Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, February 25, 2013

Jawapan Teka Nama

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

yeahhh kite dah ada pemenang...

eh bile masa pulak Nisah buat Giveaway????
 (mana ade buat. PROPA Je lebih !!)


sebenarnya, tak plan langsung nak buat teka teki ke ape ke..
entah masa menaip tu tiba-tiba terlintas nak bg something kat kawan-kawan yang sudi jengah ke teratak ni. Nisah mempunyai 5 komen setakat entri ini di taip.. Akhirnya, Nisah dah dapat 3 Jawapan terpantas yang tepat. Thanks pada yang sudi nak menjawab. Maaf ye, ada yang silap.. Tidak mengapa. Ada rezeki nanti, Nisah buat lagi teka-teki ye.. hehehhe


dah tengok gambar budak tecik 2 ekor ni ??
maka soalannya adalah..
MANA SATU GOKU & DOTI????

Dan peserta yang menjawab dengan tepat adalah seperti berikut 

<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>


itu lah dia jawapannya. 
Kiri :: GOKU  ||||||| Kanan :: DOTI



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> adik serta kakak kakak sekalian, sila emailkam alamat surat menyurat anda kepada alamat email Nisah : nisahidham@yahoo.comsegala maklum balas anda sangatlah di hargai. sekian, terima kasih.

Ada Yang Rindu Tak ????

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Tajuk yang sangat >PERASAN< kan kan kan....

ade yang rindu anak-anak ummi ke????
wajah mereka yang terbaru.
ummi snap malam tadi sebelum ummi & mereka tido.

masihkah mereka cumel????


cer teka cer teka. yang mana satu Doti & Goku.
3 pemenang yang terpantas akan menerima cenderehati yang jauh di terbangkan dari Bumi Langkawi..
ecehhhhhhhh .... >>jauh la sangat kan<<


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> ini bukan cubaan.. ini betul-betul....

Friday, February 22, 2013

Terima Kasih, Hanya Allah Yang Mampu Membalas Semua Kebaikanmu itu ...

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Selamat berhujung Minggu..
masih belum sempat melawat laman-laman rumah anda...
sedang mencari mood, perasaan, masa untuk menstabilkan emosi..
hehhehe >> ini semua poyoo !!!!! <<<

untuk Qasehnya Rania A.K.a CikSu. terima kasih tinggalkan komen tentang GiVeaWay tu.. Terima kasih banyak-banyak. Nisah tak sempat lagi singgah rumah Lobak Susu tu.. InsyaAllah.. Nisah pasti ke sana juga nanti. ...


Terima Kasih Buat http://shiemacma.blogspot.com terchenta.. 

keprihatinan beliau sangatlah buat hati wanita ini terharu.. menitis airmata ini...

belum pernah kami bertemu mata, bersms pun tidak pernah sekali. berbual-bual di talian pun tidak pernah. sekadar menjenguk ke laman antara kami, ikatan tercipta selama 5 bulan ini, belum lagi kami meraikan Anniversary.. namun, perasaan apakah yang telah meresap ke dalam jiwa wanita ini, terasakan dekat di hati. terlalu hampir dengan perasaan, merasa akrab dalam sebuah hubungan...
 walaupun hakikatnya kami beribu batu jauhnya. 

Beliau yang sentiasa ada, saat pena bisu ini menyuarakan rasa suka duka, tangis dan ketawa....
yang sentiasa ada, memberikan semangat semasa diri ini kecewa.
sentiasa ketawa bersama, berkongsi senyum bersama saat ketawa terlerai. bahagia. bahagia. bahagia.....

kehadiran beliau, yang yang tidak terancang. tidak di minta.
melahirkan sebuah rasa yang sukar di gambarkan pada hati sang kakak ini. Terima kasih.

