Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)
Surah Al Insyirah.. atau lebih mesra di kenali surah Alam Nasyrah.
Ya, kadang-kadang apabila kita menyebut tajuk setiap satu surah, kadang-kadang kite mesti blur-blur, jadi lebih senang menggunakan bahasa mesra alam hehhe..
(nak insert cerita masa kecik dulu : dulu masa kecik2 Pn. Wifey belajar solat kat sekolah, Ustazah suruh baca Surah Al Ikhlas, uhhh pudar muke masa tu, sbb tak tahu nak baca. tapi bila Ustazah cakap " Nisah baca surah Qulhuallah HuAhad" masa tu laju je membaca.)
>> pernah tak anda mengalami situasi di atas ??? ngeh ngeh..
mari berbalik kepada topik kita. (hari ini ayat seolah skema poyo kan??)
umum antara kita telah mengetahui bahawa Surah ini hanya mempunyai 8 ayat sahaja. Dan surah ini sering di jadikan sebagai bacaan ketika solat.
di sebalik Surah yang pendek ini, ia mempunyai makna yang sangat dalam serta fadhilat-fadhilat yang memberi kesan dalam kehidupan kita seharian.
Di sini, Pn. Wifey nak kongsi sedikit tentang fadhilat Surah Al-Insyirah @ Alam Nasyrah.
Jika anda masih belum mengamalkan, maka marilah kita mengamalkannya bersama.
kerana Pn. Wifey pun baru sahaja mengamalkannya beberapa hari yang lalu. (^_^)
Rasulullah pernah bersabda kepada sahabat-sahabat baginda, "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Maksud Surah Alam Naysrah:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan . (ayat ke lima ini sangat sesuai di bacakan sebagai amalan keluarga.. seperti membacakan surah ini kepada Suami, agar beliau sayanggggggggg selalu.. bacakan pada ubun anak-anak supaya mereka tak notty2..)
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Banyak fadhilat yang boleh didapati dari surah ini. Antaranya:
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Selamat pagi Nisah..Allahuakbar..begitu banyak manfaat ayat2 suci ini..tq nisah
ReplyDeleteSalam Kak Nisah Montel Montel...
ReplyDeletehuhuhuh... Jazakallahu khairan khatira ukhti..
lebiu..lebiu...
surah ni cma dah hafal.. tp bila time nk baca mesti lupa yg last2 tuh... huhuh..
*surah ni jgk cma amalkan buat pelembut hati seri & faiz..(nakallllll) dah cuba beberapa kali..tp masih xde kesan lg.. ummi kena istiqamah lg nmpknye.. huhuhu..
tenkiu sis :)
@♥ Cmª shIemª ♥
ReplyDeletetak pe dik.. kadang-kadang Allah lambat makbulkan keinginan kita bukan kerana Dia tidak sayang, tapi kerana CintaNya ada kita, melihat ujian yg di berikan. samada kita bersabar atau tidak. semoga Ummi Cma berjaya nanti .. InsyaAllah....
amin... amin... lebiu sis :)
DeleteAlhamdulillah..perkongsian yang bagus =)
ReplyDeleteMenurut Syeikh Ahmad Ash Shaawy, "Barangsiapa mewiridkan surah al Insyirah sebanyak 10 x, pada tiap2 selesai solat lima waktu, maka In Sya Allah akan dimudahkan segala urusan dan rezekinya."
ReplyDelete