Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, April 4, 2012

jangan putuskan silaturahim

Bersyukurlah apa yang ada..

Entry kali ini bukan nak memalukan sesiapa atau ingin mengaibkan pada siapa-siapa yang berkenaan, hanya sekadar bercerita dan rasa kesyukuran..

Semalan adalah sorang client datang ke opis untuk memohon pinjaman peribadi
Mcm biasalah kan , haruslah di isi borangnya dahulu, dan nisah pun hulurkanlah borang dan pen kepada client.. tapi client tu diam je buat dunno.. dlm hati terlintas, eh die ni tak reti2 ke nak isi borang. Erm rasenye cakap dlm hati ni kdg2 bole menimbulkna buruk sangka kan? So nisah pon beritahu la, “encik, borang ni nak kena isi ye, nnti dah siap saye double check ye” then orang tu pon ketawa and bercakap “maaf kak, saye tak pandai menulis.. boleh tolong isikan tak?” saye jawab, “ohh ye ke, okeylah saye isikan ye”

Datang lagi seorang, kawan dia yang sama.. pon sama jugak mintak saya isikan.. semua yang saya isi dalam bahasa inggeris, so mereka dalam wajah kerisauan bertanya kepada nisah apakah yg nisah tulis dlm English tu sbb mereka tak tahu.. nisah pon terangkan pada mereka utk elakkan kerisauan..

Selepas nisah sampai di rumah, nisah terfikir.. betapa bertuahnya diri ini, kerana mempunyai ilmu sedikit, tahu menulis tahu membaca, berbeza dgn orantg-orang lain tidak tahu.. betapa bersyukur diri ini kerana Allah mengizinkan nisah belajar untuk menulis, membaca dan sekaligus berada di tahap sekrang ini.. betapa nisah harus berryukur atas segala-galanya kerana Allah memberikan nisah ruang untuk menimba ilmu yang tidak seberapa ini, ilmu yang mampu nisah gunakan untuk membantu orang-orang seperti client nisah ..

Mereka, yang tidak tahu menulis atau membaca.. bukanlah di antara orang yang malang atau tidak di sayangi Allah, namun mereka juga lah bukan manusia yang tidak tahu apa2.. walopun mereka tidak tahu mmbaca atau menulis, tetapi Allah tetap sayangkan mereka dengan memberi peluang mereka berkhidmat di Majlis Perbandaran Langkawi, walaupun hanya sebagai Pekerja Rendah Awam, dengan gaji RM1500.00. Bukankah bumi Allah ini luas, walaupun Allah tidak memberikan pelajaran tetapi Allah sediakan pekerjaan yang baik dan halal..


monolog cermin hati >> Jangan berkata Allah tidak adil, kerana Dia telah sediakan pelbagai bentuk peluang, dengan segala izinnya kita masih berada disini, tinggin dan rendah ilmu seseorang itu tiada beza disisi Allah, Iman dan Taqwa adalah jarak untuk kita. Allahualam...




4 comments:

  1. Insyaallah kita pjgkan silaturahim sesama kita merentas laut&gunung ganang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga ukhwah terjalin berkekalan ye kak... :)
    orang kate, biar jauh di mata,asal dekat di hati (^_^)

    ReplyDelete
  3. sama2 kita menjaganya.. moga kita mendapat keberkatan & keredhaan dariNYA..

    ReplyDelete
  4. Nureen: ye, setuju.. kefahaman antara dua pihak perlu di jaga, ada yg terlebih & terkurang itu perkara biasa (^_^)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!