Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Monday, November 14, 2011

cantiknye seorang wanita itu

cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada mekar senyum kosmetik
cantik seorang wanita itu sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah 
cantik seorang wanita itu sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan
cantik seorang wanita itu sebagai isteri merempuh badai di sisi suami
cantiik seorang wanita itu sebagai ibu membuai anak di kala suami menjalin mimpi
canti seorang wanita itu sebagai mentua telus mengagih kasih setara nada semua
cantik seorang wanita sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
cantik seorang wanita itu sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara
cantik seorang wanita itu sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
cantik seorang wanita itu sebagai bidadari syurga menanti bidadara mengisi ruang waktu yang abadi

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!