Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, May 29, 2013

Tanpa Kata - 29.05.2013 L.0.V.E

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
























30 Orang Yang Pertama Dalam Islam

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

tahukah anda siapakah 30 ORANG YANG PERTAMA tersebut ?? 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> bertuahnya kita. di mana tuahnya ? tuahnya kerana kita dilahirkan sebagai Umat Islam yang mengetahui semua tentang keindahan Islam



Monday, May 27, 2013

NH Favorite - Gluta + Collagen

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Lagi beberapa produk yang ingin memperkenalkan kepada anda.
produk kecantikan kulit. Penggunaan dari dalam dan luar.
dengan harga yang berpatutan, kami tawarkan kepada anda.





Kebaikan Gluta + Collagen :
Harga Sepapan Tablet (10 biji) : RM70.00
Harga Sekotak (3 papan) : RM200.00
Harga 2 Kotak : RM380.00

Harga tidak termasuk pengeposan
Pos Laju : RM6.00 - RM10.00 - bagi kotak
Pos Biasa : RM1.00 - RM2.00 - bagi sepapan tablet


Kebaikan Gluta + Collagen :
Harga Sepapan Tablet (12 biji) :
Harga Sekotak ( .. papan) :
Harga tidak termasuk pengeposan
Pos Laju : RM6.00 - RM10.00 - bagi kotak
Pos Biasa : RM1.00 - RM2.00 - bagi sepapan tablet



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
mai rapat, mai dekat . mari jenguk kot-kot melekat.







Ohhh Tidak Mahu ....

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Tidak mahu bertemu Isnin. kenapa?

kerana hari Isnin adalah hari pertama bekerja.
memandangkan saya hanya makan gaji sahaja
gagahkan juga kaki melangkah walau terpaksa
apakandaya, belum rezeki nak jadi boss besar...

ye dak ? ke ada yang sangat bersemangat bertemu MONDAY (-BLUES) ??

cerita kosong. - review cerita minggu lepas aja lah ya.
SIKUTU PADA SIBUDAK BULUS. -- nampak hasil dan kesan-kesan perangi kutu habis-habisan. telah di sembur dengan FrontLine. seminit dua sahaja untuk bertindak. lega. bangun pagi belek2 , dah xde yang hidup. yang tinggal telur. So aktiviti weekend, acara memandikan mereka dengan Syampoo Khas. kena tunggu esok lusa, hasilnya bagaimana. kalau tahun lepas, selepas sembur FrontLIne, mandi. kutu hilang serta merta. hati lega dan dapat ketawa. tetapi kali ini . harap begitu juga.


SI KERETA YANG RETAK CERMIN SERTA CAT BARU. -- sudah survey harganya. waduhhhh. makan ribu-ribu juga. cat sahaja sudah RM2***.00. si cermin sudah RM6**.00 . yang tertanggal. yang terkopak. yang itu serta yang ini sahaja sudah RM1***.00 . tolak tambah, bahagi darab. sudah mencecah hampir-hampir RM4***.00 . waduh waduh. kepala pusing. yang pasti kepala hubby lagi pusing pusingan ya. kepala Pn. Wifey  tidak berapa nak pusing sangat. hehehe

makanya, Pn. Wifey nak "tunjuk muka"  ke rumah anda. Anda buat breakfast tak ?? 




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> aduhai duit. berapa banyak pun berada di poket, banyak itu jugalah harus di laburkan. 



Alhamdulillah, Telah Selamat Kami ...

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT yang telah memanjangkan jodoh kami hingga saat ini. Ulang Tahun yang 6. 


26.05.2007 - 26.05.2013 - 6 tahun bersama, melayari kehidupan suami isteri. sedangkan laut ada pasang surutnya. malah lidah lagikan tergigit. mana mampu menahan gelombang dan gelora perkahwinan. ada yang bertingkah. Sesekali berlawan kata, ada yang tidak disengajakan.  Tatkala ego menabir sabar. Jelingan panas di lemparkan. Tatkala sejuk mendamaikan jiwa, dan senda tawa serta gurauan yang selalu kan menjadi tabir panahan matahari.
Enam tahun bersama, 
terima kasih kerana menjadi sebahagian diri ini.
tidak pernah jemu membelai jiwa.
sentiasa ada tatkala diri memerlukan
sentiasa peka mendengar setiap rungutan
terima kasih kerana tidak pernah minta
apa yang diri ini tidak mampu.
terima kasih kerana sentiasa
mempositifkan diri ini tatkala luka 
oleh panahan kata-kata mereka yang berbisa.
terima kasih kerana melakukan yang terbaik
apa yang ada . cukuplah.
takkan ku minta lebih dari ini.
kerana kita hanya insan biasa.
dan maafkanlah atas segalanya.
mana tahu esok bukan hari untuk kita.














