Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Sunday, January 29, 2012

NO...


frens, status ni nisah print screen dari 1 of my frens ....
last komen in the bottom tu adalah ayat yang lebih kurang bunyinya macamni la
"xpe nanti kat "sana" dia tahu la balasannya"

dan orang yang post ni, adalah seorang wanita, tidak bertudung, yang mewarnakan rambut perang (tp x tau la pewarna rambut tu halal ke tak kan)

sebenarnya, untuk hidup jangan kita cepat menghukum seseorang
meletakkan hukum setiap pembalasan seseorang,
kite pun manusia biasa, tak layak nak menghakimi
samada die berdosa dengan meminum minuman haram atau tidak
biar Allah yang menentukan, sbg Muslim, kite la yg patut menyedarkan mereka ni
termasuklah wanita tersebut, die seorang wanita.
pastinye dia tahu hukum sorang wanita memakai tudung (x menutup aurat)
bukankah kita sedia maklum, hukumnye?
bukankah tempat mereka yg berdosa adalah di dalam neraka?
jadi, apalah beza antara dosa pakcik2 tu yang meminum carlsberg dengan wanita yang tidak menutup aurat tersebut?

sungguh, ajal itu datang tidak mengira usia,
usah melihat kesilapan mereka.. tapi lihatlah & perbaikilah kesilapan sendiri..

my cake chocolate moist

entry ini perlu di masukkan semalam
tetapi sengaja nak masukkan hari ni..
frens, pada entry smlm nisah ade bgtawu yang my chocolate cake in making
 Alhamdulillah, lepas masak cake tu, nisah sejukkan sekejap, sebb nak letak topping
chocolate melt , chocolate melt tu nisah beli yang dlm  botol tu je
senang . mudah . harga pon tak le mahal sgt kan..
bahan-bahan untuk buat kek,
untuk kek nisah kali ni, nisah tak masukkan telurr, sengaja tak masukkan telur ..
nak tengok apa jadi kek kalo tak masukkan telur,
erkk memang tak jadi pape pon,
biasa je, kek nisah jugak tak menggunakan mentega or marjerin
nisah gune minyak sayuran je (hehe lebih sihat)

even tak masukkan mentega or marjerin or telur
kek tu memang tetap moist, bile makan tetap soft & ermm nyummy, 
sukar nak bgtawu betapa lembutnye..
heheh terasa le jugak mcm mkn kek chocolate kek secret recipe
walopun tak serupa hampir sama pon bole la..
maklumlahhh, kat Langkawi kan xde SR uhuk uhuk uhuk..
ready untuk di kukus 
okeh, dah masuk dlm kuali.. tunggu masak ye 
inilah hasilnya 

errr blur plak, ini adalah sepotong kek
sedia untuk di makan
kek chocolate nisah,
pada sesiapa nak mencuba kek ni, sila jemput ke rumah ye..
dalam masa sekarang ni masih tinggal 3 potong..
sila datang sebelum my hubby bgn tido
sebab bile die dah bgn, yang tinggal cume pinggan kosong sahaja

hehehehe sekian, terima kasih.

Saturday, January 28, 2012

my lunch on 28hb. Jan, 2012

hehehe Blue Guy Smile (S) masak tengahari sudah selesai, 
hari yang indah, percutian yang pendek
maka masak pon kena la simple , senaang yang ponteng sodapppp
oleh yang demikian, menu yang dirancang sejak pagi2 lagi adalah
KARI IKAN TERMENUNG
untuk pengetahuan semua, Kari Ikan ini adalah menu pertama yang nisah belajar memasak
1st resepi yang mak nisah ajar, adalah Kari Ikan Termenung
bahan-bahan masakan kari ikan termenung
ingat lagi, masa tu umur nisah dah berusia 11 tahun,
masa untuk bermain perlu di kurangkan, kerana mak bagitawu
"anak Dara kena tawu masak, nanti kawen senang"bangga diri
itu pesan mak, berkali-kali mak cakap, selagi ikan tu tak masak, selagi tak tawu masak
itu lah ayat yang selalu mak ulang, huhu meleleh taik telinga
tapi itulah MAK, kerana MAK nak yang terbaik utk anak-anaknya... 
kari ikan in making

tapi ayat tu la nisah bawak sampai ke hari, sekurang-kurangnya bile lapar je
dah tawu ape nak masak, nak makan.. x perlu susah payah nk kuar cari makanan
cuma perlu standby je bahan-bahan kat umah, teringat . bangun . terus masak . siap . dan makan. Ngakak (S) dan yang paling suke nya bila encik suami minta masak itu masak ini, dgn pantas nisah bangun & terus buat .. huh Alhamdulillah, tak sia-sia ugutan mak dulu
mak penah cakap "kamu cik, kalau tak bangun dan tutup tV tu, tengahari ni kamu makan tV"
erkkk tercekik tekak nisah time tu, uishh dahsat, "camne aku nk makan tV ni?" Takut (S)
tapi tu la ayat psiko mak untuk nisah belajar masak
Mak lah my Master Chef yang terbaekkkkk hebat


