Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Tuesday, April 17, 2012

itulah dia~~

Kadang terasa penat dan serik nak menyayangi sesorang sampai tahap kite sayang dia sangat-sangat, sebab bile kite sayangkan die, kite curahkan kasih sayang sepenuh hati, berkongsi kisah suka dan duka, melayari hari2 yang gembira bersama.. namun kerana sedikit kata-kata yang terluka, terus hilang.. jauh dari sisi kite, sedangkan semasa hati kite terluka, kite masih berada disisi dia kerana tak mahu berpanjangan.. namun dia sebegitu mudah untuk  meninggalkan kite.. pelbagai soalan wujud dalam minda. Kenapa? Kenapa kasih sayang itu terlalu mudah diketepikan, die tinggalkan ?? atau kasih sayang itu tidak berharga lagi?

Kadang-kadang terfikir, tak mahu lagi kasih sayang itu, tak mahu sesiapa yang rapat dengan diri ini, cukup sekadar biasa-biasa, agar tidak kecewa,.. tapi kasih sayang anugerah Ilahi yang sangat berharga, sejauh mana kaki ini berlari, kasih sayang tetap bersemadi dalam jiwa. Tertanam tenggelam ke dasar hati.

Sehingga , luka yang ada kembali sembuh. Mengapa pada die kasih sayang itu terlalu murah? Tiada harga? Tidakkah tahu kasih padamu sangat dalam, sehingga diri ini mampu menangis saat kau berduka? Kesakitan yang kau lalui, terasa hampir dengan diri, sehingga diri ini berusaha mendapatkan apa yang kau mahu sehingga termampu? Bukankah itu di lakukan atas dasar kasih sayang kepadamu? Apakah kurang curahan kasih sayang ini? Sehingga kamu melupakan diri ini semudah ini.

Lembutkanlah hatimu, kerana diri ini masih ada kasih sayang yang tidak pernah bersisa..



(^_^) monolog cermin hati >>"Cintailah mereka dengan sederhana, boleh jadi engkau akan membencinya pada suatu ketika. Dan bencilah orang yang engkau benci dengan sederhana, boleh jadi engkau akan mengasihinya pada suatu ketika." (Hadis Riwayat At Termizi)

dalam hati tiada benci, namun yang ada cuma kasih sayang yang tidak akan berpenghujung~~






Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!