Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, September 11, 2013

oooo Isteri ---

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

hari ni nak mengomel pasal orang-orang yang kat luar tu pasal hal-hal para isteri yang tak mengandung lagi walaupun usia perkahwinan telah menjengah ke usia 6 tahun macam Pn. Wifey ni.

issue ini sangat sensitive pada mana-mana isteri yang tak mengandung lagi.
termasuklah pn. Wifey, tapi itu dulu.
sekarang dah x sensitive dah. kenapa?
sebab dah lali. alah bisa tegal biasa kata orang tua-tua.
nak layan mulut orang. memang susah.
senyum angguk, angguk senyum selagi boleh.
dah tak boleh. ubah topik. tak jalan jugak. hangkat kahki. hangkat badan. berlalu lah dengan SAlAM...

konsep masyarakat kite yg baru berjumpe (cube nak cari topic) :
"anak dah bape orang"
>> belum lagi (sambil senyum)
"baru kawen ye?"
>> dah 6 tahun dah
"lama dah ye, tak cube ke mengurut ke? jumpe doktor ke?"
"senyum senyum kambeng.." (dah start buat muke songsang sket)

conversation end ----

ADD fB, Wechat, Whassap - Pn. Wifey : Approved.

bila dah approved:  dapatlah segala mesej yang bunyinya seperti berikut
"saya adalah pengedar produk #*?~&.. , ramai custmer saya dah cuba produk ni, rata-ratanya mereka hamil setelah konsisten makan selama 3 bulan.. produk ni mengandungi vitamin itu ini bla bla bla bla.... , mempunyai zat itu ini , ini itu bla.. bla... yang mampu meningkatkan KESUBURAN wanita. lagipun kalau tak beranak-ranak nanti takut pulak suami cari cabang lain. (gurau ajelah ye) . btw, marilah cuba, jaminan 95% saya bole beri kepada awak untuk mengandung. Saya yakin sebab customer saya sudah berjaya dan kini mereka telah pun hamil - jika berminat bgtaulah."..

>> Pn. Wifey baca, tapi tidak reply. sebab apa tak reply? SEBAB TAK BERMInAT.

okeh. 2 hari tak reply, disusuli dengan whassap & we chat.

kali ni Pn. Wifey reply, "w'salam kak, terima kasih ye cadangkan produk tu kat nisah, tapi nisah subur kak, cume tak pregnant je lagi (ayat subur td, bknlah benar belaka. cume mahu pancing ayatnya sahaja).

Die reply : mana nisah tau nisah subur, kalau nisah subur takkanlah dah 6 tahun kawen tak mengandung-ngandung lagi kan. Produk ni menambahkan kesuburan.

Nisah pon reply, kali ni reply untuk jangka masa panjang punye conversation:  "Nisah tak pregnant bkn tak subur, tp Allah simpan anak nisah dalam  Syurga, bila sampai masanya nanti Allah tiupkan rohnya ke dalam rahim Nisah. InsyaAllah..."

die masih reply lagi (semangat betoi nak jual produk) : kite ni Nisah kenalah berusaha, kalao duk harap Allah je mana nak jadi. Allah tak suruh kite berharap pada Dia.

ooooo.. malasnya nak reply. tp.. Nisah tak reply lepas tu. nak tau sebab apa tak reply. sebab orang macam ni, cume mahu dengar "okeylah saye setuju beli poduk akak" --- selain dr ayat ni die tak mahu dengar.


>> METALITI RAKyAT KITA<<

Allah kata, anak itu pengikat kasih sayang. maka Allah berikan kerana kita perlu. namun, tidak semestinya Allah tidak berikan bermakna tiada rasa kasih pada hambanya, Allah akan beri apabila sampai waktu. 

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
"pesanan buat wanita. Bukan semua lelaki akan buka "cawangan" jika mempunyai isteri yg tak mampu beri zuriat. Jika nafsunya mengatakan "mahu" maka, kita hadiahkan sedozen cahaya mata pon die akan buka 'cawangan" . Jadi, jangan terlalu bangga kite mampu ikat suami dengan anak. kerana Allah itu Maha Berkuasa. sebaiknya,Berdoalah, kepada Allah agar ada jalan yang terbaik dalam rumahtangga. Tiada yang MUStAHIL disisi Allah SWT. Allahualam."