Saturday, May 25, 2013

Rindu Kan Bertamu

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

rindu kan pasti bertamu, jika sudah lama tidak bertemu . benarkah ??

Entri AUTOPUBLISH. Maaf ya, tiada kunjung balas di buat sementara hari bercuti.


Mista BerukBand sudah tamat perkhidmatannya. Walau sudah berbayar masih juga perlu menanti 28.05.2013 untuk refresh. (grrrrrr..) bersabar jugaklah akak ni ye. InsyaAllah, hari Isnin nisah jalan2 ke teratak kalian ya. Jangan kecil hati ya... sebelum itu, Jaga Diri ya. ke mana di mana sahaja. Panjang Umur kita berjumpa lagi... Dengan Izin Allah (^_~)




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> tengahari sikit nak ke kedai kereta.
nak intai-intai harga. mahu cari yang berpatutan. 
walaupun kadang2 tiada pilihan


Friday, May 24, 2013

Jumaat + Public Holiday....

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

hari ini hari JUmaat, Salam Jumaat yang Penuh Barakah buat semua sahabat-sahabat. 

sempena cuti awam ini, ke mana langkah anda ?
kalau di tanya, langkah kami suami isteri ini. sebenarnya kami tidak ke mana-mana.


memandangkan ENche Hubby hari ini mengikuti Kelas Darul Syifa' nya manakala Pn. Wifey, ingin uruskan hal-hal rumah. banyak benar yang ingin diselesaikan  hal anak bulus pun secepat mungkin diselesaikan. tak sanggup nak tengok mereka tergaru2. risau jugak hati ini. sebarang kerja perlu disiapkan. esok kami akan survey-survey kedai kereta. (bukan nak beli kereta) tetapi cadangnya nak cat balik warna Mista Proton kami tu, gayanya sudah lekang dek matahari, reput dek hujan. sementara ada wang berbaki seringgit dua ni, boleh juga di bawa bayar upah mengecat. 

Penawar Syifa' Jiwa Nan Gelora...



Fadhilat Selawat Syifa:
Setiap lepas solat Subuh dan Maghrib dibaca 3 atau 7 kali Selawat ini, kemudian sapu ke muka dan seluruh badan.

1. InsyaAllah, akan sentiasa sihat
2. InsyaAllah, akan terhindar daripada penyakit berat dan merbahaya
3. sukar dipengaruhi oleh anasir buruk dan tidak sihat. 
4. semuanya Dengan Izin Allah


Thursday, May 23, 2013

Review 2nd Episode - Beliau (......)

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

beliau, seseorang yang tidak pernah kami bersua muka. kami berkenalan di alam Blog ini kira-kira pada Oktober 2012 yang lepas. menjadi follower yang ke 63. Orangnya bersederhana. Tutur kata yang biasa-biasa. Mudah di buat gurau. Dan setiap kali meninggalkan jejak, pasti dimulai dengan huluran Salam yang ikhlas dari ini. Blog Nya biasa-biasa aja, tiada gosip-gosip panas. info-info yang menarik. pesanan yang menyentuh hati. Nasihat yang bermanfaat. Dia. walau jauh di mata tetapi terasa rapat dengan diri ini. seringkali memberikan kata-kata semangat. Positif belaka. Gurau senda yang meluruhkan duka. 


Dia juga, sebahagian dari guru untuk Nisah meneruskan berblogging. Dalam diam, caranya buat hatiku menjadi pengintip rahsia beliau. Sedar tidak sedar, dari gaya blognya membuatkan dia menjadi inspirasiku. Entah dari mana datangnya rasa, tanpa dia ku rasakan sepi seketika. Ada sayang yang tersemai dalam Jiwa. tanpa kelibatnya hati ini dalam kerisauan. pelbagai soalan menerjah fikiran.

DIa, akak doakan awak sentiasa ada. Terima kasih menjadi sebahagian sumber inspirasi. Mencari jalan tatkala kaki rapuh melangkah. terima kasih kerana tunjuk ajarku, bagaimana ingin beramah mesra. walau dalam diam, awak buat akak sentiasa belajar dan terus belajar untuk berada pada ketika ini. 


