cinta hati...
kadang-kadang aku rasakan seolah aku yang berlebihan..
berlebihan menyintai kamu, menyayangi kamu.. merindui kamu..
kadang-kadang aku rasakan seolah-seolah,
kehadiran aku dalam ruang hidup kamu seperti tiada apa-apa makna..
seperti sesuatu yang kamu datang apabila perlu
kamu tinggalkan jika kamu rasa tidak berkeinginan lagi..
cinta hati.. mungkin ini sebuah prasangka..
mungkin juga sekadar bisikan yang menganggu emosi aku..
mungkin...
cinta hati,,
aku mencari kamu setiap minit yang berlalu..
aku terus di sini, menanti kamu tanpa jemu..
selalu. selalu aku mencari kamu ketika kelibat kamu hilang..
dalam apa cara sekalipun aku tetap mencari kamu..
namun.. ada ketikanya aku rasakan ia seolah berlebihan..
lalu aku menyepi.. bukan bermaksud untuk melupakan kamu.
tidak.!!
tetapi aku sekadar ingin melepaskan kamu
supaya tidak rimas dengan tindakan aku..
ya!! aku masih merindui kamu.
dan akan tetap dan terus begitu..
walaupun mungkin kamu jarang-jarang mengingati aku..
tidak mengapa!! aku akan selalu belajar untuk memahami kamu
walaupun hati aku pedih untuk terus bersabar.
(^_^) monolog cermin hati >> "biasa pandai je nak mesej ke call ke, ni senyap je.." >> cinta hati... maafkan aku.. bukan senyap untuk melupakan mu, namun aku bimbang jika aku akan berlebihan.. aku takut berlebihan, kerana aku takut aku kan kecewa.... <<
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!