Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, March 30, 2013

Happy Birthday To Them

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Milik siapakah hari jadi ini??

30.03.2012 - 30.03.2013

Birthday ini milik my little little kiut miut anak-anak berbulus.

atas kiri : Mimau & Tomo
bawah kiri : Tami & Meme
Tak lama lagi, Birthday Ola pula. then birthday Goku, Dotti & Dimo Pula.

sayangku Meowww.. maafkan ummi .
ummi tidak tahu bila kamu lahir, 

mengikut Kalendar Ummi, hari ini mereka genap Setahun.
kalau ikut kalendar Kucing. Ummi tak tahu berapa tahun.
tapi mengikut kajian. mereka sudah layak bergelar ibu bapa Muda.

memiliki mereka, adalah sesuatu yang terindah dalam kehidupan ummi.
kenakalannya. kecomelannya selalu buat ummi nak hug-hug sekuat hati.




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
terima kasih Abi. 
Kerana izinkan ummi meraih kesempatan ini. 
tanpa bantuamu, 
tanpa timbang rasa mu, 
tak mungkin ummi merasa perasaan ini. 
terima kasih....








Friday, March 29, 2013

Giveaway Segan Silu By KINara KInaTara

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

tersedak pulak masa sibuk buat kerja.
rupanya Kak M sebut-sebut nama Nisah.
Thanks Kak M, jemput Nisah join
sungguh besar hati Nisah nak joinnya.

Jom ramai-ramai kita meriahkan GiveAway ni
semoga Kina akan gembira dengan penyertaan akak yang tak seberapa ni.


segala syarat-syarat penyertaan. sila rujuk terus ke laman Blog Adik Manis 
ni ye . Jom terjah ramai-ramai. Jangan segan Silu ye.

Dear Kina, ini ayat sambungan akak. harap Kina suka (^_~)

Kina meletakkan nama giveaway ini sebagai "GIVEaway segaN SILu by KINara KInatARA"
adalah kerana Kina adalah
seorang gadis Muslimah yang comel, sewajibnya gadis Muslimah yang comel akan bertambah comel dengan sikap pemalunya meowww meoowww tu. .............(pening tak dengan statement akak ?) hehehe


Giveaway Kina telah di taja oleh beberapa penaja yang baik hati . seperti :

Afie Qaisarah, 
Baju Muslimah Awanazstyle, 
EyQin AsyiQin, 
Qaseh FarraBlogspot, 
SyieraShiera,
 Heirizalieyana,
YanaMissNick Collection,
De' Wanie Scarf and Shawls,
Ain Al-Khawlani,
Tudung Bawal Trendy (Marsya Scarf),
Sanvirus Owl,
kak deqla,
kak sue-rya,
kak nurul.
mama alya boutique, 
karukordjagaus, 
kak ayu,
tudung 4u,
Aimi Munirah,
Shuhada Shah.


Ramai penaja Kina, semoga penyertaan juga akan meriah selepas ini.

Dengan berbesar hatinya. akak nak Tag :-


Kak Atie Yusof

Buat anda yang di tag, sudilah kiranya join ye (^_~)

pada yang tidak di tag kan . anda juga di alu-alukan.
mai rapat-rapat. jangan segan silu.
Klik bANNER untuk terus ke sana.




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
tersedar satu perkara.
entah kenapa. alam berblog ini lebih mesra dari
sosial yang lain. seolah-olah yang ada. semuanya datang dari hati yang ikhlas.
semoga Ukhwah ini sentiasa kekal.







Thursday, March 28, 2013

Henpon TU masuk ke Laut Ajelah !!!!! - Part Three (Final)

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

setelah dua episod berlalu. maka entri ini adalah entri final untuk kisah tajuk diatas . Dan ternyata, datangnya dari manakah ayat 

Henpon TU masuk ke Laut Ajelah !!!!! 


baiklah. maka entri final ini lah yang akan menghuraikan makna di sebalik perkataan di atas.

