Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, July 31, 2013

Tak Selamanya Tak Berharga...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Bila kesakitan datang, 
Hati menjadi lunak, 
Butir air mata yang mengalir,
Turunnya bak mutiara yang jatuh ke bumi, 
Sucinya datang dari hati 
Yang mengharapkan Ilahi setulus hati. 


Bila sakit mendera, 
Tasbih terucap setulus kata, 
Jiwa mengharap hanya pada-Nya, 
Terasa diri tiada punya apa, 
Segala-galanya disandar kepada Dia. 


Bila dada menjadi sempit, 
Terasa nafas menjadi perit, 
Ia menjadi satu ingatan,
Singkatnya akan kehidupan, 
Bukan dunia selamanya menjadi teman, 
Hanya menunaikan sisa yang ada, 
Sebelum esok yang tidak pasti tiba masanya. 


Kesakitan, 
Muhasabah diri, 
Melunakkan hati sebagai hamba, 
Mentuluskan hati dengan doa dan air mata, 
Bahawa aku hanya insan biasa, 
Tiada kudrat walau terhadap diri sendiri, 
Hanya bergantung sepenuh pada-Nya, 
Pencipta yang selalu ku lalaikan Dia. 


Wahai Tuhanku, 
Ampuni hamba, 
Andai kesakitan penawar jiwa, 
Andai ia penghapus dosa, 
Dan aku rela menanggungnya, 
Demi untuk mendekati-Mu semula. 


Setulus doa aku panjatkan
Agar diri masih beroleh keredhaan, 
Tuhan,
Jangan pandang aku dengan kemurkaan, 
Sungguh cinta dan keampunan-Mu aku dambakan. 


Berkata Dr. 'Aidh Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan:
"Rasa sakit tak selamanya tak berharga, sehingga harus selalu dibenci. Sebab, mungkin saja rasa rasa sakit itu akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang."


"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Tuesday, July 30, 2013

Tegar - aku yang dulu bukannya yang sekarang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...




pernah tengok Video ni ? katanya, Video pernah "meletop" kat fesbuk. (kata enche hubby)


tetapi sekarang, buadaj ni dah femes sejak Video ni di upload ke youtube.

ini hasilnya... Alhamdulillah, rezeki budak. Nisah bawak video ni ke dalam entri hari ini sebab Nisah kagum dengan semangat dia. Dari bukan yang sesiapa. tetapi kini dia menjadi seseorang. 
1st time Nisah dengar lagu dia (lagu yang terkini) berputar di radio Langkawi.fm hari ahad lepas. Enche hubby yang perkenalkan video ni kat Nisah.
Suka dengar suara yang sedap. kemahiran bermain gitar.
semoga kurniaan Allah ini tidak dia sia2 kan.
Dia , bijak membawa kisah hidup dia menjadi lagu. 

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untukku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua


"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Monday, July 29, 2013

Makna Penghijrahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.

Sesungguhnya apa yang telah kita miliki itu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi, kerana pasti, apa yang telah dimiliki oleh kita sekarang ini merupakan suatu ujian, iaitu ia akan mencerminkan diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi ujian itu, walau apapun bidang yang diceburi di dalam dunia ini. Peluang itu berada di mana-mana sahaja, sama ada peluang untuk melakukan kebaikan atau peluang untuk melakukan keburukan, dan pelbagai lagi peluang yang sentiasa terbuka untuk diceburi di dunia ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat terakhir;

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”

Jika apa yang kita ada sekarang ini telah kita yakini bahawa ia merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t., maka mengapa melakukan penghijrahan? Adakah ingin lari daripada ujian Allah s.w.t.? Jika dahulu penghijrahan Rasulullah s.a.w.dan para sahabat baginda ke Madinah merupakan perintah daripada Allah s.w.t., maka adakah manusia pada zaman sekarang ini tidak boleh berhijrah kerana tiada perintah terus daripada Allah s.w.t. seperti hal penghijrahan Baginda s.a.w?

Dalam kehidupan kita, ada hijrah yang dilakukan secara semula jadi atas usaha yang telah kita usahakan. Manakala ada penghijrahan yang dilakukan tanpa keadaan yang semula jadi, dan hijrah ini merupakan hijrah yang memeritkan diawalnya. Ia perit jika tindakan kita itu dinilai kesannya dengan penilaian yang berkaitan tentang perkara keduniaan, bukan penilaiaan yang bersandarkan keakhiratan.