Untuk Dia hey! Untuk Dia hey!!! (insert lagu Najwa/Sleeq disini) .... Buat Dia.. Buat Shiema... terima kasih dik.. kerana menjadi sebahagian dari kehidupan akak.. terima kasih, kerana menghadiahkan akak >>> entri ini ***mohon doa buat lya kak nisah ...

apalah yang akak ada untuk membalas untuk kamu??
sungguh, akak bukanlah berharta orangnya.
sekadar insan biasa yang tidak punya apa-apa.

Shiema, akak cuma ada kekuatan untuk mendoakan kamu.

maafkan akak, hanya itu yang termampu akak balas setiap budi yang telah shiema berikan... 

Terima Kasih. Terima KAsih ShiemaCMa....



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Ya Allah.. Kau berikanlah kebahagiaan Buat  shiemacma Jadikanlah dia dari kalangan Muslimah yang soleh, beriman, bertaqwa ke jalanMu.. berikanlah kekuatan buat dia, jadikanlah Dia diantara wanita yang berhak memilih pintu-pintu SyurgaMu yang dia kehendaki... Ya Allah, murahkanlah rezekinya. berikan kebahagiaan buat dia serta ahli keluarganya.. sesungguhnya Ya Allah, Engkaulah yang Maha Memberi, Maha Mengasihani.. Amin......

Arabic Font

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

buat anda yang terchenta.... (insert muke kesian kat sini!!)
alahai.. Nisah ni tengah cari Font Arabic.. punyela googling, tak jumpe lah...
bukan ape, nak install dalam PC, 

tapi sampai sekarang tidak bertemu lagi Font tersebut..

adalah jumpe beberapa font seperti 



: afarat_ibn_blady

: killigraphy

&

: ds_arabic



tapi ni semua bukan yang Nisah mahukan...

Nisah nak yang seperti Font >> Bismillah tu..

ada siapa-siapa tahu kat mana nak google??





(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
mood masih di bawah 0-0 positif & negatif . selagi urusan Dimo tidak selesai.

esok, ummi nak bawak Dimo for check Up - (dah nampak perubahan mata Dimo, dah kering...) 

makan pun dah banyak. Nak berkawan. tapi tu lah. adik-beradik malah ibu Dimo takmo dekat dgn Dimo. kesian juga tengok Dimo di buat tidak reti oleh Ibu & kembarnya. memula dulu ummi menangis jgk bile dorang buat Dimo mcm tu, tapi kena fikir juga, dorang kan haiwan je, manalah ada akal untuk berfikir kan. mungkin Dimo dah berbau lain. tu yang ibu die buat tak tahu je. 

yang Dimo pulak, asyik mengekor je dorang. tanpa jemu. walaupun setiap itu jugalah Ibu Dimo mcm marah Dimo. Dimo tetap nak mengekor. itulah Dimo. dah macam menagih kasih pulak. 

sungguhpun begitu. memula dulu, ummi risau sebab Dimo takmo makan. satu hari ummi lepaskan Dimo, haaa baru die nak makan. rupenye die tak nak berkurung. jadi, bila ummi ada di rumah ummi lepaskan Dimo dari bilik. bila ummi nak tidur @ pegi kerja . ummi masukkan Dimo dalam bilik. bukan sengaja nak kurung. tapi ummi takut kalau-kalau ummi lepaskan mcm tu je, risau Dimo kena cakar. Selagi Dimo tak Operation. selagi tulah ummi akan monitor Dimo.

setiap kali Dimo dtg cium ummi, duduk atas riba ummi...setiap kali itulah ummi akan usap dagu & kepala dia.. sambil2 tu ummi cakap2 kat Dimo. bila nak tidur, ummi jumpe Dimo. Ummi minta maaf dengan Dimo. mana lah itu adalah kali terakhir ummi jumpe Dimo. Ajal Maut, bukan hak kita tentukan. (ummi berasa bersalah kerana Dimo jadi macam tu, entah. sesekali ummi rasa ummi yang salah kerana tidak bertindak dari awal lagi.) 

ye.. Abi cakap, "ini dah takdir utuk Dimo, ujian buat kita. pasti semuanya ada hikmah. Dimo masih aktif, sihat . bersyukurlah, walaupun Dimo hidup tanpa sebelah penglihatan namun Dimo tetap aktif seperti dahulu. Takdir Allah sentiasa baik untuk kita.." >> Alhamdulillah Ya Allah, Engkau hadiahkan Dimo kepada kami. Hadiahkan mereka-mereka yang lain. mengajar kami tentang makna sebenar kasih & sayang.


