السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) .
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
Bila kesakitan datang,
Hati menjadi lunak,
Butir air mata yang mengalir,
Turunnya bak mutiara yang jatuh ke bumi,
Sucinya datang dari hati
Yang mengharapkan Ilahi setulus hati.
Bila sakit mendera,
Tasbih terucap setulus kata,
Jiwa mengharap hanya pada-Nya,
Terasa diri tiada punya apa,
Segala-galanya disandar kepada Dia.
Bila dada menjadi sempit,
Terasa nafas menjadi perit,
Ia menjadi satu ingatan,
Singkatnya akan kehidupan,
Bukan dunia selamanya menjadi teman,
Hanya menunaikan sisa yang ada,
Sebelum esok yang tidak pasti tiba masanya.
Kesakitan,
Muhasabah diri,
Melunakkan hati sebagai hamba,
Mentuluskan hati dengan doa dan air mata,
Bahawa aku hanya insan biasa,
Tiada kudrat walau terhadap diri sendiri,
Hanya bergantung sepenuh pada-Nya,
Pencipta yang selalu ku lalaikan Dia.
Wahai Tuhanku,
Ampuni hamba,
Andai kesakitan penawar jiwa,
Andai ia penghapus dosa,
Dan aku rela menanggungnya,
Demi untuk mendekati-Mu semula.
Setulus doa aku panjatkan
Agar diri masih beroleh keredhaan,
Tuhan,
Jangan pandang aku dengan kemurkaan,
Sungguh cinta dan keampunan-Mu aku dambakan.
Berkata Dr. 'Aidh Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan:"Rasa sakit tak selamanya tak berharga, sehingga harus selalu dibenci. Sebab, mungkin saja rasa rasa sakit itu akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang."
"Jazakallahu Khaira" |
جَزَاكَ اللهُ خَيْر
|
=)
ReplyDeletejntik save ye kak.
:)
ReplyDeletemoning
insyallah...amin kak...
ReplyDeleteAmin Nisah....pandai nisah comel ni berpuitis..berbakat nih..nisah raya mana? bg la no phone kat kak intan nanti leh la coling2..huhu
ReplyDeletesedapnya kata kata. mohon pinjam ek.
ReplyDeletesalam 22 ramadan.
alahaiii.. tersentuh rasa hati menghayati setiap bait kata2.. berbakat nisah ni tau.. ;)
ReplyDeleteehh dear.. deqla dari hari tu lagi nak tanya tau..tp dok lupa aje.. maklum ler dah tua.. haha..nk tanya, smua puisi yg nisah publish dlm blog ni nisah yg create sendiri ke? hihi...
ReplyDeletePuitisnya kak Nisah ni.. =)
ReplyDeleteP/S : Menjawab soalan akak di blog saya. Saya bukan orang Ipoh, tinggal je kat Ipoh sebab suami orang Ipoh.. Raya ni saya balik kampung di Terengganu. Boleh amik stok minyak sekali.
Sangat puitis dan penuh makna sis..:)
ReplyDeleteBiar tinggi mana duduknya diri
ReplyDeletebesar mana pangkat digalas
menjulang mana pujian disanjung
tanpa DIA siapalah diri
rohman dan rohimNYA dipinta selalu
sedikit ujian diberi
berjurai airmata tidak berkesudahan
syifa dipohon padaNYA juga
mana ada upaya diri
andai tiada izinNYA.
kata2 yg puitis dan mendalam maknenyer nisah....bagus...dulu amik sastera ke ....lieya dulu amik sastera so mmg suke bace2 bait2 mcm nieh...bukan semua org boleh buat n susun bait2 indah mcm nieh....
ReplyDeleteSalam K.Nisah Gebusss liKe me... miahaha... :p
ReplyDeletepuitis sungguh...
benarlah sakit itu kafarah dosa.. kan.. :)
done inti,hishop,save 22 & dove :)
DeleteTumpang ye nisah,baca dimalam hari...
ReplyDeletenisah ni pandai menyusun kata
ReplyDeleteberpuitis
tapi ada makna
mg yg sakit cpt sembuh
moga apa yg kita buat mendapat keredhaanNya..
ReplyDeleteayat2 puitis indah2 susunannya..berbakat Nisah..:)
ReplyDelete