Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
BANTUAN KEMANUSIAAN #We Care
Befrienders KK bersama Akif Jaya Sdn Bhd sedang menyelaraskan kutipan barang-barang keperluan untuk para penduduk Lahad Datu yang terpaksa berpindah ke tiga pusat pemindahan sementara ekoran pencerobohan pengganas Sulu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu mengedarkan semua keperluan yang diderma ke pusat-pusat pemindahan sewajarnya.
APAKAH YANG DIPERLUKAN?
1. Baju Kemeja, Selipar, Sandal untuk kanak-kanak dan orang dewasa (baru atau terpakai, jika terpakai, sila pastikan dalam keadaan bersih dan boleh dipakai)
2. Tilam, Bantal, Selimut, Tuala (Baru)
3. Sabun mandi, sabun pencuci, syampu, berus gigi, ubat gigi
4. Tuala Wanita
5. Gula-gula untuk kanak-kanak
6.Pensel warna atau crayon untuk kanak-kanak
TEMPOH PENERIMAAN: 12hb – 15hb Mac 2013, jam 9 pagi – 5 petang (waktu pejabat)
PUSAT PENERIMAAN: Tingkat Bawah, Wisma Wanita, Jalan Tuaran, KK
PENDERMA BOLEH MENGHUBUNGI NOMBOR BERIKUT PADA MASA PEJABAT (9 PAGI-5 PETANG):
1. Cik Hanaa (Befrienders KK) : 011-26693282
2. Cik Jessie (Befrienders KK) : 016-8207561
3. Cik Frederica (Akif Jaya S/B): 014-6587853
Sila hubungi sesiapa yang bernama di atas sebelum penghantaran barang-barang.
Semua barang-barang yang didermakan mestilah didalam keadaan baik. Sumbangan wang, makanan atau minuman tidak diterima.
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, “Apabila Nabi SAW didatangi kepadanya oleh orang yang memerlukan pertolongan, baginda menghadap kepada sahabat-sahabatnya yang sedang duduk bersamanya lalu bersabda, “Bantulah dia sencaya kamu akan mendapat pahala, dan Allah akan menyempurnakan atas lidah nabinya yang disukai”.
salam k.nisah....
ReplyDeletealhamdulillah..tenkiu for sharing..
semoga ramai yg tampil membantu..
Baiknya hati Nisah share info ni...semoga ramai yang tampil mmbri bantuan...
ReplyDeleteGreat job Nisah..moga usaha kita serba sedikit dapat membantu mereka D sana..
ReplyDelete