Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, July 4, 2013

Belajarlah dari Pengalaman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...

Pengalaman, kehidupan memerlukan pengalaman. setuju ?
Pengalaman akan buat seorang individu itu lebih bersemangat & bermotivasi. setuju ?
dengan pengalaman , akan membuatkan kita lebih dewasa dan realistik. setuju ?

Nisah sendiri, banyak belajar dari setiap pengalaman .. Pengalaman yang berlalu, adalah guru untuk Nisah sentiasa sedar dan bersyukur. Dengan pengalaman  Nisah belajar untuk lebih menghargai diri sendiri dan orang sekeliling. Mungkin pengalaman Nisah tidak hebat seperti kakak-kakak semua, Nisah percaya pengalaman anda lebih hebat dan mungkin lebih baik dari pengalaman Nisah yang sekangkang kera ini. Ye tak ?? Sebesar atau sekecil mana pun ia, pengalaman akan tetap menjadi sejarah yang paling berharga (^_~) . 


Nisah terpanggil untuk buat entri "Pengalaman" ini disebabkan dari penyataan seorang adik
"seronok jadi kak Nisah, kerusi besar, gaji besar, hubby Ex**, gaji banyak. mesti best kan. saye ni kuli2 aje"


>> aduhai adik, akak pun kuli2 aja. jangan lupa dik, makin besar apa yg kite perolehi kini, maka makin besar tanggungjawab dan yang paling penting, makin banyaklah soalan yang akan Allah kemukakan di akhirat kelak ... Takut2 nanti tidak terjawab pula.


katanya. die kerani biasa-biasa aja. Adik, akak dulu pun kerani biasa dik. akak pernah kerja kilang. akak pernah jadi tukang photostat aja. akak pernah jd minah despatch merempit sana sini semata2 nak dptkan duit extra. Gaji kamu RM1100.00. dalam sebuah Syarikat yang gah berdiri. sedangkan akak, untuk permulaan kerja sebagai kerani. 10 tahun lepas, akak di offer RM300.00 siap jd kerani admin, conveyancing, receptionist, minah rempit. semua kerja akak buat dik, tinggal tak cuci toilet ja lagi.  itupun di sebuah syarikat yg kecil. Belum lagi di kira hari2 dapat pangkat "BODOH" sebab salah buat kerja. Semua tu akak telan.. sebab akak yakin, nak jadi orang berilmu ni dik, bukan mudah. bukan senang orang nak tabur2 macam tu je. walau perit hati nak terima. tapi akak tetap telan hari2. makin banyak perkataan 'Bodoh" di beri. makin kuat semangat akak untuk bangkit. Akak percaya, selagi ada usaha. doa selagi tu ada jalan kejayaan. jangan putus asa. Dari penghinaan diberi , akak gumpal semangat & nekad . akak bangun ketika ketika jatuh. akak bangkit dari kegagalan. akak berjalan, waloupun perlahan. ramai mata yang memandang. banyak mulut yang mengata. akak diamkan aja. sehingga suatu masa, akak ambil keputusan untuk sambung belajar. tak mampu nak belajar sepenuh masa (sebab keluarga x mampu nak sara) akak ambil PJJ . sedikit demi sedikit. dari meniarap, akak merangkak.. dr merangkak akan bertatih. dari bertatih akak berjalan. perlahan. dan bermula setapak akak terus menemui dua tapak. Jangan putus asa dik. Allah ada bersama kita. Akhirnya akak di sini. seperti yang kamu lihat sendiri. mungkin kamu nampak akak bahagia. tetapi akak juga pernah melalui saat perit. cuma bezanya, ketika itu kamu masih anak-anak lagi. Adik, cuma satu yang akak pesan, di mana pun kamu berada. Jangan lupa orang tua mu. Percayalah, keredhaan ibu bapa kamu akan banyak mendorong kejayaan kamu. itu Janji Allah. Dan akak melaluinya. Rentetan kerjaya akak, akak banyak juga bertukar kerja, ada yang di buang juga. Tapi rezeki, setiap kali akak terlepas punca rezeki, datang lagi rezeki yang lain, terlepas lagi dan menemui nya lagi. sehingga kini, akak mampu tersenyum. kerana rezeki akak belum pernah putus . Alhamdulillah. kerana apa adik, kerana akak mendapat keredhaan Emak akak, dan kini akak mendapat keredhaan suami akak. bertuahnya menjadi akak. Kan . tetapi, kamu sebenarnya juga bertuah, kerana kamu masih punya ibu bapa, yang kamu sendiri masih boleh berbakti kepada mereka. Kejayaan akak hari ini, adalah kerana Emak akak. Emak yang sentiasa buat akak bangkit dan kuat. Beliau di sisi ketika diri ini jatuh rebah. Suami akak, yang sentiasa beri semangat dan positive. Pada Allah yang sentiasa taburi akak dengan ujian-ujian, Dia berikan akak kekuatan untuk sedar kenaifan diri.

Adik, ingatlah bahawa. hidup ini bukan untuk di tangisi. hidup ini bukan untuk sentiasa keluh kesah. bukan sentiasa merungut kurang itu ini. tiada sesiapapun yang sempurna.  hidup ini untuk sentiasa mensyukuri. berkongsilah rezeki mu pada sesiapa yang memerlukan, kerana Allah akan gantikan yang lebih baik. Jika kamu berjaya kelak, jangan lupa pada bumi yang kamu pijak. Jangan lupa, pada Ibu Bapa yang sentiasa ada untuk kamu. Jangan lupa pada Allah kamu yang membukakan jalan-jalan kejayaanmu. Ingat, jangan sesekali lupa. 

