Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Tuesday, March 19, 2013

Ini Kisah Kami

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah.. kite berjumpe lagi !! (^_~)

maaf ye, gambar berulang

kami >> Pn. Wifey & Cik Mardhiyyah.. 
kami berdua anak bongsu, 

ramai yang kata muka kami hampir seiras.
Alhamdulillah.. orang kata jika ada seirasnya, mungkin ada keserasiannya. 

percaya tak?
walaupun anak bongsu sikapnya hampir sama, tetapi kadang-kadang kami tidak sebulu. serASI
sesekali si kakak ipar merajuk, si adik ipar bongsu ni akan memujuk.
sesekali adik ipar bongsu ni merajuk, si kakak ipar buat tidak tahu.
akhirnya si adik ipar ni jugaklah yang memujuk kakak ipar kan..
miahahhaa sungguh si kakak ipar ni tak nak beralah. 
(Insert sikap manja terlebih kan, walopun dah tua bangka, dah kawen, dah jadi kakak ipar sulung pun)


>> si adik ipar ni pernah bagitau.
"ishh kak long ni garang, kite tak nak kawan dengan kak long"
hehhee dialog masa adik ipar berumur 11 tahun....

tapi sekarang kami "best friend"
segala gosip-gosip mak jemah dia cerita pada kakak ipar ni..
mungkin kami ade keserasian sudahsebulu kot..

sebagai kakak ipar yang sulung, nisah perlu belajar untuk menjadi lebih matang & menampakkan ciri2 sebagai seorang kakak.. (ehem ehem, sebab ahkak ni kekadang tak berapa nak matang jugaklah kan...)

ingat suatu ketika dahulu, semasa me baru berkahwin.
beliau masih berumur 10 Tahun.. kecil. badan pun gemuk.
setiap kali hujung minggu pasti adik datang rumah, maklumlah rumah selang 2 pintu je.
tidaklah sunyi setiap hujung minggu. ada dia menemani tatkala enche hubby bekerja.
 mengimbas kisah kecil beliau,
teringat akan setiap memori-memori kami bersama.
adakala sangat nakal, adakala sanga baik,
adakala sangat manja, adakala sangat megada-ngada.

pada Nisah lah tempat die bermain,
rumah nisah lah tempat melepak.
dapur nisah lah tempat die mencari makanan.


semasa beliau kecil, Nisah layankan je die main patung, masak2.. 
tengok kartun Dora Explorer, WonderPet, Barbie, segala macam kartun Nisah layan..
ini termasuklah Doraemon, Sin Chan, Ultraman, Upin Ipin, SpongeBob, Cat Dog, Jimmy Neutron .. dan ... semua lah.. melepak bersama dia, yang kadang-kadang terlelap juga si kakak ni.

bila die dah meningkat remaja, Nisah menjadi seorang kawan..
mendengar setiap kisah cinta monyet beliau
adalah sebahagian dari topik perbualan kami..
sesekali Nisah menegur langkah remajanya.
Maklumlah, dia baru nak mengenali dunia luar.

pendapat Nisah, kita tidak bolehlah terlalu mengongkong.
biarkan dia melakukan apa yang dia inginkan, 
biarkan die memberi pendapatnya sendiri
memberi ruang untuk dia meluahkan jiwa remajanya.
disusuli dengan  bimbingan, nasihat dengan lembut . 
banyakkan dengan pendekatan Psikologi, 
cuba berada di tempat dia. (bukankah kita juga pernah berada di situ suatu ketika dahulu)

mendidik, bukan mengherdik.
mendengar bukan mencela
menasihati bukan memarahi.

sehingga suatu masa, si adik mula membeza-bezakan setiap cara & layanan si kakak..

