Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, August 5, 2013

SElamat Hari Raya - Pn. Wifey dah mula bercuti (^_~)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

maaf ye semua. Pn. Wifey tak sempat nak update blog. patah lagi mahu jalan-jalan ke blog kawan-kawan.
 Banyak laporan perlu di selesaikan hari ini.

Esok Pn. Wifey akan mula  bercuti . sehingga 18.08.2013.
dalam tempoh tersebut, mungkin tiada sebarang entri yang di kongsikan. malah, tiada juga kunjungan ke teratak kalian. Maaf kan Pn,. Wifey ye. Jika ada kesempatan nanti. InsyaAllah akan cuba menyelinap masuk ke dalam Blog ni untuk intai kawan-kawan.

Oleh itu, Dengan rendah diri dan hati. Pn. Wifey ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang menyambutnya tanpa kira di mana pun anda berada. Dalam masa kita bersama, pasti ada yang terlepas bicara, terlebih kata-kata yang pastinya mampu buat hati anda terluka dan terhiris. Pn. Wifey mohon ampun.. jika ada yang terlebih dan terkurang mahupun terambil tanpa sengaja, mohon di halalkan. 
InsyaAllah,


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Tuan jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Pada sesiapa yang ada WeChat, silalah add Pn. Wifey >>> NisahIdham
bolehlah kita berkongsi moments . InsyaAllah






"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


13 comments:

  1. selamat hari raya kak Nisah..maaf salah silap

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin dari Aina. Seronoknya cuti lama...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya nisah dan selamat bercuti ye..jumpa lagi nanti

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya nisah.. mohon maaf kalo ada silap dah salah.. terkasar bahasa di mana2 ye..maaf zahir batin.. semga bergembira di hari raya.. =)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya, maaf zahir n batin

    ReplyDelete
  6. selam,at hari raya maaf zahir batin kak....syioknyer dah cuti :-)

    ReplyDelete
  7. salam aidilfitri ye nisah..
    hit digi

    ReplyDelete
  8. Salam K.Nisah Sayammmmmm...

    Maafkan CMa..dah seminggu raye baru nk berkunjung kesini... huhuh..
    So sweet..siap dgn pantun agi..

    selamat hari saya buat akak ,en hubby tk lupa jejebons yg kiut miut tuuuu.

    taqaballu minna waminkum... :)

    ReplyDelete
  9. terrrrtinggal nk komen..
    HP cma tak menyokong apps tu..huhu..ai gune samseng corby ii je uols..
    tiada wechat jauh skali wassap..update instagram pun rembat en alan punye HP..dekut ckit die tu..
    huhuh...nnti dh beli hp canggih cma add akak...

    done libresse,digi & hotlink..

    missshhhhh you ;)

    ReplyDelete
  10. Salam Aidil Fitri Nisah.maaf zahir batin andai ada salah silap komen2 knah pada nisah.beraya dimana?

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya nisah...
    maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  12. Salam K.Nisah suwettt...
    cma datang sapu2 habuks ni.. sihatkah kekandaku??
    take care ye.. :)

    ReplyDelete
  13. Akak pun nak mohon Maaf Kalau Ada salah Dan silap sepanjang Perkenalan kita ni yek Nisah...Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!