Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, March 28, 2013

Henpon TU masuk ke Laut Ajelah !!!!! - Part Three (Final)

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

setelah dua episod berlalu. maka entri ini adalah entri final untuk kisah tajuk diatas . Dan ternyata, datangnya dari manakah ayat 

Henpon TU masuk ke Laut Ajelah !!!!! 


baiklah. maka entri final ini lah yang akan menghuraikan makna di sebalik perkataan di atas.

>> kami bertunang selama 8 bulan . 
8 bulan pun rasenye mcm 8 hari . tak sempat nak duk lepak2 . lepas majlis bertunang . terus siap2 plan untuk majlis pernikahan yang akan berlangsung pada 26hb. Mei. 2007.

apabila Majlis Perkahwinan selesai. Kepenatan . Kegembiraan . Kebahagiaan. Kecintaan . Dan Kesyukuran ke hadrat Ilahi, Dialah yang telah menyempurnakan Majlis tersebut. walaupun ada kekurangan. Alhamdulillah. itu adalah lumrah . 

here. kehidupan kami suami isteri bermula . mula berpindah ke rumah . kami sepakat untuk tidak tinggal bersama keluarga . walaupun begitu , kami tinggal selang dua pintu je dari rumah my mertua. tak mengapalah . bukan serumah kan . kalau serumah tu, mungkin tidak sesuai dengan jiwa saya ini . 

>>>> adat rumahtangga. ada masa tenang . ada masa bergelombang . itu biasa. tiada yang luar biasa. ini kehidupan . bukan cerita Cinderella . atau Novel cinta yang jalannya sekadar berada di Taman Bunga . betul kan ???

aduhai enche suami, sikapnya yang selalu aje komited terhadap kerja . bila dah start buat kerja, Isteri kadang-kadang di lupa . Tidak hairanlah atas sebab itu die sangat disayangi oleh majikannya. 

Enche Suami, kerjanya dahulu "Tukang Repair Kapal" sekarang "Tukang Bina Kapal" - bila dah sebut Kapal , mesti lah kerjanya berada  berdekatan dengan LAUt, saya ULANG. BERADA DI LAUT. kalau dahulu dia repair & bina kapal untuk TLDM . apabila dia di tukarkan ke Langkawi, die bina & repair Bot Maritim pula. Maka LAUT jugaklah kami berada . Langkawi kan... 

"bila die komited gilerssss dgn kerja dia". sampai isteri call pun tak reti-reti nak pick up. isteri antar mesej pun die tak reply . cer bayangkan si isteri ini bile enche suami buat mcm tu "saket hati" ohkey. mendidih, menanah, menggelegak hati beta ni . " 

sekali call tak angkat , dua kali call pun x angkat . anta mesej pertama tak reply . yang ke dua pun sama . pastu . lepas tu dengan Nada yang geram , lalu mulut ini berkata sorang-sorang 
"kalau tak reti nak angkat tepon, henpon tu masukan kat laut ajelah. kan senang. tak payah pakai henpon. hati pun tak sakit. paham taakkkkkkkk?????????"

(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
namun, setelah hampir 6 tahun kami melayari bahtera perkahwinan, Pn. wifey mula belajar dan sedar . Di dalam kehidupan rumahtangga. kite perlu banyak memahami situasi & keadaan. belajarlah bahawa bukan semua yang kita inginkan akan menjadi apa yang kita mahukan . Makin lama usia perkahwinan itu berlalu, maka makin banyaklah pengalaman yang kita lalui. Setiap satu hal yang berlaku, adalah guru kita yang terbaik. Maka, belajarlah dari setiap kesilapan yang di lakukan. Hidup ini ada pilihan. Pilih lah untuk bahagia . bukan membiarkan hati kita derita sendiri. kannnnn ????

Dan kini, apabila Pn. Wifey call, Enche Hubby tak pick up . Pn. Wifey cuma biarkan aje . lama-lama Enche Hubby yang call balik, walaupun setelah 5 jam berlalu . tak per. bersabar ajelah . kalau dia tak call balik pun. tunggu ajelah dia balik rumah. 

12 comments:

  1. erm! hubby kita ni mcm sama juga Nisah..jenis yg sgt komited dgn keja..mmg dia tak berapa suka bila kacau time buat kerja..hehe..tapi dia akan reply juga call/sms akak selepas itu..

    *betul tu Nisah..dlm perkhawinan kena byk tolak ansur.. tak semua yg kita harapkan akan menjadi..tapi belajar lah menerima segala kekurangan pasangan..itu lebih baik kan?..rumahtangga akn jadi lebih bahagia bila kita saling melengkapi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.. lepas kawen nisah banyak belajar untuk lebih matang.
      satu fasa yang agak sukar.
      namun ia berbaloi..

      Delete
  2. Owh sebab tu rupanya Nisah pindah ke Langkawi yek...

    ReplyDelete
  3. ooo nisah duk setempat dengan M..
    adat rumah tangga macam tu lah..
    yg penting toleransi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye KAk Tiha,
      kami sewilayah aje..

      yang penting , kerjasama hehhe

      Delete
  4. orang yang selalu di 'laut' biasanya sayang isteri...hehe..(ayat pujuk diri sendiri jgk ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. ye ke kak..
      pujuklah diri kak..
      kalau itu dah rezekinya hehehe

      Delete
  5. Salam, yg penting dia call/balik, bgtau kat dia hepi sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...
      ye, asalkan die semua okay.
      kite pun okay jgak....

      Delete
  6. salam kak nisah manje2.. :))

    huhuh..asik nk buang kelaut je henpon tu..ape kate bg kat cma.. dpt jgk cma guna.. muehehe..
    repair bot upenye... sabarlah wahai kak nisah yg comel lg cute.. marah2 nnti,kene cako ngan mimauu..taket tauu..

    betul tu kak..asam garam dlm rumah tangga buat kita semakin matang & memahami..
    sikap toleransi itu perlu..*walaupun kdg3 cma ni hulk jgk bila call x angkt.sms x brjwb*
    hehe..
    itulah sang isteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Cma Anjewww..
      adat rumahtangga..
      akak ni bila2 masa aje boleh bertukar menjadi macam2.
      kejap bole jd kucing, esok lusa jd doraemon. pastu boleh nobita.
      bole jadi iron lady, bole jugak jadi catwoman miahahhaa

      Delete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!