Sebagai orang awam serta sahabat kepada kawan-kawan yang berada dibumi ini, Nisah amat gembira dengan setiap satu perubahan pada diri sendiri serta kawan-kawan yang lain. Walaupun penghijrahan yang kecil, Nisah percaya jika ia diteruskan ia bakal menjadi penghijrahan yang besar. Namun, itu tidaklah bermakna untuk kita kekal memperlekehkan usaha untuk penghijrahan yang besar. Samalah seperti seorang wanita yang tidak bertudung, namun kini berhijrah untuk bertudung. Namun sayang, dari pandangan Islam ia adalah tindakan yang baik, tetapi janganlah sampai penghijrahan untuk bertudung sehingga kita sanggup melihat kepala/badan kita seperti "pokok krismas" yang penuh dengan warna & aksesori. Di dalam Islam konsep kesedehanaan itu sangat di titikberatkan.


Kawan-kawan, apabila kita telah bersetuju untuk berhijrah. Lakukanlah ia dengan sejujurnya. Berubahlah dengan mengikut syariat islam bukan mengikut pengedaran masa. Maaf, mungkin entri ini lebih tertumpu kepada kaum wanita. Bukan kerana benci, namun Nisah sayang. Pastinya kita tahu, ahli neraka itu lebih banyak golongannya dari kaum wanita. Oleh itu, Nisah juga tidak mahu mengheret diri sendiri & kawan-kawan termasuk dalam golongan ahli neraka yang ramai itu.

Wahai Wanita, kita di ciptakan dengan segalanya dengan penuh keindahan. Oleh yang demikian, Allah menyuruh kita menutup semua keindahan itu kerana keindahan itu adalah terlalu istimewa. 

>> Jika Nisah menunjukkan 2 biji gula-gula di tapak tangan, sebiji dengan pembalutnya, sebiji lagi tanpa pembalut. Lalu Nisah balingkan ke tanah. Dan mengutipnya kembali untuk minta anda mengambil satu dari gula2 tersebut. Gula-gula yang manakah pilihan anda? Yang berbalut atau tanpa balutan. Ikhlasnya, pasti kita akan memilih gula2 yang mempunyai pembalut << >> begitulah ibaratnya hal2 tentang wanita. bukankah wanita yang tertutup keindahan itu lebih di perlukan? 

Wahai wanita, adakala Nisah terdiam kaku, tidak tahu bagaimana inginkan memulakan bicara.  Adakala terfikir, apakah jalan terbaik untuk kita berkongsi ilmu. Jagalah. jangan lakukan apa yang Allah murka. 

Wahai wanita, ingat. kamu ada kening yang cantik. Jangan cukur. kamu ada kaki yang mulus. tutupilah dengan sarung kaki. kamu ada lengan yang menarik. tutuplah ia agar tidak terdedah. kamu ada kuku yang menawan. jangan warnakan. Jangan sia-siakan penghijrahan kamu dengan perkara-perkara di atas dengan menganggap ia kecil. Kecil di mata kita, bukan pandangan Allah SWT. Jaga-jaga.



"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Friday, July 26, 2013

Hukum Karma

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


rata-rata antara kita sangat mengemari menggunakan perkataan "HUkum Karma" yang mana maksud "perbuatan yang akan kembali kepada diri sendiri" . Malah pepatah English juga mengatakan bahawa "What goes around, comes around" . sebagai manusia biasa Nisah sendiri pernah menggunakan perkataan "hukum karma" dalam setiap laku yang menyakitkan/menyenangkan. Namun setelah membuat beberapa pembacaan, barulah Nisah tahu bahawa Hukum Karma ini sebenarnya bukan hukum Allah, yang perlu di jadikan kegunaan harian kita sebagai umat Islam. "hati-hati ketika menggunakan sebarang ayat jika masih tidak jelas tentang istilah yang sebenarnya"


Dalam catatan ini bukan niat untuk menghakimi TAPI Nisah ingin mengulas dan menerangkan apa itu Karma menurut Islam.

Allah Ta’ala berfirman: 

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا 

“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawaban.” (QS. Al-Isra’: 36) 

Apakah hukum karma?Adakah dalil yang menerima atau menolaknya?

Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima. 

Dari segi bahasanya..... Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam. 

Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.


Tetapi harus diingat !!!... Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Hukum karma/karmaphala adalah rukun iman di dalam agama Hindu. 




Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula iaitu lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.
Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.


Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.


Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.


Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma. 


Ok... maksud Kifarah ialah:

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.


Perlu kita faham....bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat...akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam...contohnya seperti maksud di atas dan...seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa...Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.

Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.

Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.

Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.

Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)

Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Al Imran, 3: 85)

Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ 
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. (HR. Abu Daud) 


Sumber Pembacaan

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Thursday, July 25, 2013

Biar Tidak Gugur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

>> monolog semata-mata<<

Berjalan mencari bunga yang harum..
tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri.

Tak sedar juga patah dahan yang dipijak..
mungkin kerana rapuhnya dahan itu.

Bila mahu akhirnya langkah ini..
yang aku harap sinar nan bahagia.
Siapa kata aku tak sedar..
akan racun dan duri di kanan kiri ku..

aku sedar..
tapi aku punya ubatnya..
aku punya pembalutnya..
aku punya bebatnya buat bekal.

Tersadung aku,
masih mampu bangun..
ketawa senyum..
tapi dalam kalbu mengharap..
cahaya nian yang biar panas tapi menerangi..
sedar jua ancaman hangus tapi tak aku peduli..


mungkin kerana,
manis dan merdu..
aksara kasih yang telah tertanam ini..
masih mekar menanti ranum buah
biar tak gugur..



"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Asmaul Husna : 4 - 10

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...




4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.



"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Wednesday, July 24, 2013

Dimo ..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

alahai kisah DIMO, Dimo ni sangat manja. imunisasi badannya agak kurang/lemah berbanding adik beradik yang lelain. tidak boleh silap makan. tidak boleh silap lepak. tidak boleh silap main. semua menda kena berjaga-jaga. *perwatakannya juga sangat manja* . sedang ummi menaip entri ni pon , terbayang-bayang wajah/gaya Dimo ketika kami berada di rumah (^_~) - sweetnya ..


baru-baru ni Dimo asyik menggaru aje kat bawah tengkuk & bahu dia. tak tahu lah apa puncanya. ingatkan luka sebab die bermain dengan abang2nya. huhu abang2nya pon boleh tahan lasaknya. Walhal, dorang pon bkn nya ajak Dimo main, hehe Dimo sendiri serah diri pegi main. kesudahannya, bermacam2 bunyi lah keluar. si DIMO pulak, bukan main susah nak keluar suara. *dia cuma bersuara bila dia dalam keadaan tidak sihat/tidak selesa* tak tahulah kenapa. dia diam je. kalau panggil pon dia tak sahut. tapi terus datang kat Ummi. Lagi satu tabiat si DIMO, die suke makan pasir litter box. kalau ummi nampak, jenuh korek balik pasir2 tu dr mulut  dia. silap hari bulan . NGAP!! dia geget jari ummi . sepantas kilat ummi ckp "adoi dimo!! sakit" .  Hal yang lain pulak. suka sangat mengeram dalam Litter box & bilik mandi. kalau senyap sunyi je kat bed die. confirm kat tempat2 mcm tu lah die lepak. geram jugak. sebab Bilik mandi kan tak elok untuk lepak. apatah lagi kat LITTER BOX tu?? itu lah DIMO, diamnya pon sungguh berisi. "berisilah sangat" .

>> sambung cerita menggaru tadi. dah bertempek kesan garu DIMO tu. dah sapu ubat gamat. die perginya JILAT. dah cuci dengan air gamat. dengan selambanya dia JILAT air gamat. habis. bila nak baiknya. (kalau boleh ummi nak elak untuk berjumpa dengan vet supaya bahan chemical/medical bebyk masuk dlm badan DIMO, maklumlah dr umur 2 bulan, byk sgt ubat yang Dimo dah mkn) - itu lah ikhtiarkan minyak gamat. namun tak berhasil jugak. Sudahnya, Ummi bagitau Abi, nak bawak DIMO jumpe Vet. Bawaklah Dimo pegi jumpe Vet, Vet kata kesan garu tu ade bacteria/fungal (mana pulak datang ni) . tu pasal asyik garu ke. 

