Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, June 29, 2013

Pantun Jenaka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Happy Sabturday everybody >. entri Autopublish.  dah bertemu hari Sabtu hari, agaknya ramai yang dah bergaji kan. jadi kemana destinasi anda ? bercuti atau beli barangan dapur ? untuk pn. wifey and enche hubby, kami membeli barangan dapur aje.. barangan anak-anak jejebons. 


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>  saje lah kite berpantun. entri santai di hujung minggu ye..


"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Friday, June 28, 2013

Bila Hati Di Guris



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Salam JUmaat ... 


alt

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.



Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.


Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.



Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai’e.

Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada sesiapa yang dicintaiNya dan sesiapa yang tidak dicintaiNya, tetapi Allah SWT tidak memberikan iman kecuali kepada sesiapa yang dicintaiNya."

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Thursday, June 27, 2013

Mata- Mata >> Mata Kasar . Mata Nafsu . Mata Iman .



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
hari ni, nak bermain mata dengan anda . mana satu mata kita ?? mata yang mana kita mahu ??

alt
ini bukan mata Pn. Wifey
Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.



MATA KASAR

Apabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.

MATA NAFSU

Apabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu. Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya. Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastik dan sebagainya.

Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit. Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan. Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.

MATA IMAN

Apabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman.

Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis. Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua. Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi. Semuanya adalah sementara. Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua. Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini?

Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti. Syurga dan neraka adalah pasti. Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini, balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi… nauzubillah… apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang abadi?

Bukanlah bermakna melebihkan akhirat dengan meninggalkan seluruh urusan di dunia dan hanya duduk di tikar sejadah semata-mata. Lalu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai kejayaan di alam yang kekal abadi itu?

Apa yang patut kita buat semasa kehidupan yang sementara di dunia ini?

Jawapannya semua ada di dalam al-Quran, iaitu:

  1. Jika dia seorang anak, dia akan menjadi anak yang terbaik, yang sentiasa membahagiakan hati kedua ibu bapanya. Tidak lupa sentiasa berdoa untuk ibubapa samada ibubapa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
  2. Jika dia seorang ibu/ayah, dia akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan mendidik mereka tentang ilmu, mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah. Melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa tanpa rasa keluh kesah. Memasak, menjaga rumahtangga dengan hati yang ikhlas dan tenang.
  3. Jika dia seorang suami, dia tidak akan berlaku zalim kepada isterinya dan mendidik isterinya dengan baik dan penuh kasih sayang. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan cara yang terbaik.
  4. Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami yang tercinta, taat dan menghormati suami. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan cara yang terbaik.
  5. Jika dia seorang pekerja, dia akan berusaha untuk melakukan yang terbaik di dalam usaha kerjanya tanpa seberang kebencian dan rasa tidak puas hati kepada orang atasan.
  6. Jika dia seorang kawan, dia akan selalu bercakap bersopan dengan kawan-kawannya tanpa cuba menyakiti hati kawan, tidak akan menabur fitnah dan mengumpat kawannya tanpa jemu. Dia akan menegur rakannya jika rakannya menyimpang dari jalan yang benar. Hasratnya adalah supaya dia dan rakannya akan bersama-sama terselamat daripada seksaan neraka di alam yang kekal abadi.
  7. Dan yang paling UTAMA, dia akan menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur, mengharapkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Yang Maha Esa dengan melakukan ibadah yang diperintahkan oleh Allah dengan rasa khusyuk, ikhlas kerana apa yang paling penting dalam hidup insan ini adalah mendapat kasih sayang, rahmat dan redha daripada Allah. 
  8. Sesungguhnya tanpa rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Esa sesungguhnya jadilah kita tergolong dalam hamba-hamba yang rugi. Setiap perlakuannya sentiasa merasa diperhatikan oleh Allah dan dengan itu merasa takut untuk melakukan dosa. Mementingkan Allah daripada segala-galanya. Tidak culas untuk bersolat di awal waktu, bersolat sunat, berqiamulail dan sebagainya.

Namun, memang sifatnya manusia kekadang terlupa dan terdengar pujukan dan rayuan nafsu dan syaitan. Jika sudah tersedar dari kesilapan, maka beristighfarlah kepada yang Maha Esa untuk mengampuni dosa-dosa kita. InsyaAllah, jika kita memohon ampun dengan hati yang tulus ikhlas, Allah yang pengasih dan penyayang akan mengampuni dosa-dosa kita.

