Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Sunday, December 11, 2011

jalan-jalan sempena LIMA 2011


muke xcited nk g tengok kapal perang

hari ni xnak cite atau berceloteh banyak2
cume nak share pics yg sempat nisah snap masa LIMA'11 Langkawi
(^_^)
jom tengok, muke nisah yg tak chumel sangat ni 
sepanjang berjalan di tepi awana portal malai ni
terlalu byk pulak angin laut.. so tudung, baju, kain sume kembong2
sebab angin yg kuat tapi nyaman jeee


jom jalan, ke arah mana kita?

awana portal malai ~ hiasan sepanjang jalan tepi laut

nak focus tang kapal landing je

walaupon tak dpt memandu sambil belayar, dpt pegang pon jadila

ni macam teropong.. tp tak tawu pulak namanye

giant kompas

kat belakang tu KD Kelantan

small jungle dalam hotel awana portal malai

Monday, November 28, 2011

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. namun sume umat Islam dapat mengalaminye, samada kite sedar atau tidak. dan tanda-tanda ini lazimnya berlaku selepas waktu Asar.
seluruh tubuh, dr hujung rambut hingga hujung kaki akn mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar da berdetik di hati bahwawa mgkn ini adalah tanda mati maka geratan ini akn berhenti dan hilang setelah kita sedar akn kehadiran tanda ini.
bagi mereka yg sedar dengan kehadirannya tanda ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada utk persiapkan diri dengan amakan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

tanda 40 hari
tanda ini jg akn berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat akn berdenyut2. pada ketika itu dau  yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg letaknnya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannye ke atas kite. antaranya, ialah ia kan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akn memperlihatkan wajahnya sekilas lalu. dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akn merasakan seakan2  bingung seketika.

Tanda 7 Hari
tanda ini akn diberikan pada mereka yang diuji dgn musibah kesakitan di mana org sakit yg tidak makan secara tiba2 ianya berselera utk mkn

Tanda 3 Hari
ketika nini akn terasa denutan di tengah dahi kita, diantara dahi kanan dan dahi kiri. jika tanda ini dapat di kesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti
ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bg org yang sakit hidungnya akn perlahan jatuh dan ini juga dpt di kesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur2 masuk kedalam
telapak kakinya yang terlunjur akn perlahan2 jatuh ke depan dan sukar ditegakkan

Tanda 1 Hari
berlaku sesudah waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di belah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandadakan kita tidak akan sempat untuk menemui Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
berlaku keadaan di mana kita akan meresakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akn naik ke bahagian halkum. ketika ini hendaklah kite terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula

dan Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akn dicabutnya.

Sunday, November 27, 2011

sweet sour

ikan bawal sweet sour untuk santapan lunch tadi
hidangan tengahari saya hari ini adalah
Bawal Masak Sweet Sour..
aagak lama tak masak ikan bawal ni..
sempena Maal Hijrah hari ni nisah berkesempatan
untuk menghidangkan menu buat suami tersayang..

ikan bawal ni nisah beli semalam dekat pasar kuah
tapi time tu memang tak plan nk masak sweet sour
so tak beli la capsicum
memandangkan nka buat tadi
yg ada kat umah cuma cendawan butang
so nisah  dgn gaya "kreative"nye menggantikan capsicum dengan 
cendawaan butang yg di beli untuk dimasak bersama sos spagetti

dalam kepelikkan sweet sour tu. 
maka sweet sour tersebut di akhiri dengan kelicinan pinggan..
my hubby makan sehingga ikan tu abis..
dengan tulang2 ikan tu dia geget ^_^

tapi serius la, kalo ada capsicum tu memang complete la
ikan bawal sweet sour tersebut ..
my sweet sour without colouring 

makan malam kami hari ni?
adalah Mc D, sebab tadi g kuar bayar hutang :)
dah malas nk fikir nak masak apa
so kami makan je la ape yg depan mata je

Red Velvet Cake

after my bites :)
semenjak dua menjak ni, selalu sangat nisah dengar orang sibuk makan RED VELVET CAKE
dorang cakap memang sedap kek ni, memandangkan dah orang sebut2 kek ni
maka nisah pon sibuk la cari resepi untuk try buat kek red velvet ni
dah dpt resepinye, baru nisah tawu..
tak de laa beza sgt gan kek2 lain
sama je bahannye.. cuma beza kek ni di buh cuka & buttermilk je..
bahan-bahan laim sama je, yg bertukar pon mentega
dalam kek ni tak letaka mentega tapi gantikan gan minyak sayur je
hasilnye? kek tu memang lembut.. soft jeee
n tak berlemak sangat.. utk org yg nak kurangkan kolestrol
memang sesuai  la ye..

