Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Tuesday, April 30, 2013

Ayam Ajaib

Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Assalamualaikum.. 
wuheeeeeiiiiiii Ayam Ajaib.
Pernah dengar cerita Ayam Ajaib?
Mahu Akak cerita kan ?

baik lah adik-adik yang akak kasihi.
peluk anda ketat-ketat.

Semalam, akak jalan-jalan ke beberapa Blog yang akak tidak kenali. 
tujuan yang sangat simple.
akak google cari resepi masak ayam.
miahahahhahaaa..
akhirnya akak terjumpa dengan masak Ayam Panggang.
teringat pula, si adik CMA pun ade memanggang ayam.
menari2 ayam yang ohsem tu depan akak.

then I had decided tu bakar ayam.
hehehehhe.

mesti anda tanye, apa yg ajaibnya ?

ishhhhh... ajaiblah, sebab akak guna Pemanggang Ajaib.


ngeh ngeh ngeh ngeh...

ajaib tak? ajaib tak?
ajaib la, sebab bila akak masuk je ayam-ayam ohsem tu dalam pemanggang tu.
akak pun tutup, 
pasangkan api, dalam suhu sederhana.
akak biarkan dia masak dalam 1/2 jam gitu.
pastu akak kalihkan ke sebelah. tunggu lagi
20 minit. dan ......

{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
{}
inilah hasilnya.

akak, buat sambal tomato.
kan lebih sedap makan dengan sos cili, namun tetiba akak teringin nak makan Sambal Tomato.
buat ajelah, lawan kan dengan Ayam Ajaib tu. pun bolehlah. Asalkan ada cili pon okay. hehehe



ajaib tak ? ajaib tak?

ada lagi ajaibnya. bila akak hidang je.
beberapa ketul ayam telah hilang dari pinggan.
haaaaaa ... kemanakah ayam itu pergi.
ajaibnya, ayam itu telah berada di dalam mulut kami suami isteri.
bertambah ajaibnya lagi, ayam-ayam tersebut. kini telah berada di dalam perut kami.


Itulah dia kisah Ayam Ajaib dari akak.

esok lusa akak cerita pasal, daging ajaib, ikan ajaib, sotong ajaib, udang ajaib. 
dan banyak lagi kisah keajaiban yang penuh dengan kedongenggannya....

sehingga berjumpa lagi.

eh kejap. ada lagi akak nak top up. ayam ajaib akak tak habis 2-3 ketul. 
jadi akak bawak ke opis. utk lunch. Alhamdulillah. jimat duit ahkak dik Jemah.
untuk enche hubby, die request burger daging - roti burger xde, akak buat roti buku sudah. Roti + Burger jugakkan. Dia pun bawak bekal jugak. Alhamdulillah, jimat duit di situ. (^_~)






(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
anda bawak bekal apa ari ni ??







Lunch Weekend With Rempah Masak Hitam


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Last weekend, Nisah masak je kat umah.
memandangkan rempah tu dah lama terhias je dalam kabinet dapur.
so i has decided to masak. 


hasilnya .. taraaaaaaa.................


Ayam Masak Hitam.

ini rempah bukan sebarang rempah, rempah ni memang marvelous.
sedap. dengan harganya yang sangat murah. sangat berbaloi-baloi.

rempah ini Nisah beli khas dari Kak Izan MamaMia

Nisah rasa, anda memang patut cuba. rugi tau kalau tak cuba.
sesekali makan rempahnya, ada rase macam makan Rendang Tok je.
lepas nisah makan nasi, nisah mencicah dengan roti.
Ya Allah nikmatnya. Rasenye yang tak berapa pedas.
boleh di makan dengan anak-anak jugak. 

haaaa jangan tak tahu, anak anak blus nisah pun join makan Ayam Masak Hitam ni. power tak ? terangkat mak jemahhh oiiiii....

dah. xnak stori morri kang over shadow.
senang cite. anda beli je lah sendiri.
masak sendiri kat rumah.
rase sendiri. pastu komen.
jangan risau. resepi siap di berikan. ikut je arahan confirm menjadi.
tetapi nisah tak ler masak sekilo ayam. huhu makan berdua je. nisah guna separuh je. Tapi walaupun separuh cukup cover 10 ketul ayam yg di potong sederhana. Moh cuba. 