Thursday, February 21, 2013

Allah Will Make Everything Beautiful

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)







(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Trust Allah, Sesungguhnya kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu.

Tuesday, February 19, 2013

My Blog Under BlogWalking

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

haaaaaaaa tajuk telah menerangkan sedikit pergerakan Nisah selepas ini
sehingga itu. Tidak ada apa-apa pun Entry dari Teratak Chenta ini sehingga proses Blogwalking selesai atau tamat.

Jika adapun, itu mungkin hanya kopi paste je.

sahabat..
Nisah nak menyinggah rumah kalian..
sudilah terima kunjungan tak seberapa ni ye..

tak sempat nisah beli ole2 dari perak..
oleh itu nisah datang rumah anda hanya tinggalkan tapak kaki je lah ye...
hehehhehe




(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> semalam ummi ambil Dimo dari Clinic, terkejut ummi tgk mata Dimo.  Apa yang pasti, ummi nak cepat2 Dimo besar, supaya boleh buat Pembedahan. setiap doa ummi. ummi hanya mohon agar Allah berikan ummi kekuatan untuk lalui semua ini. Semoga Allah lindungi Dimo, semoga Allah kurangkan sakit & derita Dimo, ummi mohon agar Dimo berada di bawah lindungan & rahmat Allah serta  Para Malaikat.. Ummi berserah & tawakkal kepada Allah. Ummi telah berjanji, apapun yang berlaku pada Dimo, ummi akan sedaya upaya buat sesuatu, ummi takkan sia-siakan Dimo. Walau apapun terjadi. Walau apepun..... Ummi  & Abi sanggup tanggung semua kos, selagi ada jalan untuk perubatan Dimo.. 
Dimo, bersabarlah.. bertahanlah.. kuatlah demi kehidupan kamu di masa akan datang...


[image-10.gif]
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Sunday, February 17, 2013

RinduKu Padamu...

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

dah lama nisah menyepi..
bukan tidak sudi. bukan pula menyepi diri..
bukan mahu meninggalkan teratak ini..

Terima kasih pada kawan-kawan yang masih jenguk ke teratak nisah..

thanks CMa shayanggg kerana bawakan akak cekodok bilis & kopi kaw awak tu.. .. walaupun tak sempat akak jamah, akak percaya pasti sedap rasanya... 

hampir 10 hari nisah tak berjalan-jalan di laman rumah anda,... bukan kata menyinggah meninggalkan sejejak dua, malah lalu depan laman pun tidak..

Nisah mohon kemaafan. maafkan Nisah ye.. kerana tidak balas kunjungan anda semua...

terima kasih juga pada yang bertanya
kemana hilangnya Puan Wifey ni...
terharu Nisah kerana BLog picisan ini menerima kunjungan dari rakan-rakan yang sangat prihatin..

untuk makluman anda semua,
Nisah bercuti di kampung...
Kami suami isteri Pulang ke MAnjung & Ipoh Perak..
berada di samping keluarga tercinta adalah momen saat berharga

maklumlah kami hidup merantau
pulang pun jarang-jarang je..
sesekali pulang ke kampung
perlulah mengisi masa-masa yang ada ini untuk keluarga tersAyang.. percutian pendek kami membuatkan nisah tegar meninggalkan laman teratak nisah sendiri ini termasuklah laman-laman anda...

sekembalinya Nisah di bumi Langkawi ni..
keadaan kesihatan Nisah tidak mengizinkan..
sudah mula selsema.. batuk-batuk..
badan pun terasa panas.. Alhamdulillah, tanda-tanda demam..
InsyaAllah, dengan kesihatan begini.. maka kuranglah & terhapuslah dosa-dosa kecil Nisah ini..

banyak Nisah terhutang dengan anda.
Nisah mohon maaf ye..
InsyaAllah nisah jejaki anda perlahan-lahan

"hutang emas boleh ku bayar
hutang budi ku bawa mati"



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> JAga diri semua.. semoga anda berada di bawah Rahmat Allah....

