Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Wednesday, July 24, 2013

Dimo ..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

alahai kisah DIMO, Dimo ni sangat manja. imunisasi badannya agak kurang/lemah berbanding adik beradik yang lelain. tidak boleh silap makan. tidak boleh silap lepak. tidak boleh silap main. semua menda kena berjaga-jaga. *perwatakannya juga sangat manja* . sedang ummi menaip entri ni pon , terbayang-bayang wajah/gaya Dimo ketika kami berada di rumah (^_~) - sweetnya ..


baru-baru ni Dimo asyik menggaru aje kat bawah tengkuk & bahu dia. tak tahu lah apa puncanya. ingatkan luka sebab die bermain dengan abang2nya. huhu abang2nya pon boleh tahan lasaknya. Walhal, dorang pon bkn nya ajak Dimo main, hehe Dimo sendiri serah diri pegi main. kesudahannya, bermacam2 bunyi lah keluar. si DIMO pulak, bukan main susah nak keluar suara. *dia cuma bersuara bila dia dalam keadaan tidak sihat/tidak selesa* tak tahulah kenapa. dia diam je. kalau panggil pon dia tak sahut. tapi terus datang kat Ummi. Lagi satu tabiat si DIMO, die suke makan pasir litter box. kalau ummi nampak, jenuh korek balik pasir2 tu dr mulut  dia. silap hari bulan . NGAP!! dia geget jari ummi . sepantas kilat ummi ckp "adoi dimo!! sakit" .  Hal yang lain pulak. suka sangat mengeram dalam Litter box & bilik mandi. kalau senyap sunyi je kat bed die. confirm kat tempat2 mcm tu lah die lepak. geram jugak. sebab Bilik mandi kan tak elok untuk lepak. apatah lagi kat LITTER BOX tu?? itu lah DIMO, diamnya pon sungguh berisi. "berisilah sangat" .

>> sambung cerita menggaru tadi. dah bertempek kesan garu DIMO tu. dah sapu ubat gamat. die perginya JILAT. dah cuci dengan air gamat. dengan selambanya dia JILAT air gamat. habis. bila nak baiknya. (kalau boleh ummi nak elak untuk berjumpa dengan vet supaya bahan chemical/medical bebyk masuk dlm badan DIMO, maklumlah dr umur 2 bulan, byk sgt ubat yang Dimo dah mkn) - itu lah ikhtiarkan minyak gamat. namun tak berhasil jugak. Sudahnya, Ummi bagitau Abi, nak bawak DIMO jumpe Vet. Bawaklah Dimo pegi jumpe Vet, Vet kata kesan garu tu ade bacteria/fungal (mana pulak datang ni) . tu pasal asyik garu ke. 

suke tak suke. kena bagi makan jugaklah ANTIBIOTIC kat Dimo, tetapi kali ni mudah sikit. Antibiotik berbentuk KAPSUL. ummi kena bukak kapsul ni. bahagikan kepada 4 bahagian . setiap satu bahagian sekali makan. tapi yang senang, setiap bahagian di campurkan dengan wet food Dimo. Alhamdulillah, senang sikit kerja ummi, sebelum2 ni Vet bagi tablet, kena suap masuk dalam mulut. (memang payah yang mcm tu) jenuh nak masukkan dalam mulut dia. (bertawaf serumah-dia lari). 


Vet jugak bekalkan syampoo Malaseb. ummi search kat google. malaseb ni untuk fungal. ada yang memandikan kekucing dengan syampoo ni, tp Vet sarankan semalam, ummi sapukan syampoo ni kat luka. Biarkan 10 minit. dan bilas.. (huhu 10 minit rasenye macam satu jam) - mana taknya, die asyik nak menjilat je kejenya.. (sabar ummi sabar) (^_~)




"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


14 comments:

  1. gitu la pe'el kucing kan, suka jilat. deqla pun jenuh gak letak ubat gamat kat kucing, mesti jilat.. mmg susah nk baik la mcm tu kan.. owh sng la kalo bentuk kapsul , letak kat mknn dia je.. kalo cecair tu yg payah..

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan # 15 nisah..
    nape ngan mata dimo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata dimo di buang. sebab masa kecik dulu matanya ada affection. tersembul keluar. jadi Vet buang sebab memang dh tak boleh digunakan lagi ..

      Delete
  3. salam nisah sayang..terima kasih kerana x jemu singgah ke blog kak intan walaupun kak intan jarang2 on9….kesiannya DImo comel n..semoga dimo cepat2 sembuh..

    ReplyDelete
  4. ooo dimo ni kirenye buta sebelah mate la yeak nisah..alahai kesihan....

    byk pahala nisah dpt sbb syg kan haiwan kesayangan nabi nieh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lieya, asalnya ada mata. cume masa kecik ada affection. tu yg kena buang mata sebelah. InsyaAllah.. terima kasih (^_~)

      Delete
  5. muga dimo cpt sembuh dan seisi keluarga nisah pun happy..

    ReplyDelete
  6. Salam K.Nisah cantik like Dimo..

    Hai dimo.. ummi awak ni jeless sbb lama tak tempek muke awak kat sini..ni pun reclyed yg lepas punye.. tlg gegetkan ummi mu tu ye.. miahahah.. :p

    alahai Dimo..Sian die tergaru2..sian jgk kat ummi yg nk kene pantau luka tu..
    harap2 lepas mkn ubat & bersyampuu Dimo Akan semakin sihat..

    apekehe dimo dok lepak dlm litter box tu syg oii....! lepak kat katil+tilam ummikan lagi besssshhhhh.. :p

    ReplyDelete
  7. Kesian dia. Rajin nisah bela kucing

    ReplyDelete
  8. Mieza baru2 ni anak kucing pun asyiklah duk menggaru sampai berdarah2 kepala & hidung.. Kepala sampai dah nak botak.. Mieza syak kurap.. Cepat2 taruk minyak ubat yang mak buat.. Alhamdulillah, 2,3 kali sapu skang dah elok dah.. Mieza tak berapa gemar jugak nak taruk ubat2 klinik ni, sebab kadang2 beracun.. Kucing mana tau duk diam kalau kena sapu ubat, kompem nak menjilat je kejenya.. Minyak yang mak buat ni kalau tertelan pun takpe.. =)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

Follow by Email