beliau pernah berkata:
"kite suke cerita kat kaklong, kaklong tak marah kite. kaklong tegur pun kite boleh dengar, kite tak suke kakak (merujuk kepada Angah), Along, suke marah2 kite, sikit2 nak marah2. kite tak suke cakp dengan KakLang (merujuk kpd isteri alang a.k.a Mohd Imran), dia tu tak pandai. asyik nak main henpon jeeeee"
(insert rasa bangga sikit miahahhah >> ini semua poyo!!!)

pernah satu ketika, si adik memakai baju singkat
si angah & along terus marah kerana adik memakai pakaian tersebut
dan. kakLong nya pun kena marah jugak. itu adalah kerana. si kakLong yang bersetuju dgn pakaian tersebut.
bila si kakLong balik umah, kaKLong lah yg jadi Fashion Manager si adik, segala tudung, baju, seluar. adik akan ambil dan tunjukkan pada kakLong dahulu, kalao kakLong kate Okay, maka okeylah, kalau tak okey, adik akan tukar baju lain. (itu pasal bila adik pakai baju singkat kakLong pun kena marah jugak)

merajuk si adik kena marah, selepas itu mengepit ajelah adik di sisi kakLong. nasib lah masuk toilet pun die tak ikut kan... 

itulah adik, walaupun kami dulu selalu bergaduh
walaupun kami dulu selalu merajuk.
namun adik tetap adik.
dia tetap seorang adik yang lembut & dengar kata jika betul dengan caranya.
ADik, sikapnya seprti Nisah. jangan sesekali di hina, jangan sesekali di herdik. maka ke laut jugaklah perasaan ini pergi.

orang kata Adik ni malas.
tetapi bagi Nisah malas itu biasa.
kita lah orang2 tua ni perlu nasihatkan dia..
gunakan ayat "tolong" jika perlu. jangan mengarah.

adakala tercabar juga kemarahan nisah pada adik, 
ingat. pendekatan psikologi amatlah penting.. jadi nisah akan selalu menggunakan perkataan "tolong"

"adik, tolong kak long kemas bilik, sian ibu kemas sorang2"
"adik, jom tolong kakLong msk. cepat kite masak, cepat makan.. bole kite jalan2"
"adik, jom tolong kakLong angkat kain, kain byk lah . tak larat kakLong"
"adik, jom sama-sama mop umah nak, sian umah kite kotor"
"adik tolong sidai kain, adik sidai kain. kakLong masak. pastu kite g melepak dlm bilik ye"
"adiikkkkkkkkk.. tolongggggggggg ..... " (byk sgt lah kaklong minta tolong)

ape salahnya, kite merendah diri. tidak perlu mengarah.
Nisah sendiri tidak suka di arah. bagaimana hendak mengarah orang????



(^_~) Monolog Cermin Hati >>>>
itu kisah kami, kisah anda pelbagai ragam, gula & garam
masing-masing ada cara, lain anak, lainlah coraknya. ye tidak??

9 comments:

  1. beruntunglah jika dapat ipar duai yang sebulu dan secocok...

    kadang adang tu..bila nak minta apa apa dari kakak ipar sahaja baru buat baik...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak nisah...

    haha.. sama tang mata sepet tu :D
    cma baca ni pun rasa mcm nk sebulu meow ngan akak jgk.. hihih...

    alhamdulillah...
    semoga kemesraan itu kekal abadi..
    gaduh2 tu biasalah.. kata adek beradek kannnsss... :)

    ReplyDelete
  3. bestkan kalau ipar duai yang serasi...lebih harmoni perhubungan...suami dan mertua pun bahgia...
    moga perhubungan erat berkekalan...

    ReplyDelete
  4. kunjungan pertama, salam kenal..
    btw desain blognya lucu banget :)

    ReplyDelete
  5. Seronok klu ada ipar duai yang sporting & ngam.. boleh jadi geng..kan Nisah? :)

    ReplyDelete
  6. betul tu nisah..kita kena banyak guna psikologi..kerana pendekatan yang baik juga la seorang anak kecil akan menghormati yg lebih tua..bukan main hentam kromo ja cakap..sikit2 nak menengking..

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!