Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, September 30, 2013

Nuffnang Poll 1.0 & 2.0

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Merujuk kepada tajuk di atas.
Bersama-sama ini saya memohon agar Pihak Tuan/Puan/Encik/Cik untuk bersama memeriahkan lagi survey (survey dalam bahasa melayunya apa ya?) yang telah di buat oleh Pn. Wifey. Oleh yang demikian, jika Tuan/Puan mempunyai masa yang lapang, dapatlah jika Tuan/Puan menjoinkan diri dalam survey tersebut.

Survey tersebut telah dirasmikan secara sah pada hari ini yang mana, survey ini akan tamat pada 30.09.2013. Untuk makluman pihak Tuan/Puan bahawa entri ini adalah entri melekat sehingga ke tarikh penamatan yang telah disebut.

Sila rujuk kepada POLL 1.0 yang berada di atas kanan anda
dan POLL 2.0 yang berada di bawah kanan anda.



Your prompt attention and action on this matter is highly appreciated. (^_~)

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
"ini bukanlah contest ye sahabat. ni cuma suka-suka sahaja."

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Friday, September 13, 2013

Apalah nak di bangga

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Salam Jumaat Ya Ukhti.. 

Apa nak dibangga pada wajah,
Apa nak diriak pada gagah,
Kuat atau lemah,
Buruk atau indah,
Itu semua pinjaman Allah,
Wahai teman-teman sedarlah,
Bongkak mana pun kita melangkah,
Hebat mana pun tutur dan petah,
Hakikatnya kita hanya insan lemah,
Jangan buat Allah marah,
Kerana balasanNya kita tak betah,
Sedar dan ingat-ingatlah,
Kita semua bakal jenazah,
Yang akan hancur dimamah tanah...

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 

"jangan cepat melatah, jangan cepat megah. itu semua dari Allah. Ingatlah!!"

Thursday, September 12, 2013

Berakhirnya Episod Minggu Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

episod cite ape? ofcos lah Cinta Jannah.
watak Jannah , sedikit sebanyak . banyak Pn. Wifey belajar.
Tabah. Sabar. Berdoa. Yakin. Tidak Berputus asa. yang penting Beliau sangat "Menjaga Mulut" even Tengku Mummy bagi cheque kosong suh tinggalkan Izaryl, Jannah tetap beri alasan yg baik2.

Seperti yang kite tahu, orang-orang yang bersabar, yang tak putus mengingati Allah, akan sentiasa di redhai Allah. walaupun endingnya kita dah boleh agak (mestilah akhirnya Tengku Puan tu terima Jannah sebagai menantu, & Izaryl with Jannah akan hidup bahagia kan) - Namun, Pn. wifey aggap ia sebagai reward untuk Jannah. Yes rewards atas semua kecekalan dia melalui hidup berbulan-bulan untuk meneruskan title sebagai Isteri. Dan, walaupun rata-rata ending cerita dalam tV tu semuanya sweet-sweet belaka (mc cerita yg lain2 jgklah) . Namun, Pn. Wifey, ambil hal-hal positive untuk di praktikkan dalam kehidupan nyata kita. Orang yang baik akan sentiasa di balas baik. 


Sabda Rasulullah SAW : "Tangan yang sentiasa memberi bunga, maka tangan itulah yang sentiasa berbau harum"

dan. dulu-dulu-dulu-dulu kan. Penah cari-cari nama bakal baby girl (#feelingbuntingpelaminlahkan) - nak letak " Raudhah Zahra" (Taman Bunga)
tapikan, skang rasenye nak tukarlah - "Raudhah Jannah" (Taman Syurga) 

okay. #itusekadarimpianyangbelumterlaksana. doakan untuk kami ye sahabat (^_~)




"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Tanda-Tanda Awal Kanser

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Kanser adalah sejenis penyakit yang sangat di takuti oleh setiap manusia di muka bumi ni. pergilah mana-mana pon takde sape2 pon mahu penyakit ni wujud dalam diri seseorang tu. NAMUN/TETAPI. suratan takdir yang telah di tetapkan oleh ALLAH yang datanya sebagai UJIAN, tiadak dapat kite elak atau menolak. Kebanyakkan kita hanya memikirkan keburukan kepada kanser ini namun pemberian Allah ini adalah salah satu cara untuk kita terus mendekaktkan diri kepada ALLAH SWT. 

Entri ni, Pn. Wifey tak mahu cerita pasal sebarang lanjutan hal-hal kanser. Pn. Wifey bukan doktor (hehehehhe). cuma Pn. Wifey nak sharing info yg baru Pn. Wifey dapat. Iaitu Tanda-tanda awal. mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin info Pn. Wifey sudah terlambat. Tapi, Pn. wifey pon memang baru je tahu pon hehhehe... 


(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada.
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
"Selepas ni makin keraplah Pn. Wifey alert tentang bahasa tubuh Pn. Wifey ni, 
sebelum ni banyak ignore je.."

