السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) .
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...
Jalan raya dibina bagi memudahkan kenderaan untuk melalui tempat-tempat yang sentiasa dilewati oleh penduduk di seluruh dunia. Berikut adalah 15 jalan raya yang istimewa di dunia.
1) The Judge Harry Pregerson Interchange, Los Angeles
Ia merupakan jalan paling banyak susur di dunia & dinamakan bersempena nama seorang Hakim Persekutuan yang terkenal iaitu Harry Pregerson, yang mempengerusikan tuntutan mahkamah mengenai pembinaan lebuh raya. Jalan raya tersebut dibuka pada tahun 1993, juga dikenali sebagai susur yang paling rumit. Jalan raya tersebut begitu rumit kerana banyak terdapat pertukaran susur jalannya.
2) Col de Turini, Perancis
Ia terletak lebih 1 km dari atas paras laut. Jalan ini mengambil nama sebuah gunung iaitu Col de Turini yang terletak di selatan Perancis. Jika terlalu asyik memerhatikan pemandangan, bahaya juga menanti kerana gaung yang dalam sedia menunggu.
3) Bulatan Swindon, England
Bulatan ini dibina pada tahun 1972, yang mengandungi 5 bulatan mini di kelilingnya. Kepada para pemandu yang masih baru, andai kata tersesat di bulatan tersebut, haruslah pening kepala.
4) Lombard Street, San Francisco
Lombard Street yang merupakan jalan paling bengkang-bengkok di dunia. Kelajuan maksimum bagi kenderaan hanyalah selaju 5 mph. Jarak antara selekoh pula hanya 1 meter & hanya boleh dipandu dalam 1 arah sahaja iaitu arah menurun.
5) Stelvio Pass, Itali
Jalan yang unik ini pula terletak di Eastern Alps, Itali. Jalan ini mengambil sebahagian permukaan gunung pada ketinggian sekitar 1.7 km dari paras laut. Terdapat sebanyak 48 selekoh tajam & beberapa bahagian jalan menjadi sangat sempit serta sangat curam.
6) Viaduct Puxi, Shanghai
Jalan raya ini pula menjadi salah satu persimpangan paling sibuk & terbesar di Shanghai. Ia mempunyai lima tingkat jambatan yang membantu menyambung dua bandar lebuh raya yang sibuk.
7) The Road of Death, Bolivia
Jalan raya yang amat curam ini dikenali sebagai El Camino de la Muerte atau pun ‘Jalan Kematian’ dalam bahasa Sepanyol). Terkenal dengan jalan paling berbahaya di dunia di mana ianya di bina pada tahun 1995 oleh Bank Pembangunan Antara Amerika. Jika dalam keadaan berkabus & hujan boleh membuat penglihatan begitu merosot selain permukaan jalan berlumpur seterusnya batu-batuan boleh jatuh dari lereng-lereng bukit pada bahagian atas.
8) Terowong Guoliang, China
Jalan berterowong ini telah dibina oleh 13 orang penduduk tempatan yang diketuai oleh ketua mereka iaitu Shen Mingxin. Jalan ini mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk disiapkan & dibuka kepada lalu lintas pada 1 Mei, 1977. Jalan ini mendapat julukan sebagai “jalan yang tidak akan bertolak ansur atas sebarang kesilapan”. Kebanyakan kemalangan berlaku di dalam terowong terutamanya disebabkan oleh kecuaian para pemandu yang merangkap pengembara.
9) Trollstigen, Norway
Trollstigen yang merupakan siri jalan-jalan yang menakjubkan dengan pemandangan yang cantik sepanjang laluannya.
Jalan yang sempit & berbahaya tidak begitu selamat di mana ianya memerlukan banyak penumpuan serta kemahiran memandu untuk melaluinya.
10) Spreuerhofstraße, Jerman
Jalan ini adalah jalan tersempit di dunia, hanya selebar di antara 31 cm hingga 50 cm, muat untuk seorang laluan sahaja. Ia dibina pada tahun 1727 setelah kawasan tersebut musnah akibat kebakaran besar pada tahun 1726.
11) Ebenezer Place, Scotland
Ia hanya sepanjang 2.06 m & jalan raya terpendek di dunia. Hanya terdapat satu alamat sahaja di jalan ini iaitu Hadapan Pintu Bistro No 1, yang merupakan sebahagian dari sebuah hotel yang dibina pada tahun 1883.
