Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, July 29, 2013

Makna Penghijrahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اَهْلاً وَسَهْلاً
>> Alhamdulillah .. kita berjumpa lagi !! (^_~) . 
semoga apa yang dilalui ketika ini, lebih baik dari semalam.... InsyaAllah ...



Penghijrahan itu merupakan suatu peralihan cara hidup yang kemudiannya akan memberi kesan pada masa hadapan. Hijrah itu sinonim dengan perkara yang akan membawa seseorang itu ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Setiap keputusan untuk melakukan penghjrahan itu datangnya daripada hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri.

Sesungguhnya apa yang telah kita miliki itu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi, kerana pasti, apa yang telah dimiliki oleh kita sekarang ini merupakan suatu ujian, iaitu ia akan mencerminkan diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi ujian itu, walau apapun bidang yang diceburi di dalam dunia ini. Peluang itu berada di mana-mana sahaja, sama ada peluang untuk melakukan kebaikan atau peluang untuk melakukan keburukan, dan pelbagai lagi peluang yang sentiasa terbuka untuk diceburi di dunia ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al-Baqarah pada ayat terakhir;

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”

Jika apa yang kita ada sekarang ini telah kita yakini bahawa ia merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t., maka mengapa melakukan penghijrahan? Adakah ingin lari daripada ujian Allah s.w.t.? Jika dahulu penghijrahan Rasulullah s.a.w.dan para sahabat baginda ke Madinah merupakan perintah daripada Allah s.w.t., maka adakah manusia pada zaman sekarang ini tidak boleh berhijrah kerana tiada perintah terus daripada Allah s.w.t. seperti hal penghijrahan Baginda s.a.w?

Dalam kehidupan kita, ada hijrah yang dilakukan secara semula jadi atas usaha yang telah kita usahakan. Manakala ada penghijrahan yang dilakukan tanpa keadaan yang semula jadi, dan hijrah ini merupakan hijrah yang memeritkan diawalnya. Ia perit jika tindakan kita itu dinilai kesannya dengan penilaian yang berkaitan tentang perkara keduniaan, bukan penilaiaan yang bersandarkan keakhiratan.

Sebagai orang awam serta sahabat kepada kawan-kawan yang berada dibumi ini, Nisah amat gembira dengan setiap satu perubahan pada diri sendiri serta kawan-kawan yang lain. Walaupun penghijrahan yang kecil, Nisah percaya jika ia diteruskan ia bakal menjadi penghijrahan yang besar. Namun, itu tidaklah bermakna untuk kita kekal memperlekehkan usaha untuk penghijrahan yang besar. Samalah seperti seorang wanita yang tidak bertudung, namun kini berhijrah untuk bertudung. Namun sayang, dari pandangan Islam ia adalah tindakan yang baik, tetapi janganlah sampai penghijrahan untuk bertudung sehingga kita sanggup melihat kepala/badan kita seperti "pokok krismas" yang penuh dengan warna & aksesori. Di dalam Islam konsep kesedehanaan itu sangat di titikberatkan.


Kawan-kawan, apabila kita telah bersetuju untuk berhijrah. Lakukanlah ia dengan sejujurnya. Berubahlah dengan mengikut syariat islam bukan mengikut pengedaran masa. Maaf, mungkin entri ini lebih tertumpu kepada kaum wanita. Bukan kerana benci, namun Nisah sayang. Pastinya kita tahu, ahli neraka itu lebih banyak golongannya dari kaum wanita. Oleh itu, Nisah juga tidak mahu mengheret diri sendiri & kawan-kawan termasuk dalam golongan ahli neraka yang ramai itu.

Wahai Wanita, kita di ciptakan dengan segalanya dengan penuh keindahan. Oleh yang demikian, Allah menyuruh kita menutup semua keindahan itu kerana keindahan itu adalah terlalu istimewa. 

>> Jika Nisah menunjukkan 2 biji gula-gula di tapak tangan, sebiji dengan pembalutnya, sebiji lagi tanpa pembalut. Lalu Nisah balingkan ke tanah. Dan mengutipnya kembali untuk minta anda mengambil satu dari gula2 tersebut. Gula-gula yang manakah pilihan anda? Yang berbalut atau tanpa balutan. Ikhlasnya, pasti kita akan memilih gula2 yang mempunyai pembalut << >> begitulah ibaratnya hal2 tentang wanita. bukankah wanita yang tertutup keindahan itu lebih di perlukan? 