>> kami bertunang selama 8 bulan . 
8 bulan pun rasenye mcm 8 hari . tak sempat nak duk lepak2 . lepas majlis bertunang . terus siap2 plan untuk majlis pernikahan yang akan berlangsung pada 26hb. Mei. 2007.

apabila Majlis Perkahwinan selesai. Kepenatan . Kegembiraan . Kebahagiaan. Kecintaan . Dan Kesyukuran ke hadrat Ilahi, Dialah yang telah menyempurnakan Majlis tersebut. walaupun ada kekurangan. Alhamdulillah. itu adalah lumrah . 

here. kehidupan kami suami isteri bermula . mula berpindah ke rumah . kami sepakat untuk tidak tinggal bersama keluarga . walaupun begitu , kami tinggal selang dua pintu je dari rumah my mertua. tak mengapalah . bukan serumah kan . kalau serumah tu, mungkin tidak sesuai dengan jiwa saya ini . 

>>>> adat rumahtangga. ada masa tenang . ada masa bergelombang . itu biasa. tiada yang luar biasa. ini kehidupan . bukan cerita Cinderella . atau Novel cinta yang jalannya sekadar berada di Taman Bunga . betul kan ???

aduhai enche suami, sikapnya yang selalu aje komited terhadap kerja . bila dah start buat kerja, Isteri kadang-kadang di lupa . Tidak hairanlah atas sebab itu die sangat disayangi oleh majikannya. 

Enche Suami, kerjanya dahulu "Tukang Repair Kapal" sekarang "Tukang Bina Kapal" - bila dah sebut Kapal , mesti lah kerjanya berada  berdekatan dengan LAUt, saya ULANG. BERADA DI LAUT. kalau dahulu dia repair & bina kapal untuk TLDM . apabila dia di tukarkan ke Langkawi, die bina & repair Bot Maritim pula. Maka LAUT jugaklah kami berada . Langkawi kan... 

"bila die komited gilerssss dgn kerja dia". sampai isteri call pun tak reti-reti nak pick up. isteri antar mesej pun die tak reply . cer bayangkan si isteri ini bile enche suami buat mcm tu "saket hati" ohkey. mendidih, menanah, menggelegak hati beta ni . " 

sekali call tak angkat , dua kali call pun x angkat . anta mesej pertama tak reply . yang ke dua pun sama . pastu . lepas tu dengan Nada yang geram , lalu mulut ini berkata sorang-sorang 
"kalau tak reti nak angkat tepon, henpon tu masukan kat laut ajelah. kan senang. tak payah pakai henpon. hati pun tak sakit. paham taakkkkkkkk?????????"

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
namun, setelah hampir 6 tahun kami melayari bahtera perkahwinan, Pn. wifey mula belajar dan sedar . Di dalam kehidupan rumahtangga. kite perlu banyak memahami situasi & keadaan. belajarlah bahawa bukan semua yang kita inginkan akan menjadi apa yang kita mahukan . Makin lama usia perkahwinan itu berlalu, maka makin banyaklah pengalaman yang kita lalui. Setiap satu hal yang berlaku, adalah guru kita yang terbaik. Maka, belajarlah dari setiap kesilapan yang di lakukan. Hidup ini ada pilihan. Pilih lah untuk bahagia . bukan membiarkan hati kita derita sendiri. kannnnn ????

Dan kini, apabila Pn. Wifey call, Enche Hubby tak pick up . Pn. Wifey cuma biarkan aje . lama-lama Enche Hubby yang call balik, walaupun setelah 5 jam berlalu . tak per. bersabar ajelah . kalau dia tak call balik pun. tunggu ajelah dia balik rumah. 

Wednesday, March 27, 2013

Orang Melayu -VS- Orang Putih

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

perihal kucing.

Orang Melayu, 
nampak kucing . atau kucing beranak dalam rumah, depan rumah.
satu keluarga pening kepala. Duk pikir.
"kat longkang mana lah aku nak letak kucing-kucing ni?"
sambil-sambil pening tu. insert sekali kata maki cacian.


Orang Putih, 
nampak kucing. atau kucing beranak dalam rumah , depan rumah. 
they will said "oo dear, come here baby. you are one of God's Gift"

ataupun. mereka akan search FB, Twitter, Web untuk cari Pusat Penjagaan Haiwan atau Pusat untuk  adopt kucing. .
Because. everything is "God's Gift"

katanya.






(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
Ini bukan rekaan semata-mata. 
Ini adalah cerita yang berlaku depan mata. 
masing-masing punya pendapat & citarasa.