Pasti ramai yang mengenali dia, kerana dia sentiasa ada di setiap kotak komen mu.. dan kerana inspirasi dari dia. kotak komenku sudah mula berisi. hehehe walau dalam diam, akak turut berbangga dengan cara mu. Terima kasih, ajariku.

Click Image. pada sesiapa yang ingin kenali beliau.

dAn dialah "beliau" yang Nisah maksudkan. terima kasih pemilik teratak ♥Cintai Aku Seadanya♥


>>> sHiEmaCma http://shiemacma.blogspot.com/ <<





(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
terima kasih Cma. kerana menjadi guru terbaik untuk akak. 
walau dalam diam, walau tiada siapa yang tahu
Cma sentiasa buat akak positif . Lega. (^_~)



Wednesday, May 22, 2013

Dan TIba-TIba

Dengan Lafaz ..... 

Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


aduhai, satu lagi cerita si bebudak bulus tu. setelah setahun 2 bulan berlalu. ummi dan abi sangat berasa lega. sebab selama itulah kutu tak de dekat bulu-bulu si bulusss tu. dan tiba-tiba malam tadi, ummi gesel2 muka kat perut Goku. bila angkat aje muke, ternampak KUTU tengah berlari2 nak menyorok. mase tu. terus hilang mood nak main dah. letak Goku kat bawah, terlentang kan dia, sambil bg bola utk acan2 dia, ummi belek utk konfem kan . memang konfem tu KUTU. KUTUUUUUUUUUUU.... berani kau datang balik. SIAP KAUU!!! . yang sedeynya, ummi mandikan dorang dgn Syampoo Khas untuk kutu. tapi kenapa ada kutu. bila nampak aje goku berkutu. Ummi terus cari si TOMO, tahun lepas TOMO yang banyak kutu sebab bulunya banyak kaler keputihanya (KUTU sangat suke tempat berwarna putih).
 tengok2 memang ye TOMO tu ada kutu. malam tadi jugak. operasi vacuum umah secara besar-besaran ummi buat. ambikk pukul 2 pagi baru tidur. ngantuknyalah... KUTU, berani kau melepak kat badan anak-anak ummi. Siap kau ummi kerjakan. kau tunggu !!!!!! 

petang ni, ummi nak sembur sekor2 dengan FrontLine,  siap lah kau KUTU. tidak akan sesekali ummi lepaskan kamu. patutlah anak-anak ummi asyik tergaru2 aje. ini kau punye kerja kan...


dan pagi ni, ummi cari ubat-ubatan lain untuk membasmi kutu. dan ummi jumpa yang ni. 

harga dalam lingkungan RM 60-RM 70 sebotol
ada 1,000 biji ..
ada sesiapa tahu kat mana nak cari Brewers Yeast ni, ummi dah tanya kat Vet Clinic, dorang tak jual Vitamin ni, kena cari kat luar. kalau ada info ape2 pasal BY ni, tolong bagitahu ummi ye.... URGENT AND NEED IMMEDIATELY.

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>  entri ini di taip dengan penuh rasa geram terhadap kutu yang mahu membina Istana di atas kulit anak-anak Ummi. Berani betul dia kan. errr datang kerja  pun xde mood. rasa nak balik je pergi selesaikan masalah kutu tu !!!!!!!!! grrrrrrrrrrrr...........



Review - Seorang Sahabat - Kak ShareRy

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Bermula pada Tahun 2001 - 2013

Bertemu dengan beliau, sewaktu kami bersama-sama menceburkan diri di dalam kegiatan Puteri Umno di Ipoh, Perak.


mengimbas kembali detik-detik perkenalan kami. Beliau di antara orang-orang yang cantik saya kira dalam kumpulan itu. Jauh di dalam hati, terasa malu ingin mendekati. namun jauh di sudut hati, hati ini meronta untuk mengenali. Kami jarang bersembang. sesekali dapat bersembang pasti hati ini berbunga riang. (Ye lah, orang cantik sudi bersembang dengan kita yang tidak cantik ini). Mahu tidak kembang. hehehehe..



kami bukanlah rapat, namun selalu berkomunikasi. sesekali berjumpa. satu yang boleh saya puji, kakak ini lagaknya seperti "JualMahal" . Ramai yang datang menggoda, semuanya di biarkan sahaja. Sehingga suatu masa, saya mula sedar , kakak tu bukan lah "sombong" atau "Jual Mahal" . Namun kedisplinan dan ketegasan dalam membentuk pilihan hati dan kehidupan itu "PERLU" . Tidak boleh sambar sesuka hati. Nanti kemudian hari menyesal tidak sudah.  Sampai suatu masa, beliau terbang gah menjadi seorang Pramugari. mulai ketika itu kami mula renggang. Tidak tahu khabar berita. Dia dengan kehidupannya, dan saya melalui hari-hari dengan cara saya. 

