Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Friday, July 5, 2013

Seorang makcik Tua --

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

kelmarin , ada sorang makcik, naik ke atas opis Nisah. 

datang nak cari cucunya yang lari ikut seorang tomboy.
katanya, cucunya tu baru menjengah usia 14 Tahun. Budak Tomboynya pula kerjanya pembantu kedai aja. Apa yang lebih dan yang kurang si budak tomboy tu pun tak tahulah.

Rupanya, mak cik tu dapat tahu, si tomboy tu tinggal di sebuah rumah bujang (rumah kedai) . mak cik tu datang opis Nisah, sebab ingatkan kat 2nd Floor ade bebudak bujang. Dan Nisah pun bagi tahu makcik tu yang atas opis Nisah ni xde sape2, yang ada orang tengah ubahsuai , nak buat opis developer. Namun, nisah terperasan blok sebelah ada lah 2-3 orang budak bujang keluar masuk. namun tak cam pula muka bebudak bujang itu. Nisah bagitahu kat makcik tu, minta dia ke blok sebelah. kot-kot lah cucunya di situ. Sempat juga nisah pesan, jika tidak jumpa. lebih baik makcik buat laporan polis aja. 

Dengan wajah yang kecewa, mak cik tu bangun dari sofa, sambil mengalirkan airmata. 
sempat juga die berkata "terima kasih ye nak.. makcik nak pergi dulu cr cucu makcik ni, susah hati makcik ni. Maknya dahlah tak betul. sebab tekanan, die pulak lari ikut tomboy tu. makcik ni susah, di buatnya cucu mcm ni bertambah susah makcik" --- terkelu Nisah tanpa kata-kata. sebak. turut juga mengalirkan airmata. kesian mak cik ni, dek kerana sayang pada cucu sanggup meredah hujan naik motor semata-mata mahu cucu balik ke rumah. sedangkan cucu? senang-senang ikut tomboy tu. Selepas salam, makcik tu pon beredar, agaknya terlalu resah. sampai salam nisah pon 2x. 

Makcik tu pon berlalu, Nisah kembali ke tempat Nisah. duduk. terdiam. terfikir. kenapalah adik tu buat begitu. tak kesiankah pada ibu & neneknya. hebat sangatkah si kawan dia tu sampai sanggup lari dari sekolah dan rumah. 

Nisah terlupa sesuatu. terlupa untuk meminta nombor telefon. mana tahu nisah dapat bantu apa2 jika terserempak. Kesian mak cik tu. kesian sangat. melihat raut wajah tuanya, terus teringat Bonda di kampung. (nisah dulu pon memanglah nakal) agaknya, ini lah yang mak nisah rasa dulu, bila nisah pulang lambat dari mana2. tak senang hati di buatnya. kini dah tua begini, melihat mak cik tua. cukup nisah sedar.. sedar. sangat-sangat sedar, bahawa mereka sangat sayangkan kita. baik atau buruk. tetap di terima tanpa banyak soal. di belai penuh rasa kasih dan sayang.


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> Nisah mohon Doa anda semua. doakan agar makcik itu bertemu kembali dengan cucunya.
hanya dengan Doa. walau dengan sekeping doa.

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


10 comments:

  1. assalam Nisah..menjelang ramadhan ni semoga mak cik tu bertemu dengan cucunya.

    ReplyDelete
  2. salam jumaat..kesian kat makcik tu...harap2 cucu cepatlah kembali...

    ReplyDelete
  3. aduhh sedih pula akak baca
    kesiann ngan mak dan nenek budak tuu
    budak2 skrg nie macam2 hal ... macam2 perangai ..
    x susahkan org tua x tahulah

    ReplyDelete
  4. Salam Kanda nisah yg tomell...


    huhu.. sian makcik tua tu.. btllah..budak2 sekarang tahu ikut nafsu je..
    tak fikir org sekeliling..

    insyallah..semoga makcik tu ketemu kembali dgn cucunya..

    ReplyDelete
  5. rasa macam dalam drama pulak.. tak sangka jadi depan mata Nisah.. Moga makcik tu dapat jumpa cucu dia...

    ReplyDelete
  6. kesinnya makcik tu... apalah cucu dia tu..
    dah tahu benda tu salah buat jugak.. x fhm betul...

    ReplyDelete
  7. kesiannya makcik tu.. dah la mak budak tu pulak tgh sakit.. ish.. apa yg dikejar pd tomboy tu..ish..ank2 muda zaman skng dah mcm2 hal.. hukhuk... ya Allah Kau temukanlah makcik tu dgn cucunya... amin!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Salam kenal dari Mieza..
    Datang singgah & follow sini dari Mini Segmen Deqla..

    Sedih pula Mieza baca pasal kisah makcik ni.. Sama2 kita doakan supaya cucunya pulang ke pangkuan keluarga..

    ReplyDelete
  9. salam kenal...
    singgah dari GA deqla..=)

    done follow=)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!