Rasullah s.a.w. yang maksum pun beristighfar paling kurang 100 kali sehari; jadi kita sepatutnya lebih kerap lagi beristighfar. Jika kita lalai dari beristighafar dan memohon ampun daripada Yang Maha Esa, hati kita yang berbuat dosa akan dipenuhi dengan titik-titik hitam. Jika titik hitam sudah memenuhi hati kita, hati kita menjadi buta.

Hati yang buta teramat bahaya kerana sinar kebaikan dan sinar hidayah akan susah menembusi hati tersebut. Akibatnya, jika orang mengajak kita membuat kebaikan, memberi nasihat, hati kita akan mencemuh dan membenci perkara kebaikan lagi.

  • Dunia ini sementara adalah pasti.
  • Hidup kita di dunia sudah pasti akan mati.
  • Akhirat itu pasti.
  • Syurga dan neraka itu pasti.
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
lalu, adakah kita mengambil langkah yang sepatutnya untuk perkara yang pasti itu ??? >> Renung-renungkanlah

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Wednesday, June 26, 2013

Solat Istiqa' (Mohon Hujan)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
sekadar perkongsian dan usaha agar jerebu akan pergi jauh-jauh. ramai yang bercakap tentang jerebu, sana sini. banyak juga aktiviti perlu dikurangkan untuk mengelakkan dari mendapat sebarang bentuk penyakit yang datangnya dari Jerebu. Haze, please go away.. far far away ..

Beberapa maklumat yang Nisah baca, Pihak kerajaan telah menghantar beberapa individu tertentu untuk memasukkan benih ke dalam awan agar ia dapat turunkan hujan . (sila betulkan jika nisah salah). Terima kasih kerajaan, kerana telah berusaha untuk menyelamatkan bumi Malaysia ini. Tetapi , alangkah bagusnya jika Kerajaan juga meminta seluruh Masjid yang terdapat di Malaysia ini melakukan Solat Istisqa secara berjemaah, semua orang turun padang. (Sila betulkan jika pendapat Nisah ini salah). Mungkin, pendapat ini tidak boleh diguna pakai. Oleh itu, apa kata kite lakukan ajelah Solat ini di rumah. Bersama Suami/Isteri/Anak-Anak tercinta. Sekurang-kurangnya kite juga mampu membantu Malaysia. Islam telah menggalakkan gara umatnya sentiasa bersabar , bersangka baik . Tidak lupa agar memohon kepada Allah, kerana dari Dia juga kita datang, maka kita kembali juga kepada Dia. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.

Jom kite tunaikan Solat Istisqa'

Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah SWT sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah SAW bersabda:

...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ

وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ...


…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah.

Oleh itu Rasulullah SAW telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakkan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalil pun yang mewajibkannya.

  1. Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.
  2. Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.
  3. Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.
  4. Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya iaitu dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.
  5. Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’. >> Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat.
  6. Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat).
  7. Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’. >> Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau halaman masjid yang luas.
  8. Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’:
Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ“
Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali

5) Membaca surah al-Fatihah

6) Membaca Surah al-Qur’an

7) Rukuk

8) Iktidal

9) Sujud

10) Duduk antara dua sujud

11) Sujud kali kedua

12) Bangun untuk rakaat kedua



Rakaat Kedua

1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ 
“Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali

2) Membaca surah al-Fatihah

3) Membaca Surah al-Qur’an

4) Rukuk

5) Iktidal

6) Sujud

7) Duduk antara dua sujud

8) Sujud kali kedua

9) Duduk untuk tahiyyat akhir

10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> perkongsian dari : SUMBER

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Tuesday, June 25, 2013

~ Syukran Ya Jazilan Ya Allah..Alhamdulillah ~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

   اَلْحَمْدُلِلّه .... شُكْرًا جَزِيْلً
hari ini adalah hari yang sangat segar bugar . hehehehe

He has come back safely...

who is he?

he is. my twinkle twinkle little star ... TOMO


mood pun dah kembali .. semua kerja sudah kembali lancar ....