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Wednesday, September 11, 2013

oooo Isteri ---

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

hari ni nak mengomel pasal orang-orang yang kat luar tu pasal hal-hal para isteri yang tak mengandung lagi walaupun usia perkahwinan telah menjengah ke usia 6 tahun macam Pn. Wifey ni.

issue ini sangat sensitive pada mana-mana isteri yang tak mengandung lagi.
termasuklah pn. Wifey, tapi itu dulu.
sekarang dah x sensitive dah. kenapa?
sebab dah lali. alah bisa tegal biasa kata orang tua-tua.
nak layan mulut orang. memang susah.
senyum angguk, angguk senyum selagi boleh.
dah tak boleh. ubah topik. tak jalan jugak. hangkat kahki. hangkat badan. berlalu lah dengan SAlAM...

konsep masyarakat kite yg baru berjumpe (cube nak cari topic) :
"anak dah bape orang"
>> belum lagi (sambil senyum)
"baru kawen ye?"
>> dah 6 tahun dah
"lama dah ye, tak cube ke mengurut ke? jumpe doktor ke?"
"senyum senyum kambeng.." (dah start buat muke songsang sket)

conversation end ----

ADD fB, Wechat, Whassap - Pn. Wifey : Approved.

bila dah approved:  dapatlah segala mesej yang bunyinya seperti berikut
"saya adalah pengedar produk #*?~&.. , ramai custmer saya dah cuba produk ni, rata-ratanya mereka hamil setelah konsisten makan selama 3 bulan.. produk ni mengandungi vitamin itu ini bla bla bla bla.... , mempunyai zat itu ini , ini itu bla.. bla... yang mampu meningkatkan KESUBURAN wanita. lagipun kalau tak beranak-ranak nanti takut pulak suami cari cabang lain. (gurau ajelah ye) . btw, marilah cuba, jaminan 95% saya bole beri kepada awak untuk mengandung. Saya yakin sebab customer saya sudah berjaya dan kini mereka telah pun hamil - jika berminat bgtaulah."..

>> Pn. Wifey baca, tapi tidak reply. sebab apa tak reply? SEBAB TAK BERMInAT.

okeh. 2 hari tak reply, disusuli dengan whassap & we chat.

kali ni Pn. Wifey reply, "w'salam kak, terima kasih ye cadangkan produk tu kat nisah, tapi nisah subur kak, cume tak pregnant je lagi (ayat subur td, bknlah benar belaka. cume mahu pancing ayatnya sahaja).

Die reply : mana nisah tau nisah subur, kalau nisah subur takkanlah dah 6 tahun kawen tak mengandung-ngandung lagi kan. Produk ni menambahkan kesuburan.

Nisah pon reply, kali ni reply untuk jangka masa panjang punye conversation:  "Nisah tak pregnant bkn tak subur, tp Allah simpan anak nisah dalam  Syurga, bila sampai masanya nanti Allah tiupkan rohnya ke dalam rahim Nisah. InsyaAllah..."

die masih reply lagi (semangat betoi nak jual produk) : kite ni Nisah kenalah berusaha, kalao duk harap Allah je mana nak jadi. Allah tak suruh kite berharap pada Dia.

ooooo.. malasnya nak reply. tp.. Nisah tak reply lepas tu. nak tau sebab apa tak reply. sebab orang macam ni, cume mahu dengar "okeylah saye setuju beli poduk akak" --- selain dr ayat ni die tak mahu dengar.


>> METALITI RAKyAT KITA<<

Allah kata, anak itu pengikat kasih sayang. maka Allah berikan kerana kita perlu. namun, tidak semestinya Allah tidak berikan bermakna tiada rasa kasih pada hambanya, Allah akan beri apabila sampai waktu. 

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
"pesanan buat wanita. Bukan semua lelaki akan buka "cawangan" jika mempunyai isteri yg tak mampu beri zuriat. Jika nafsunya mengatakan "mahu" maka, kita hadiahkan sedozen cahaya mata pon die akan buka 'cawangan" . Jadi, jangan terlalu bangga kite mampu ikat suami dengan anak. kerana Allah itu Maha Berkuasa. sebaiknya,Berdoalah, kepada Allah agar ada jalan yang terbaik dalam rumahtangga. Tiada yang MUStAHIL disisi Allah SWT. Allahualam."

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Tuesday, September 10, 2013

CARA MINUM AIR YANG BAIK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

kita suke minum. kite suke air. kite perlukan minum. maka, bila dahaga pasti cari air. (takkan cari pizza hut kot kan) oleh tu bagaimana nak minum dengan cara yang baik.

sahabat, check it out!!

a. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)

b. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)

c. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
"masa duduk dengan mak. mak selalu cakap :
"cik, cer minum pelan-pelan, kamu minum macam lembu!!"

mak, cik rindu mak. sob sob sob...."

