Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, April 1, 2011

panggilan dari seorang sahabat



Seorang sahabat menelefon nisah sebentar tadi, katanye hatinya tidak tenteram.. seolah-olah ade sesuatu bakal terjadi, erm.. perkara biasa sebenarnya, nisah jugak sering terasa berdebar2, kadang-kadang itu tanpa sebab pon.. ntah kenapa debaran itu datang tanpa nisah duga..

setelah beberapa minit kami bersembang baru nisah tahu ape punce keadaannya macam tu, rupanya die tengah bergaduh dengan suaminya, selepas pergaduhan tu suaminya keluar rumah.. huh paling x bestnye dah 3 hari die x balik. Kemana suaminnya??? Ntah kami pon x tau, hanya suaminye je yg tau kemana dia.. hehehehe betul tak….

Memandangkan nisah bukanlah seorang kaunseling yang bertauliah, malah bukan lah salah seorang staff JAKIM atau JAIP maka xde ape nasihat yang mampu nisah berikan melainkan sket2 je.. nasihat yang bukanlah besar mane namun bole jugak di gunakan sket2, sekurang2nya dpt meredakan hati yang gelisah tu…

Langkah pertama, nisah suh dia cal suaminya, tapi die kate hphone suami die “out of reach” adoiiii kemana la suami die….. nisah cakap “haaa mungkin battery flat kot” tapi sahabat ni kate “erm impossible la…” dalam hati nisah kate.. “Well nothing impossible la…” huhuhuhu then nisah pon cakap ag kat die, “ape kate ko sms die.. mungkin bile die on balik phone die, die bole bace n maybe boleh reply..” “tapi nak sms ape?” die Tanya kat nisah, “ko tanyela die kat mane, nape x balik umah, tak pon ko bgtau la yg ko minta maaf”.. “mana bole minta maaf, bkn aku yg salah pon” die jawab lagi.. dan nisah kate “hurm….”

Dalam kehidupan kita, terlalu banyak perkara yang perlu kita mohon maaf walaupon bukan salah kita, itu bukan bermakna kita kalah dalam peperangan atau pergaduhan tu, cume kadang kadang kite perlu mengalah dan malas nak memanjangkan cerita pergaduhan tu, sebenarnya sahabatku situasi begini akan sentiasa berlaku dalam setiap rumahtangga, orang2 tua kan dah kate sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. namun dalam ape jua keadaan kita perlulah bersabar tabah dan tenang menghadapinya.. jangan biarkan JIWA KACAU menghantuinya, kerana syaitan sangat sukakan jiwa kacau tu, cube tanangkan diri dan perasaan.. yang paling penting jangan ikutkan jiwa dan hati yang marah, yang mana perasaan marah tu mampu merosakkan hati kita, ingat hati kita hanya ade sepasang sahaja, dan ia bukan bole beli atau di baiki kalo ia dah rosak.. teringat nisah pada kata2 suami nisah, dia kata “orang yang bijak adalah orang yang mampu Manahan perasaan marahnya” …. sebagai seorang manusia biasa serta seorang isteri yang bukan sempurna, nisah jugak selalu melalui masalah ini.. dan selalu juga mengikut kata hati yang marah, namun nisah bersyukur, kerana ledakkan amarah nisah itu dapat di tenangkan dalam jangka masa yang pendek, hanya diri kita yang mampu mengawal segala tindakan yang bakal kita lakukan, jangan sesekali mengikut hati yang marah, kerana hati yang marah akan sentiasa di dorongi oleh emosi yang tidak stabil.. betul tak? Anda pernah merasainya???

Apa yang telah anggaplah ia sebagai satu ujian dari Allah, sesungguhnya pasti ada sebab dan hikmah setiap apa yang berlaku, samada kita jangkakan atau tidak, percayalah Allah lebih Maha Mengetahui dari apa yang tidak kita ketahui… Cuba tenangkan diri dan renungkan kembali.. apakah sebenarnya yang berlaku.. jangan pertikaikan siapa yang bersalah, namun belajarlah dari punca masalah tersebut, apabila berlaku masalah sebenarnya kedua-dua belah pihak bersalah walaupon kita rase kita tidak bersalah.. sekiranya ada perasaan tolak ansur dalam diri kita, nisah pasti pergaduhan pasti dapat di elakkan… hakikatnya suami atau isteri, kedua-dua tidak mahu ada masalah atau bergaduh..

Namun lihat lah diri, di mana kekurangan setiap inci diri kita.. atau kekurangan dalam sebuah rumahtangga itu, Allah menciptakan pasangan sebaik baik pasangan, dan kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya, maka apa jua keadaan anggaplah ia sebagai ujian dan yang pastinya ade hikmah di sebalik segala kejadian.

Dalam keadaan yang bermasalah, Allah tempat kita mengadu segala-galanya, namun pernah kah kita teringat, bila kita senang kita lalai, lalai untuk mengingati Allah..

Namun Allah selalu ada disisi kita untuk mendengar setiap keluh resah kita, belajarlah untuk bersyukur apabila dikurniakan sesuatu, yang membuatkan kita gembira. Belajarlah untuk menerima dan redha dengan setiap ujian yang Allah berikan yakinlah pasti ada sebab mengapa ia terjadi…

Sahabat, apa yang kau rasakan pernah jua aku rasakan, sedih resah luka sesal.. kerana aku Cuma manusia biasa, namun perlu kamu ingat.. dalam jua keadaan kita masih lagi dalam sesi pembelajaran untuk belajar segala-galanya.. sahabat nisah bukan lah seorang yang bijak pandai, namun di akhir kata-kata nisah ini, nisah sertakan beberapa sepotong ayat yang mungkin bole meredakan hati kamu yang sedang resah itu… Jadikan ayat-ayat ini sebagai doa ataupun zikir seharian kamu, semoga ketenangan, ketabahan, kesabaran serta kebahagian dapat di rasai… dan sesungguhnya Allah tidak pernah menjanjikan kehidupan ini senang dan mudah, namun Allah akan sentiasa bersama disisi kita untuk membantu kita…

 Semoga zikir dan doa ini akan memberi impak pada diri kita bagi perbaiki diri dan tabah menghadapi ujian dari Allah. InsyaAllah.

 

1)      Doa kekuatan Iman

 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, aku pohon iman teguh pendirian dalam beragama”

 

2)      Doa Nabi Yunus surah Al-Anbia ayat 87

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ  

 

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang zalim"


2 comments:

  1. betul tu,kita kena bijak mengawa perasaan marah..kata org ikut badan binasa...

    ReplyDelete
  2. erm pengalaman nisah la kan.. kalo ikut perasaan kadang2 terlalu banyak kite kecewa.. dah le kecewa rase x puas ati tu memag slalu ade tau.. sedey sangat time tu..

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!