Subuh tadi, bangun tido terdengar suara Mimau kat luar (sepanjang malam die tak balik, cari gofren) seperti biasa, Mimau kalau dengar pintu atas di buka pasti die terus meowingg (nak bgtau die dah balik la tu) bergegas ummi turun bukak pintu . seperti biasa jgk. adik beradik yg lain pun duk menyibuk kat pintu (nak sambut balik la kot). duk sibuk2 suh Mimau masuk, terdengar pulak lagi satu suara sayup2 dr rumah org sebelah. Ummi diam. nak pastikan itu suara milik siapa. jauh di sudut fikiran memang ummi cam milik suara itu. Terus mulut ummi sebut nama TOMO. Tomo!! Tomo.. !! beberapa saat selepas tu, ternampak muncung tomo di sebalik Bidai kayu jiran sebelah.. Ya Allah, masa tu terus panggil die berulang kali,. Dia menyahut, sambil2 cari lubang nak balik.. ke kanan ke kiri die berjalan nak cari jalan. bila dapat jalan, die terus lompat dan melalui pagar.. dapatlah die masuk kawasan rumah seterusnya masuk dalam rumah ... meowingg memang tak berenti. Ummi dukung & peluk & cium die.. Opsss terlupe sesuatu. Ummi letak die kat bawah, terus ummi buat Sujud Syukur. Alhamdulillah. Allah telah makbulkan satu dari doa ummi. tiga berturut1 ummi Solat Hajat, tiga hari jugalah ummi Bacakan Yaasin. Alhamdulillah ... ternyata die lapar.. sesudah ummi buat sujud syukur, ummi tgk die tgh makan dgn semangatnya. (agaknya die lapar sangat kot) .. berulang2 kali die masuk ke bilik utk makan. makan berenti. makan lagi. dan berenti. Masa ummi nak  keluar pegi opis tu, die & mimau tgh tido. (sian mimau, terlupe die sekejap.)





>> ummi baca Yaasin menggunakan Yaasin yang diberikan oleh Kak M (si matatajam). aritu pergi kenduri adiknya, dapat extra goodies. >> Surah Yaasin . Alhamdulillah. Berkongsi kebaikan.. 


Jutaan terima kasih pada anda-anda yang banyak memberi semnagat.
Thanks Deqla, Cma, Kakak Zakie . Fairus & Masya .. Thanks a lots.. 


Monday, June 24, 2013

ha ha ha . ini memang kelakar !!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.


Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.


Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.


Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu di humbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.


Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.


Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.


Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.


Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.


Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak? tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...


Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu. ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.


Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...


Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.


Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni "






(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> sebenarnya, ummi tengah cari tentang kucing & balik rumah.
tapi terjumpa cerita ini pulak dalam PakCik Google. 
ketawa sekejap . 
teringat kat TOMO, agaknya, Tomo pun tau jalan balik nanti .
hati. Jangan resah ya,, Dengan Izin Allah .. 



TOMO. Rindu kamu..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


TOMO .. ummi rindu kamu, riindu sangat-sangat.

hanya Allah sahaja yang tahu rindu yang ummi lalui..
pulanglah, maafkanlah ummi jika ada terkurang atau ada yang buat kamu tidak selesa.
ummi mohon maaf, bukan ummi sengaja. ummi insan biasa yang terlalu banyak kekhilafan ..
ummi cuma mahu Tomo kembali . kembali ke sisi ummi dan abi.. cukup.

Rindunya ....




YAA ALLAHU YAA SHAAHID
( Ya Allah Yang Maha Melihat) 


للَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَيْنَ ضَالَّتِيْ وَ أَيْنَ ضَلَّتْ اَللَّهُمَّ يَا رَادَّ الضَّالَّةِ وَيَا هَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ وَيَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِيْ إِنَّكَعَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui dimana berada barangku yang hilang dan dimana ia hilang. Ya Allah, wahai Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang menghimpunkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, himpunkanlah (kumpulkanlah) padaku barangku yang hilang, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
maaf ye, pada sesiapa yang datang jenguk Nisah.
Nisah masih tidak dapat berkunjung balas. InsyaAllah, akan susuli kemudian.


Saturday, June 22, 2013

once upon a time..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
heheh tajuk je omputih ye, cerita nya bahasa melayu je.
tak mampu nak speakang lelebih (pinjam ayat ShiemaCma) hehhe

dulu lain, sekarang dah lain..
dulu comel, sekarang lagi  comel...










sesekali terasa rindu ketika mereka bayi2 dahulu..

kini, hanya gambar2 menjadi sebahagian tempat melepas rindu...
semoga mereka membesar dengan sihat...

Happy Weekend....


Saturday, June 15, 2013

Jauhi Syaitan. !!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



tajuk itu adalah AMARAN !! amaran untuk image di bawah ini. 


9 jenis SYAITAN PENGHASUT manusia


Dikopi pes gambarnya dari : SUMBER 






Friday, June 14, 2013

Nasi Dagang Pak Malau ...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu


ini dia nasi dagang kami. berlaukkan serba satu . daging masak hitam . Kari ikan & kari ayam .
Choco Cake Moist. Pilihan enche hubby.