Benarlah kata orang, jika sudah jodoh tidak ke mana. Di Laman sosial fB, kami bertemu kembali. ikatan terjalin sekali lagi. Kakak ini, walaupun cantik, tetapi tidak sombong. Beliau tetap seperti yang saya kenali dulu. ramah. Persahabatan kami terus mekar sehingga kini, walaupun kami jarang berkomunikasi. Namun kami tetap ada untuk beberapa ketika. Saya bersyukur, kerana kami masih bertemu di dalam Laman Blog ini. Kakak ini yang telah beri banyak kata-kata positif. Jauh sekali untuk saya dengar tentang kutukan dia terhadap saya. Ingat lagi, ketika saya ingin berusaha untuk menguruskan badan, Kakak ini lah yang sentiasa memberi semangat dan tips-tips yang amat berkesan. ya sangat berkesan. 

Kakak ini , walaupun sudah jauh hidup di negara orang. namun dia sentiasa berada di mata saya.

Inilah dia orangnya.
sentiasa cantik & bergaya. menjadi chenta hati buat suaminya.



Klik ke banner beliau, untuk mengikuti setiap langkah beliau di bumi yang jauh dari Malaysia.




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
Kak ShareRy, nisah Copy paste Banner akak. Minta maaf tau....







Tuesday, May 21, 2013

Redeem Zalora's Voucher

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



Dear My Lovely Friends...


This is not my first time I bought goodies from Zalora, however this time is differed slightly. This is because me does not buy with my own money but for surely I have used a voucher amount RM50.00 that gave freely by Zalora Team. (Of Course!!) 

Previously, I do not know about this free voucher, thanks to Kak Izan Mama Mia which is introduce me with her Entry and by following the steps given now I can enjoy shopping for free.


Here is coming.. My Zalora...







RM46.90 - Free Shipping.

penghantaran sangat cepat. Nisah sent Voucher on 17/05/2013 and 18/05/2013 dah dapat di tangan. sangat happy happy go lucky . hehhe



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> for those yang nak cuba, silalah.berdasarkan permerhatian Nisah, byk juga barang2 yang kurang dari rm50 dapat kite miliki tanpa menggunakan duit tambahan.  tidak semestinya Baju kurung. kasut, blaus, inner, scraft dan banyak lagi







Besday Card - From Cha.

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...




Alhamdulillah, terima kasih CHa @ Hijau Cantik yang sudi hadiahkan akak Kad yang cantik ini buat kali kedua. Tahun lepas akak terima jugak. telah selamat akak frame kan. tetapi tidak bergantung lagi, InsyaAllah. akak nak gantung bila akak dah confem beli rumah kat Langkawi ni. InsyaAllah, kad istimewa ni pun akan akak framekan jugak. sebagai tanda hati. Terima kasih kerana masih ingat harijadi akak, akak terharu dik. Dalam sibuk menguruskan 3 askarmu yang shomel2 tu, sempat jugak Cha meringankan jari jemari buat kad ni ye.. TOUCHED. (^_~). terima kasih lagi sekali.






(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> teruja bila nampak je sampul 19.05.2013 lepas. tengok je sampul terus teringatkan CHa. sangkaan tidak meleset...







Monday, May 20, 2013

Kerana Cermin Ku Retak

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


huh... melepaskan nafas yang panjang (^_~)

cermin ku yang retak, walau masih tidak berbelah. namun harus juga digantikan yang baru. 
Terima kasih pada Kakak Zakie, atas beberapa cadangan beliau. sangat Nisah hargainya. Nisah pun telah usulkan kepada suami nisah tentang cadangan Kakak. Dia hanya mendengar dengan penuh tenang sekali. Namun, seusai solat subuh tadi, Nisah tanyakan lagi tentang cadangan itu, mahukah kita claim insurans atau buat laporan di Majlis Perbandaran . Tetapi katannya :



