Welcome!

Daripada Mu’awiyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan.”

وَإِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
Wa in ta’udduu nikmatallah la tuhsuuhaa
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat mengiranya (kerana terlalu banyak)"

أَنْزَلَ اللهُ القُرْآنَ لِلنَّاس
An zalallahul quraan linnas
"Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia"

Saturday, November 12, 2011

monolog diri

Dalam kehidupan, adakalanya kita tertanya2 pada diri sendiri.. 
Bermonolog di dalam hati, berkata2 dengan Illahi.. 

Adakalanya kita tidak pasti, bila keliru, curiga serta rasa takut menghantui diri.. Bagai ada dua bahagian dalam diri.. Satu yang membenarkan, satu yang melarang.. Kita bertempur dengan diri sendiri.. Berperang melawan keinginan dan nafsu yang cuba menguasai..

Keinginan dan nafsu merangkumi perasaan malas, tamak, riak, ujub, takabbur, bangga dan sebagainya.. Keinginan melewatkan solat jua sebenarnya adalah satu nafsu.. Saat mata begitu berat untuk celik ditarik syaitan tika azan subuh berkumandang.. Apatah lagi untuk mendirikan qiyam.. 

Terasa susah hidup ini.. Susah dalam membuat keputusan.. Susah untuk benar2 menjaga iman dan diri.. Ilmu yg ada belum pasti mampu menjadi benteng pertahanan akibat lemahnya iman.. Pengetahuan yg dipelajari belum tentu lagi diikuti.. Dugaan pasti singgah menguji diri.. Ditambah hasutan syaitan yg sentiasa berusaha menyesatkan anak2 Adam malah mereka telah berjanji.. 

Ya Allah, tiada apa yg lebih mengetahui melainkan Engkau.. Tiada apa yg mampu melindungi lebih dr perlindungan Engkau.. Hanya padamu aku bergantung harap, hanya padaMu aku berserah.. Peliharalah hambaMu yg lemah ini.. Teguhkanlah iman serta pendirian ku.. Agar ia tidak goyah bagai lalang ditiup bayu..  Terhoyong-hayang cuba bertahan melawan angin yg berderu.. 

Permudahkanlah urusanku.. Bukakanlah jalan untukku.. Jalan yg diredhaiMu yg sentiasa mendapat redha serta restu dari Penciptaku.. 

Ya Allah, merintih aku merayu.. Memohon redha dan restu dariMu dalam segala sesuatu.. Janganlah Kau lepaskan hambaMu ini hanyut dilautan nafsu.. Terkapai2 aku kelak mencari nafas suciMu.. Pimpin daku Ya Robb.. Pimpin daku.. 


Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!

No comments:

Post a Comment

Welcome To Teratak Chenta Nisah Idham
terima kasih ye tinggalkan komen (^_~)
InsyaAllah, akan menyusuri jejak anda.
Take Care Beware Any Where !!