** Sila Klik gambar superb yummyyy kat atas tu. anda akan terus ke bLoG MiaDuniaKu. untuk membeli.

>> haaa tau tak? rempah ini juga boleh di gunakan untuk masak daging dan ikan. alaaaa bile rempah dah kat dapur, pepandailah adjust pelbagai jenis. dapur tu kan kite yang punye!! hehehhe...



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
thanks kak Izan, war-war kan pada Nisah tentang Rempah ni
tak rugi membeli.
menang memasak. 


Tanpa Kata - 30.04.2013

Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)


Assalamualaikum...

WW-30.04.2013





(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
Entry di tengah malam.
gara-gara si mata tidak mahu lena.
aduhai....







Monday, April 29, 2013

NH Favorite - Parfum (EDP)

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

ehem ehem... kakak-kakak, adik-adik..
mari rapat mari dekat.
ini ada cerita sensasi.
melekat, tertarik memang superb dab00000000ooommmm punya !!

miahahahahahha *gelak guleng-guleng dulu*

sebenarnya, Nisah tak tahu nak taip intro macamana.
oleh itu Nisah direct to the point ajelah ye.

macamni, Nisah suke perfume.
kalau boleh nak lah perfume yang sedap baunya dan yang paling penting dengan harga yang murah.
nak beli selalu, kekadang duit tak berapa nak mandang. Jadi Nisah cuba lah macam2 brand perfume yang bau sama namun jenama berbeza. alaaa senang cerita mcm One Drop Perfume tu.

dulu Nisah gune One Drop Perfume.
tapi dah bertukar dengan Anarich Parfum. lebih kurang sama mcm 1DP tu. cume botol yg ni besar sket.

mana rupenye ? 


ia didatangkan dengan pelbagai bau namun dlm satu bentuk aje. hehehhe
berikut adalah perfume-perfume yang ada.



meh le jenguk-jenguk kat bawah ni, mana tau ada yang berkenan ke. 
cubalah dulu, mana tahu terjatuh cinta ke ?? kan kan kan kan... (^_~)

MEN PERFUME
1. Armani Code by Giorgio Armani 
2. Desire Blue by Dunhill 
3. Angel by Thierry Mugler 
4. Aigner Black by Etienne Aigner     
5. One Million By Paco Rabanne 
6. Bvlgari Extreme By Bvlgari 
7. Polo Black By Ralph Lauren 
8. Black XS By Paco Rabanne   
9. 212 Sexy By Carolina Herrera 
10. Boss Black By Hugo Boss 
12. Burberry Brit By Burberry 
11. Bvlgari  Aqva By Bvlgari
13. Polo No. 1 By Ralph Lauren 
14. L’eau D’issey By Issey Miyake 
15. Dunhill Boxer(Brown) By Dunhill 
16. Starwalker By Mont Blanc  
17. Euphoria By Calvin Klein 
18. Boss In Motion By Hugo Boss 
19. Escada Magnetism By Escada 
20. CK One (Unisex) By Calvin Klein
21. Boss Orange By Hugo Boss 
22. Allure Homme Sport By Chanel 
23. Drakkar Noir By Guy Laroche 
24. Polo Green By Ralph Lauren
27. Polo Sport By Ralph Lauren 
25. Boss Selection By Hugo Boss 
26. Acqua Di Gio By Giorgio Armani 
28. JPG Male By Jean Paul Gaultier
32. Polo Blue By Ralph Lauren 
29. Samourai By Alain Delon 
30. Gucci Guilty By Gucci 
31. Desire Red By Dunhill
                         