"tak pelah, kita tanggung aje semua pembayaran cermin tu. Dah rezeki duit kite ke situ"
Nisah menjawab : "kesian abg, byk benar nak dibayarkan. satu persatu datang. peti ais rosak 2x, bil elektrik tetiba melambung, ni cermin kereta pula retak"

jawab encik hubby "tak pe, itu ujian dari Allah SWT. Ujian ni datang hanya untuk 2 sebab sahaja, 1 untuk mengurangkan dosa-dosa dan kedua untuk menaikkan martabat. Tiada yang lebih baik untuk diri kita selain dari ujian Allah, dan kerana itulah kite perlu berkongsi rezeki, Mungkin juga ada silap kita di mana-mana, kerana itulah Allah berikan ujian satu persatu. InsyaAllah semuanya akan dapat di selesaikan."


Nisah >> hanya terdiam sahaja tanpa berkata-kata, Nisah telan semua kata-kata enche hubby, kalau tuan empunya badan dah kata begitu, maka tiada apa2 yang perlu si Pn. Wifey menjawab.

walau apapun, Terima kasih pada semua yang komen. prihatin anda terhadap cerita Nisah tempoh hari, Terima Kasih. (^_~)




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> terasa lega juga Enche Hubby berkata begitu. adakala. bukan semua perkara kita perlu menyalahkan orang lain. Pada Sang pembuat itu. tidak mahu mengaku pun tidak mengapalah. Sudah kesana kesini Nisah tanyakan, tiada siapa ingin mengaku. Tidak mengapalah. takkan sampai mana dunia ini anda berlari. Apapun, ketahuilah. kehidupan ini adalah sebuah pantulan....







Perlu ke Suami Romantik ??

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


perlu ke ?

ada setengah memerlukan.
ada yang rasa okey-okey aje
ada setengah kata xpe . romantik tak penting.

Jujur Nisah katakan, suatu ketika dulu Nisah sangat mengharapkan suami yang romantik itu adalah kerana pengaruh dari Novel-Novel Cinta. Ya, bila Novel di adaptasikan ke dalam angan-angan, itulah yang kita impikan.

Ternyata, Allah lebih Maha Mengetahui, maka tiba satu masa Nisah di nikahkan dengan seorang lelaki. Yang MEmANg TIDAK ROMANTIK. tidak pernah ada Candy Light Dinner, tiada hadiah berupa Coklat dan Bunga Ros, malah Bunga Tahi Ayam pun tidak pernah. Sungguh, tatkala di awal perkahwinan ia sangat mencabar, sangat terasa teraniaya. cemburu pada pasangan lain. Pelbagai rasa dan soalan sentiasa ada.

Tapi itu dulu, ketika usia meniti dewasa. Kini, romantik itu bukan isu utama. Yang diperlukan kini adalah tanggungjawabnya, agamanya. cukuplah hadiah yang kecil2 tanpa bunga-bungaan. cukup kalau ia memahami. tidak payahlah ayat berjiwa berjela-jela.


tak payah yang romantik2 sangat. cukup kalau kita tahu. dia sayangkan kita. cukup kita tahu. hanya kita sahaja isterinya. cukup lah kita tahu. dia sedaya upaya memenuhi permintaan kita walau terpaksa bergadai masa.

dalam erti kata yang lain. bersyukurlah, kerana dia pasangan kita yang menerima kita seadanya. terimalah dia seadanya, kerana dia juga manusia biasa.

dan anda, mahukan yang bagaimana??




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> siapa tak sayang suami oiii hehehhe.







Sunday, May 19, 2013

Sabun Susu Beras

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


Sabun Susu Beras. Anda pernah mencuba Sabun Susu beras ?
Ni salah satu produk Sabun Susu Beras.
Nisah sudah gunakan sabun ini selama 2 bulan.
ada yang suka guna kar muka aje (jimat sikit)
tapi untuk Nisah, Nisah guna baut sabun mandi. kerana kulit muka Nisah sangat mengada-ngada. lebih selesa basuh dengan Garnier aje. Tetapi kawan2 Nisah guna untuk mencuci muka. hasilnya ?
kulit mereka makin comel dan cerah sedikit.
cerah sedikit demi sedikit bukan dalam sekelip mata ye.

kalau ada yang ingin mencuba atau berminat. bg tau Nisah ye.. 


1. Susu Beras + Ekstrak Mutiara
2. Susu Beras + Gluta/Collagen

yang mana kedua-dua tersebut mempunyai kebaikan yang sama.