Meja untuk hidangan. unik kan . dibawahnya adalah sampan. di hiasi dengan barang2 antik..
berlatarkan padi sawah yang terbentang..
 
tatkala cuaca pun menghampiri hujan, angin yang berlalu membuatkan nikmat nasi dagang amat dirasai.
seolah-olah berada berada di kampung . tanpa ada hiruk pingkuk kenderaan...

yang ada cuma keletah ayam yang mundar mandir.
enche hubby yang snap gambar ayam katik ni (motif?) tak tahu.
tak pernah tengok kot...


Ambil segulung rotan saga
Sudah diambil mari diurut
Duduk termenung harimau tua
Melihat kambing mencabut janggut

Sudah diambil mari diurut
Diurut dibawah pokok sena
Melihat kambing mencabut janggut
Gajah pula mengorek telinga

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
Pn. Wifey, bukanlah penggemar Nasi Dagang.
ini kali kedua merasa Nasi Dagang. dulu pernah rasa. tak lekat di tekak.
kali ni rase pun sama, tak lekat di tengkak. tetapi untuk sesekali makan, rasenye boleh ulang lagi ni .... (^_~)


Thursday, June 13, 2013

Butter Prawn By Pn. WIfey

Dengan Lafaz ..... 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



Udang Mentega dari Pn. Wifey - ahaksssss.. first time ahkak buat Udang Mentega ni. biasa makan kat kedai aje. setelah 30tahun hidup. ni baru nak menerai (try) - nampak mcm tak berapa nak jadi kan. hehe tangan keras, tidak berirama langsung. Inilah hasilnya. walaupun rupanya Nan Hado, tapi clear jugak kami langsaikan. bukan kate udang. segala daun kari pun kami makan. (orang lapor kan , gupe itu le)





dek kerana keterujaan membuat Butter Prawn yang tak berapa nak ada ni, Pn. Wifey nak share resepi. For those yang nak try, meh le sekali. (baru ku tahu buat butter prawn remeh jemah temeh jugak lah kan) tak boleh main campak2 aja.... huhuhu. 


Bahan2:

10 ekor udang saiz sederhana
2 sudu butter
3 biji kuning telur 
sedikit daun kari
(ada orang letak cili padi)
serbuk kunyit & garam 
>> tepung gandum<< (pn Wifey punye suke.)
mentega/minyak utk menggoreng


Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang.
(cara Pn. Wifey, campurkan sedikit tepung gandum. buat ala2 udang tepung)
panaskan mentega. Goreng sehingga masak /separuh masak
angkat . goreng 
 daun kari @ cili padi.. dah layu, masukkan udang. gorang setakat nak gaul2 je
dah gaul . angkat . ketepikan. 
Dengan menggunakan minyak/mentega (minyak kena banyak ye/tak cukup sila tambah lagi)
Panaskan minyak / butter. (make sure minyak panas ye)
Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning jug minum yg kecil (kalau nak senang beli lah bekas roti jala. masukkan dalam bekas tu ye)

 Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang chopstick/garfu.. tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

(tapi akak punye tak menjadi ler pusaran tu) 

bila dah berpusing-pusing, biar die sejuk / garing.
pecah-pecahkan dgn tangan mu yang halus dan lembut itu serta taburkan ke atas udang tadi.

hidangkan dengan senyuman yang paling menawan..
sambil-sambil bawa udang ke hadapan en. hubby. jangan lupa
bacakan sekali Surah Insyirah. - (niatkan supaya, keluarga kita bahagia dan mudah mencari keredhaan).
Niat ni, boleh buat byk2. Niat lah apa-apa sahaja. Niat yang baik akan berhasilnya sesuatu yang baik. InsyaAllah.... 


selamat mencuba. hehehhehe
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
bila dah habis, rasa macam tak cukup pulak udang tu.
kena tambah kuantiti udang lah lepas ni. habis bukan sebab sedap. tapi lapar miahahahha



mFAce - Nisah telah mendaftar.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

 
.mface adalah Rangkaian Nework yang baru, Fungsinya sama seperti FaceBook and Twitter jugak. sejauh mana kemampuan mFace ini dan kecanggihan ia, tidak dapat Nisah ceritakan, Nisah pun baru sahaja meneroka laman sosial ini. Bagi yang baru tahu tentang ini, Pengasas laman sosial ini adalah AC Mizal (Dato' AC Mizal) bekas anggota 4U2C .


pada sesiapa yang ingin berdaftar, klik di Link yang nisah sediakan, siapa yang sudah. tinggalkan ID anda, nanti Nisah cari and ADD and atau anda juga bole ADD Nisah as ID NIsah Idham (hehehe nama yang sangat sinonim dengan diri ini) 



Jom kite sama-sama meriahkan mFACE .




Follow by Email