suke tak suke. kena bagi makan jugaklah ANTIBIOTIC kat Dimo, tetapi kali ni mudah sikit. Antibiotik berbentuk KAPSUL. ummi kena bukak kapsul ni. bahagikan kepada 4 bahagian . setiap satu bahagian sekali makan. tapi yang senang, setiap bahagian di campurkan dengan wet food Dimo. Alhamdulillah, senang sikit kerja ummi, sebelum2 ni Vet bagi tablet, kena suap masuk dalam mulut. (memang payah yang mcm tu) jenuh nak masukkan dalam mulut dia. (bertawaf serumah-dia lari). 


Vet jugak bekalkan syampoo Malaseb. ummi search kat google. malaseb ni untuk fungal. ada yang memandikan kekucing dengan syampoo ni, tp Vet sarankan semalam, ummi sapukan syampoo ni kat luka. Biarkan 10 minit. dan bilas.. (huhu 10 minit rasenye macam satu jam) - mana taknya, die asyik nak menjilat je kejenya.. (sabar ummi sabar) (^_~)




"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Asmaul Husna - 1 - 3

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

entry ini untuk review & rujukan pada masa akan datang.
mahu juga berkongsi dengan sahabat2 semua. Pasti ada yang telah mengamalkannya. ada juga yang masih tercari-cari. Semoga Asmaul Husna 1 -3 ini memberi manfaat untuk kehidupan seharian kita .




1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, 
lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.



InsyaAllah, akan bersambung dengan Asmaul Husna yang berikutnya ....



"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Tuesday, July 23, 2013

Janji Khalifah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...






Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku
Untuk Allah Tuhan sekalian alam


Siapa kata Lagu Ketuhanan tak boleh berentak macam ni ???
sape kate ???




"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Monday, July 22, 2013

Bila KIta Harus Ikhlas ??

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



Banyak diantara kita menyangka bahawa yang dinamakan keikhlasan itu, hanyalah ada dalam perkara-perkara ibadah semata – semata seperti solat, puasa, zakat, membaca al – Quran , haji dan amal-amal ibadah lain. Namun ketahuilah bahawa keikhlasan juga harus ada dalam amalan – amalan yang lain.



Apabila kita senyum, kita harus ikhlas. Ketika kita mengunjungi saudara kita, kita harus ikhlas. Ketika kita meminjamkan sahabat kita barang yang dia perlukan, itu juga harus ikhlas. Adakah kita lakukan itu semua kecuali semata-mata kerana Allah? kita tersenyum kepada dia bukan kerana agar dia berbuat baik kepada kita. Kita juga tidak membantu orang lain kerana takut dikatakan sebagai orang yang kedekut. Tidak wahai saudaraku, jadikanlah semua amal tersebut kerana Allah.



Rasulullah bersabda: 
“Ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kota lain, maka Allah mengutus malaikat didalam perjalanannya, ketika malaikat itu bertemu dengannya, malaikat itu bertanya, “Hendak ke mana engkau?”  maka dia pun berkata “Aku ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kota ini.
Maka malaikat itu kembali bertanya “Apakah engkau memiliki suatu kepentingan yang menguntungkanmu dengannya ?” orang itu pun menjawab: “Tidak, aku mengunjunginya sebab aku mencintainya kerana Allah,
Malaikat itu pun berkata “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk mengkhabarkan kepadamu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana-Nya.” (HR. Muslim)



Tidaklah orang ini mengunjungi saudaranya kecuali hanya kerana Allah, maka sebagai balasannya, Allah juga mencintai orang tersebut. Tidakkah kita ingin dicintai oleh Allah wahai saudaraku?


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, “Tidaklah engkau menafkahi keluargamu yang dengan perbuatan tersebut engkau mengharapkan wajah Allah, maka perbuatanmu itu akan diberi pahala oleh Allah, bahkan sampai sesuap makanan yang engkau letakkan di mulut isterimu.” (HR Bukhari Muslim)


Renungkanlah sabda baginda ini, “hanya” dengan sesuap makanan yang seorang suami yang diletakkan di mulut isterinya, apabila dilakukan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan memberinya pahala. Sesungguhnya merupakan suatu keberuntungan yang amat sangat besar seandainya kita dapat menghadirkan keikhlasan dalam seluruh gerak-gerik kita.