(1) Susu Beras + Ekstrak Mutiara


(2) Susu Beras + Gluta/Collagen
Nisah guna yang ini


Sabun Susu Beras Collagen dengan Ekstrak Mutiara/Gluta & Collagen
♥ Sabun Susu Beras Collagen ini mempunyai fungsi untuk mencerahkan kulit wajah/ badan dari bekas-bekas hitam 
♥ 100% ORIGINAL dari susu beras mutiara dengan aroma wangi susu yang harum, lembut dan dengan buih yang sangat halus dan dapat menjadikan kulit lebih putih cerah, cantik dan bersih.
Sangat bagus untuk membersihkan daki-daki pada bahagian kulit yang sering terlindung seperti : 
1. Bahagian ketiak 
2. Bahagian siku & lutut 
3. Bahagian tengkuk & celah paha
4. Sebagai Pencuci Muka



Fungsi Sabun Susu Beras Collagen untuk kulit wajah:

♥ Khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka anda lebih cerah dan lembut 
♥ Menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati 
♥ Membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak 
♥ Boleh digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah

Fungsi Sabun Susu Beras Collagen untuk kulit tubuh: 


♥ Menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan selangkangan paha, dll
♥ Memberi kesegaran sepanjang hari 

♥ Menghilangkan bau badan
Cara Penggunaan Susu Beras Collagen :
♥ Gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 minit kemudian bilas. 
♥ Gunakan pada muka & badan se
tiap hari untuk hasil yang memuaskan. 


Bahan Aktif Dalam Susu Beras Collagen : 

Susu Rice Extract, Vitamin B3, Vitamin E, minyak zaitun, Minyak Sawit, Gliserin Alam,Mutiara.

Harga Sekotak (... gram) : RM5.00
>>Harga tidak termasuk pengeposan<<

PENGEPOSAN

Pos Laju : 
pembelian dari sekotak hingga 3 kotak @ RM6.00 (Semenanjung Malaysia) & RM9.00 (Sabah/Sarawak)
pembelian melebihi 3 kotak akan di caj tambahan RM2.00 setiap satu kotak (Semenanjung Malaysia) & RM3.00 per kotak (Sabah/Sarawak)

Pos Biasa :
Pos Biasa : RM1.00 - RM2.00 
(Max. 3 kotak sahaja)


>> Jika berminat, sila tinggalkan komen anda atau di emailkan pertanyaan kepada : nhfavorite@yahoo.com






(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>







Saturday, May 18, 2013

Segmen Dedikasi Buatmu Cikguku

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


Nisah join segmen Dedikasi buat Guru. Jom ramai-ramai kite join.

Klik Banner untuk ke Laman Puan Tanah


Dedikasi buatmu Cikgu.

dunia kami yang dulunya kosong
kau hadir mengisi tiap waktu
tatkala ada warna hampa, gelap
tidak tahu apa-apa, 
tidak layak kemana-mana

tiap titik peluh yng mengalir
terlihat keringat keikhlasan mu 
dari ikhlas mu itu
kini dunia kami penuh warna

Dengan goresan garis-garis, juga kata
Yang dulu hanya jadi mimpi
Kini mulai terlihat . kini realiti
Itu kerana kau yang mengajar kami
Tentang mana warna yang indah
Tentang garis yang harus dilukis
Juga tentang kata yang harus dibaca
Terima kasih guruku dari kami
kami yang kadang-kadang tidak tahu usahamu

Untuk semua pejuang pendidik
Terima kasih atas semuanya 
Apa yang tak mungkin kau telah jadikan ia mungkin
Hanya ucapan terakhir dari mulutku
Di hari Guru Ini
semoga keringatmu terbalas
semoga usaha mu terbayar
Gempitakanlah selalu jiwamu
wahai pejuang pendidik negara....


Syarat-syaratnya:
# Buat satu entry dgn tajuk "Segmen Dedikasi Buatmu Cikguku"
# Tempek banner di atas dan link kan ke entry ni.. 
# Buatlah satu Dedikasi khas utk cikgu2 yg pernah ajar kita... 
# Syarat lain: follow blog ni dan Add G+ (tak wajib tapi digalakkan ^_^)
# Tinggalkan URL entry ke dlam komen  
# Senarai peserta akan diupdate
# Tarikh Tutup: Akan beritahu kemudian.. 



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Selemat Bersegmen everybody







Follow by Email