Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari.
Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita
rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti
seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun
yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki
tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan
yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika
Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk
diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat
seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan
antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan.
Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan
kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa
kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia
kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu
bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta
itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan
, derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!