sejak meooww dah ada anak ni, terasa sunyi pulak bilik kami.. tiada lagi dengar suara manja dia mengeooww sambil mengelilingi nisah kat atas katil, dia akan keliling nisah sambil mengeeooww sampai la nisah bangun dari tido, tapi dah 6 hari tidak kedengaran suara dia,
biasa biasa kalao nisah masih tak bangun, dia akan jilat jilat tangan nisah sampai nisah sedar.. tapi sekarang tidak lagi.. kebiasaannya bila nisah dah bangun nisah akan terus masuk toilet, bile keluar akan nampak die duk kat depan pintu toilet, tapi sekarang tak lagi..
suasana menjadi lain, tidak seperti biasa... baru terasa sunyi tanpa suara dia di setiap subuh
rutin hariannya bertukar kini, dia kini tido bersama dengan anak-anaknya, ye la anak-anaknya mahukan dia berada di sissi, meowww kini telah menjadi ibu... (tak sangka, kadang2 tak percaya pun!!)
tetapi meooww hanya berubah rutin nya sahaja, tetapi dia tetap menjadi penunggu setia kami suami isteri, dia tetap sentiasa menanti kami setiap kali kami pulang dari kerja, dia masih manja seperti selalu, tiada apa yang berubah, cume dia sudah jarang berada bersama kami, kerana masanya dihabiskan dengan anak-anaknya..
pernah sekali, meooww keluar dari tempatnya, then dia g dapur untuk makan, dia baru je nak makan.. tiba-tiba anak-anak dia menjerit dari kotak, meooowww terus terpaku, (seolah2 memasangkan telinga & memastikan suara itu suara anak2 dia) apabila ia sudah pasti, die terus berlari ke arah anak dia, tanpa sempat dia makan.. ermmmmm "sayang dia kat anak dia"
kini meowww masih menanti nisah di setiap subuh, kalao dulu meooww menjadi "alarm" nisah, kini nisah kena mencari alarm lain, kalao dulu die suke terpacak kat depan pintu, tapi kini die terpacak di kaki tangga..
Meooww , dia masih seperti selalu, hanya menukar tempat penantiannya sahaja...
Meoowww walaupun dia sekadar seekor kucing, tapi dia tempat kami bermain
monolog cermin hati >> meoowww sangat sayangkan anak-anak dia, langsung tak bole anak die bersuara, berlari2 die tengok anak dia.. itu adalah seekor haiwan. Bagaimanakah sanggupnya seorang ibu yang membuang anaknya? mendera anaknya? adakah tiada kasih sayang atau belas kasihan pada anak-anak tersebut. Anak sebuah anugerah. Peliharalah mereka.. kerana seekor haiwan pun tidak sekejam itu...
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!