Bersyukurlah apa yang ada..
Entry kali ini bukan nak memalukan sesiapa atau ingin
mengaibkan pada siapa-siapa yang berkenaan, hanya sekadar bercerita dan rasa
kesyukuran..
Semalan adalah sorang client datang ke opis untuk memohon
pinjaman peribadi
Mcm biasalah kan
, haruslah di isi borangnya dahulu, dan nisah pun hulurkanlah borang dan pen
kepada client.. tapi client tu diam je buat dunno.. dlm hati terlintas, eh die
ni tak reti2 ke nak isi borang. Erm rasenye cakap dlm hati ni kdg2 bole
menimbulkna buruk sangka kan ?
So nisah pon beritahu la, “encik, borang ni nak kena isi ye, nnti dah siap saye
double check ye” then orang tu pon ketawa and bercakap “maaf kak, saye tak
pandai menulis.. boleh tolong isikan tak?” saye jawab, “ohh ye ke, okeylah saye
isikan ye”
Datang lagi seorang, kawan dia yang sama.. pon sama jugak
mintak saya isikan.. semua yang saya isi dalam bahasa inggeris, so mereka dalam
wajah kerisauan bertanya kepada nisah apakah yg nisah tulis dlm English tu sbb
mereka tak tahu.. nisah pon terangkan pada mereka utk elakkan kerisauan..
Selepas nisah sampai di rumah, nisah terfikir.. betapa
bertuahnya diri ini, kerana mempunyai ilmu sedikit, tahu menulis tahu membaca,
berbeza dgn orantg-orang lain tidak tahu.. betapa bersyukur diri ini kerana
Allah mengizinkan nisah belajar untuk menulis, membaca dan sekaligus berada di
tahap sekrang ini.. betapa nisah harus berryukur atas segala-galanya kerana Allah memberikan nisah ruang untuk menimba ilmu yang tidak seberapa ini, ilmu
yang mampu nisah gunakan untuk membantu orang-orang seperti client nisah ..
Mereka, yang tidak tahu menulis atau membaca.. bukanlah di
antara orang yang malang
atau tidak di sayangi Allah, namun mereka juga lah bukan manusia yang tidak
tahu apa2.. walopun mereka tidak tahu mmbaca atau menulis, tetapi Allah tetap
sayangkan mereka dengan memberi peluang mereka berkhidmat di Majlis Perbandaran
Langkawi, walaupun hanya sebagai Pekerja Rendah Awam, dengan gaji RM1500.00. Bukankah bumi Allah ini luas, walaupun Allah tidak memberikan pelajaran tetapi Allah sediakan pekerjaan yang baik dan halal..
monolog cermin hati >> Jangan berkata Allah tidak adil, kerana Dia telah sediakan pelbagai bentuk peluang, dengan segala izinnya kita masih berada disini, tinggi dan rendah ilmu seseorang itu tiada beza disisi Allah, Iman dan Taqwa adalah jarak untuk kita. Allahualam...
hai akak :)
ReplyDeletetak sangka kan ada jugak org yang tak tau tulis tp tuh la yang boleh membuatkan kita terbuka hati dan minda untuk bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita ni.
Alhamdulillah~
hai dear :
ReplyDeletekan.. akak setuju dgn kata-kata awak.. bersyukurlah apa yg telah diberikan kerana setiap kite ada bahagiaannya.. :)