Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, December 31, 2012

Samakah Kita ??

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

"Kita semua ada kisah silam yg berbeza. Ujian yg berbeza. 
Tapi apa yg sama adalah pada Allah juga yg kita kembali."


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> beberapa jam , maka 2012 akan meninggalkan kita.. keadaan, waktu, bergerak seiringan dengan detik yang berlalu. suka duka , kehidupan.. yang berlalu tetap kan berlalu.. pandang ke hadapan, mengorak langkah. di depan masih ada yang mencabar diri. memulakan episod yang baru.. masih ada akan hadir suka duka. namun pasti berbeza gaya & cara. yang pasti semuanya kan mengharapkan yang lebih  baik. 

Alhamdulilah.. Selesai Sudah Urusan Tami

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

mana -mana yang telah mengikuti perancangan Ummi untuk spay kan Tami hari itu, telah selesai semuanya.. Ummi ada bercerita tentang hal itu di  >> entry yang ini <<

seperti yang di janjikan, Ummi dah pun mengharungi fasa spayed kat Tami, semuanya berjalan dengan lancar.
walaupun pada hari tersebut, hati ummi sangat berdebar ketika itu.
melihatkan mata Tami, hati ummi menjadi sayu. mahu saja ummi cancelkan appointment tersebut, tapi dalam masa yang sama ummi perlu fikirkan effect yang lain-lain juga. dari ummi menyesal kemudian hari, lebih baik bertindak sekarang. cukup-cukup lah apa yang ada... 



Tami.. Dah ready nak pergi.. Ummi & Tami je, Abi kerja time ni.. abi cume telefon jer bertanyakan tentang Tami okey ke tak.. 
Abi sempat pesan supaya berhati-hati. Abi doakan agar Tami selamat..
Tami terjakun di situ, (^_~) , yelah mana pernah ummi letak Tami dalam carrier kan.. bile duk dalam tu die terjakun le.. mata melilau je.. tapi die tak meowing pun..

Ni.. dah sampai Klinik, tengah tunggu giliran....


Ini lah Klinik Animal Pujaan orang-orang Langkawi. sebab ini lah satu2 Klinik Haiwan kat Daerah ni, walopun nampak tak berapa nak ada.. tapi Vet nye sangatlah baik.
Masa mula-mula nak buat appointment tu ingatkan Vet tu American, slang die bercakap macam Minah Salleh, bila dah bertemu muka.. bukan omputih gupenya, kemungkinan besar Chinese kot, sebab die bercakap chinese dgn sorang client tu.. yang pasti die bukan Malaysian.. Apepun, dia sangatlah peramah.. 


seperti yang telah di rancang, ummi sampai di klinik jam 10.35 am, sebelum ummi ada lagi 2 orang yg datang untuk spaykan kucing juga. sambil-sambil tunggu giliran Tami, sempat lah ummi bersembang-sembang dengan Tami, (huhu gaya macamlah Tami bagi feedback dengan berkata-kata kan..) Tapi hakikatnya, Tami memang bagi feedback dengan cara Meowing die tu, walaupun Ummi memang tak paham, tapi ummi layan kan aje lah dengan celoteh ummi kat Tami.. hehehe

Time Tami pun telah tiba, Ummi bawa masuk Tami dalam bilik Vet, Vet periksa kesihatan Tami, Alhamdulillah Tami sihat, tak demam , xde hingus-hingus (kata si vet tu), xde cirit birit... So operation boleh di buat. Jika Tami di dapati tak sihat, operation tu tidak boleh di lakukan... Setelah ummi tandatangan surat pengesahan aka agreement, ummi pun balik, tinggalkan Tami di situ. Vet suh ambik balik pukul 5.30 pm...

keadaan Tami selepas operation, Vet kata die dalam keadaan pening-pening sebab bius & tired. jadi perlu biarkan Tami rehat.. Masa ni Tami tak benarkan makan sehingga Jam 10pm, tapi pukul 8pm Ummi bagi juga Tami makan, tak sampai hati tengok die layu jeeee...

Tu kesan Tami Operation, aduhaiiii habis Vet cukur bulu Tami yang gebu tu.. huhu sedey jugak ummi tengok, nasib baik boleh tumbuh lagi...
terngok ni, perbezaan sinar mata Tami sewaktu die sihat dengan sedang pening-pening.. masa ummi tengok keadaan Tami macam ni, mengalir airmata ummi, Ummi nak Tami yang bersinar macam yang lepas-lepas. 

