Merah- (cinta dan romantik)
- Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang.
- Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.
Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta)
- Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah.
- Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati.
- Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.
Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian)
- Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah.
- Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.
Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan)
- Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.
- Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.
Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh)
- Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yang bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning.
- Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.
Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama)
- Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan.
- Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!