السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) .
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
rata-rata antara kita sangat mengemari menggunakan perkataan "HUkum Karma" yang mana maksud "perbuatan yang akan kembali kepada diri sendiri" . Malah pepatah English juga mengatakan bahawa "What goes around, comes around" . sebagai manusia biasa Nisah sendiri pernah menggunakan perkataan "hukum karma" dalam setiap laku yang menyakitkan/menyenangkan. Namun setelah membuat beberapa pembacaan, barulah Nisah tahu bahawa Hukum Karma ini sebenarnya bukan hukum Allah, yang perlu di jadikan kegunaan harian kita sebagai umat Islam. "hati-hati ketika menggunakan sebarang ayat jika masih tidak jelas tentang istilah yang sebenarnya"
Dalam catatan ini bukan niat untuk menghakimi TAPI Nisah ingin mengulas dan menerangkan apa itu Karma menurut Islam.
Allah Ta’ala berfirman:
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawaban.” (QS. Al-Isra’: 36)
Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan. Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.
Dari segi bahasanya..... Hukum Karma ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.
Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
Tetapi harus diingat !!!... Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.
Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.
Hukum karma/karmaphala adalah rukun iman di dalam agama Hindu. |
Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula iaitu lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.
Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.
Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.
Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.
Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.
Ok... maksud Kifarah ialah:
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Perlu kita faham....bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat...akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam...contohnya seperti maksud di atas dan...seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa...Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.
Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.
Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.
Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Al Imran, 3: 85)
Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”. (HR. Abu Daud)
salam nuzul al-quran
ReplyDeletesalam jumaat
singgah pagi
salam ramadhan,salam jumaat moga kita mendapat manfaatnya..
ReplyDeleteSebagai umat Islam sandaran kita adalah rukun iman yg jelas kena percaya pada qada' dan qadar. Setiap apa yg terjadi itu adalah ketentuan Allah. Soal karma itu kakak rasa kerena komuniti social kita yg hampir dgn negara jiran yg ramai mengamalkan kehidupan/budaya hindu ujudkan karma itu. Salah anggap boleh menggegar aqidah. Kita kena berhati-hati.
ReplyDeleteKaffarah Allah beri pada kita seperti sakit utk menghapus dosa kecil juga jauh dari perbandingan karma tersebut.Percaya pada re-carnation (dijadikan balik benda/binatang selepas mati) ternyata ini adalah syirik. Bersama kita renung dan fikirkan.
Salam pagi jumaat dan salam nuzul alquran..
ReplyDeletebetul apa kata KZ tu..budaya hindu selalunya mempengaruhi kepercayaan hukum karma ni...bagi kita orang islam ni bolih membawa kepada syirik ...mintak dijauhkan ..na'uzubillah..
Nauzubilah.. slalu jugak sebut hukum karma ni.. haihh.. apapun, buat baik dibls baik, kalo org buat jahat tu x pyh la bls jahat.. kita bls la baik2 je la.. in shaa Allah dia akn sedar.. thanks nisah sharing.. kalo tak , smpai sudah xtau la..ish.
ReplyDeletesalam 17 ramadhan nisah.. salam nuzul Al-Quran. ;)
Salam K,Nisah yg gebuuuuuu :)
ReplyDeleteYa.. inilah dia... cma selalu dgr org dok cakap 'hukum karma' hukum karma'.. padahal, mereka tidak tahu bahwasenya hukum karma itu perkataan tidak elok kita nk sebut... ape salahnye diganti dgn qada & qadar allah?
lagipun mendoakan yg tidak elok utk org lain pun dah kurang pahala..
terima kasih kak utk entri ni..pemahaman & pembelajaran.
ReplyDeleteSalam nisah somel ..:))
Wah nasib share benda ni..kadang2 pernah juga tersebut..lepas ni x leh guna dah.terima kasih kerana sudi saling mengingatkan sesame kita..:)
amboeh nnt soping di ipoh ye baju raya..? hehe
Terima kasih kak nisah atas perkongsian ni.. Rajin akak buat research pasal ni.. Kalau akak tak share, sampai sudah still tak berapa jelas kot pasal hukum karma ni.. Huhu...
ReplyDeletePasal minyak tu, memang mak saya buat untuk jual kak. Saya pun tiap kali balik kampung memang saya akan wat balik 2,3 botol buat stok. Sekali dengan satu lagi ubat herba turun temurun. Tu pun mak buat sendiri. Saya memang amal ubat tu selain suplemen2 lain.. Bangun pagi badan jrasa ringan jer, masalah senggugut pun dah hilang.. Alhamdulillah.. =)
Kalau akak nak beli nanti mesej saya ye.. 019-5327438 ^_^
Tq share nisah...info berguna ni. jarang org rajin bt research tentang hal ni.
ReplyDeleteYerima kasoh kak nisah share info yg sgt bagus nih...sekarang bru jelas pe mksud hukum karma tuh...sy slalu jugak dnga hukum karma memg berkaitan dengan agama hindu nih...Macam kita sebagai umat Islam kenalah percayakan Allah dan setiap perbuatan kita pasti ada balasan dr Allah...Wat kebaikan dapat pahala wat kejahatan dapat dosa...
ReplyDeleteteringat tajuk drama karma tu....selalu fikir dunia ni bulat,tak selalu akan berada kat atas.xkena kat dia kena kat anak2 cucu cicit dia...kalau macam tu boleh ke ye...
ReplyDeleteyaa...kalau masha ingat pulak klarma ni kialau kita buat kesilapan dgn segera kita akan dapat balasanyer...
ReplyDeletetakde la nak fikir pasal kelahiran semula tu...islam dan budha tak sama...
islam agama dari Allah,hindu pulak agama yang dicipta oleh manusia...
*kalau ada silap mintak perbetulkan eh...hehe
tq nisah
ReplyDeleteakak pun br tau
nasib baik nisah bgtau
Good sharing Nisah..ramai yg tak tau hal ni kan..
ReplyDelete