Tuesday, February 5, 2013

Busy.. Busy..

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
haishhhh bizi memanjang..
eh takdelah. bukanlah busy sangat. tapi memang tak sempat nak BW, cerita ada. tapi kena hold dulu. simpan buat beku.. esok-lusa bila free baru nyahbeku kan..

ni semua disebabkan nak bercuti. sebelum cuti kena siapkan semua report. lepas itu bolehlah bersenang lenang. oleh yang demikian, rushing like a bit crazy nak siapkan semua. 

bertambah pulak. bila terkenangkan si anak-anak bulus. 
Doti dah sihat sikit, mata pun dah nampak bulatnya.

sekarang yang ummi risaukan adalah si Dimo, mata kirinya menunjukkan seolah-olah tiada perubahan. sama aje. cume dia dah bole bukak mata je. (Vet kata, kalao mata Hitam dia tak kelihatan juga, mungkin dia bu**. itu buat ummi sedih. dan hal itu jugak buat ummi xde mood nak BW atau taip entry mcm selalu. ummi tak kisah nak jaga dia, tapi ummi kesiankan dia. macamanalah die perlu lalui kehidupan dia setelah hilang penglihatan? sedangkan selama ini dia boleh melihat. Ummi serahkan kepada Allah, hanya Allah yang mampu memberikan keajaiban kepada Dimo. Ummi, hanya mampu berusaha untuk memberi rawatan & berdoa sahaja.

Esok, ummi nak ke Clinic. Buat Checkup kat budak berdua tu. Since ummi pun nak balik kampung. Abi kate, suruh ummi cakap kat Vet tu, untuk masukkan Dimo dalam Ward. terjaga sikit makan minum / ubat-ubatnya. kalau bagi pada asrama, takkan dorang nak teliti jagakan... Harap-harap Vet terima Dimo masuk ward. 


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Nisah mohon maaf pada semua. yang tinggalkan jejak, yang tinggalkan komen, yang memfollow sini. Nisah notice semua tu, cuma Nisah xde mood plus banyak kerja. so tak dapat lagi balas kunjungan. InsyaAllah, bila semua dah reda, pelan-pelan Nisah ke rumah anda ye. adik-adik yang follow akak, InsyaAllah, nanti akak follow balik ye. Terima kasih jeguk ke Teratak Usang akak. Pada yang follow sebelum-sebelum ini, Nisah tak follow sebab Nisah xdapat Link Blog anda. Jadi, tinggallah link anda ye. Pelan-pelan nisah berjalan nanti. Terima kasih. will miss u all.. (^_~) . Do'a me agar semuanya baik-baik sahaja specially for my bulus kids..

Monday, February 4, 2013

Resah Yang Ku Ubah Dalam Kata..

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
hari ini Pn Wifey lambat keluar untuk berjalan-jalan.

xde mood..


entri pagi tadi tu Pn. Wifey autopublish je..
sebab dari semalam memang dah plan nak bawak si Dimo & Doti ke klinik..