Kini, setelah 5 hari berlalu, Tami semakin pulih. Tami kini dah lincah berlari. tapi selalu jugak lah ummi tengokkan kesan operation tu, takut2 lah terbuka ke, berdarah ke.. Tami ni aktif sangat, sibuk je nak berlari sana , berlari sini.. macam tak sakitt je, mata ummi melihatnya pun ngeri & ngilu.

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Selesai kisah si Tami, next month.. bawak si Meoowww pulak. adoi la, nak kena mengadap lagi, for sure airmata ummi mengalir lagi nih !!

Sunday, December 30, 2012

The 100 Most Beautiful Faces of 2012


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

100 orang tercantik sepanjang 2012 
kenapa CT & Erra  x masuk jugak ???
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> kalau terlihat scene yang tak berapa nak okay tu Nisah minta ampun ye.. 

Happy Weekend Everybody

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
dah selamat sampai ke hari ahad kan.. 
esok dah hari isnin, sape-sape yang bekrja tu mesti rase malas-malas & berdukacita kan.. tapi tidak bagi Puan Wifey, sebab ?? ahkak cuti lagi ... 
hari ni tak mau bercerita.
nak layan gambar my sweetiest pie aja..
anda-anda semua pun layan jugaklah ye... ngeh ngeh ngeh...

 OLA >> si tecik ni, makin hari makin lincah..

Si babies >> Goku, Totty, BiBo, Nino, Doti & Dimo

Mimau >> Budak mengada ni
memula landing kepala kat kaki ummi

 entah macamana, tetiba dia bangun
landing kepala kat netbook..

terus ummi stop BW tau...

Goku & Doti

Tami >> guleng-guleng dengan Ummi 

Aksi Si Meme Tido,
letaklah mana pun budak ni. 
Lena sesaje dengan pelbagai gaya..

 atas tangga pun dia ON jugak
tido with Ola

Tomo >> perasan baby lagi kot..
nak menyempit jugak tido dalam Bed Ola
 boleh aje dia meringkut dalam tu kan...


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> semua gambar-gambar di atas ni semua gambar-gambar mereka sedang tido kan..
Ummi sangat suke snap waktu mereka tido.. entah kenapa terasa comel aje bila mereka tido.. hehhehe emak yang terperasan sudah... 

Saturday, December 29, 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih. !


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)


Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..

Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerana kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini..

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.

Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.

Ayuh kembali menjadi hamba-Nya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.

Buatmu wahai jiwa–jiwa yang terluka..

Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau mengakhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..

Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikitkah? Banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami.. Sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. InsyaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. 

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya. Jika kamu orang-orang yang beriman." >> Surah Al-Imran Ayat:139




Friday, December 28, 2012

My Birthday Giveaway

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

sambil-sambil nisah layan Primadona malam ni, melihat kelentokan Ella & Suami, sungguh I  pun ikut terlentok sama..

kakak-kakak, adik-adik, mari rapat mari dekat.
ada cerita nak share.

>>> sambil2 tgk tv Nisah jalan-jalan ke Blog liza hanum >> KliK Sini untuk menyertainya ye.. 

beliau buat Giveaway, meh la join.. kite meramaikan & memeriahkan lagi.. maklumlah penutup 2012 kan....


SYARAT2 NYA :

1. Paparkan pic kat atas tu dalam blog masing2 dan war2kan kepada para peserta yang berminat dan yg sudi nak join.

2. Linkkan kat komen di bawah nie dengan ucapan yang menarik hati....

3.Itu sahaja...mudah kan....

4.Para blogger yang berada di Malaysia sahaja yang dibenarkan turut serta.

5. Bermula 28 Disember 2012 hingga 3 Januari 2013 (pukul 12.00 am)




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> jom lah ramai-ramai kite meriah kan bersama.Nisah tag semua sekali.. Gud Luck All...

Terapi Qalbu - Jumaat 28.12.2012


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Indahnya Menjadi Seorang Wanita

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

(^_^) monolog cermin hati >> Zikir Terapi  <<< Alhamdulillah, Proud To Be ME !! 





Terapi Qalbu - Ya Latif - Jumaat 28.12.2012 :::


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Selamat Pagi >> Di hari Jumaat yang Indah, Pn. Wifey, masih bercuti.. walaupun bersendirian. Tidak mengapa. Kalau itu yang terbaik (^_~)
sambil-sambil melayan jiwa, mari bersama-sama membaca sedikit entri di bawah.

agak-agak, tersentuh tak ??
Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> sungguh !! saye tersentuh . En. Hubby, saya minta maaf atas segala kekhilafan saya. adakala saya mengguriskan hatimu, sedangkan kamu tidak pernah berkecil hati. Selalu saya merungut itu dan ini, sedang kamu tidak pernah mengeluh. Hubby, Mencintai kamu & Menyayangi kamu adalah hal yang indah pernah saya lalui.