******************************************************************************
>>> kek coklat kukus, sedang atas dapur, ngeh ngeh ngeh 
menjadi jugak my chocolate cake petang ni 

******************************************************************************

hari sabtu (happy weekend day)

hari ini hari sabtu 28hb Januari, 2012.. huhu besday my dear sis Salina Sasliza
(happy besday sis 30th)
of course she will celebrate besday wif people his loved
then let her with them.. (^_^)
May Allah give them a full of happiness & peace..

so, pada nisah yang tak celebrate or any anniversary ni,
kena la duk umah ye.. menunggu my meoww balik 4 lunch
yang mana my meoww kuar dr pukul 7.30am sehingga sekarang tak balik2 ni.
atoiiii nasib anak sorang, kalo 5-6 ekor, pengsan ummi ni tau
kome gemookkk ummi jugak yg menjadi kurus sbb susah hati tau... 
memandangkan my hubby tengah lena, jadi sebagai surirumah separuh masa ni
di hari2 cuti ni la kena siapkan ape yg tak siapkan..
1. basuh pakaian
2. cuci bathroom
3. mop umah
4. wajib buat ni >>> memasak utk lunch, makan petang & makan malam
5. melepak depan tV
6. mengadap en Lappy
7. melayan FB or Miz Blogspot

ateee tu je koje yang ade, layan je le ye....
kome-kome sume ape plannye?

huhu nisah mmg dh plan nk masak 4 lunch, tapi entahlah.. menu dah ade, tapi bergerak nk g beli bahan tu yg tak gerak2 ag ni haishhhh malas la pulak..
kang tak masak kang, lapo la plak ye.. maklumla my hubby ni, asal bukak mata je MAKAN, asal bukak mata je MAKAN, nasib baik den ni ha rajin ke dapur (ceh perasan le pulak ye)
ye le, idak rajin ke? org malam2 tido, nisah tung tang tung tang kat dapur memasak tgh2 malam, ate mane le badan idak naik kan?
hahhahahahha

walopun dlm kemalasan ni jugak, ade plan la nak buat kek coklat kukus..
my hubby dh mintak 3x kek coklat tu, memandangkan die suke sangat makan kek coklat
makanya, nisah pon kenala buat kek coklat, ptg ni atau ptg esk, tu tak pasti lagi, 
yang penting bahan-bahannya dah ade...

Gambar ini sekadar Hiasan Semata-mata
huhuhuhu hasilnya? tunggu je la ye...

Friday, January 27, 2012

tentang budak demok lagi???

ini la budak demokk kami.. debab tak???
okeh dear.. setelah nisah bertanya kepada my fren & my mom tentang kehilangan my meooww semalaman . okeh. ternyata kata-kata my hubby sama dgn my frens & my mom Musim Kucing Mengawanmenurut my mom said, kucing akn mula mengawan sewaktu bulan gelap, then nisah said to my mom, "but mom, at langkawi bulan sabit je, not bulan gelap" 
then terus my mom ketawa, then she said 
"iye, dia mengawan, dia akn stop bile bulan penuh, so sementara nak ckp penuh bulan dia akn terus mengawan sehingga dia preggy"

erkk..my meooww so bz 
oo now i faham, ternyata kata2 my mom, my fren & my hubby is true coz my hubby ternampak my meooww berkepit gan kucing jantan. maknanye meooww takde kat umah sebab nak cari pasangan bukan sebab nak lari.. huh lega sket hati den.. takdo la susah ati ni eh, makan pon konyang tido pon leno alahai si meooww ummi..

