Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Thursday, July 11, 2013

15 Jalan Raya Menarik Di Dunia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



jalanraya menarik

Jalan raya dibina bagi memudahkan kenderaan untuk melalui tempat-tempat yang sentiasa dilewati oleh penduduk di seluruh dunia. Berikut adalah 15 jalan raya yang istimewa di dunia.

1) The Judge Harry Pregerson Interchange, Los Angeles

Ia merupakan jalan paling banyak susur di dunia & dinamakan bersempena nama seorang Hakim Persekutuan yang terkenal iaitu Harry Pregerson, yang mempengerusikan tuntutan mahkamah mengenai pembinaan lebuh raya. Jalan raya tersebut dibuka pada tahun 1993, juga dikenali sebagai susur yang paling rumit. Jalan raya tersebut begitu rumit kerana banyak terdapat pertukaran susur jalannya.



2) Col de Turini, Perancis

Ia terletak lebih 1 km dari atas paras laut. Jalan ini mengambil nama sebuah gunung iaitu Col de Turini yang terletak di selatan Perancis. Jika terlalu asyik memerhatikan pemandangan, bahaya juga menanti kerana gaung yang dalam sedia menunggu.



3) Bulatan Swindon, England

Bulatan ini dibina pada tahun 1972, yang mengandungi 5 bulatan mini di kelilingnya. Kepada para pemandu yang masih baru, andai kata tersesat di bulatan tersebut, haruslah pening kepala.



4) Lombard Street, San Francisco

Lombard Street yang merupakan jalan paling bengkang-bengkok di dunia. Kelajuan maksimum bagi kenderaan hanyalah selaju 5 mph. Jarak antara selekoh pula hanya 1 meter & hanya boleh dipandu dalam 1 arah sahaja iaitu arah menurun.



5) Stelvio Pass, Itali

Jalan yang unik ini pula terletak di Eastern Alps, Itali. Jalan ini mengambil sebahagian permukaan gunung pada ketinggian sekitar 1.7 km dari paras laut. Terdapat sebanyak 48 selekoh tajam & beberapa bahagian jalan menjadi sangat sempit serta sangat curam.



6) Viaduct Puxi, Shanghai

Jalan raya ini pula menjadi salah satu persimpangan paling sibuk & terbesar di Shanghai. Ia mempunyai lima tingkat jambatan yang membantu menyambung dua bandar lebuh raya yang sibuk.



7) The Road of Death, Bolivia

Jalan raya yang amat curam ini dikenali sebagai El Camino de la Muerte atau pun ‘Jalan Kematian’ dalam bahasa Sepanyol). Terkenal dengan jalan paling berbahaya di dunia di mana ianya di bina pada tahun 1995 oleh Bank Pembangunan Antara Amerika. Jika dalam keadaan berkabus & hujan boleh membuat penglihatan begitu merosot selain permukaan jalan berlumpur seterusnya batu-batuan boleh jatuh dari lereng-lereng bukit pada bahagian atas.



8) Terowong Guoliang, China

Jalan berterowong ini telah dibina oleh 13 orang penduduk tempatan yang diketuai oleh ketua mereka iaitu Shen Mingxin. Jalan ini mengambil masa kira-kira 5 tahun untuk disiapkan & dibuka kepada lalu lintas pada 1 Mei, 1977. Jalan ini mendapat julukan sebagai “jalan yang tidak akan bertolak ansur atas sebarang kesilapan”. Kebanyakan kemalangan berlaku di dalam terowong terutamanya disebabkan oleh kecuaian para pemandu yang merangkap pengembara.



9) Trollstigen, Norway

Trollstigen yang merupakan siri jalan-jalan yang menakjubkan dengan pemandangan yang cantik sepanjang laluannya.
Jalan yang sempit & berbahaya tidak begitu selamat di mana ianya memerlukan banyak penumpuan serta kemahiran memandu untuk melaluinya.



10) Spreuerhofstraße, Jerman

Jalan ini adalah jalan tersempit di dunia, hanya selebar di antara 31 cm hingga 50 cm, muat untuk seorang laluan sahaja. Ia dibina pada tahun 1727 setelah kawasan tersebut musnah akibat kebakaran besar pada tahun 1726.



