Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, June 26, 2013

Solat Istiqa' (Mohon Hujan)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
sekadar perkongsian dan usaha agar jerebu akan pergi jauh-jauh. ramai yang bercakap tentang jerebu, sana sini. banyak juga aktiviti perlu dikurangkan untuk mengelakkan dari mendapat sebarang bentuk penyakit yang datangnya dari Jerebu. Haze, please go away.. far far away ..

Beberapa maklumat yang Nisah baca, Pihak kerajaan telah menghantar beberapa individu tertentu untuk memasukkan benih ke dalam awan agar ia dapat turunkan hujan . (sila betulkan jika nisah salah). Terima kasih kerajaan, kerana telah berusaha untuk menyelamatkan bumi Malaysia ini. Tetapi , alangkah bagusnya jika Kerajaan juga meminta seluruh Masjid yang terdapat di Malaysia ini melakukan Solat Istisqa secara berjemaah, semua orang turun padang. (Sila betulkan jika pendapat Nisah ini salah). Mungkin, pendapat ini tidak boleh diguna pakai. Oleh itu, apa kata kite lakukan ajelah Solat ini di rumah. Bersama Suami/Isteri/Anak-Anak tercinta. Sekurang-kurangnya kite juga mampu membantu Malaysia. Islam telah menggalakkan gara umatnya sentiasa bersabar , bersangka baik . Tidak lupa agar memohon kepada Allah, kerana dari Dia juga kita datang, maka kita kembali juga kepada Dia. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.

Jom kite tunaikan Solat Istisqa'

Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah SWT sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah SAW bersabda:

...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ

وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ...


…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah.

Oleh itu Rasulullah SAW telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakkan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalil pun yang mewajibkannya.

  1. Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.
  2. Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.
  3. Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.
  4. Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya iaitu dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.
  5. Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’. >> Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat.
  6. Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat).
  7. Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’. >> Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau halaman masjid yang luas.
  8. Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’:
Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ“
Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali

5) Membaca surah al-Fatihah

6) Membaca Surah al-Qur’an

7) Rukuk

8) Iktidal

9) Sujud

10) Duduk antara dua sujud

11) Sujud kali kedua

12) Bangun untuk rakaat kedua



Rakaat Kedua

1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ 
“Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali

2) Membaca surah al-Fatihah

3) Membaca Surah al-Qur’an

4) Rukuk

5) Iktidal

6) Sujud

7) Duduk antara dua sujud

8) Sujud kali kedua

9) Duduk untuk tahiyyat akhir

10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> perkongsian dari : SUMBER

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


7 comments:

  1. Alhamdulillah sejak petang semalam banyak kawasan kat KL dan Selangor yang hujan. Kajang pagi tadi 2am turun hujan.

    Rasanya kebanyakan masjid buat solat hajat minta dilindungi dari jerebu kalau tak silap.

    Pembenihan awan tu depa guna garam pada awan yg ada potensi untuk hujan (kena refer web yang berkaitan utk kesahihan).

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ditmpt akak dah mula hujan ;)

    ReplyDelete
  3. Sekarang pun nampaknya tempat kakak dah mula hujan walau taklah lebat tapi dah 2 hari ini dapat juga kurangkan jerebu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. LD semalam hujan sis..
    harap2 ditempat lain pun hujan akan menyusul..
    bagus sekiranya 1 negara mengadakan sholat Istisqa ni...

    ReplyDelete
  5. kat tempat akak baru mendung n guruh2, dan hujan sikit2..alhamdulillah harap ada kesan positif..

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg bermanfaat.. jom solat...!
    alhamdulillah.. hujan dah mula turun di beberapa kawasa.. syukran jazillan... ;)

    ReplyDelete
  7. Salam K.Nisah tumel tumel...

    alhamdulillah... berkat solat minta hujan,akhirnya hujan dah mmbasahi bumi yg brjerebu..
    cma sendiri tak dan lagi nk solat berjemaah dgn hubby.. huhu.. cuti..
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!