Adik, akak berpesan. kerana itulah pengalaman akak. kerana akak juga punya sejarah akak sendiri. apapun yang telah akak tinggalkan. akak sematkan semuanya dalam lipatan sejarah. akak tidak akan buang. namun akan sentiasa menjadi peringatan buat akak. Adik, akak dulu pernah tersasar, jangan pula kamu begitu. Jangan banyak merungut pincang sana sini. Semua itu adalah Ujian. Ujian itu lah tanda besarnya kasih sayang Allah pada kita.  

Adik, banyakkan berdoa. Hanya Dia sahaja yang mampu mengubah semuanya. Yakinilah Dia. kerana kita datangnya dari Dia, yang pasti kita juga akan pulang kepangkuan Dia. Ingat jangan lupa Dia. Kasih sayangNya sangat luas. Jangan kamu sia-siakan dengan darah muda mu yang panas.

Terima kasih pada anda-anda yang pernah menggelarkan diri ini "BODOH" . kebodohan yang anda lemparkan buat saya berada di sini. dari titisan airmata kekecewaan, buat saya berada di sini. Terima kasih kerana pernah memandang enteng. dari pandangan kalian yang tajam. buat saya tidak pernah rasa lelah utk terus berusaha. Terima kasih kerana pernah melemparkan kata-kata yang berbisa. kerana kata-kata itu dulu saya kumpul dan semat. jadikan kunci kejayaan hari ini. Hari ini, tatkala saya berjalan di hadapan anda, terasa diri sungguh di hargai. siapa tahu, budak yang anda kata "bodoh" dahulu. kini duduk sebesar kerusi empuk anda dahulu. Bukan mahu bermegah diri. Tidak. Terima kasih banyak-banyak. setiap jasa anda akan saya kenang selamanya. Terima kasih kerana pernah menjadi guru saya dahulu. terima kasih kerana sentiasa sabar menabur ilmu pada saya. Terima kasih... (^_~)


(^_~) Monolog Cermin Hati >>>> bukan membuka pekung di dada. apatah lagi ingin membuka aib sendiri. bukan seorang yang petah berbicara apatah lagi bijak menyusun kata-kata. Yang ada sekadar secebis pengalaman. untuk dikongsi bersama. Bukan menulis kerana nama, namun kerana sifat kasih sesama insan. dan menyatakan kasih sayang. kita sama semuanya sama. apa yang ada hanyalah kehidupan.

"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


9 comments:

  1. Sebelum senang kita akan melalui liku2 kesusahan supaya bila kita senang kita mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t berikan.

    Bukan senang nak senang bukan susah juga kalau nak susah. Moga kita sentiasa di berkati.

    ReplyDelete
  2. sedih dengar cite k.nisa nie..tapi dari pengalaman tulah kita bangkit untuk menjadi yang lebih baik..cuma sentiasa ingat itu adalah dugaan darinya untuk kita terus berdoa kepadaNya.Insyallah..bangga jadi wanita seperti ini..moga k,nisa terus tabah dan cekal menghadapi apa jua rintangan.insyallah

    ReplyDelete
  3. Saya pun turut semangat baca pengalaman nisah ni..
    setuju dgn Nisah, pengalaman adalah guru terbaik untuk kita jadi orang yang lebih baik...

    ReplyDelete
  4. Pengalamn yang berharga..akan jadi kenangan nisah selamanya

    ReplyDelete
  5. Salam K.Nisah miawww...miawwww...

    huhuh..
    speechless.. ade seribu satu perasaan dirasa bila baca coretan akak ni..
    sedih..
    bengang..
    teruja..
    rasa malu pd diri sendiri..
    eksited..eh,eksited tu samalah dgn teruja kan...? :p

    dan yg pasti, cma bangga dgn akak..
    betul kata aka, tanpa usaha, dan ujian yg menimpa, kita tak kenal siapa diri kita..
    dan dimana kita sekarang..

    i lappppp uuuuu ketat..
    akak buat cma rasa bersemangat.. :)

    ReplyDelete
  6. gigih deqla baca setiap bait kata nisah dlm entri ni.. serius, nisah bijak menyusun kata.. dan dari pengalaman nisah tu, izinkan deqla bangun sekejap dari kerusi ni utk deqla tabik hormat pd nisah? hihi.. serius salute la pd nisah yg berjaya mengharungi smua ujian dan kini telah pun berjaya memperolehi kesenangan hidup.. betul tu nisah, bila dah berjaya, jgn sesekali alpa diri.. sbb smuanya tu pinjaman dari Allah..bila2 masa Dia bole tarik blk nikmat yg Dia beri.. pengalaman itu mmg sgt berharga...

    ReplyDelete
  7. Perjalanan Nisah lebih-kurang kakak sebab kakak lahir dari keluarga miskin. Jgn tak tahu sebelum ini kakak pernah kerja sebagai receptionist di sykt komoditi aje tau.Gaji baru 400 tapi boleh bagi org tua 20 ringgit lagi. Tak ada kereta masa tu naik bas ulang-alik duduk sewa bayangkan... perit kan tapi kakak kerja sambil belajar. Menapak dari satu jawatan ke satu jawatan. Kena retrenched masa ekonomi meleset pun pernah tapi alhamdulillah ada lagi tempat lain utk berpaut. Rasa kakak dah lebih 5-6 jawatan kakak pegang sebelum kakak berada di tempat kakak kini.

    ReplyDelete
  8. ada hikmah disebalik apa yang berlaku kan Nisah =)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!