 
WOMEN PERFUME
1. Heiress By Paris Hilton  
2. DKNY Be Delicious By DKNY 
3. Jadore By Charistian Dior  
4. L’eau D’issey By lssey Miyake
5. Lovely By Sarah Jessica Parker 
6. Fantasy By Britney Spears 
7. 212 Sexy VIP By Carolina Herrera 
8. JLO Still By Jennifer Lopez
9. JLO Glow By Jennifer Lopez  
10. Miracle By Lancome 
11. Escada S By Esada 
12. Euphoria By Calvin Klein
13. Angel By Thierry Mugler 
14. Rock Me By Anna Sui  
15. Bright Crystal By Versace 
16. Pleasure By Estee Lauder
17. Daisy By Marc Jacobs 
18. Hypnose By Lancome 
20. Princess By Vera Wang 
19. Burberry London By Burberry
22. Midnight Poison By Christian Dior 
21. Envy By Gucci  
23. Chanel By Chance 
24. Glamourous By Ralph Laurence
25. Narciso Rodriguez Perfume 
26. Diamonds By Emporio Armani 
27. Deep Red By Hugo Boss 
28. JPG Women By Jean Paul Gaultier
29. Nina Ricci Apple By Nina Ricci 
30. Dior Addict 2 By Christian Dior 
31. Lady Million By Paco Rabanne 
32. Flora By Gucci
33. Envy Me By Gucci 
34. Can Can By Paris Hilton 
35. Paris Hilton Perfume 
36. Ralph Lauren Perfume (Botol Bulat)
37. Omnia Amethyste By Bvlgari  
38. Angel Heart Perfume





ANARICH PARFUM PARIS EAU DE PARFUM (EDP)

30 ML @ RM39.90 
(exclude Post Charge)

100% MANUFACTURED & BOTTLED IN FRANCE
SCENT IS 100% SAME WITH THE ORIGINAL
LASTING UNTIL 10 - 20 HOURS BASED ON THE SELECTED SCENTS 
A EAU DE PARFUM WHICH IS CONCENTRATED & VERY LONG LASTING
BOTTLE HEIGHT: 12 CM APPROXIMATELY
(medium size & easy for travelling - fits mostly in medium cosmetic pouch 


sebarang pertanyaan, boleh di emelkan kepada : nhfavorite@yahoo.com

SELAMAT DIGUNAKAN DALAM SOLAT 





1. Jenama (Anarich Parfum Paris) yang baru memasuki Malaysia (OGOS 2011).100% dikilangkan & dibotolkan di Perancis.

2. Kandungan ialah ethanol (alkohol biji-bijian), sari bunga & tumbuh-tumbuhan serta menggunakan teknologi pengestrakkan wap tebu untuk dijadikan parfum

3. Alkohol yang digunakan adalah dikategorikan dalam kelas kosmetik yang boleh dibawa dalam solat kerana ianya bukan najis malahan besih dan halal digunakan

4. Bau adalah 100% sama seperti yang dijual di kaunter-kaunter membeli-belah terkemuka

5. Ketahanan bau adalah dari 10 sehingga ke 20 jam tergantung kepada bau-bauan yang dipilih

6. Isi kandungannya adalah Eau De Parfum - EDP (concentrated) yang menghasilkan bau yang tahan lama

7. Jenama ini menggunakan kaedah semburan (spray) bukan roll on seperti kebanyakkan jenama lain yang berada di pasaran. Kaedah semburan ini adalah lebih menjimatkan dari penggunaan roll on





(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>

Ni iklan akan ditampalkan di sini selama beberapa hari..

 drop your comment jika berminat  ye . Terima kasih.






Blog & Konsep.

Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Assalamualaikum ...

Teringat masa mula-mula nak created BloG ni.
beberapa kawan Nisah kata, Blog perlu ada konsep.
konsep mak-mak budak, konsep makcik makcik. konsep novel, dan banyak-banyak konsep.

ahkak pun mula memerah otak, duk pikir konsep ape lah yg akak nak buat.
memula akak nak buat konsep puisi-puisi gitu.
tapi lama2, ada pulak cerita personal life nak kongsi.
pastu terfikir nak buat konsep masakan.
tapi masak-masaknya biasa aje.
takde yang spesel.

akhirnya, akak fikir.
tak payah konsep sangatlah.
carca marba sudahlah
semua aje masuk. yang penting dapat sharing.

