Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, April 2, 2011

<<< S.A.K.A >>>

alhamdulillah.. hari ini nisah berkesempatan untuk menghadiri sebuah Majlis Ilmu Agama. Penceramah pagi tadi adalah Ustaz Kazim Bin Elias.. bersyukur nisah kepada Allah kerana memberi nisah kesempatan untuk pergi ke Majlis tersebut..

tajuk hari ni adalah tentang SAKA, ikhlasnya nisah bukanlah seorang yang terlalu obses dengan perkara ini, memandangkan ibu mertua nisah seorang pengamal perubatan secara kecil kecilan maka nisah sentiasa terdedah dengan hal2 ni, tapi jarang skali nisah amik peduli, nisah cume dengar, pernah lihat sekejap org yg ade saka dan selepas itu nisah biarkan.. tapi ceramah pagi tadi buat nisah "buka mata" untuk mengetahui serba sedikit tentang hal hal SAKA ni, mane la tau kot2 nisah sendiri ade saka ke?? suami nisah ade saka ke? famili ade ke? ha sape tau kan kan kan ? hehehehe.. Nauzubillah, semoga Allah jauhkan saka dari hidup nisah idham dan anda semua.. InsyaAllah....

Jom nisah cerita sket ape yg nisah dapat dr ceramah tadi:----

TANDA2 mempunyai saka:-

1) dapat warisan dari tok nenek kite yang berupa keris (bagi lelaki) atau cucuk sanggul (bagi perempuan);
2) seorang perempuan itu dapat mimpi menyusukan anak/bayi.. (ustaz kate kalo kite dapat dapat mimpi ni, lebih baik dalam mimpi ni kite bersaha untuk mencampak atau membuang bayi ni, kerana kalo die berjaya menghisap susu kita maka secara automatik die adalah PENDAMPING kita, haaa korang sume ingat balik, korang penah tak mimpi mcm ni??)  okey.. kalo la ade mimpi mcm ni, dan anda telah pun terbagi susu kepada bayi (saka) tersebut, maka jalan penyelesaiannya adalah>>> 

** setiap petang mandilah dengan air limau 3 biji;
** habiskan 30 Juzu Al- Quran (lebih baik dilakukan oleh diri sendiri dan ahli keluarga yang berada didalam rumah tesebut) dan x payah lah suh budak Tahfiz bacekan ye, sendiri bace ar ag bagus....
** Jadikan amalan bagi bacaan untuk ayat  Surah Al-Baqarah (ayat kedua yang terakhir dari surah tersebut)
** seminggu sekali lakukan pembersihan rumah dengan cara, campurkan garam kasar + cuka makan/masak + lada hitam = taburkan di sekekeliling halaman rumah.

ATAU

sekiranya anda sempat mencampakkan bayi tersebut, bangun dari tido dan lakukanlah solat sunat. selesai solat tido di tempat lain maksudnya tidolah di sofa atau tido bilik bersebelahn untuk malam itu sahaja, malam2 lain bole tido balik tempat asal tu. 

SAKA juga terbahagi kepada beberapa saka, iaitu: saka pengamal perubatan (bomoh) yang mana perubatannya adalah dengan cara "menurun", Saka silat iaitu pengamal saka silat ini bertujuann untuk kebal diri, supaya orang takut dengan die, Saka menjaga keselamatan atau lebih di kenali sebagai "Hantu Raya" , Saka Perbidanan atau orang2 yang membela Pelesit itu adalah saka perbidanan, Saka Afrit @ Hantu Bajal

dan anda kena tahu bahawa TOYOL bukanlah sejenis saka kerana.kerana TOYOL tidak minta pewaris setelah tuannya mati.

CIRI-CIRI orang yang memiliki SAKA:-
1) boleh mengubat orang dengan cara menurun dan mengaku dirinya adalah wali yang kebiasaanya wali yang di sebut adalah wali SYEIKH ABDUKADIR JELANI atau syeikh2 yang lain.
2) bomoh itu menggunakan jampi serapah yang berunsurkan perkataan yang pelik dan bukan dari ayat2 Al-Quran.
3) jampi yang menggunakan perkataan yang kite tidak faham
4) mempunyai kebolehan melakukan perkara-perkara pelik seperti, mampu mengeluarkan paku atau jarum dari dalam badan atau boleh berjalan di atas bara api
5) banyak mendapat mimpi2 pelik dalam mimpi yang mana mimpi itu datangnya dari atuk @ nenek kita.

MASA SAKA berpindah
1) sewaktu seseorang itu hampir meninggal dunia 
2) berpindah pada orang yang pengamal saka sayangi
3) bermimpi di beri doa tanpa kita tahu maksudnya, di suuh ke atas bukit untuk mendapatkan keris lama

sekiranya, kita menziarahi orang yang hampir meninggal dunia tapi keadaanya mempunyai saka, maka ahli keluarga bole dapat kan air kolam dari 17 masjid (setiap satu masjid satu botol) dan pastikan air kolam bukan air paip Masjid ye, air itu di beri minum atau di mandikan pada belian yang berada dalam Sakaratul Maut tersebut.

4) saka akan berpotensi berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jmapi2 dr si mati (cth jampi seperti, penyeri wajah atau yang sewaktu dengannya)
5) anak cucu yg menyimpan barang lama simati (seperti keris/cucuk sanggul) ni kebiasaanyala.
6) anak cucu yang cetek ilmu agama
7) anak cucu yang selalu melakukan maksiat (perkara-perkara berdosa besar)
8) anak cucu yang sangat ingin kan anak
9) inginkan kehebatan dalam dunia seperti nak nampak hebat, nak nampak cantik, dll

CIRI2 saka yang masuk dalam mimpi:
MIMPI:-
duduk diatas kubur, jatuh dr tempat tinggi, berjalan dalam tido, ketawa/menangis dalam tido, gigi berlaga dalam tido, melihat binatang seperti kucing/anjing/tikus, patuk ular (bkn sebb ade owg masuk minang yerrr), menakutkan/menyeramkan, kena tindih, cemas/takut, susah tido malam, susukan bayi, melihat salib/gereja/paderi, merintih dalam tido.

TANDA2 ketika JAGA (perlakuan di bawah pada sesorang yang bukan macm tu, maknanya secara tiba2 die jadi mcm ni) :-
terlalu beremosi, mudah panas baran, selalu pening, lalai mengingati Allah, mengantuk dalam waktu maghrib, lesu/malas, mendpat kesusahan, mudah gabra/kelam kabut, sakit pada bahagian anggota badan, kakinya seolah2 terasa memijak benda2 bulat atau batu, melihat sesuatu yg pelik (terasa seolah2 ada bayang melintas di belakang kita)-hal ini biasa akan berlaku selepas kita mendapat mimpi susukan anak.

KESAN terkena saka:-

sukar dapat anak, byk perkara pelik yg berlaku, berjumpa pada menda2 pelik, x mempunyai kehidupan yg sempurna, x bergail dgn masyarakat, kebiasaanya kanser adalah berpunca dari saka.

dan HISTERIA bukanlah sejenis saka, kerana histeria adalah gangguan emosi. 

  
Alhamdulillah, selesai sudah hal2  tentang saka ni. ini je yang mampu nisah kongsikan kepada anda tentang SAKA. (^_^) 

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!