Adorable Chenta

Mista Churp Churp Punya sP0nSoR

Wednesday, May 22, 2013

Dan TIba-TIba

Dengan Lafaz ..... 

Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...


aduhai, satu lagi cerita si bebudak bulus tu. setelah setahun 2 bulan berlalu. ummi dan abi sangat berasa lega. sebab selama itulah kutu tak de dekat bulu-bulu si bulusss tu. dan tiba-tiba malam tadi, ummi gesel2 muka kat perut Goku. bila angkat aje muke, ternampak KUTU tengah berlari2 nak menyorok. mase tu. terus hilang mood nak main dah. letak Goku kat bawah, terlentang kan dia, sambil bg bola utk acan2 dia, ummi belek utk konfem kan . memang konfem tu KUTU. KUTUUUUUUUUUUU.... berani kau datang balik. SIAP KAUU!!! . yang sedeynya, ummi mandikan dorang dgn Syampoo Khas untuk kutu. tapi kenapa ada kutu. bila nampak aje goku berkutu. Ummi terus cari si TOMO, tahun lepas TOMO yang banyak kutu sebab bulunya banyak kaler keputihanya (KUTU sangat suke tempat berwarna putih).
 tengok2 memang ye TOMO tu ada kutu. malam tadi jugak. operasi vacuum umah secara besar-besaran ummi buat. ambikk pukul 2 pagi baru tidur. ngantuknyalah... KUTU, berani kau melepak kat badan anak-anak ummi. Siap kau ummi kerjakan. kau tunggu !!!!!! 

petang ni, ummi nak sembur sekor2 dengan FrontLine,  siap lah kau KUTU. tidak akan sesekali ummi lepaskan kamu. patutlah anak-anak ummi asyik tergaru2 aje. ini kau punye kerja kan...


dan pagi ni, ummi cari ubat-ubatan lain untuk membasmi kutu. dan ummi jumpa yang ni. 

harga dalam lingkungan RM 60-RM 70 sebotol
ada 1,000 biji ..
ada sesiapa tahu kat mana nak cari Brewers Yeast ni, ummi dah tanya kat Vet Clinic, dorang tak jual Vitamin ni, kena cari kat luar. kalau ada info ape2 pasal BY ni, tolong bagitahu ummi ye.... URGENT AND NEED IMMEDIATELY.

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>  entri ini di taip dengan penuh rasa geram terhadap kutu yang mahu membina Istana di atas kulit anak-anak Ummi. Berani betul dia kan. errr datang kerja  pun xde mood. rasa nak balik je pergi selesaikan masalah kutu tu !!!!!!!!! grrrrrrrrrrrr...........



Review - Seorang Sahabat - Kak ShareRy

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang di lalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Bermula pada Tahun 2001 - 2013

Bertemu dengan beliau, sewaktu kami bersama-sama menceburkan diri di dalam kegiatan Puteri Umno di Ipoh, Perak.


mengimbas kembali detik-detik perkenalan kami. Beliau di antara orang-orang yang cantik saya kira dalam kumpulan itu. Jauh di dalam hati, terasa malu ingin mendekati. namun jauh di sudut hati, hati ini meronta untuk mengenali. Kami jarang bersembang. sesekali dapat bersembang pasti hati ini berbunga riang. (Ye lah, orang cantik sudi bersembang dengan kita yang tidak cantik ini). Mahu tidak kembang. hehehehe..



kami bukanlah rapat, namun selalu berkomunikasi. sesekali berjumpa. satu yang boleh saya puji, kakak ini lagaknya seperti "JualMahal" . Ramai yang datang menggoda, semuanya di biarkan sahaja. Sehingga suatu masa, saya mula sedar , kakak tu bukan lah "sombong" atau "Jual Mahal" . Namun kedisplinan dan ketegasan dalam membentuk pilihan hati dan kehidupan itu "PERLU" . Tidak boleh sambar sesuka hati. Nanti kemudian hari menyesal tidak sudah.  Sampai suatu masa, beliau terbang gah menjadi seorang Pramugari. mulai ketika itu kami mula renggang. Tidak tahu khabar berita. Dia dengan kehidupannya, dan saya melalui hari-hari dengan cara saya. 

Benarlah kata orang, jika sudah jodoh tidak ke mana. Di Laman sosial fB, kami bertemu kembali. ikatan terjalin sekali lagi. Kakak ini, walaupun cantik, tetapi tidak sombong. Beliau tetap seperti yang saya kenali dulu. ramah. Persahabatan kami terus mekar sehingga kini, walaupun kami jarang berkomunikasi. Namun kami tetap ada untuk beberapa ketika. Saya bersyukur, kerana kami masih bertemu di dalam Laman Blog ini. Kakak ini yang telah beri banyak kata-kata positif. Jauh sekali untuk saya dengar tentang kutukan dia terhadap saya. Ingat lagi, ketika saya ingin berusaha untuk menguruskan badan, Kakak ini lah yang sentiasa memberi semangat dan tips-tips yang amat berkesan. ya sangat berkesan. 

Kakak ini , walaupun sudah jauh hidup di negara orang. namun dia sentiasa berada di mata saya.

Inilah dia orangnya.
sentiasa cantik & bergaya. menjadi chenta hati buat suaminya.



Klik ke banner beliau, untuk mengikuti setiap langkah beliau di bumi yang jauh dari Malaysia.




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
Kak ShareRy, nisah Copy paste Banner akak. Minta maaf tau....







Tuesday, May 21, 2013

Redeem Zalora's Voucher

Dengan Lafaz ..... 
Assalamualaikum WBT. ... >> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



Dear My Lovely Friends...


This is not my first time I bought goodies from Zalora, however this time is differed slightly. This is because me does not buy with my own money but for surely I have used a voucher amount RM50.00 that gave freely by Zalora Team. (Of Course!!) 

Previously, I do not know about this free voucher, thanks to Kak Izan Mama Mia which is introduce me with her Entry and by following the steps given now I can enjoy shopping for free.


Here is coming.. My Zalora...







RM46.90 - Free Shipping.

penghantaran sangat cepat. Nisah sent Voucher on 17/05/2013 and 18/05/2013 dah dapat di tangan. sangat happy happy go lucky . hehhe



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> for those yang nak cuba, silalah.berdasarkan permerhatian Nisah, byk juga barang2 yang kurang dari rm50 dapat kite miliki tanpa menggunakan duit tambahan.  tidak semestinya Baju kurung. kasut, blaus, inner, scraft dan banyak lagi