yang baik di jadikan teladan, yang buruk, harap ditegur.

bagi sesetengah pendapat konsep berblog wajib ada.
ini menampakkan mutu setiap blog yang kita ciptakan.
Ya, mungkin bagi sesetengah pendapat begitu. 
ada yang beranak-pinak. maka konsepnya ibu-ibu aja.
ada yang belum berkawin, maka konsepnya bujang-bujang aja.
ada yang telah berkawin. jadi konsepnya like huneymoon huneymoon aja.

jadi pada wanita seperti akak yang sudah lama berkahwin, tidak ada cahaya mata. tidak pandai masak. 
maka konsep Blognya apa yang layak??

Konsep Blog . terpulanglah pada anda untuk meletakkannya.
kerana akak rasakan lebih selesa tanpa Konsep.
apa sahaja ingin di cerita.
ceritakan aja.
jika rasa ingin berpuisi. karang kan aja. dan tampalkan aja dalam blog.
jika mahu berkongsi resepi. taip ajalah dengan penuh keikhlasan. 

apa yang akak rasakan. Nisah adalah seorang Isteri, Muslimah. Dan Dengan Izin Allah bakal menjadi Ummi suatu hari nanti. Jadi laluilah saat-saat ini. Berkongsilah apa sahaja yang di rasakan perlu.
kalau berkonsep-konsep nanti bimbang jugak Blog akak asyik ke laut aja entri nya.

asalkan ikhlas. ikhlas seperti berlian didalam bekas himpunan kaca.
tak ramai yang dapat melihat/ menilai.
namun Allah Maha Mengetahuinya..

namun, apa yg terniat di hati ni.
diharapkan Konsep Blog ini, akan lebih kepada Islamik-islamik gitu.
eh . konsep jugak kan ?? 


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
konsep blog anda bagaiman?
atau anda rasa , konsep penting untuk blog anda?







Dimo - Stories Part 2


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Dimo.. semakin aktif. sudah mahu berlari-lari 
sudah tidak terhoyong hayang lagi
langkahnya semakin laju. berlari usah di kira.
rumah kami miliknya kembali.

namun, di sebalik keriangannya.
terselit sesuatu yang buat ummi resah.
apa tidaknya. pada pagi ari sabtu lepas 
 ada cairan darah keluar dari kesan pembedahan.
makan tak kenyang di buatnya
cepat-cepat ummi habiskan nasi lemak pagi itu.
beritahu pada Abi, yang ummi nak bawak DIMO ke klinik.

dengan langkah berlari. ummi masukkan DIMO dalam kereta.
hidupkan enjin. Kereta di pacu terus ke arah Klinik. 
saat itu, hanya berdoa agar darah itu tidak membahayakan.

Sekali lagi ummi di uji. hampir menitiskan airmata.
Doktor kata, darah keluar sebab DIMO aktif. Bermain. 
disebabkn itu cairan darah itu mengalir. 
tiada ubat untuk itu. melainkan apabila cairan itu keluar. tekapkan aje dengan kapas.

Doktor memakaikan DIMO cap, yang mana Cap itu menutup bahagian kepalanya dari di garu. namun tubuh Dimo yang kecil, tidak sesuai dengan CAP yang sedikit besar itu. 

semasa memandu pulang.
Dan sekali lagi, DIMO bertindak ganas.  sehingga tangan dia , dimasukkan ke dalam ruang cap. dan DIMO bertambah ganas. sehingga darah pekat yang mengalir. Allahuakbar. Panic ummi seketika. dalam hati ummi mau cepat2 sampai rumah.

Dimo masih mengganas. Tidak tahan dengan tindakannya. 
Ummi buka CAP tu, dan lepaskan dan dia dimasukkan ke dalam bilik.
sesekali die meowing , sebab mahu keluar.
ummi cepat2 naik atas. sebab tak sanggup nak dengar die meowing..
sesekali ummi datang, jenguk die dalam bilik.
bermain dengan dia.

Pagi Ahad. Ummi lepaskan dia keluar.
masih ummi monitor matanya.
cairan masih keluar. namun sedikit. tidak seperti hari sabtu.
Alhamdulillah, sedikit lega.