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Monday, September 9, 2013

Rahsia Surah Al-Kauthsar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


SUMBER : mukaBuku

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
"hari ISNIN berlabuh lagi.. huarrgghhhhhhhh liat betoi nak bangun pagi. Gara-gara keliatan yang liat, lepas subuh terus tido balik. buka je mata dah pukul 8am. macam lipas kuding lompat katil. ohh NO takmahu punch card merah. TAK MAHUUUUUUUUUUUU......

eh, petang ni ada CINTA JANNAH lah. FALL IN LOVE LAh over again and again"

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Sunday, September 8, 2013

apabila segala-galanya kononnya di serahkan kepada "KEtENtuAN ALLAH"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> "ayatnya seperti melawak. tapi berhati-hati. lidah tidak bertulang namun tajam seperti pedang."






"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Friday, September 6, 2013

10 Cara Untuk Mendapatkan Ketenangan Jiwa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
  • Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
  • Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
  • Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali. Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.


3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran. Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.


4. Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.


5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah. Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya. Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


9. Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


10. Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Thursday, September 5, 2013

Ding Dong !! Ding Dong !!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Tajuk entri. Nisah pon tak tahu nape nak letak tajuk tu.
bila malam-malam. sesorang di rumah.
jejebons sedang enak beradu.
tiada kejar mengejar untuk malam ini.
terasa sunyi lah pulak.
biasanya . lepas Isyak, mereka akan bermain berkejaran satu rumah.
habis diredah kepala, perut, kaki ummi.
silap-silap vontot ummi dijadikan tempat persembunyian. (sarcastic punye kanak-kanak!!)
tapi malam ni rumah sunyi sepi. tidak kedengaran desiran tapak kaki. ummi pula senyap tanpa kata-kata.
kalau tidak, mulut ummi lah yang terjerit-jerit suh mereka diam. sebab tak menahan di buat perut ummi ni macam jambatan Pulau Pinang je.

mungkin kerana hujan siang tadi, malam ni terasa sejuk. buat mereka cepat tidurnya..
oo sunyinya rumah. kesunyian itu buat ummi menaip entri di malam-malam ini .
tanpa motif.

bila Abang Muhammad Kazim Haidar belajar nak buat peace!! so bibik pon joinlah buat2 tak tahu (^_~)

semoga Adik Nur Izzati Humairah menjadi anak SOlehah . InsyaAllah (^_~)

tatkala tekak teringin nak makan Donut, sedangkan acuan tiada didapur. maka terjadilah Donut Boolatt-Boolat. "Bukan Sekadar Rupa" hehhehehe



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> "malam jumaat yang berlalu. hilang lagi satu malam yang takkan kembali. InsyaAllah, ada hari esok yang menanti"

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Nisah jatuh cinta !! !!!!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

jatuh Cinta lagi !! dan selalu jatuh Cinta.
Cinta yang datang dan pergi silih berganti.
tidak mampu untuk setia pada yang satu.

apakah ini ??

Cinta, walau dari jauh.
Cinta tetap Cinta.
setiap hari adalah hari yang sangat buat Pn. Wifey ternanti.
menanti wajahmu yang sentiasa buat hati I melting melting

muehehehhe. oo Cinta Jannah. rasa tak sabar nak tunggu petang ni.
dan tak sanggup nak melepaskan hari malam Jumaat yang berlalu.

eh . esok ade Kampung Girl lah. grrrr Jatuh Cinta lagi.

hari tu jatuh cinta kat #Zain + Elsalina, pastu #Papa Ehsan + Mama Adam. then #Firash + Syaf . sekarang #Izaryl + Jannah pulak.
camno ni ?? sepanjang Pn. Wifey tengok cite dari episod pertama.
tak tahu lah bapa kali Pn. wifey ulang tengok kat TOnton.. dah tu bukan sekali tengok.
berkali2.. tak ckp tengok kat opis. tengok pulak kat umah..
gB pon dah nak abes dh ni..
kali ni memang betul2 jatuh cinta!!!

makan tak lalu, masak tak sempat. mandi pon tak.

oo enche hubby, maafkan saye. Pn. Wifey mu ini sangatlah berjiwa jiwang kerat 14#





"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Wednesday, September 4, 2013

hari yang penuh kata-kata

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


“If you really want to do something,
you will find a way.
If you don’t,
you will find an excuse.”
- Jim Rohn

“Fortune does favour the bold and you'll never know what you're capable of, if you don't try.” ― Sheryl Sandberg

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)? 
- Surah Al-Anbiyaa' [Ayat :10]



وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Firman Allah
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

(Surah Al-Hasyr, ayat 10)






"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Tuesday, September 3, 2013

Biarlah Gambar Bicara Sendiri (^_~)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

27 Syawal. ada Syawal lagi kan .. (^_~)
tu maknanya sempat lagi lah nak letak gambo raye kan ? hehehhe #makcikperasanterlebih

 Bonda with Cucu Sulung & Cucu Bongsu. hanya 2 Bunga je Cucu embah ni 
Yushazana Athirah & Nur Izzati Humairah



Last but NOT LEAST. Jejebonsssss  (^_~)

to be continued. stok gambo raya untuk lepas raye punye. errrrrkkkk !! 




"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


Follow by Email