Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, July 15, 2013

06 Ramadhan 1434H - Pembuka Selera

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Salam Ramadhan buat sahabat semua .

P. Wifey tak berapa nak sihat .
Nak menaip pon macam tak larat . 
jadi, Pn. Wifey letak je gambar masakan ye kat anda.

sebenarnya ni Menu hari Sabtu yang lepas. 
memandangkan hari Jumaat ni buat menu tunjuk2 kat Bazar Ramadhan.
Jadi hari sabtu. gagahkan jugak memasak di rumah . buat yang simple2 je .

bile selsema & semput datang menyerang badan.
longlai rase badan .

Udang 3 Rasa - Udang tu Nisah goreng bersalut dengan Tepung Gandum sedikit. saje bagi rasa.

Kiri - Mix Vege with Suun
Kanan - Baked Bread Pudding 

Bread Pudding ni memang sedap. Pn. Wifey kopi pes Resepi dari Pn. ShiemaCma
ni resepi yang Pn. wifey kopi pes jer dari Blog beliau . Bookmark here for further reference.
sesape yang nak mencuba. pon boleh kopi pes jugak . 


Untuk Puding Roti :-
8 Keping Roti Kosong (Pn. Wifey buat 6 keping je)

(Bahan A)
300ml Susu Cair 
(Pn. Wifey tambah bersama dengan susu tepung Nespray 3 sudu besar)
7 Sudu Besar Gula
2 biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanila
Sedikit Mentega



Versi cma..tp yang ni plain je. xde hiasan badam or kismis.. :p

Untuk Sos Kastard :-

1 Tin Susu Cair
2 Sudu Tepung Kastad
2 Sudu Besar Gula
(sos kastard ni Pn. Wifey tak buat)


Caranya :-

1. Sapu mentega dikeliling loyang.
Koyak roti kepada 4 bahagian,susun dlm Loyang ikut taste uols.

2. Blend bahan A sampai sebati.

3. Tuang Bahan A dalam Loyang yg berisi roti. Biarkan seketika.10 minit giteww.

4. Kukus diatas api yg sederhana besar selama 20 minit.

5. Siap.



Cara utk buat sos kastard:-

1. Bancuh dahulu semua bahan dan panaskan diatas api yg sederhana kecil.

2. Kacau sehingga sebati dan likat *ikut kepekatan yg uols nak*

3. Siap!

Pudding ni boleh dimakan samada versi sejuk dingin ke tekak atau versi suam2 panas.time nk makan tu, curahkan sos kastard keatas pudding roti tu..Nyummieh!!

Lagi sedap bila kita Hiaskan Dengan Taburan Kismis or Hirisan Badam sblm mengukus pudding roti tu..Nak letak hirisan Pisang dalam lapisan roti pun sedap! 

>> Pn. Wifey , taburkan kismis kuning dan kurma di setiap lapisan roti tersebut , lepas Pn. Wifey kukus. Pn. wifey bakar sekejap dalam Pemanggang Ajaib. saje nak bagi kaler tu gelap2 and garing2 sikit (^_~) <<<<  

Selamat Mencuba !!!




"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


11 comments:

  1. salam ramadhan..singgah ptg sini cari resepi..hee

    ReplyDelete
  2. sedapnye kak...tp sy xleh mkn udang la....

    akak,yg wallpaper tuh sy xsure la leh ke x s4...ce akak cri kat google play/play store pastu akak search I VLife-Super Q Dough...pastu akak install...kalo leh install dh ok la kak

    ReplyDelete
  3. Acik tak pernah masak udang macam tu..sedap ye..nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  4. Sy x pandai buat puding roti tu. pandai makan je

    ReplyDelete
  5. bunda pernah buat sekali puding roti tu, tapi tak bape nak jadi..pastu tak pernah buat lagi...

    ReplyDelete
  6. salam Ramadham sis..
    sedap2 menu berbuka tu...:)

    ReplyDelete
  7. tak nak tgk .. tak nak tgk.. tp dah tergk.. sedappnya.....

    ReplyDelete
  8. aduhh.. menggoda betul la tgk pic makanan nihh.. dah la deqla x sahur tadi.. huhuhuh... paling terliur tgk udang 3 rasa tuh!!

    ReplyDelete
  9. Mmmm nampak sedap tu...cantik ja bread puding tu yek..

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!