macam smlm, when we came back from opis, my meeooww still not in home but my feel so release, not worried anymore coz nisah dh tawu the reason my meooww like that.. it ok, just leave her.
ummi!! silau arrrr

but after nisah siram pokok bunge my hubby balik dr kedai, then kami pon lepak kat luar.. tetiba nampak my meooww sedang berguleng-guleng di atas pasir rumah orang sebelah, yg pasti di sebelahnya ada seekor kucing JANTAN. oh NO!!
cantik menarik tertarik ku memang de'bomb

then nisah pegi kat meoow, ajak die balik for dinner, she is so nice.. die ikut ckp, then nisah balik, tp tetiba die tersangkut, tak jalan kat belakang. then my hubby said "tu, kucing jantan halang meooww" opsss pulak!!! well nisah patah balik, panggil lagi sekali br la meooww ikut sampai rumah.. nisah bg mamam, now di waktu ini meooww sedang terbongkang & terkangkang tido tak tahu la die tido sebab "letih" atau kekenyangan.. hanya meooww je yg tawu... hehhehehe ... dan yang pastinya, selama ni my hubby, buka pintu sliding tu sikit supaya angin & meooww senang keluar masuk, tapi malam ni, my hubby tutup rapat pintu tu huhuhu takut meoww lari ke en hubby??? oh ye, malam ni, setakat 10.55pm meoww hanye keluar umah sekali je mungkin untuk buang poo poo, sehingga ketika ini meooww tido dengan lena, dan setakat ini tiada tanda2 meoww akan "hilang" seperti semalam. agaknya meooww sudah "dapat" apa yang meooww perlukan. Meoowww, Well Done!! (^_~)
ummi, meeoow ingin tido. meeooww ......

untuk memahami lagi tentang musin mengawan geng2 meooww, nisah mencari satu artikel tentang Musim Kucing Mengawan so ini la artikelnye.. semoga ia juga memberi fakta kepada anda juga (^_^)


>>>> Kebanyakan kucing betina akan mencapai tahap matang pada umur 6 bulan dan berulang setiap 2 minggu sekali sehinggalah mereka bunting. Kitar ini bermula dengan proestrus yang berlangsung antara 2-3 hari. Pada peringkat ini, kucing akan betina akan menunjukkan bahawa mereka sedia mengawan tetapi masih tidak membenarkan kucing jantan mendekatinya.

Tidak duduk diam, suara yang meninggi, geselan muka dan berguling-guling adalah antara tanda kecil peningkatan seksual kucing betina.


Setelah itu kucing betina akan mengalami tempoh estrus. Perlakuan sepertimana tempoh proestrus akan lebih menonjol dan pada peringkat ini kucing betina akan membenarkan kucing jantan mendekatinya. Jika tiada kucing jantan dan tiada sesi mengawan, estrus akan berlangsung sehingga 10-14 hari. Kemudiannya kucing betina akan berehat selama 2-3 minggu, sebelum kitar ini bermula sekali lagi.



Tempoh estrus yang berulang ini boleh memberikan tekanan kepada pemilik kucing kerana tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan atau menenangkan kelakuan kucing betina pada ketika ini. Ia juga turut memberikan tekanan kepada kucing itu sendiri kerana mereka tidak dapat mengawal keinginan untuk mencari pasangan pada tempoh ini. 


Kadangkala selera makan akan berkurang dan tidurnya terganggu ketika tempoh estrus. Semasa kucing betina dalam estrus, mereka tidak mengeluarkan darah (haid) sepertimana anjing tetapi akan mengalami perubahan terhadap tingkahlaku mereka. Perubahan yang biasa berlaku adalah:
  • Suara semakin meninggi

  • Berguling-guling dan berteriak

  • Meniarap di atas perutnya sambil bahagian belakang dianggkat tinggi

  • Kelakuan lebih mesra dan manja berbanding biasa

  • Sentiasa mencari jalan untuk keluar rumah

  • Kencing di luar kotak najis, biasanya pada permukaan menegak

Tempoh metestrus akan berlaku sehari selepas estrus. Pada tempoh ini, kucing betina akan menjauhi kucing jantan dan menghalaunya secara agresif. Kucing akan mengandung jika persenyawaan berlaku semasa proses mengawan.

Tempoh anestrus adalah tempoh terakhir dalam kitar estrous ini dan merupakan tempoh yang diam atau bertenang.<<<<<<

***************************************************************************************
note: gambar2 meoww di atas adalah gambar2 yang ummi snap after meooww take a dinner dia tadi, fresh dr ladang, ngeh ngeh ngeh 

********************************************************************************************

tak sanggup kehilangan dia

Ya Allah, smlm bile balik dr keje, tgk2 meooww takde kat umah..
nisah tunggu meooww dari pukul 6.30ptg sampai la pukul 8.30pm
meeooww tak balik2 ..
hati ni resah bagai nk luruh jantung ..
hati seotang ummi sgt risau tau, pas tgk cite Gemersik Kalbu
nisah keluar, kononya nk siram pokok
padahal tu alasan je,
sebenarnya nk panggil meeooww
nak jenguk kepala
mane tawu kot2, bole nmpk meoow tapi hampa..
Meooww xde,
sedeynye..
nisah masuk umah, my hubby tanye "ade ke meeoow?"
me jawab, "meooww xde"
hubby ckp, "xpe nnti die lapar die balik la"
then me jawab, "kalo ade org bg die mamam macamana?"
hubby jawab "kalo org bg, meooww mamam je la"

huh, geram gan jawapan tu, mcm sakit ati je :(

but dalam kul 8.30pm me keluar balik, baru je sampai ke pintu pagar
meeoow jalan dgn lenggang lenggoknye balik umah..
lega hati nisah, die balik then dia mkn.. duk kejap
die kuar balik ..