Gambar atas : Ubat Tahan Sakit & Antibiotic for Dimo.
untuk 5 hari
Bawah Kiri : Dimo peluk jari ummi & tido.
Bawah Tengah; when ummi tarik jari ummi, die bukak mata
Bawah Kanan : after ummi recite Selawat Syifa' & Ayat Kursi. Dimo tido.





Sunday, April 28, 2013

- DIMO stories.


Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

kesinambungan dari kisah  DIMO Operation 

Sepanjang perjalanan dari rumah, Dimo ummi letakkan atas ribaan. Dimo seekor kucing yang tidak mahu duduk dalam carry box. Beberapa kali ummi cuba letak dia dalam carry box , berkali-kali juga dia cuba keluarkan diri dengan ganasnya. Dia akan mencakar2 pintu cage tu, dan selepas itu dia akan sondol2kan matanya yang bengkak itu ke pintu cage. agak-agak, apa perasaan anda bila melihat dia dalam keadaan macam tu? dengan mulutnya tidak berenti meowingg. aduhai. sedang memandu ni pun tidak selesa melihat dia seperti itu. akhirnya, ummi decided untuk letak cage seat belakang, Dimo ummi letak seat sebelah ummi, dan dia akan berjalan ke ribaan ummi. Maka, terjadilah aksi memandu sambil meriba. Dimo punya pasal. itu lebih rela dari melihat dia mengganaskan diri.

semasa balik, Ummi lihat dia masih mamai dek ubat bius. 
masih mampu berjalan, namun terhoyong hayang.
dalam position yg sama. beliau baring di ribaan ummi..
sambil memandu sambil ummi membelai DIMO, dia tertidur. ummi menangis tanda kesyukuran . Alhamdulillah, Dengan IzinMu Ya Allah, segalanya menenangkan hati hambaMu ini.

sesampainya di rumah, ummi letak Dimo didalam bilik. Perlu asingkan, kerana kesan operation DIMO perlu di jaga, takut2 jika die bermain, akan terbuka jahitan, atau takut2 dia bermain dengan adik beradik, takut tercakar dan akan bengkak. Apabila Dimo di kurung, itu bukan perkara yang remeh. Dia asyik meowingg je untuk di keluarkan. Dah satu hal pula, ummi duk dalam bilik tu meriba dia. Ummi keluar die pun cepat2 lari ikut langkah ummi. sedar-sedar dia sampai dulu kat depan tV. bertuah. 

Alhamdulillah, dibekalkan dengan Ubat Tahan Sakit & Antibiotik selama 5 hari.
Doktor beritahu, sehingga 5 hari jika tiada bengkak  atau darah keluar dari mata itu bermakna die semakin sembuh.  Alhamdulillah. Dan rezeki Dimo, kos rawatan Dimo hanya RM130.00 . Jika tidak, Doktor kata RM180.00. Alhamdulillah, doktor bagi diskaun. Rezeki, siapa mahu menolak?

inilah DIMO.
kiri : sebelum pembedahan .
kanan : selepas pembedahan.
sengaja ummi capture gambar kanan seperti itu.
tidak mahu biarkan anda melihat kesan jahitan yang masih baru.
gambar sebelah kiri. pasti ada yang berkata di dalam hati "ishhh teruknya"
sesungguhnya, berat mata anda memandang, berat lagi hati ini ingin menempuhi.
doa demi doa di mohon agar kekuatan diri ini tinggi.
jarang-jarang Ummi siarkan wajah DIMO, bukan tidak sudi. namun bimbang anda tidak sudi melihat DIMo  sebegini.
ramai yang mengerutkan dahi, ramai yang menundingkan jari. tatkala kaki DIMO melangkah keluar. Berbuih mulut ingin menjawab setiap soalan yang di ajukan oleh jiran. mulut manis, namun hati tercalar luka. siapa tahu??


Tidak sabar untuk melihat Dimo berlari riang, menjilat pipi ummi, mencium hidung ummi semula. seperti selalu.



Follow by Email