12) Baldwin Street, New Zealand
Kawasan curam diturap dengan konkrit untuk memudahkan baikpulih & sesuai untuk musim salji. Oleh itu, ia dikenali sebagai jalan raya paling curam di dunia. Kecerunan jalan raya ini mencecah 38%.
13) Highway 1, Australia
Merupakan rangkaian lebuhraya di benua Australia yang menyambungkan semua negeri. Jumlah panjang lebuhraya ini ialah 14,500km yang merupakan lebuhraya terpanjang di dunia mengalahkan Trans-Siberian Highway 11,000km dan Trans-Canada Highway 8030km.
14) 9 de Julio, Buenos Aires, Argentina
Mempunyai sembilan lorong laluan satu arah merupakan jalan terlebar di dunia. Dibina pada tahun 1936, mengambil masa hanya 31 hari sahaja pembinaannya.
15) Yonge St, Ontario, Kanada
Jalan sepanjang 1896km ini terletak di antara Lake Ontario & Lake Simcoe. Ia merupakan jalan raya yang terpanjang di dunia.
"Jazakallahu Khaira" |
جَزَاكَ اللهُ خَيْر
|
salam ramadhan..singgah sini
ReplyDeletethe road of death? omk!!!!!
ReplyDeletedah macam titian apakah tu...tak nak lerrrrr
jalan raya yang terpanjang tu sesuai untuk car race hehehe
ReplyDeleteKerana nak publisiti sanggup jalan ini digunakan juga.
ReplyDeleteKita tengok pun dah mengerikan...
erkk.. ngerii.... camni boleh eh..? mcm2 la depa nih.. selmt berbuka puasa nnti ye nisah.. masak apa harini? ;)
ReplyDeleteKalau nak cerita jalan raya menarik ni, masih ada lagi yang menarik yang tak disenaraikan. lain website, lain senarainya. :)
ReplyDeleteKak Shery dah pernah pergi yang no1 Los Angeles ,no4 San Francisco dan no 13 Australia.
Yang no 1 akak takde ceritakan dalam blog.
No 4, nisah boleh pergi blog akak klik 2012 bulan November tajuknya "Sepetang Di San Francisco'.
No 13, kalau Nisah pergi front page blog akak yang akak pegang bendera Malaysia, itulah jalannya. Cerita lain boleh klik 2011 bulan Ogos dengan tajuknya 'Kembara Di Jalanan (Road Trip Day 1 hingga Day7)'.Lebih tepat lagi Nisah klik yang Day 2. Exactly ada gambar yang sama mcm gamabar no 13 yang Nisah post mcm kat atas.
Gambar no 13 yang Nisah letak di atas ialah landasan kapal terbang yang juga lebuh raya dua dalam satu. Kalau nak tahu cerita disebaliknya, Nisah kena lah baca entry akak tu :)
Yang no 9 pula, Kak Shery ada pergi Colorado di USA yang lebih kurang sama mcm no jalan raya no 9. Nisah boleh post akak tahun 2012 bulan Jun dengan tajuknya 'Denver, COLORADO (Bahagian1)' dan satu lagi post tajuknya 'Pagosa Spring, COLORADO'.
:)
Wah! Memang sangat menariklah info ni.. Tak sangka ada jalan raya yang unik2 macam ni.. Semuanya ada ciri2 keunikannya tersendiri.. Kalau Mieza termasuk Bulatan Swindon, England tu kompem pening duk pusing situ jela 2 hari 2 malam.. Kuikuikui.. =)
ReplyDeleteada jln yg mnggerunkan bila tgk..hhuuh
ReplyDeleteunik2 nya tgk..lain bnar jln kt ngra kita..ada kgk yg srbut tgk.hihi
ReplyDeleteinfo yg menarik... takutnya jalan yg kat Bolivia tu.
ReplyDeletejalan malaysia xada ke..sila lah dtg ke blog sy..http;//ajax85.blogspot.com
ReplyDeletemacam2 jalan ada...menarik, ngeri pun ye..=)
ReplyDeletepejam mata ja kalo ikut jalan2 ngeri tu..hehe
entri yang sangat best!thanks f d info..hehehehhe, takjub, ngeri pun ada :)
ReplyDelete