Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, June 28, 2013

Bila Hati Di Guris



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Salam JUmaat ... 


alt

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.



Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.


Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.



Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai’e.

Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> 
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada sesiapa yang dicintaiNya dan sesiapa yang tidak dicintaiNya, tetapi Allah SWT tidak memberikan iman kecuali kepada sesiapa yang dicintaiNya."

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


8 comments:

  1. Merenung diri kakak sendiri sebaik membaca N3 Nisah ini. Masih banyak yg perlu kakak perbaiki diri kakak ni. Harapan tetap tinggi tak mahu menyakiti dan kalau boleh pun tak nak disakiti.

    ReplyDelete
  2. kekadang kita tak sedar yang kita telah menyakitkan hati orang..Tetapi kita akan tersedar bila seorang itu mempersendakan kita...

    ReplyDelete
  3. salam Jumaat sis.
    biasa lah manusia kekadang takkan senang melihat kebahagiaan org lain..tuyg sibuk mengata..apa pun Allah maha mengetahui..Akak tak fikir sgt pandangan negatif org, apa yg lebih penting pandangan Allah pd kita..
    jgn sedih2 tau..

    ReplyDelete
  4. Aina sekarang cuba untuk lebih positif, setuju ia sgt menenangkan hati.

    ReplyDelete
  5. deqla hayati setiap bait kata2 nisah..nice sgt.. sebnrnya mudah saja kan.. tp kita yg tak nak pilih jalan yg mcm tu.. kadang2 tu nak jgk fikir negatif.. muhasabah diri utk lebih ke arah positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini cara positif untuk terima sesuatu..
      bila akak terlupa, akak akan rujuk semula
      buku tasawuf moden karangan buya hamka..insha Allah
      buku tu bagus..
      kadang2 bila kita baca al Quran dan tafsir kita akan dapat jawapan dari masalah yang kita hadapi, kerana al Quran itu mukjizat..

      entry ni membuka mata hati..

      Delete
  6. Salam K.Nisah Suweetttt like CandySugar Crush..

    ..
    ..
    ...
    kembang kempis hidung cma kontrol air mata yg bergenang..
    mmg ini yg cma alami..
    bila setan merasuk diri..kita kalah & lupa segala2nya..

    hmm..
    terima kasih kak..
    cma positif.. insyaallah...cma positif...

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!