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


11 comments:

  1. assalam Nisah..kalauacik pun tak layan..kalau nak jual produk pun..berhati hati la jangan ikut sedap tangan je memulis..sampai tak fikir perasaan orang lain
    siapa yang kawen tak mau anak..cuma Allah menguji kita..belum sampai masanya lagi..in syaa allah satu hari nanti.
    acik dah rasa tu semua..acik dulu Alhamdulillah selepas 5 tahun kawen..

    ReplyDelete
  2. Cekal dan tabah kena ada pada diri wanita yg diuji begini. Keluarga kakak Nisah ada yg 15 tahun baru dapat satu dan itulah dia ada hingga kini. Ada juga yg 6 tahun baru dapat satu dan itulah hingga kini. Ada juga yg langsung tak ada hingga kini tapi dah 3 tahun ambil anak angkat. Tapi ingin kakak katakan semunya bahagia tak ada pun sok-sek nak buka cawangan. Redha ujian Allah tapi akhirnya ada cahaya indah yg dinikmati bersama kini..

    Moga cahaya indah akan jadi milik Nisah juga - insya-allah...

    ReplyDelete
  3. Isk...agak2 lah nak suruh org beli produk..tak paham lah dengan mentality sesetengah org yg mcm ni kan?.. sabar jelah Nisah.. Akak pun dah sllu kena soalan mcm tu.. sllu jawab.. Allah tak nak bagi lagi, belum ada rezeki nak tambah..pastu ckp kita ni merancang.. yg tentukan DIA..DIA yg satu..Allah Maha Besar..

    ReplyDelete
  4. itulah dugaan hidup namanya,
    anak dan harta bukan untuk dibanggakan,
    sape yang takmau anak kan..
    kita plaster mulot orang ni cukop2 hehe :)

    ReplyDelete
  5. setuju sgt nisah.. kdg2 naik bosan gak ngan penjual produk ni.. mcm paksa2 beli je..haha.. mmg la kena berusaha..tp rasa mcm dah terlebih usaha dah kot.. betul la tu.. dia hrp kita beli je..lain2 perkataan dia xnk tau..haha.. sabo je la.. utk dialog cari topik bila berborak tu mmg betul sgt..baru2 ni jadi kat deqla.. mmg sebijik2 dia tanya mcm tu.. tp mujurlah dia paham..katanya dia pun mcm deqla jugak..lagi la lama tggu 12 tahun katanya.. dia mintak deqla bykkan bersabar.. alhamdulillah..dia memahami..yela, mungkin dia pun pernah senasib mcm kite kan..

    ReplyDelete
  6. salam nisah……kros setuju sangat2 monolog cermin hati nisah tu. semua yg berlaku semuanya milik & rahsia ALLAH….kita xblh berdabik dada mengatakan ya @ tidak sebab semuanya kehendakNYA. btw kros kagum dgn nisah sbb steady je face org2 yg cam gini. heheh!!!kelakar pun ada gak kan. saborrr jelah. bersangka baik jelah dia terdesak nak jual produk dia ;)

    ReplyDelete
  7. Tak lepas dar mulut orang, and payah nak lepas dari peniaga2 macam ni. Tapi akak cekal, salut. Tu la.. bila ada anak sorang, still orang tanya2 bila nak tambah, tak payah la rancang ikat semua, dah masa tambah anak bla bla bla. Dorang ni kadang2 lupa ker anak itu anugerah Allah.

    ReplyDelete
  8. Ala Nisah pedulikan ja...kalau dah dapat anak sorang cam akak ni depa akan tanya bila nak tambah lagi..mmg tak abih la soklan dr mulut2 org ni.. Sabaq ja la

    ReplyDelete
  9. Salam K.Nisah omeyyyy...

    penuh teliti cma memahaminya..
    kan2.. itu kalo belum rezeki mngandung... klu kite ckp 'ha.. saya dah mengandung' pun akan ada produk itu dan ini utk itu dan ini..mmg betul,usaha dari dari sendiri..tp tak perlula sampai memaksa..buat org jadi tak comfortable je..

    insyaAllah.. setiap rezeki itu berlainan allah bagi..salute akak! keep positive..love u sis! :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!