HAWA.....................
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah seorang isteri yang dapat meringankan beban suami,
andai engkau seorang ibu,
didiklah anak-anakmu sehingga mereka tidak gentar untuk memperjuangankan Ad-Din Allah. HAWA.................... Andai engkau belum berkahwin,
janganlah engkau risau jodohmu,
ingatlah janji Allah, bahwa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik (surah An-Nur : 26).
Jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
kerana bermula dari mata turun kehati,
maka lahirlah senyuman,dan dikhuatiri nafsu kejahatan yang akan menguasai diri.
HAWA.................... Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak memandang wanita melalui keayuan,kemanjaan serta kemampuannya untuk menggoncang iman lelaki,
tapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
kerana dia tidak mau memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tau matlamat perhubungan lelaki dan wanita,
iaitu sebuah perkahwinan yang diredhai.
HAWA....................
Oleh itu,jagalah auratmu,
awasilah pandanganmu, peliharalah akhlakmu,
kuatkanlah imanmu.
Andaikata ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan mengisi kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapa serta keluargamu yang memberi semangat kebahagiaan buatmu. HAWA....................
Cintailah Allah dengan sepenuh hati dikala susah dan senang,
kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah dengan sepenuh hati,cintailah kedua ibu bapa serta keluargamu,
kerana engkau tidak akan memperolehi cinta yang bahagia selain dari cinta keluargamu. HAWA....................
Ingat! Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia, juga menggoncang iman lelaki. Sedarlah akan hakikat kejadianmu. Sabda Baginda s.a.w : "seindah-indah hiasan didunia ini adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!