Yasmin Mogahed

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Yasmin Mogahed . 

ada sesiapa yang mengenali beliau?
mari berkongsi maklumat tentang beliau.

sebenarnya, Nisah baru sahaja mengenali beliau.
itupun setelah Nisah melihat beliau didalam rancangan Soal Wanita, yang bersiaran hari Sabtu lepas. sayangnya, sesi temubual itu Nisah terlepas, makanya Nisah hanya dapat mengikuti bual bicara disaat-saat akhir rancangan . walaupu  begitu, setiap baris katanya sangat buat Nisah kagum. tutur bicara yang kemas, lembut diselangi dengan senyuman membuat hati Nisah ingin mengenali beliau . 
Siapakah beliau ini?

menyusuri laman web beliau yasminmogahed.com menceritakan sedikit sebanyak tentang insan bernama Yasmin Mogahed. Laman Web beliau adalah salah satu laman web yang berteraskan Motivasi tentang mengenali apa itu Islam. Bagaimana ingin menjadi Islam yang bertamadun dan lebih lebih kepada Islam yang sebenarnya. Teringat salah satu dari ayat beliau dala Soal Wanita 
" Apapun yang kita ingin lakukan, lakukanlah dengan kerana Allah, jadikan Allah di tempat yang pertama. InsyaAllah, kejayaan pasti bersama kita kerana Allah juga bersama kita"

Sedikit tentang Yasmin Mogahed.

Yasmin Mogahed

Yasmin Mogahed, beliau adalah penerima Sarjana Muda (Ijazah) dalam bidang Psikologi dan Ijazah Sarjana dalam Kewartawanan dan Komunikasi Massa dari University of Wisconsin-Madison. Selepas menyiapkan kerja siswazah itu, dia mengajar Pengajian Islam dan bekerja sebagai pengajar penulisan untuk Cardinal Stritch University dan kolumnis kakitangan untuk bahagian Islam INFOCUS Berita. Pada masa ini, beliau adalah seorang penulis bebas dan penceramah antarabangsa. Beliau juga menjadi tuan rumah Serenity, beliau menunjukkan One Legacy Radio dan kini aktif di dalam laman web beliau di yasminmogahed.com


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> pada anda yang ingin mengenali beliau. Beliau boleh di temui dengan secara dekat serta mengikuti beliau melalui Laman Sosial FaceBook & Twitter di bawah akaun nama "Yasmin Mogahed" .

Nisah sudah, anda ? Jom ramai-ramai. bolehlah berkongsi ilmu.

Tuesday, March 26, 2013

Henpon TU masuk ke Laut Ajelah !!!!! - Part Two

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

sambung kite bergebang...

kalau nak tau, Nisah seorang yang sangat cepat merajuk. menangis. dan konon-kononya sensetip. 
(sikap ini jgn dicontohi, sbb sikap ini bisa bikin org cepat hati panas atau MENYAMPAH) 

bayangkan lah situasi CERITA KELMARIN  tu berlarutan selama Tujuh (7) Tahun. Kenapa tujuh Tahun? sebab, kami bercinta selama tujuh Tahun, dari >> April, 2000 (masa ni ahkak SPM) sampailah May, 2007. (masa ni ahkak dah kerja) ...

mak pak pun pakat-pakat tepuk dahi. 
anak-anak senang diri. buat mcm xde hati.
dosa pahala taknak amik kira.
cinta hati punya pasal kan.

Lepas duk ulang alik . ulang alik . angkut sana . angkut sini .
selama bertahun-tahun.
mak pak tak tahan lagi.
"kalau dah gini gupenye, baik aje korang kawen" kata Bonda Pn. Wifey.

bila mak cakap pasal kawen.. 
rase nak lompat-lompat aje, "yeayyyyy aku nak kawennnnnnnnn"

mak sambung lagi. "kau ingat kawen tu senang, kalau tak berendam airmata. tu bukan kawen namanya."

