adalah "EMBAH", manakala, anak sedara kami panggil nisah "BIBIK" dan panggil Kak Cik 'WAK", apepun panggilan kami, kami bangga menjadi sebahagian dari Orang-Orang JAwa ni..




Monday, November 26, 2012

Bila Mak yang Telepon

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

tajuk kan.. mestilah berkisar dengan mak nisah..
tadi pukul 10.30am mak call, biasa mak SMS je, ni tetiba mak call cam menda penting je kan.... cepat-cepat angkat !! risau ..

MAK : Assalamulaikum, Cik .. Mak ni..
Me : Waalaikumusalam.. Ye mak, nape mak..
MAK : ni haaaa mak nak bagitau, tadi ada surat giant hantar, dia suruh mak sign.. tapi surat tu untuk cik, mak fikir, cik kan dah pindah ke langkawi, buat ape mak ambil surat tu. buat ape mak nak sign kan... mak cakap kat giant, cik dah pindah ke Langkawi, jadi giant cakap kat mak, macamana ? mak cakap mak tak nak lah sign. lepas tu giant cakap kat mak :
Giant : surat ni saya letak ajelah yang anak mak cik tu dah berpindah ye?
Mak : a'ah kamu letak lah kata dah pindah, orangnya memang takde pun kat Ipoh.
 (( Me : hampir nak pitam dgr cerita mak ))
then me pun tanye kat mak ,"Mak tahu tak surat tu dari siapa??"
MAK : Giant cakap surat dari Pejabat Lawyer..
Me : >> ternganga dan terlopong !! tak tahu nak cakap ape dah... <<
jadi, sekarang surat tu ade kat Giant ke mak ?
MAK : ye lah.. kat giant. kenapa ?? surat tu penting ke ??
Me : ((sambil urut dada, sebab rase can nak nanes dah))  tak tahulah penting ke tak, tapi kalau dah dari lawyer pentinglah kot.. tapi rasenye, cik xde pinjam kat bank ke, beli kete, beli umah ke?? saman pun xde rasenye. tapi kalau dh nama pun surat lawyer mesti penting kan. kalau surat penting tak dapat kat kite, takut nanti jadi apa2, susah pulak. surat tu plak, kalau dah kata pindah, nanti mereka hantar balik kat pejabat lawyer tu.
>>sambil rase macam nak melompat balik ipoh skang jugak !! <<
Me : x pelah mak, nanti cik telefon Abg Z, mintak tolong die dapatkan surat tu balik ye
MAK : okay, mana mak tahu surat tu penting.
ME : x pe lah mak.. nak buat macamana.. xpe  xpe, nnti cik fikir macamana nak dapatkan balik surat tu tau. nanti bila-bila kalau ade surat macam tu mak sign je dan simpan ye, pastu mak bgtau kami tentang surat tu tau..
MAK : ha ok, ok.. lain kali mak simpan lah surat tu . okaylah itu je mak nak cakap.
Me : Ye Mak, terima kasih. Assalamualaikum
MAk : Waalaikumusalam..

me , huh !! rase nak fengsan dengar ayat mak tadi...  tapi me cepat-cepat call ABg Z, (nak mintak tolong selamatkan surat dari pejabat Lawyer tu hehehe

Me : Assamualaikum, Abg Z, sori ganggu
Abg Z : Waalaikumusalam, ye cik.. nape ??
Me : nak mintak tolong sket ni,
Abg Z : tolong ape ?
Me : nanti abg Z jumpe giant bole tak, mintak balik kat die surat yg mak tak ambil pagi tadi.  surat tu untk cik, mak tak ambik sebab cik xde kat ipoh dah. nanti tolong simpankan ye.
Abg Z : okay, nanti abg Z mintak kat Giant.
Me : okay, terima kasih tau !! Bye Salam...
Abg Z : Waalaikumusalam...

aduhai !! ape lah lawyer tu nak kan ??
mula lah terfikir2 ni.. apekah salahku ??
dapatkah balik surat itu ??

menghitung waktu utk telefon abg Z balik ni !!


Cik >> nama panggilan manja famili dan orang-orang kampung, 
panggilan dari saye kecik lagi  tau !!!
Giant >> Panggilan Abang Posmen tu, nama betoinye kami tak tahu, tapi budak-budak posmen sume panggil die Giant, jadi kami pun ikutlah.. 
hahaha (walaupun xde kena mengena)
Abg Z >> Abang Ipar saye , suami kakak number 2 saya !! die kenal Giant sebab, die pun kerja kat Pos Malaysia jugak.. cume tak sama position je gan Giant tu ..

sekian Terima kasih. !!



(^_^) monolog cermin hati >>
mesti korang rase nisah sengal nak cite menda-menda ni kan.. tapi lebih sengal jugak kalau korang soalan soalan tu kat nisah, sebab ?? sebab ni kan blog nisah, jadi nisah memang suke lah nak cerita menda ni walalupun karut marut kan !!
Peace YO !! resah hati den ni ha ..




Sebenarnya Takde Tajuk Untuk Entri Yang NI !!

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

dah terang lagi bersuluh kan..
makanya, memang xde pape lah nak publish .. 
layan lagu yang dah lama fofular and yang tak berapa nak kenal sangat ni ye..

paling suke lagu "BE MINE"

aku suke dia <<


>> be Mine 



(^_^) monolog cermin hati >> nah, video dari Ainan Tasneem..

nape bagi lagu ni ??
sebab Nisah tak sempat nak bercerita panjang buat sementara ni.
banyak kerja la wok !! BW pun tak sempat .
Jumpe Kemudian ye, InsyaAllah..  "Aku suka Kamu" 




Sunday, November 25, 2012

Kenapa Israel membunuh nyawa anak-anak Palestine?

Gambar dan kisah ini adalah sumber dari FB


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Perdana Menteri Palestin, Dr.Ismail Haniyeh mengatakan anak-anak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi. 



(^_^) monolog cermin hati >> Tidak hairanlah jika anak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran, Allahu Akbar !!








Pepatah Meow,

Dimanakah tumpahnya bulu ibu kucing kalau tak ke anaknya......









(^_^) monolog cermin hati >> tucen, awak-awak sangat chumel hokeh !!




Gentlemen.. Kindly Take Note .






(^_^) monolog cermin hati >> saye pilih no. 7 muahahhaha




LoVe Sunday ...

morning yayangssssssssssss
let start our day with LoVe.....







(^_^) monolog cermin hati >> I Love U So Much & More




Saturday, November 24, 2012

Ingatlah >>



KECEWA ? -ingatlah saat kau kecewakan seseorang

MENANGIS ? - ingatlah saat kau buat seseorang menangis

SAKIT HATI ? - ingatlah saat kau sakitkan hati seseorang

DIPERMAINKaN ? - ingatlah saat kau permainkan seseorang

TIDAK DIENDAH ? - ingat saat kau buat tak endah pada sseorg



~> SETIAP PERBUATAN (SEDAR @ TIDAK) PASTI ADA BALASANNYA ITU JANJI YG MAHA ESA...











(^_^) monolog cermin hati >>




Pelestine Di Surah Al Isra' (Sumber FB)




Untuk Renungan Bersama - 

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya.... Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............


(^_^) monolog cermin hati >> Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........




Follow by Email