entah kenapa smlm meeooww asik keluar je umah, pastu balik lambat
then pg td me bgn kul 5am, me terus turun bwh cari meeoow, tp die takde..
me susah hati, me naik bilik, then kul 6.30am me turun lagi, cari meeoow tp die takde jugak..

sungguh me tak mampu nk terima hakikat meoow lari dari umah,
me naik atas, me ckp kat my hubby "meoow takde kat umah"
(sambil nisah nangis2.. hikhik sgt tak chumel)
me solat subuh, tapi bile me dlm rakaat pertama
tiba2 meooww masuk bilik kami & meeooww melintas depan me,
huh lega..
meoow menyendeng kat my hubby & me..
sambil mengiauuu, me tahu dia lapar..

tapi dalam sujud terakhir me & doa me
me minta pada Allah supaya tidak ambil meoow dari me & hubby
sungguh kami sayangkan die walopun dia tinggal dengan kami baru menjangkau 27hari..

me bagi die mkn, me tgk dia makan penuh dgn selera, agaknya die lapar sgt..
tapi me kecewa, lepas mkn meoow terus keluar.. me tgk je die keluar
hati me sedey kembali...

tapi tiba2 masa me bersiap2 nk g opis, dlm pukul 7.50am
me dgr bunyi mainan, dr atas me panggil hubby
"abang, meeoow dh balik ke? abg main gan meeooww ke?"
my hubby jawap "ye die dh balik, ye abg tgh main dgn die"
me, tarik nafas lega..

meoowww please jgn tinggalkan ummi ye sayang....

Tuesday, January 24, 2012

Ayah & Ibu

jom kite dengar lagu di bawah ni
huhu mengalir jugak airmata bile mendengar lirik lagu ni

besar harapan ayah ibu,
besar lagi kasih sayang mereka yang tidak ada sempadan..

Ya Allah kau makbulkanlah doa2 ku pada mereka
yang mengasihiku..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, January 23, 2012

perlu ke jadi menarik?

Daya tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza bagi kita semua. Tambahan itu, ayat popular daripada ayat ke-4 Surah at-Tin yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani isu di sekolah/university/kolej/pejabat, antara keluarga serta masyarakat, kita kadangkala terlupa yang kita ini mempunya daya tarikan yang unik.
Apakah kepentingan daya tarikan ini? Ada lebih ribuan jawapan kepada persoalan ini.
Ada yang mahu jadi menarik kerana beranggapan yang diri mereka tidak menarik daripada segi rupa dan perawakan. Mereka mahu memperkukuhkan daya tarikan pada diri kerana mahukan kawan dan penghormatan. Mereka mahu disanjungi oleh rakan-rakan dan masyarakat setempat dengan menempah nama melalui pelbagai aspek yang boleh menarik perhatian. Tidak kurang juga yang mahu menggunakan daya tarikan tersendiri untuk memenangi hati gadis atau jejaka idaman. Seterusnya daya tarikan seperti karisma juga amat penting dalam kenaikan pangkat di tempat kerja dan sebagai ahli politik, daya tarikan adalah antara senjata utama dalam memenangi hati pengundi. Bagi usahawan pula, mereka adalah wajah kepada perniagaan mereka. Seraya itu, usahawan yang menarik lebih mudah untuk membina jaringan atau network dengan pengedar, pengusaha lain yang boleh melakukan kerjasama, serta yang paling utama, para pelanggan. Pasangan suami isteri juga perlu sentiasa peka terhadap keterampilan serta daya tarikan diri kerana dari segi psikologi, perempuan suka akan kecantikan pada diri sendiri manakala lelaki pula gemar melihat perempuan yang cantik (ini memang tidak dinafikan).
Berbalik kepada soalan kita tadi. Mengapa Perlu Jadi Menarik?Berdasarkan perbincangan di atas, berikut merupakan antara manfaat-manfaat seseorang individu akan dapat dengan menyerlahkan daya tarikan yang sedia ada pada dirinya: -
1.      Keyakinan diri
2.      Kemantapan hubungan sosial
3.      Kunci kepada memenangi hati pasangan idaman.
4.      Kemantapan hubungan di pejabat
5.      Mengukuhkan pengikut atau “fan base”
6.      Memudahkan “networking” serta mengukuhkan “supply-chain” bagi usahawan.
7.;Menambat hati pasangan.
 Orang yang menarik ialah mereka yang yakin dengan kebolehan sendiri. Kebolehan dan keistemewaan ini amat luas definisinya. Ada yang menarik kerana rupanya yang kacak atau jelita serta susuk tubuh yang menawan. Tidak kurang juga yang menarik kerana bijak berjenaka dan peramah. Ada yang punya suara merdu serta memukau. Mereka yang berbakat dalam lakonan dan persembahan (showmanship) juga mempunyai ramai ikutan. Dalam erti kata lain, setiap seorang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bagi mereka yang kurang mempunyai keyakinan kerana beranggapan mereka tidak menarik, apa yang mereka perlukan ialah motivasi untuk mencungkil bakat serta keistimewaan mereka yang mungkin terpendam disebabkan persepsi masyakarat yang pelbagai. Ada individu yang memang mudah menonjolkan daya tarikan tetapi ada juga yang perlu lebih usaha untuk mencapai perkara yang sama. Allah itu maha adil dan bijaksana di mana hamba-Nya diuji dengan cara yang berlainan.