11) Ebenezer Place, Scotland

Ia hanya sepanjang 2.06 m & jalan raya terpendek di dunia. Hanya terdapat satu alamat sahaja di jalan ini iaitu Hadapan Pintu Bistro No 1, yang merupakan sebahagian dari sebuah hotel yang dibina pada tahun 1883.



12) Baldwin Street, New Zealand

Kawasan curam diturap dengan konkrit untuk memudahkan baikpulih & sesuai untuk musim salji. Oleh itu, ia dikenali sebagai jalan raya paling curam di dunia. Kecerunan jalan raya ini mencecah 38%.



13) Highway 1, Australia

Merupakan rangkaian lebuhraya di benua Australia yang menyambungkan semua negeri. Jumlah panjang lebuhraya ini ialah 14,500km yang merupakan lebuhraya terpanjang di dunia mengalahkan Trans-Siberian Highway 11,000km dan Trans-Canada Highway 8030km.



14) 9 de Julio, Buenos Aires, Argentina

Mempunyai sembilan lorong laluan satu arah merupakan jalan terlebar di dunia. Dibina pada tahun 1936, mengambil masa hanya 31 hari sahaja pembinaannya.



15) Yonge St, Ontario, Kanada

Jalan sepanjang 1896km ini terletak di antara Lake Ontario & Lake Simcoe. Ia merupakan jalan raya yang terpanjang di dunia.



"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


13 comments:

  1. the road of death? omk!!!!!
    dah macam titian apakah tu...tak nak lerrrrr

    ReplyDelete
  2. jalan raya yang terpanjang tu sesuai untuk car race hehehe

    ReplyDelete
  3. Kerana nak publisiti sanggup jalan ini digunakan juga.
    Kita tengok pun dah mengerikan...

    ReplyDelete
  4. erkk.. ngerii.... camni boleh eh..? mcm2 la depa nih.. selmt berbuka puasa nnti ye nisah.. masak apa harini? ;)

    ReplyDelete
  5. Kalau nak cerita jalan raya menarik ni, masih ada lagi yang menarik yang tak disenaraikan. lain website, lain senarainya. :)
    Kak Shery dah pernah pergi yang no1 Los Angeles ,no4 San Francisco dan no 13 Australia.
    Yang no 1 akak takde ceritakan dalam blog.

    No 4, nisah boleh pergi blog akak klik 2012 bulan November tajuknya "Sepetang Di San Francisco'.

    No 13, kalau Nisah pergi front page blog akak yang akak pegang bendera Malaysia, itulah jalannya. Cerita lain boleh klik 2011 bulan Ogos dengan tajuknya 'Kembara Di Jalanan (Road Trip Day 1 hingga Day7)'.Lebih tepat lagi Nisah klik yang Day 2. Exactly ada gambar yang sama mcm gamabar no 13 yang Nisah post mcm kat atas.
    Gambar no 13 yang Nisah letak di atas ialah landasan kapal terbang yang juga lebuh raya dua dalam satu. Kalau nak tahu cerita disebaliknya, Nisah kena lah baca entry akak tu :)

    Yang no 9 pula, Kak Shery ada pergi Colorado di USA yang lebih kurang sama mcm no jalan raya no 9. Nisah boleh post akak tahun 2012 bulan Jun dengan tajuknya 'Denver, COLORADO (Bahagian1)' dan satu lagi post tajuknya 'Pagosa Spring, COLORADO'.

    :)

    ReplyDelete
  6. Wah! Memang sangat menariklah info ni.. Tak sangka ada jalan raya yang unik2 macam ni.. Semuanya ada ciri2 keunikannya tersendiri.. Kalau Mieza termasuk Bulatan Swindon, England tu kompem pening duk pusing situ jela 2 hari 2 malam.. Kuikuikui.. =)

    ReplyDelete
  7. ada jln yg mnggerunkan bila tgk..hhuuh

    ReplyDelete
  8. unik2 nya tgk..lain bnar jln kt ngra kita..ada kgk yg srbut tgk.hihi

    ReplyDelete
  9. info yg menarik... takutnya jalan yg kat Bolivia tu.

    ReplyDelete
  10. jalan malaysia xada ke..sila lah dtg ke blog sy..http;//ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. macam2 jalan ada...menarik, ngeri pun ye..=)
    pejam mata ja kalo ikut jalan2 ngeri tu..hehe

    ReplyDelete
  12. entri yang sangat best!thanks f d info..hehehehhe, takjub, ngeri pun ada :)

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!