Wahai saudara – saudariku yang dicintai oleh Allah, sesungguhnya yang diwajibkan dalam amal perbuatan kita bukanlah banyaknya amal, tetapi keikhlasan. Amal yang dinilai kecil di mata manusia, apabila kita melakukannya ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menerima dan melipat gandakan pahala dari amal perbuatan tersebut.


Abdullah bin Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar kerana niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

Rasulullah bersabda: “Seorang lelaki melihat dahan pohon di tengah jalan, dia berkata: Demi Allah aku akan singkirkan dahan pohon ini agar tidak mengganggu kaum muslimin, Maka dia pun masuk syurga kerananya.” (HR. Muslim).


Ada waktu, kita rasa kita sudah cukup ikhlas. Berhati-hatilah. Sebab mungkin kita mampu merasakan demikian kerana kita belum diuji. Ikhlas dalam beramal ini ibarat air susu yang keluar antara saluran najis dan darah. Ia tetap putih bersih tidak tercemar, bahkan rasa darah atau bau najis pun tidak keluar bersama dengannya.




Maka kita perhatikan diri kita. Pada saat-saat pergeseran antara keinginan untuk ikhlas, dan keperluan yang mendesak datang. Maka di situlah kita ukur kualiti diri kita yang sebenar. Di situlah titik ujian dan muhasabah.


Apakah kita mampu untuk ikhlas?

Apabila kita faham makna ikhlas, dan keperluannya dalam kehidupan kita sebagai hamba, maka kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin, dan berusaha mewujudkannya dengan kesungguhan yang tidak terkira.


"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Sunday, July 21, 2013

Banyakkan Memberi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


Dalam bulan puasa ini, kita perlu BANYAK memberi. Kalau tidak mampu memberikan wang, maka kita masih boleh :

Memberi senyuman.. 
Memberi salam..
Memberi pujian..
Memberi hormat..
Memberi laluan..
Memberi ucapan yang baik..
Memberi ilmu..

Semua itu TIDAK PERLU keluar duit tapi BESAR ganjarannya..



>> untuk kawan-kawan : Nisah ingin mohon maaf jika mungkin ada komen2 Nisah di entri korang buat anda semua tidak selesa. adakala Nisah meninggalkan komen yang pendek2 ada juga komen2 yang panjang2. dan yang pasti. antara komen2 yang Nisah tinggalkan mesti ada yang ada rasa tidak selesa atau tidak kena dengan tutur bahasa . penyusunan ayat. yang mungkin secara tidak langsung menguriskan perasaan & hati anda. Nisah mohon maaf untuk itu. Nisah seorang yang berpendapat terbuka. Nisah memberi pendapat jika itu yang Nisah fikirkan baik  (untuk Nisah). Kita berbeza, mana mungkin sama semuanya. Oleh itu, pasti ada yang tidak dapat menerima pendapat Nisah yang kadang2 sedikit "pedas" . Maaflah, Nisah tidak berniat untuk mengecilkan hati siapa2. Pendapat nisah berikan, bukanlah berunsur perli atau sindir. itu adalah ikhlas. Jika anda tidak berpuas hati. Gunakan kecangihkan rangkaian  telefon @ sosial yang ada untuk berhubung sekali gus mengubal pendapat nisah. berdebat bukanlah bermakna kite perlu bergaduh. kan ?? . Nisah tidak mampu untuk meletakkan "kita adalah sama" . Namun secara jujurnya, Nisah seorang yang sentiasa menerima sebarang kritikan. kerana bagi Nisah dengan adanya sedikit kritikan semangat. tidak dinafikan, hidup memerlukan sokongan. Benar . sokongan dan kritikan, kedua-duanya penting untuk Nisah. Dan kerana itulah adakala Nisah juga tinggalkan sedikit kritikan pada komen anda, bukan untuk "menyindir namun itulah bicara keikhlasan dari nisah. Maafkan sekali lagi, jika komen2 itu telah mengguriskan perasaan anda. Maafkan saya . maafkan kekhilafan tutur kata saya.

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Friday, July 19, 2013

11 Ramadhan - Sabtu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

happy2 time 









"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah 
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’
10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”





Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah… Jom share dengan sahabat anda


"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Follow by Email