buke je mata nisah pagi td, terus je buat kek ni..
kek ni sesuai tau mkn sejuk2..
memandangkan my hubby keje
so nisah ambo kesempatan untuk sejukkan kek ni sehingga petang

lagi satu bezanye kek ni adalah warna merah.. tu pasal letak "RED" kat nama dia kan
tapi bukan merah sebab perasa stoberi tapi
letak pencelup merah je..
ni nisah bahagikan kpd 3 layer, utk masukkan cream frosting
ni bahagian dalam kek, kek yg siap di bahagiankan

final presentation

sedia untuk di makan ^_^

soo.. kalo nk resepi, jgn segan2 mintak ye :)

Saturday, November 26, 2011

jom makan-makan

entah hari bila entah
kami berdua pegi makan sup
yess!! kalo korang sume nak tahu
dekat jalan bayas a.k.a kg bayas ada sebuah gerai sup
memang sedap.. sebab supnye di letakkan herba & rempah ratus
buatan tuan punya kedai tu jugak.
kami panggil kedai tu
kedai sup paklong
tapi die ada nama sendiri, tp kami lebih famous gan nama
pak long, tu sebab owner kedai tu namanye paklong..
agak-agak kalo dtg ke Langkawi, mari le singgah 
kedai sup ni, kedainye tak lah mewah
alaaa cam kedai kampung2 je..
tapi supnye memang superbbb.. tak bohong punye
my hubby suke makan kuey teow sup daging
me pulak mkn nasi + telur dadar + sup ayam...
marilah kite mejamu mata :)

okey jom makan kedua
malam tadi kami keluar beli barang2 rumah
jalan-jalan dah pukul 10.00 memandangkan petang tu kami
dah makan laksa gan cendol
jadi bila dah masuk malam
kami lapar pulak
otw kami ke parking kete kami lalu sebuah kedai Timur Tengah
namanye "Fair Cafe"
opsss aroma nasi beriani mereka memang menusuk kalbu,
tapi perut kami dah tak boeh terima nasi
so kami decide utk order Tandoori Pizza
(huhuhu maklumlah kat Langkawi xde Pizza Hut)
rasenye memang sedap..
cheese mozarelanye memang banyak...

 ni la hasil selepas menikmati pizza tandoori :)

Salam Maal Hijrah

alhamdulillah dah masuk waktu asar, mari kita baca 3x Doa Akhir Tahun sementara menunggu waktu Maghrib...

alhamdulillah, dah baca Doa Akhir Tahun
mari kita baca Doa Awal Tahun pulak
selepas Maghrib sebanyak 3x jugak :)

semoga Tahun Baru ini akan memberikan kita Nur yang hakiki abadi

InsyaAllah... (^_^)

Ros & maksud disebaliknya...

Merah- (cinta dan romantik) 
  • Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. 
  • Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.
Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta) 
  • Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. 
  • Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. 
  • Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.
Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian)
  • Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. 
  • Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.

Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan) 
  • Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.
  • Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.
Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh) 
  • Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yang bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning.
  • Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang  yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.
Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama) 
  • Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. 
  • Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.

chenta..


Adakah CINTA kita BERSYARAT? 

Mempunyai terma bagaikan berurusniaga? 

Tidak perlu mencari KESEMPURNAAN dalam diri pasangan 

kerana FITRAH kejadian sememangnya begitu, 
semua yang hidup TIDAK PERNAH SEMPURNA..
segala kesempurnaan ini adalah MILIK Allah, 

bukankah PERTEMUAN adam dan hawa adalah untuk saling MELENGKAPI?


Andai dia kekurangan, kitalah kelebihan padanya dan 

dia pula akan menjadi KEKUATAN untuk menyokong KELEMAHAN kita 

kerana CINTA dan HATI bukan sebuah urusniaga..

cinta dan hati adalah kurniaan Yang Esa, untuk kita pandunya ke jalan yang BENAR.

Tuesday, November 22, 2011

4 Anugerah Allah Kepada Orang Sakit

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:

1-Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan

mencatit amal 

kebaikkan selama ia sakit.

2-Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat 

dahulu,walaupun pada mas sakitnya ia tidak dapat melakukannya, 

tetapi tetap mendapat pahala tersebut.

3-Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan 

kejahatannya terdahulu.

4-Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. 

Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.