Wahai wanita, adakala Nisah terdiam kaku, tidak tahu bagaimana inginkan memulakan bicara.  Adakala terfikir, apakah jalan terbaik untuk kita berkongsi ilmu. Jagalah. jangan lakukan apa yang Allah murka. 

Wahai wanita, ingat. kamu ada kening yang cantik. Jangan cukur. kamu ada kaki yang mulus. tutupilah dengan sarung kaki. kamu ada lengan yang menarik. tutuplah ia agar tidak terdedah. kamu ada kuku yang menawan. jangan warnakan. Jangan sia-siakan penghijrahan kamu dengan perkara-perkara di atas dengan menganggap ia kecil. Kecil di mata kita, bukan pandangan Allah SWT. Jaga-jaga.



"Jazakallahu Khaira"
جَزَاكَ اللهُ خَيْر


11 comments:

  1. perubhn itu perlu ada.. cuma kebaikan or keburukan je..

    ReplyDelete
  2. in sha Allah...moga kite berhijrah ke sesuatu yg baik...dan moga2 ianya ikhlas dan bukan sebab dipakse dan terpakse...in sha Allah...

    ReplyDelete
  3. Good entry Nisah...moga penghijrahan yg dilakukan ikhlas kerana Allah swt..tapi sedih bila antara mereka yg sekadar hangat2 taik ayam ja kan dear..

    ReplyDelete
  4. terima kasih nisah utk peringatan ni.. setuju, penghijarahan tentu2nya ke arah kebaikan..kalo nak berhijrah ke arah keburukan mmg terpesong akidah dah tu.. hurm pokok krismas.. ? huhu.. peringatan buat diri deqla jugak.. hrp2 xde la sampai cam tu.. ish.. islam ajar kita bersederhana.. itu pun dah sdp mata memandang kan dear..? ;)

    ReplyDelete
  5. Hijrah itu perjuangan..
    Tq sharing sis..
    moga kita akan terus berhijrah ke arah kebaikan..insyaAllah dipermudahkan..;)

    ReplyDelete
  6. tq Nisah..tq utk peringatan ini..suka dgn entry ini

    ReplyDelete
  7. Hijrah adalah perpindahan dari yg kurang baik kepada yg baik. Kalau perpindahan kepada yg tidak baik kakak rasa kurang sesuai menggunakan perkataan hijrah. Biasa org sebut melanggar batas. Sebaiknya dijauhkan.

    Wanita sangat indah; sayang kalau tidak tahu menjaga keanggunan semulajadi yg Allah berikan..

    ReplyDelete
  8. Insyaallah :)

    Tunjuk yg baik,buat yg baik,cakap yg baik sekarang bukan sebab tak pernah buat yg tak baik..atau sebab sudah cukop baik dan jadi sempurna.Tapi,sebab berharap akan jadi lebih baik setiap hari...makin hari kita makin tua,usia makin meningkat fikiran makin matang,jadi haruslah belajar dari kesilapan dan kekhilafan,bukan sengaja mngulangi salah silap yg sama.......

    Sampai bila nk menzalimi diri sendiri?Bila mati esok lusa,kawan sahabat sedaramara waima mak ayah pon dah tak kenal kita...tak sempat nk back up kita.

    ReplyDelete
  9. Salam K.Nisah hunny bunny... ^_^

    hmm.. seketoi2 cma baca.. mula2 tu ingt nk skip baca * hahaha..pang sekali*
    Alhamdulillah kak.. terima kasih utk peringatan ni..

    hmmm... cma pun sedang berhijrah... semoga 'penghijrahan' ini lebih kpd redha allah..

    dan semoga para2 wanita diluar sna ingin sama turut berhijrah dari yg terbuka ke tertutup dari yg tertutup ke berhijab dari berhijab ke menutup aurat dgn sempurna..dan menjaga kehormatannya sebgai seorg wanita.

    ReplyDelete

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!