Dimo tak makan dah 4 hari.
gara gara dia selsema. disebabkan selsema yang teruk membuatkan deria hidung die tidak berfungsi. Mata pulak tak bole buka. Jalan pun terhoyong hayang. Pee Pee pun merata-rata. Nasib baiklah ummi cuti, jadi bila nampak die pee pee, ummi terus bersihkan tempat pee pee.. Matanya tak bole bukak, ummi agakkan die sakit mata, sebab matanya merah aje.. memang dia tak aktif. duduk & tido je. pelan-pelan ummi suapkan dia milk bancuh & makanan dia ummi rendam dlm air.. sebab tiup tu kecik je.. kalau jadi cecair senanglah suap. malam tadi pun ummi terjaga pukul 3.30pagi, gara-gara terdengar suara Dimo yang nyaring tu. Then ummi bangun , bancuhkan susu & suapkan die.. agaknya die dah kenyang, die terus senyap & lena sampai ke pagi.. Vet, cakap tadi. rawat dengan ubat mata & antibiotoc + selsema. tunggu beberapa hari, jika mata Dimo tak baik. bawak ke klinik. tetapi Vet beritahu, jika rawatan tidak berjaya, berkemungkinan Dimo bole buta sebelah mata. agak-agak apa yang ummi buat tadi bila Vet ckp macam tu ??

ummi cakap kat Vet "Doc, please save my kittens, I would do anything, as long as my kittens back to normal. " (sambil menitiskan airmata) hehehe like drama kan, but my tears is sincere..

Si Doti pulak, ummi tengok dia pun macam hampir-hampir sakit mata juga, sebelum jadi lebih teruk macam Dimo, baik cepat2 bawak sekali. Vet check tadi. Doti cume kena jangkitan kuman kat mata. tapi sikit je. nasib baik bawak cepat. kalau tak, mungkin jadi macam Dimo. Doti takde masalah sangat. dia tu sangat aktif, dia bole makan, main sesuka hatinya dengan riangnya. cume sesekali je mata Doti tu kemerahan.... bila merah mulalah die tak menentu, asyik-asyik sapu mata, pastu berlari2.. pastu keluar air.. kang lame2 die okey.. pastu jadi balik.. hasihhhh 

ubat Dimo & Doti sama, kira share2 lah, Vet bagi utk 2 budak tu sekali..


Ummi tahu, ummi tak mungkin mampu melawan takdir Allah, perancangan yang telah Allah tetapkan. Namun, ummi akan terus berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Bukan ummi tak mahu mengalah pada takdir. CUma ummi mahu buat sesuatu, agar Allah tidak persoalkan kebajikan mereka di akhirat kelak. Andaikata, itulah takdirnya, ummi akan terima dengan hati yang redha.....





(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> To All Members, Nisah mohon doa kalian, agar mendoakan kesihatan untuk Dimo & Doti serta yang lain-lain. Ye, mereka sekadar kucing, nyawanya mungkin tidak penting bagi kalian, tapi nyawa mereka adalah seperti separuh dari kehidupan Nisah.. Tolonglah..... 

Apabila Ingin Mengata

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)


"Wahai orang beriman, Janganlah sesuatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolokkan lebih baik dari yang mengolok-olok........Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, Dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim"
Ayat 11 : Surah Hujurat

Jangan kita mengata orang lain sebab mungkin orang yang dikata tu lebih baik dari kita.... selalu ingat yang itu.. I always remind myself....


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"
Ayat 12 : Surah Hujurat

1. Prasangka 2. Mencari kesalahan orang 3. Mengata - macam makan daging saudara sendiri. Bayangkan kita makan daging mak kita... Allah tanya kita....suka ke?
Everytime nak kata atau fikir buruk kita bayangkan senario itu - mesti terdiam mulut tu... memang Al-Quran SANGATLAH mendidik jiwa...


Hakikatnya bila saya berkata begini bukanlah saya ni tak pernah mengata atau berfikir buruk tentang orang lain - tapi SAYA CUBA untuk tidak.... 

realitinya...
"Manusia diciptakan bersifat lemah" - Surah Nisa' bukan saya kata tapi Allah kata... Insanu Dhaifa...

Tapi ingat juga macam Surah Hujarat diakhirnya Allah menerima taubat kita - Allah itu Ghaffur - Maha Pengampun -
Al Maidah ayat 39 & 40
"Tetapi siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI - maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

"Dia Menyiksa siapa yang Dia kehendaki dan mengampuni siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu"


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Ameen... NO to prasangka dan berkata yang buruk... (^_^)
Yes to being nice to all humans...... no matter who... 