Me : erkkkkkkkkk..... 

tapi masa tu dah tak kisah dah, rendam air mata ke, badak berendam ke. basah ke kering ke. kawen tetap nak kawen. masa tu umur baru 23 tahun (2006) . kata sepakat diambil. pada 07.05.2006, pihak lelaki datang untuk merisik. 
(ecehhhhh merisik bagai kan, padahal dah memang tahu "bunga" nan sekuntum telah di petik. Bak kata org, cume  nak penuhi adat aje.) 

maka , kami pun bersetuju . untuk bertunang pada September, 2006.
Maka.. Harinya pun berlangsung . dengan penuh sederhana sahaja. Bertunang kan, tak payah lah beria sangat-sangat. simple simple aje...

Lepas jer bertunang, segala perasaan semua ada.
kata orang, lepas bertunang ni Darahku Manis. ermm memang manis sangatlah kan. sampai Nyamuk pun duk hingap tak lekang-lekang.
Dugaan pun mencabar. memang tercabar. 

kalau dulu bercinta . sekadar oFF henpon 3 minit . 
lepas bertunang . kalau boleh xnak dengar suara dia dah.

tapi bila tengah syok, bukan kate nak off henpon. kalau bole nak pastikan Battery henpon tu tak mati2 . biar hidup je. buat keje pun tak senang. asyik2 tgk henpon. tgk henpon. tgk henpon. sampai masak pun letak henpon kat sebelah dapur tu. nasib tak menyambar je api.

sampai mak pun pernah cakap :
"kalau susah-susah sangat, kamu telan je lah henpon tu. supaya kenyang. tak payahlah masak."


aiyooooo mak...... manyak kijamm woooooo....




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
kata orang, bertunang jangan lama-lama.
banyak hal yg akan buat kite tercabar.
dulu-dulu memang tak percaya, bila dah bertunang. baru tahu. 
memang mencabar. bersabar ajelah ye...

Musim LIMA 2013

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)



Musim LIMA kembali lagi .. kali ni kali kedua ahkak berada di bumi Langkawi.
menyambut LIMA 2013, 
LIMA akan diadakan setiap dua tahun sekali.

1st time tiba kat Langkawi, teruja sangat nak tengok LIMA.
jenuh duk memujuk-mujuk nak pegi tengok LIMA.
sanggup redah panas terik . LIMA punya pasal.
bila balik umah, muka suami isteri pakat-pakat ketat & tegang. 
sebab PANAS . nak sangat tengok LIMA kan. 
dah panas sangat . beli ABC . RM5.00 satu mangkuk. Mahal kot. padahal dalam tu cume ada ais kepal . gula merah + sirap + jelly hijau . tu je. dahaga punye pasal. beli jugak .
sape suruh pergi tak bawak air .

Tahun ni, LIMA lagi . kali ini, tak payah pujuk-pujuk hubby pegi LIMA
dah dia memang ditugaskan stanby kat situ.
apa ke hal nya die buat kat situ ??
Boat Maritim ambil bahagian, so bahagian Technical BYO Marine kena standby, mana lah tau kot tiba-tiba enjin terbakor ke . rosak kat tengah laut ke ? jadi Technical BYO Marine Sdn Bhd kena ler repair2 ape yang patut. bangga bebenor enche hubby coz di tugaskan kat sana. seronok ler tu dapat MENCUCI MATA . 

Me ? wifey, pasti akak ku ikut jugak. panas pun panas ler, alang-alang dah gelap kan. apa nak takutkan dengan kegelapan. 
tapi ahkak idaklah pegi time kerja ni, akak pegi hari sabtu nanti. time cuti.

akak ni makan gaji jer, mana bole suke suki nak ambik cuti semata-mata nak spy enche Hubby. marah dek orang nanti . 

di sarankan, orang yang kat luar tu, kalau nak datang Langkawi, jangan datang time LIMA ye. duit saku korang cepat habis. semua barang naik harga berlipat ganda. 
tak caya . try lah....

>> Nak tahu tentang LIMA. Click gambar kat atas. 


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
ooooo LIMA... kamu datang lagi.
dapat ler nengok jet pejuang melintas atas kepala. 