Akhir kata, kita perlu ingat bahawasanya kita ini menarik. Jika kita belum mendapat apa yang kita diidamkan walau dengan daya tarikan yang sedia ada, ini bermakna Allah mahu menguji kita dan meningkatkan daya kreativiti kita dalam usaha mencapai kejayaan. Wallahualam.


angin yang sama kita layari

Pernah dengar tak istilah ini:
The same wind blows on all of us… it’s how we set our sail (Angin yang sama meniup kita semua… apa yang membezakan adalah bagaimana kita melayarinya)
Sekiranya anda memahami istilah ini, anda memahami istilah sebenar kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak berjaya?Kesemuanya adalah keputusan pada diri sendiri.
  • Anda bertanggungjawab atas hidup anda sendiri dan anda tidak boleh mengubahkan diri anda selagi anda menerima tanggungjawab itu.
  • Anda juga bertanggungjawab dengan siapa atau apa yang mendekati minda anda. Mendekati orang yang salah atau kumpulan yang salah boleh berjangkit! :)
Kadang kala ianya berat, tetapi ianya adalah tanggungjawab anda ;)

Di Atas Dan Di bawah

Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.

roda.jpg

Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuh  tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.
Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik ;)

Sunday, January 22, 2012

korang penah di ambil kesempatan tak?

my dear frens, anda penah di ambil kesempatan tak? apa perasaan korang masa tu?
serius, hal ni sering terjadi kan.. dalam duk termenung siang2 tadi teringat pada seorang teman yang telah mengambil kesempatan ke atas nisah, pedih jugak bile teringatkan balik .. tapi. past is past, ....

Sekiranya anda seorang yang baik hati, dan lemah lembut, dan suka kesian kan orang… sesetengah orang yang tidak bertanggung jawab akan take advantage of you. That’s a fact.
Donald Trump pernah menulis

In business, don’t trust anyone! -Donald J Trump


If you are nice, *some* people will take advantage of you


Tak semua akan take advantage, tetapi, beberapa orang akan. Bagi nisah, ianya bukan kali pertama. Beberapa kali juga orang mengambil kesempatan keatas diri nisah. Dan sering kali ia dilakukan oleh mereka yang hampir dengan kita yang kita menganggap “kawan”. Dan setiap kali kita akan rasa down, frustrated, marah pun ada.

So, apakah penyelesaiannya? Adakah kita berhenti jadi baik, dan terus jadi seorang yang kasar, berfikir negatif, dan sombong? Just be a “not so nice”  person.

TIDAK!

Itu bukan jawapan dan penyelesaiannya.

Jawapannya adalah bersabar dan redha atas apa yang terjadi. Nisah yakin Allah SWT sayang sangat-sangat-sangat-sangat pada hambanya yang bersabar dan redha.

"Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman nisah, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, nisah yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada nisah!


So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smileSabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! 
Tetapi, sekiranya anda tak bersabar… tak redha… menjadi marah… dan sebagainya dan nafsu syaitan mula memenuhi diri, di situlah akan terjadi keadaan dimana lebih banyak perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga pula.

So, my advise for today- always-always-always be nice, tak kira segelintir yang take advantage of you. Pulangan yang lebih lumayan pasti akan diberi oleh Allah!