Thursday, December 27, 2012

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik



Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Duhai Isteri-Isteri, kamu perlu cantik. Cantik !! Jangan kamu kata Cantik itu apabila ramai yang memuji kamu. Kecantikan luaran itu adalah ujian buat kamu. Allah ingin melihat sejauh mana kamu perlu menjaga kecantikan itu. Isteri, dari segi bentuk apa pn kamu, kamu tetap cantik. walau gelap seperti ku, walau bermata sepet sepertiku, walau gemuk seperti ku, apapun. kamu tetap cantik. buktinya ?? tanya lah anak-anak kalian "adakah ibu cantik?" pasti anak-anak akan jawab "Ya, ibu sangat cantik" 

bukankah, Allah ciptakanWanita itu penuh dengan tarikan kecantikan... ??

Oleh itu, Nisah nak kongsikan dengan isteri-isteri yang cantik ini.
cara untuk terus kekal cantik. cantik di mata suami, cantik di lihat masyarakat. cantik seorang hamba Allah....

>> Petua untuk Cantik <<

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. 

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Khabarkan kepada kaum Ibu dan Isteri-Isteri semoga ada manfaatnya...

Yippi Yippi !!! Wajah Baru Saya!!

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
mood berblogging sudah mari..
sebab ?? 
Blog saye sudah berwajah "BaRU"
perasan tak ? perasan tak??

silalah perasan, ini semua saya gune khidmat  >>Kak Rose Cute << kLik sINi jIka naK bUat temPahan

bukti ?? sila scroll ke bawah,
 anda akan nampak nama kak Rose Cute tu kat bawah footer tu.

1st . Kak Rose, Nisah minta maaf banyak2 coz Nisah sangat fussy sepanjang pembikinan Blog ni, maaflah ye. Sikap yg ni memang Nisah tak boleh nak ubah dari dulu. selagi Nisah tak puas hati selagi tu lah Nisah akan komen. Nisah harap akak tak marah ye.
kalau akak marah juga. Nisah pun tak boleh buat ape2, kalau nak jual pun, kite jauh. susah Nisah nak lelong ahkak.. huhu >> Kak, Minta AMpun banyak-banyak.

2nd, KAk Rose.. Kalau akak ternampak Nisah edit sikit2 tu, akak jangan marah ye..
Nisah memang cenggini, walaupun dah cantik di mata orang, Nisah tetap nak tukar juga mengikut taste Nisah yg entah apa2 ni... EN. Hubby, Bonda, adik beradik pun geleng-geleng kepala tengok sikap Nisah macam ni..

3rd. Nisah akan terjah blog2 yang Nisah tak terjah dari semalam.
malam kang Nisah buat marathon.

Mana yang telah tinggalkan komen anda tu,
Nisah ucapkan Ribuan Terima Kasih.
Kunjungan pasti ku balas.


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> malam ni guleng-guleng with anak-anak bulus.sesape takde anak bulus, nak join mai la datang umah (^_~)

Tuesday, December 25, 2012

Empat (4) Jenis Manusia Di Dunia Ini..

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

bercuti kan... mood nisah pun tak berapa nak feeling lebih. belum start BW lagi, jap lagi nisah nak masuk opis, nak siapkan filing je, esok hingga 31/12/2012 Nisah cuti, jadi.. tak nak di ganggu oleh orang-orang opis, maka kerja perlu di laksanakan. semalam tak sempat nak siapkan.

membebel sudah panjang. meh baca ciri-ciri manusia yang ada di muka bumi ni ...

Manusia Pertama: 
Orang yang diberi harta dan ilmu. Ia takut harta-nya akan menjadi beban baginya nanti di akhirat, lalu ia banyak mengkukuhkan silaturahmi, banyak sedekah, membelanjakan sebagian hartanya di jalan Allah, dsb. Orang ini adalah yang paling tinggi derajatnya kelak di akhirat.

Manusia Kedua:
Ia diberi ilmu, tetapi tidak diberi harta. Ia berharap bahwa jika ia memiliki harta ia akan membelanjakannya di jalan Allah sama seperti orang pertama tadi. Pada dasarnya derajat mereka berdua ini (orang pertama dan kedua). Sama derajatnya.

