Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, July 18, 2013

Untuk aku . dan . sahabat .

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru.

Allah tidak pernah menjanjikan jalan hidup tanpa batu.
Allah tidak pernah janjikan matahari tanpa hujan.
Allah tidak pernah janjikan kebahagiaan tanpa kesedihan.
Allah tidak pernah janjikan kejayaan tanpa perjuangan.

Kadang kita menerima kilat, petir dan badai tapi bukankah kita tahu ada pelangi setelah hujan?

Allah menjanjikan kesenangan  selepas kesusahan.
Allah janjikan Rahmat dalam ujian.
Allah janjikan ganjaran dalam kesabaran.
Allah janjikan keteguhan dalam perjuangan.

KEEP SMILE AND SPIRIT ^__^

Senyum ketika kita kehilangan sesuatu kerana Allah telah menyediakan yang terbaik.
Senyum ketika keadaan membuat kita terpuruk kerana Allah akan mengubah kesedihan dengan suka cita.
Senyum ketika orang menyakiti kerana kita tahu Allah tidak pernah tidur dan selalu menjaga kita.
teruskanlah tersenyum dan bersukacita kerana pertolongan Allah sudah dekat.


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> buat aku . kamu . yang sering bersedih. yang sering keresahan . yang selalu putus harapan . aku tak punya apa-apa yang mampu meredakan mu. aku tak punya apa-apa yang mampu mengubahkan setiap yang berlaku. tetapi aku mampu di sisimu untuk sedikit waktu . walau kamu jatuh atau bangun. aku akan sentiasa ada untuk kamu . untuk selalu berkongsi ilmu . yang mampu meredakan dari meledak. semoga apa yang aku sampaikan . mampu menghilangkan sedikit resah mu. kerana bagiku. sebuah ukhwah itu sangat bermakna dalam setiap hidupku . aku mampu menyayangimu dengan rela hatiku . tapi aku tak mampu membencimu . walaupun sekali . 

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


15 comments:

  1. Salam Ramadhan...semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  2. Saya percaya pada akan ada manis pada pengakhiran setiap ujian kerana saya pernah melaluinya. Perit ketika di lalui tetapi selepas itu ia menjadi manis dan semakin manis. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. setuju

    nikmat dan kuasa allah sangatlah luas
    kita manusia kadang2 x perasan sahaja atau buat2 x tahu

    insyaallah hari demi hari akan buat kita lebih banyak perbaiki diri ..

    ReplyDelete
  4. sgt setuju.. setiap apa yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi.. sampai masa kita sendiri akn tahu apakah hikmah itu.. so, bertabah la menghadapi ujianNya.. Allah uji bersebab.. ;)

    ReplyDelete
  5. Sungguh janji Allah itu benar. Sebab itulah janji syaitan utk menggoda anak-cucu Adam tetap ditunaikan selagi belum kiamat. Namun kita juga tahu Allah itu adil. Hidup dan mati itu benar. Syurga dan neraka itu benar. Kita dikurniakan akal utk memilih.

    ReplyDelete
  6. inshaallah moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat kita...

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan kak...senyummmmm

    ReplyDelete
  8. senyum & bersabar..
    InsyaAllah semua yg berlaku pasti ada hikmah...:)

    ReplyDelete
  9. senyum juga satu sedekah...

    salam ramadhan dari bunda

    ReplyDelete
  10. senyum...senyum...smile! salam ramadhan sis

    ReplyDelete
  11. Bukan kena bayar pun untuk senyum ;) sedekah pahala lagi

    ReplyDelete
  12. SAlam K.Nisah suweettt :)

    alhamduillah... terima kasih krn sentiase bersame sye... :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!