ini la budak demokk kami.. debab tak??? |
okeh dear.. setelah nisah bertanya kepada my fren & my mom tentang kehilangan my meooww semalaman . okeh. ternyata kata-kata my hubby sama dgn my frens & my mom Musim Kucing Mengawan, menurut my mom said, kucing akn mula mengawan sewaktu bulan gelap, then nisah said to my mom, "but mom, at langkawi bulan sabit je, not bulan gelap"
then terus my mom ketawa, then she said
"iye, dia mengawan, dia akn stop bile bulan penuh, so sementara nak ckp penuh bulan dia akn terus mengawan sehingga dia preggy"
erkk..my meooww so bz |
oo now i faham, ternyata kata2 my mom, my fren & my hubby is true coz my hubby ternampak my meooww berkepit gan kucing jantan. maknanye meooww takde kat umah sebab nak cari pasangan bukan sebab nak lari.. huh lega sket hati den.. takdo la susah ati ni eh, makan pon konyang tido pon leno alahai si meooww ummi..
macam smlm, when we came back from opis, my meeooww still not in home but my feel so release, not worried anymore coz nisah dh tawu the reason my meooww like that.. it ok, just leave her.
ummi!! silau arrrr |
but after nisah siram pokok bunge my hubby balik dr kedai, then kami pon lepak kat luar.. tetiba nampak my meooww sedang berguleng-guleng di atas pasir rumah orang sebelah, yg pasti di sebelahnya ada seekor kucing JANTAN. oh NO!!
cantik menarik tertarik ku memang de'bomb |
then nisah pegi kat meoow, ajak die balik for dinner, she is so nice.. die ikut ckp, then nisah balik, tp tetiba die tersangkut, tak jalan kat belakang. then my hubby said "tu, kucing jantan halang meooww" opsss pulak!!! well nisah patah balik, panggil lagi sekali br la meooww ikut sampai rumah.. nisah bg mamam, now di waktu ini meooww sedang terbongkang & terkangkang tido tak tahu la die tido sebab "letih" atau kekenyangan.. hanya meooww je yg tawu... hehhehehe ... dan yang pastinya, selama ni my hubby, buka pintu sliding tu sikit supaya angin & meooww senang keluar masuk, tapi malam ni, my hubby tutup rapat pintu tu huhuhu takut meoww lari ke en hubby??? oh ye, malam ni, setakat 10.55pm meoww hanye keluar umah sekali je mungkin untuk buang poo poo, sehingga ketika ini meooww tido dengan lena, dan setakat ini tiada tanda2 meoww akan "hilang" seperti semalam. agaknya meooww sudah "dapat" apa yang meooww perlukan. Meoowww, Well Done!! (^_~)
ummi, meeoow ingin tido. meeooww ...... |
untuk memahami lagi tentang musin mengawan geng2 meooww, nisah mencari satu artikel tentang Musim Kucing Mengawan so ini la artikelnye.. semoga ia juga memberi fakta kepada anda juga (^_^)
>>>> Kebanyakan kucing betina akan mencapai tahap matang pada umur 6 bulan dan berulang setiap 2 minggu sekali sehinggalah mereka bunting. Kitar ini bermula dengan proestrus yang berlangsung antara 2-3 hari. Pada peringkat ini, kucing akan betina akan menunjukkan bahawa mereka sedia mengawan tetapi masih tidak membenarkan kucing jantan mendekatinya.
Tidak duduk diam, suara yang meninggi, geselan muka dan berguling-guling adalah antara tanda kecil peningkatan seksual kucing betina.
Setelah itu kucing betina akan mengalami tempoh estrus. Perlakuan sepertimana tempoh proestrus akan lebih menonjol dan pada peringkat ini kucing betina akan membenarkan kucing jantan mendekatinya. Jika tiada kucing jantan dan tiada sesi mengawan, estrus akan berlangsung sehingga 10-14 hari. Kemudiannya kucing betina akan berehat selama 2-3 minggu, sebelum kitar ini bermula sekali lagi.
Tempoh estrus yang berulang ini boleh memberikan tekanan kepada pemilik kucing kerana tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan atau menenangkan kelakuan kucing betina pada ketika ini. Ia juga turut memberikan tekanan kepada kucing itu sendiri kerana mereka tidak dapat mengawal keinginan untuk mencari pasangan pada tempoh ini.
Kadangkala selera makan akan berkurang dan tidurnya terganggu ketika tempoh estrus. Semasa kucing betina dalam estrus, mereka tidak mengeluarkan darah (haid) sepertimana anjing tetapi akan mengalami perubahan terhadap tingkahlaku mereka. Perubahan yang biasa berlaku adalah:
- Suara semakin meninggi
- Berguling-guling dan berteriak
- Meniarap di atas perutnya sambil bahagian belakang dianggkat tinggi
- Kelakuan lebih mesra dan manja berbanding biasa
- Sentiasa mencari jalan untuk keluar rumah
- Kencing di luar kotak najis, biasanya pada permukaan menegak
Tempoh metestrus akan berlaku sehari selepas estrus. Pada tempoh ini, kucing betina akan menjauhi kucing jantan dan menghalaunya secara agresif. Kucing akan mengandung jika persenyawaan berlaku semasa proses mengawan.
Tempoh anestrus adalah tempoh terakhir dalam kitar estrous ini dan merupakan tempoh yang diam atau bertenang.<<<<<<
***************************************************************************************
note: gambar2 meoww di atas adalah gambar2 yang ummi snap after meooww take a dinner dia tadi, fresh dr ladang, ngeh ngeh ngeh
********************************************************************************************
Aollollolo padan ler asyik keluar.. Aishh brtmbh le keturunan si Meowwwww!! ;)
ReplyDeletehuh, bertambah keturunan tak pe kak, ni yg ummi risau ni, 2-3 jantan kejor die sampai ke umah, sampe tutup sliding door. takut jantan2 masuk umah hikhikhik
ReplyDelete