Sunday, March 24, 2013

Henpon TU masuk ke Laut Ajelah !!!!! - Part One

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

tetiba, terimbas kisah dahulu kala.. 
tatkala , sang hati mula mencambahkan bunganya.
uhuk uhuk.. Bunga Rose ye shayang, bukan bunga tahi ayam tau.
(maksudnya, tengah memula nak bercinta lah)


Nisah memanglah suka nak buat call kat boifren ni. saje nak test kredit. ada ke tidak kan. agak-agak dah lame bercakap tu, pastu tetiba call cut off, pastu try try try call x dapat-dapat. tu maknanya KREDIT DAH HABES LA KAN. 
(tak geti geti nak gi TOP UP ke?) 

dah tu.

kedai top up dengan umah mak . punyelah jauh. dulu ahkak xde motor. ada beskal je. usaha malam-malam gi mengayuh ke kedai, beli top up. 
CINTA lah punye pasal kan.


pastu, saat bahagia lah kan. 

masa saat tak berapa nak bahagia tu.
bukan kata nak tunggu kredit tu habis.
kadang-kadang tak habis pun. saje nak cut off. 
siap seranah dlm hati.
"hambik kau, kau cakaplah sorang-sorang"

pastu siap OFF henpon. konon. padahal oFF pun  3 minit je (itupun dh rase lama)

bila on tu. harap sgt lah ada sms masuk. konon nak suh pujuk ahkak lah tu.
tapi hampeh. si boifren buat tak tahu.
saket hati . OFF lagi. Terus tido.

esok. on henpon. say "Gud Morning, Dah Bangun ke?
pastu, hatiku masih panas ni . lalu ku pun gagah menaip. "kalau reply ni tandanya dah bangun lah" 




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
cerita panjang. nisah cerita step by step ye...


I'M Pretending ???

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat airmata saya yang tersembunyi, melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya, tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar, Maha Kuasa. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani dan segala puji hanya pada Allah..."








(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> TIdak, Nisah tidak bersedih lagi.
Nisah bangkit dari kesukaran. Nisah berjalan mengorak ke hadapan.
berjalan .. perlahan-lahan, walaupun sedang menyeka si airmata. Tidak mengapa.
Tidak, Nisah tidak kan biar hati ini di hancuri sendiri.
Nisah bangun, dari kepayahan. memekakkan telinga dari kata-kata Nista.
sesekali Nisah toleh ke belakang, bkn mahu meminta simpati. tetapi mahu melihat apa yang tertinggal. adalah pengalaman.





Alahai Nuffnang, Dah kenapa ?

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

perihal si Nuffnang..
beberapa minggu lepas Nisah godek-godek ler akaun Nuffnang.

tetapi entah bagaimana Nisah dapati wang dalam akaun tu dah hilang . HILANG ... 

ke manakah dia menghilang . ?? 

err memang lah duit tu tak berapa nak ada kan. 
'
tapi kalau sudah hilang tidak dapat di kesan . itu musykil juga kan ?

ada sesiapa tahu, bagaimana mahu jejak kembali wang nisah tu ?




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> bulan lepas dah perasan duit tu hilang . 
tapi ignore je, ingatkan technical problem kan. tapi ni dah masuk 2  bulan ni . musykil jugakkan.....

Anda pernah kena tak situasi ni?

Friday, March 22, 2013

Fadhilat Surah Al Insyirah


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Surah Al Insyirah.. atau lebih mesra di kenali surah Alam Nasyrah.
Ya, kadang-kadang apabila kita menyebut tajuk setiap satu surah, kadang-kadang kite mesti blur-blur, jadi lebih senang menggunakan bahasa mesra alam hehhe..

(nak insert cerita masa kecik dulu : dulu masa kecik2 Pn. Wifey belajar solat kat sekolah, Ustazah suruh baca Surah Al Ikhlas, uhhh pudar muke masa tu, sbb tak tahu nak baca. tapi bila Ustazah cakap " Nisah baca surah Qulhuallah HuAhad" masa tu laju je membaca.)
>> pernah tak anda mengalami situasi di atas ??? ngeh ngeh..

mari berbalik kepada topik kita. (hari ini ayat seolah skema poyo kan??)

umum antara kita telah mengetahui bahawa Surah ini hanya mempunyai 8 ayat sahaja. Dan surah ini sering di jadikan sebagai bacaan ketika solat.
di sebalik Surah yang pendek ini, ia mempunyai makna yang sangat dalam serta fadhilat-fadhilat yang memberi kesan dalam kehidupan kita seharian.