Sunday, February 3, 2013

ytelife2 - GA-2013

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Salam Muhibbah Di tengahari di hari Minggu..
anda sudah makan tengahari ?
Apa menu special anda?
mesti sedap kan....

bila perut kenyang, hati senang jiwa pun riang..
dah senang hati tu, meh ler join GA ni...
 syarat2nya ringkas. senang.

mana lah tahu kot-kot kite-kite ni di antara pemenang yang bertuah tu kan.. meh ler cuba...

KliK banner untuk terus ke Laman Umah empunya GA...


berikut adalah syarat-syaratnya... 
sila semak !! hehehhehhe
>>ayat poyo<<

 Syarat² nyer seperti berikut :)
  1. Wajib jadi FOLLOWER beliau..
  2. DAN LIKE [ https://www.facebook.com/TuppyThingy ] (TakDe FB pon BOLEH join)
  3. Tak Payah wat banner.. (tapi nisah buat jugak hehhe> sori empunya rumah)
  4. Lepas tu tag kat kawan² yang lain..
  5. Jangan lupa tinggal jejak anda kat dalam komen beliau ye...
  6. Due date, 28 Feb 2013 - Khamis.
 Pemenang berdasarkan :-
  1. 6 cabutan bertuah
Makne nye ada 6 hadiah...





(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Nisah telah di tagged oleh adik cumel shiemacma oleh itu Nisah nak tag.. ramai-ramai... meh ler join.. Kak Izan , Kak M , Sapeeja  dan mereka-merekalah.. ye.. ramai sangat yang nisah nak tag ni, makanya semuanya di jemput hadir bersama ye....

Saturday, February 2, 2013

Happy Sabturday Everybody

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

Selamat Hari Sabtu..
hujung minggu anda ke mana ??

kami duk umah jer..
InsyaAllah, minggu depan kami nak balik kampung.. bercuti selama 10 hari.. 
jadi kena kemas2 umah dari minggu ni..
berkira-kira nak antar budak budak ni ke asrama..
huhu tapi kos tinggi..

seekor RM8.00 x Hari = ...
RM8.00 x 9 = RM72.00
RM72.00 x 10 = RM720.00... huhuhu mahal kan.. harga ni boleh dapat 2 bulan belanja untuk dorang punye keperluan....

 tapi Abi kate, xde pilihan.. hantar jugak. tak tahu nak mintak siapa tolong jagakan..
lagipun anak ramai., sapa yang sanggup kan..
ada yang bagi cadangan, letak je kat luar. pandai-pandailah dorang cari makan. dorang kan kucing je. 
hurm hati ummi ni yang tak sanggup..
kesian dorang berpanas hujan di luar..
tak pernah ummi tinggalkan dorang kat luar, ummi pegi kerja pun dorang duk dalam umah.. takkan nak biarkan selama 10 hari ?? aduhhh macam tak sampai hati pula.

nampak gayanya, hantar juga lah dorang ke asrama. asalkan dorang selesa. mana tahu kalau-kalau dapat diskaun. sekor rm5.00 ke kan... kalau dah rezeki mesti tak kemana kan...

 >> ini adalah GOKU <<

>> ini ialah Dimo <<

ini Bibo.. Pic Bibo ada byk tapi semua blur.. susah nak snap pic Bibo...

>> Ini Doti (kembar seiras si Goku) 

Goku & Doti. Tido Bersama, main bersama.. "poo Poo" pun bersama... 

macamana ummi nak kenal yang mana satu Goku & Doti ?
haaa ummi tengok muke dorang..
kalau Goku matanya bulat & mukanya bersih
Doti pulak, comot-comot sikit. tu gara-gara xnak di bersihkan..
baru je letak atas riba, dah menjerit2 nak lari.. cane nak cuci muka??

Buah Hati Ummi, 
ni si Doti & Meoww dah habis makan.. 
dorang tengah "poo poo" hehehe 


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> kalaulah semuanya dah besar nanti..haishhhhhhh.....