Buat insan yang kusayang..
Bersabarlah menghadapi dugaan Allah..
Tenangkanlah hatimu mengharungi ujianNya..
Yakinlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui...
Segala yg berlaku itu, pasti ada hikmah di sebaliknya..
Bersabarlah sayang..
Yakinlah semua ini sebenarnya kafarah dosa..
Tanda Allah menyayangi diri kita..
Tanda cinta Dia pada hambaNya..
Sedang Allah telah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200-
.. Dan kini, saat dirimu diuji..
Yakinlah sayang, bahawa ia ujian dari Allah Yang Satu..
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45-
Katakanlah sayang...
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129-
Tawakal adalah puncak qannaah..
Kita harus redha dan terima ketentuan Allah SWT seadanya..
Allah yg mencipta kita, jadi pasti Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk hambaNya..
bersabarlah sayang Mohd Amirul Iman Bin Mohd Arif
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!
No comments:
Post a Comment
Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!