Di sini, Pn. Wifey nak kongsi sedikit tentang fadhilat Surah Al-Insyirah @ Alam Nasyrah.
Jika anda masih belum mengamalkan, maka marilah kita mengamalkannya bersama.
kerana Pn. Wifey pun baru sahaja mengamalkannya beberapa hari yang lalu. (^_^)



Rasulullah pernah bersabda kepada sahabat-sahabat baginda,  "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Maksud Surah Alam Naysrah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);


(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan . (ayat ke lima ini sangat sesuai di bacakan sebagai amalan keluarga.. seperti membacakan surah ini kepada Suami, agar beliau sayanggggggggg selalu.. bacakan pada ubun anak-anak supaya mereka tak notty2..)

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Banyak fadhilat yang boleh didapati dari surah ini. Antaranya: 


1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.


terima kasih buat beliau, yang sudi bertamu di hati
kerana sudi menyinggah di sini.
terima kasih kerana memberikan cebisan kasih sayang
terima kasih kerana berkongsi cinta..
terima kasih, kerana memberikan bekalan untuk diri yang naif ini...
terima kasih Cma, setiap amalanmu, hanya Allah yang mampu membalasnya..
Terima Kasih....





(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.


Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.


Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.





Thursday, March 21, 2013

Stew Ayam - Mari Masak-Masak

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

ehem ehem.. resepi yang Nisah baru pertama kali mencuba masaknya.
kesian enche gugle.. penat engine die mencari resepi ni untuk Pn. wifey.
Resepi memang banyak. tapi nak cari yang simple, sedap & senang tu yang payah.
(apabila orang malas mula berbicara .. )

BTW. dalam sibuk bermalasan tu, terhasil jugaklah Stew Ayam homemade dari Dari dapur Pn. Wifey. buatnya tak sussah pun. bahan pun tak banyak. semuanya ada didapur. bertambah senanglah kerja. kan kan kan kan...


Bahan-bahan yang simple mudah dan senang.

>> enche Chicken. (wajib ada, kalau xde chicken ni. maka tak jadilah STEW AYAM)
>> sos tiram / sos cili / minyak utk menumis / kicap manis / kicap pekat (kalao nak kaler gelap je)
>> halia/ bawang besar (merah pun ok jugak) / bawang putih.
ni semua korang hiris-hiris je. tapi ahkak ni tak berapa nak ada masa mlm tu, jd yg bawang putih akak ketuk je (ketuk cam ala-ala chef tu), halia tu akak tumbuk. yang bawang besar akak potong 6.
>> carrot / mr. potato chip / daun bawang (daun bawang ini cume pilihan, xde pun xpe)
>> tepung jagung (nak kasi pekat itu kuah) errrr tp umah akak xde tepung jagung, jd akak letak je tepung UBI. (bolelah mak jemah, asalkan kuahnya pekat & likat kan...)

ha... nak memasaknya.. yg ni lagi senang..
tumis  bawang, bawang putih, halia, agak-agak dah naik bau bawang tu. (bau sedap ye, bukan bau hangit tau) >> masukkan air. (eh air tak sebut pun td kan??, pepandailah tambah ye)
pastu. masukkan bahan-bahan lain. kecuali carrot & daun bawang & bancuhan tepung jagung)
biarkan semuanya sebati , ayam tu masak. potato tu dah lembut sikit. masukkan carrot. carrot pun keras jugakkan. kalao rasa tak cukup air nak bagi lembut tu, sendiri agaklah ye.
>> kadar kuah berdasarkan kesukaan anda, bila dah rasa ckp kuahnya, cukup rasanya . baru masukkan tepung jagung tu, kacau2 , masukkan daun bawang , pastu angkat. masukkan kan dalam pinggan. tunggu  jap. hidang . makan.

stew ayam ni sedap kalau dpat makan dengan roti batang yang keras & panjang tu. yang jual kat bread store tu (miahahha Pn. Wifey tak tau nama roti tu, tau beli je.)

kalao nak mudah . beli je Roti Buku Gardenia, kalao rajin sket. bakar roti tu kat Toaster. pastu cicah dengan Stew Ayam ni.....


kan dah selesai.....

(maaf ye sayang-sayang semua, pn wifey masak xde sukatan. main agak-agak secukup rasa sahaja.)

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> apa yang indah selepas kite penat memasak ??

bila kita masak, ada orang yang habiskan. (n_n)



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>

Follow by Email