Manusia Ketiga:
Orang yang diberi harta, tetapi tidak diberi ilmu. Ia membelanjakan harta-nya tidak untuk berpahala, tetapi ia membelanjakan-nya dengan sia-sia, dengan foya-foya. Ia keluarkan hartanya di jalan maksiat.

Manusia Keempat:
Orang yang tidak diberi harta dan tidak diberi ilmu. Bisa disebut orang dungu yang fakir. Ia berharap bahwa jika ia mempunyai harta ia akan membelanjakannya, dan foya-foya yang sia-sia, sama seperti manusia ketiga tadi di atas. Pada dasarnya kelak derajatnya sama seperti orang ketiga tersebut. 



(^_^) monolog cermin hati >> di manakah kita kini ???



Nisah Idham

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
(^_^) monolog cermin hati >> 
Biarpun diriku merangkak2..
namun masih mampu bergerak, 
walaupun diriku dikendong dipapah..
namun aku masih mengorak langkah, 
Aku memang lemah tiada megah, 
namun tidak pula aku rebah,
Setinggi langit ingin kugapai, 
tetap bumiku menjadi lantai.

AIR MATA kadang kala lebih istimewa daripada SENYUMAN,
kerana SENYUMAN boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,
tetapi TANGISAN hanya dtitiskan untuk orang yang TERSAYANG...!!

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
''Sesiapa yang ingin dikabulkan dooanya oleh ALLAH pada waktu kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa waktu senang''.HR AT-TIRMIDZI

Jangan tangisi kesalahan, tapi tersenyumlah kerana setiap kesalahan mengajarkanmu agar berupaya lebih baik lagi.

>>belajarlah dari pengalaman, kerana ia akan
menguatkan kita di masa akan datang<<


Monday, December 24, 2012

Tami .. Ummi Minta Maaf..

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Pagi tadi, ummi telefon Klinik Bon Ton (Private Animal's Clinic)
Ummi & Abi bercadang nak spay kan Si Tami Dan Meoowww..
memandangkan esok ummi dah mula bercuti, jadi ummi nak bawak mereka berjumpa doktor, sekurang-kurangnya masa mereka lepas operation, boleh lah ummi jaga.
Memandangkan Meoww baru bersalin pada 09.12.2012 yang lepas, ummi tanya pendapat doktor samada Meoowww boleh buat pembedahan atau tidak. Ternyata doktor tidak bersetuju, menurut Doktor, sekurang-kurangnya perlu tunggu sehingga 4 minggu.
Oleh yang demikian, ummi hanya membuat temujanji untuk Tami sahaja bagi meneruskan sesi pembedahan spay tersebut. 

Date : 26.12.2012
Time : 10.30 am
Pick Up Tami : 5.00 pm

Doktor pesan , Tami kena puasa pada 25.12.2012 dari jam 10.30pm..


Tami, Ummi minta maaf sebab ummi terpaksa Spay kan kamu, bukan ummi tak sayang. tapi ummi tak mampu nak jaga ramai-ramai, lihatlah rumah kita sekarang dah ada 12 ekor, rasenya cukup banyak tu ummi & abi jaga. Sampai bila ummi perlu simpan Tami dalam rumah hanya kerana ummi takut kamu mengandung, Jadi ummi & Abi buat keputusan untuk spay kan Tami. Maafkan ummi, ummi resah, ummi serba salah. Tapi ummi lebih rasa bersalah jika ummi menahan nafsu kamu. Mengongkong kamu. Sungguh Ummi tak berdaya. Ya Allah, Kau bisikkan pada Tami agar dia memahami apa yang terbuku dalam hati ummi, sesungguhnya aku adalah insan yang lemah.


(^_^) monolog cermin hati >> ada yang tidak setuju untuk ummi spaykan Tami atau Meooww, tetapi berdasarkan fakta yang ummi baca, ia di bolehkan.. 

SOALAN 
APAKAH hukumnya jika kita mengasikan haiwan seperti kucing?
Adakah ia dibenarkan dalam Islam?

JAWAPAN:
Islam amat menjaga kebajikan semua pihak termasuklah haiwan peliharaan manusia. Dalam hal ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah kali ke-38 telah memutuskan bahawa mengembiri (mengasi) binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah (kepentingan umum).




Meoww & Her Big Babies

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)




(^_^) monolog cermin hati >> sian anak-anak ummi, kena duk dalam umah ye. !!! Kite main guling-guling je dalam umah ye... (^_~)



Follow by Email